Monday, June 19, 2006

Pelancaran Blog Kelab Peminat Alaf 21 ( Sempoi tapi meriah )

( Kelihatan tiga diantara orang kuat Alaf21 FC . Dari kanan , En Feroz ( Presiden Kelab ) , Pn Liza ( Naib Presiden ) dan ehem ehem , En Roslan aka ( er..er teka sendiri laa ) , yang sama2 memeriahkan pelancaran Blog kelab Peminat Alaf21. )

Tanpa potongan reben dan rimbunan bunga2 atau kertas berwarna , pelancaran Blog kelab Alaf21 telah selamat dilaksanakan pada hari sabtu 17 hb Jun bertempat di sebuah cybercafe di Yaohan Mall .

Setelah mengharungi berbagai2 rintangan dan dugaan , akhirnya berkat dari kesungguhan dan semangat yg tak pernah luntur dari sebahagian ahli yg komitted , maka inilah yang dapat dipersembahkan .

Walau blog ini nampak agak sempoi tapi kehadirannya sudah pasti dapat memberikan banyak informasi yang berguna untuk para ahli kelab Alaf21 sekalian . InsyaAllah , ia akan diperindahkan dari masa ke semasa supaya lebih mengancam dan " happening " lagi.

Oleh itu marilah kita sama2 menyokong dan memeriahkannya . Sila kunjungi ,

http://www.alaf21fc.blogdrive.com

Khabar2nya tak lama lagi kelab akan buat lawatan ? Hmm kemana tuu ek ?. Rasanya ke tempat paling best sekali..Rugi ooo tak ikut. Sapa lambat tak dapat laa..jom..jom maih kita kesanaaa untuk dapatkan maklumat lanjut.

Datang jangan tak datang , datang jangan tak datang..ewahhss..

1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting site... » »