Wednesday, June 28, 2006

Rumahku syurgaku

Malam ini pokcik tak duduk kat anjung , tapi pokcik berdiri jauh dari anjung sambil memerhatikan pondok pokcik dari depan . Kadang2 pokcik lihat dengan sebelah mata tertutup , kadang2 pokcik lihat dgn ekor mata , kadang2 plak pokcik lihat dgn kedua2 mata tertutup .erks

Lepas tu pokcik tenguk dari sudut kanan dan kiri . Pokcik cangkung , pokcik berdiri dan akhirnya menonggeng ( lihat dari bawah kelengkang ) hik hik manalah tahu kut2 pondok pokcik nih tak jejak tanah ke , uushh ! selisih aaa , malam2 buta nih , meremang bulu hidung pokcik..

Dalam kesuraman malam , pokcik dapat lihat sebuah pondok yang buruk , sungguh2 buruknya . Dengan anjung yg kosong , tiang senget sana sini , atap bertampal2. dinding rebeh2 , uii hodoh sungguh aa..

Untuk seketika pokcik jadi lupa bahawa itu pondok pokcik . Serta merta terus sahaja pokcik berhajat2 nak buat umah baru. Rumah yang besar , luas dan cantil. Dibuat daripada batu , atap zink dan lain2 angan2 yg terlalu banyak lagii..

Dan , lepas tu , lama2 bila ditenung dan direnung balik , pokcik terfikir sendiri . Nak buat apa umah baru ? ini pun dah ok apa. Setakat pokcik duduk soang . Cuma perlu di touch up jek..sana skit , sini skit , atas sikit..bawah sikit ,

Hmmmm…ok lahh , Ok lah touch up banyak2 ..alahaii..

5 comments:

nor ash burn said...

buatlah pondok lg satu pokcik. supaya kita org boleh lepak2 tak payah balik2.

Mersik said...

Uii manyak duit nak wat pondok baru ? hik hik..kira cam bajet hotel aa kekeke..laa haii tak de bajet plak pokcik nak membuatnya..kena cari sponsor nih..

jr said...

rumahku syurgaku..
eheh, rumah ke pondok tu?
ke aku yang silap?

lediagli said...

heh..skrang ni ramai gila camping.. apa kata robohkan aje umah pokcik tu.. jual kayu and batu bata nya.. pastu pegi kedai beli khemah... ok ke ok?

hehe

Mersik said...

jr - amboi2 saja ler tuh..pondok tuh kira cam umah pokcik ler..syurgaku gituu..hik hik

lediagli - oii..roboh ? aspalelaa jangan buat hal sayang oii..mana pokcik nak dok nanti ? Kat umah awak aa hik hik leh jugak..kekeke camping apa kat sini ? kan ada laut atau pantai.. hik hik ( nak siap2 kan baju seme , nak sleepover umah ledyagli kekekeke hik hik )