Pagi itu entah bagaimana bila dan tanpa sebarang tanda , ia turun lagi. Aku yg sedari selepas subuh asyik terkebil2 melihat langit yg suram dengan hujan yg melebat. Dalam hati terharap2 supaya hujan tiba2 berhenti . Merayu2 supaya tidak berpanjangan titisannya , kerana sat lagi aku akan keluar bekerja.
Namun pabila masa merangkak laju tanpa tanda2 hujan akan berhenti , terpaksalah ku teruskan jua perjalanan ini. Berbekalkan T-Shirt basahan yg kusarung sementara , seluar yg ku lipat tinggi2 , segala baju kerja serta apa2 yg penting ku masukkan dalam plastik kalis air . Akhirnya , ku capai baju hujan dengan seluar hujan yg sah2 nanti akan kena hujan. Kesian betul aku aaa..
Baru mula berjalan seminit dua , mengiggil2 nye bagai berkurun lama . Motor yang kutunggang bergerak perlahan sahaja merentasi lampu , becak air dan hentian lampu isyarat . Sebab kalau laju2 nanti tak terkawal , tentu naya jadinya. Sekali sekali terkejut juga aku bila disimbah air yg dilanggar oleh kereta2 lori yg tiada perasaan . Aku sabarkan sahaja.
Dari Shah Alam , hujan masih tidak menunjukkan tanda2 akan berhenti. Inilah julung2 kalinya hujan agak luas kawasannya . Laa hii lemah sungguh aku kalau bertembung dengan hujan pagi2 nih. Rasanya ingin menunggu sahaja dia teduh dahulu . Tapi memikirkan ada perkara yg perlu diselesaikan , aku harungi juga segala rintik2 basahnya selain becak banjir dan angin yang mendesah..
Mujur laluan motor tidak digenangi air yang banyak. Kalau tidak tentu akan dilencongkan haluannya kejalan besar , bersama2 kenderaan yg sering mengacah2 dan menakut2kan sekali sekala. Memanglah motor nih kecil tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh dihormati. Boleh menghimpit dan memotong sesuka hati . Mentang2 lah mereka besar dan enak2 duduk bersejukan didalam kereta , kita pula berketap2 gigi menahan air hujan..ahh biarlah..
Setengah jam meredah hujan , akhirnya aku sampai jua kedestinasi . Segala apa yg melekap dibadan lencun semuanya . Dari baju , baju hujan , selipar , seluar ( termasuk yg dalam2nya ) segala2nya habis basah . Alahai tragis sungguh aaa..Maka jenuh la aku lepas tuh nak mengeringkan diri dengan segala daya yg ada . Orang masuk kerja dengan kasut kering , aku pulak dengan kasut yg berbunyi cot cet cot cet..kekekek..dengan baju seluar yang berbelang basah . Aduss..kesiankan aku nih..?
Namun aku redha jek laa..Hujan panas adalah lumrah . Sekali sekala Tuhan nak duga apa salahnya. Belum lagi ribut yg menggila . Aku sabarkan sahaja. Lagi pun ini bukannya yang pertama . Mungkin petang atau esok lusa sinar suria akan menjelma gituu..
Alahaii..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
No comments:
Post a Comment