Sunday, June 04, 2006

Musim orang berkenduri kendara..

Alahaii sejak beberapa minggu yg lepas , banyak sungguh jemputan kenduri kendara yg pokcik dapat . Rasa cam tak menang kaki nak melayananya. Ada yg wat majlis kahwin ler , anak nak kahwin , bapak nak kahwin , nenek nak kahwin , opah nak kahwin dll , alahaii . Lain dari tu , ada majlis berkhatan ler , majlis bertunang , kenduri tahlil , doa selamat atau arwah dan sebagainya . Iksh iksh macam2 majlis dok ada. Hmm mentang2 ler time budak2 sekolah seme dah cuti , dan student2 U seme cuti gak, tentu nya inilah masanya yg sesuai untuk buat majlis se " happening " gitu..ahaks

Tapi yg paling popular ialah majlis kahwin ler , kadang2 tiap2 hujung minggu hari Sabtu dan Ahad asyik fullhouse jek , sampaikan pagi petang siang malam ada jek oang2 yg menjemput , sampai tak merasa pokcik makan jemput2 pepagi lagi . Hinggakan terbau2 Baryani Gam ( ayam tanam lagih ), yg melekat disegenap pelusuk pondok pokcik nih , mengharum mengalahkan Ambi Pure gituu..alahaii..

Letih juga ler nak berjalan2 gi kenduri kendara nih . Tapi mengenangkan oang kahwin nih sekali jek ( harap2 gitu ler ahaks ) , pokcik gii ler gak memeriahkan majlis , menepung tawar sambil main salam2 keruk lagih hik hik. Selain sedara mara yg menjemput , ada juga majlis kawan2 . Karang tak pergi , nanti masa pokcik kahwin dowang tak datang plak..( errks ! pokcik kahwin ? hik hik )

Apa2 pun , nampaknya kat bawah umah pun sibuk jugak . Kucing2 dok berkeliaran , berduaekor2an , mengiaw2 tak kira siang malam..Sapa lagi kalau tak Piah ekor kontot tuh dengan tompok hidung belang..iksh ksh..( alaa dowang pun ada majlis jugak aa ) . Si kuning ( kucing pokcik tu ) , pokcik suo dok umah jek , tak yah keluar , kecik lagi , jangan nak menggatal2..ahaks.

Alaa !..syohh ! syohh..! iksh kucing2 nih , memang dah tak de nilai " malu2 kucing " lagi ler tu. Nih nak buat majlis pun , gii aa jauh2 sana ..bising jek kat pondok pokcik nih. Pokcik nak tido sambil mimpi2kan si dia ( ehem ..ehem ) pun tak senang laa...alahaii ahaks.

6 comments:

ChikaDior said...

ha ah.sebok kawen sana sini... :( *eh, saya perlu ke bersedih?*


ekekek...

actually, malas nak g kenduri...

nor ash burn said...

hai, pokcik. dgn kucing pun nk jeles ke? esok2 kucing2 pokcik pun jeles dgn pokcik jgk. *o emak kahwinkn aku! alahai kahwinkanlah aku* hehehe!

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

Best regards from NY! Information zyban