Monday, December 29, 2008

TERBARU : Dol Leman - Misteri Hantu Getah.

Aiseyman , Dol Leman yang terbaru sudah pun keluar covernya. Bermakna dalam 2,3 minggu lagi, insyaAllah... adalah tu di pasaran.

Kali ini Dol dan kawan-kawannya menyelesaian misteri apa ya? Hah!Misteri Hantu Getah. Ish, ish, dasat tu... Apa-apa pun, layann...

Cuti sekolah sudah bermula. Dol dan kawan-kawannya, Suppa, Ku Chai dan Yaya mengikut Tok Sukin menziarahi sahabat-sahabatnya di Kampung Langot, suatu kawasan terpencil dan terletak jauh ke dalam hutan. Di sana, suasana kampung yang nyaman dan sambutan penduduk setempat yang ramah-tamah membuat mereka semua berasa seronok.
Mereka juga bertemu teman baru iaitu Apit, yang tinggal bersama datuk dan neneknya di dalam ladang getah di belakang rumah tumpangan mereka. Dalam sekelip mata saja, Apit sudah menjadi rakan baik mereka.

Hinggalah mereka dikejutkan dengan kes kecurian getah yang berlaku di kampung tersebut. Lebih mengejutkan mereka apabila Apit dan keluarganya disyaki sebagai pencuri dalam kes ini.
Dalam masa yang sama, timbul pula kisah lain, iaitu kisah hantu-hantu yang dilihat orang berkeliaran di kebun datuk Apit.

Adakah rumah yang mereka duduki juga berhantu?

Adakah mereka akan berjaya menyelesaikan misterinya?

Tugas mereka semakin rumit. Misteri di ladang getah tersebut sangat mencemaskan.

Sedangkan... mereka sukar untuk melarikan diri dari kawasan yang terpencil itu.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430...

Pokcik ucapkan kepada sekelian pengunjung pondok buruk yang glamer mamer ni.

Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, anda semua akan beroleh kesejahteraan dalam hidup, meningkat amal ibadatnya dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Thursday, December 25, 2008

damai...

Pokcik akan balik ke kampung untuk beberapa hari kedepanan ni..

Tolong tengok-tengok pondok pokcik ni aaa..

Yihaaaa..

Monday, December 22, 2008

Fragmen Dol Leman : Misteri Pohon Kekabu


“Macam mana dahi awak itu?” soal Dol sambil memandang dahi Ku Chai yang ditampal plaster.
“Sudah baik. Cuba awak tengok. Seperti ada setem di dahi saya ini. Lepas ini, bolehlah diposkan sahaja.” Ku Chai menunjukkan plaster di dahinya.

“Habis tu, mama awak tak tanya apa-apa ke?” soal Dol.

“Ada ... saya cakaplah jatuh basikal.”

“Lepas tu?”

“Teruklah saya kena bebel,” rungut Ku Chai dengan muka yang sedih.

“Awak silaplah Ku Chai. Sepatutnya janganlah cakap benar macam tu. Nanti mama awak akan tanya banyak soalan. Buatlah helah, seolah-olah kecederaan awak itu tidak disengajakan. Tentu mama awak tak bising,” ujar Suppa.

“Eh, jatuh basikal tu tak sengajalah. Terjatuh.” jawab Ku Chai.

“Betul, tapi mungkin sebab awak merayau-rayau di tempat yang mama awak tak suka. Bila dia dapat tahu, tentulah dia marah,” terang Suppa lagi.

“Habis tu, awak nak suruh saya beri alasan apa?” Ku Chai menyoal lagi.
“Hmm ... cakaplah yang awak tersepak dahi sewaktu bermain bola semalam,” cadang Suppa dengan yakin.

“Ish ... tak pernah saya dengar orang main bola sampai tersepak dahi. Awak ini, mengarutlah Suppa.” Dol menyampuk.

“Ya kah? Hmm ... apa kata kalau cakap tergigit dahi pula. Tentu logik kan?” Suppa mencadangkan sebab yang lain.

“Ah, sudahlah ... awak jangan nak menambah-nambah. Sudah cukup saya mendengar syarahan mama saya semalam. Mujur ayah saya tak cakap apa-apa. Kalau tidak, tentu dia tak benarkan saya keluar rumah hari ini.” Ku Chai malas hendak melayan Suppa.

Dol mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tidak begitu kisah akan perbualan Suppa dah Ku Chai. Mereka memang suka bertengkar. Dol lebih suka memikirkan hal yang lain.

“Nasib baik semalam kita tak apa-apa ya,” ujar Dol meluahkan rasa. Kawan-kawannya yang lain turut mengangguk. Teringat keadaan mereka yang kelam kabut menyembunyikan diri. Memang kerja menyiasat ini kadang-kadang sangat merbahaya.

“Ya lah, takut saya dibuatnya masa itu,” ujar Suppa.

“Awak berdua rasa ... apa benda yang pelik sangat itu? Besar dan berkeriut-keriut bunyinya?” soal Dol lagi.

“Saya rasa ... sudah tentu bigfoot,” jawab Suppa.

“Hah! bigfoot? Eh, awak biar betul Suppa? Mana ada bigfoot zaman sekarang ini? Ia sudah lama pupus.” Ku Chai meningkah, merujuk kepada makhluk yang seumpama manusia dan badan berbulu. Ia pernah menjadi isu hangat suatu ketika dahulu. Sedangkan orang Barat pun tidak dapat membuktikan dengan tepat kewujudannya, ini kan pula jika ia muncul di Kampung Parit Sangap.

“Manalah tahu, dia berhijrah ke kampung kita. Kemudian duduk dalam hutan di hujung kampung sana. Kemudian, berjiran pula dengan Bang Noyon.” Suppa melawak lagi.

“Ish ... lagilah tak masuk akal. Kalau dia ada di sana, tentu dah beberapa kali Bang Noyon terserempak dengannya atau orang-orang kampung yang lain,” balas Ku Chai tidak mahu kalah.

“Mungkin juga dia bersembunyi atau melarikan diri apabila terserempak dengan orang ramai. Dia pemalu agaknya.” Suppa semakin seronok bertikam lidah dengan Ku Chai. Dia tahu telahannya agak mengarut, tapi seronok melihat Ku Chai beria-ia mempertahankan pendapatnya. Geli hati pula melihat mata Ku Chai terpejam-pejam membangkang dengan raut wajah yang sudah merah padam.

“Kamu berdua ni ... sudah sudahlah tu. Kalau nak berdebat pun, biarlah pada hal yang masuk akal sikit. Ini pasal bigfoot ... sampai lusa pun tak habis,” tingkah Dol menyuraikan suasana yang agak tegang itu.

“Lagipun, bigfoot takkanlah bunyinya berkeriut-keriut. Sekurang-krangnya dia mengaum, suaranya garau dan besar,” terang Ku Chai lagi dengan yakin. Dia pun pernah membaca rencana tentang makhluk itu di surat khabar dah buku-buku. Lagipun, dia seorang ahli perpustakaan. Tentu banyak masa untuk membaca dan mendapatkan maklumat.

“Itu tentu bigfoot sakit gigi,” ujar Suppa seraya mengekeh ketawa. Ku Chai sudah hilang sabar lalu mencucuk ketiak Suppa. Suppa terlompat kerana terperanjat.

“Awak ni Suppa ... tak habis-habis dengan cerita karut,” getus Ku Chai spontan. Suppa hanya ketawa sahaja sambil menggosok ketiaknya.

Thursday, December 18, 2008

Selamat Hari Jadi , Pokcik...


Hari ini hari jadi pokcik !... yihaaaaaaaaa

Syukur Alhaldulillah, dapat setahun lagi pokcik dipanjang kan umur, untuk menyambut hari jadi yang ke err... err... alahaii.. Tu la masalahnya bila dah tua-tua nak sambut besday, sampai lupa dah berapa tahun dah.. hik hik..

Apa-apa pun, harap oang tua ini akan sihat-sihat lah saja, disamping ceria dalam melayari usia-usia emasnya, disamping beroleh rezeki dan hidup yang berkat.

Terima kasihlah kalau anda semua mendoakan kesejahteraan pokcik. Maklom la, dalam menghadapi liku-liku hidup di hujung senja ni, pokcik sangat mengharapkan doa-doa yang baik dari kalian semua.

Juga, ucapan-ucapan yang berinspirasi dan bersemangat untuk pokcik teruskan hidup ini.

Err... err.. tak lupa , kata-kata yang meremajakan gituu.. hik hik

Tuesday, December 16, 2008

Halia...


“Halia…. Halia…...”

Seronok betul pokcik mengagah bayi yang bermuka bulat tu. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri, tapi selalunya terkebil-kebillah. Kakaknya yang juga bulat montel, sedang duduk di tepi melihat pokcik mengagah adiknya.

“Halia…. Halia…. “

Pokcik mengagah lagi. Kakaknya yang ketawa mengekeh-ngekeh. Entah apalah yang seronoknya. Bayi yang baru berusia hampir dua bulan itu tetap terkebil-kebil. Kadang-kadang macam nak menangis. Tangannya mengapai-gapai.

Domkianlah kalau dah musim oang beranak, kena la datang melawat-lawat. Tok Lipat duduk di anjung depan sedang berbual-bual dengan Pak Dolloh. Pokcik lagi asyik melayan cucunya. Ini cucu dia yang ke berapa, pokcik pun tak ingat. Ramai sangat.

“Haliaa..... haliaa...“

Pokcik mengagah lagi dan budak montel itu mengekeh lagi.

“Halia…. Halia…. “

“Ish, atuk ni.. bukan Halia la.. Nama dia Aleya…” Anak Pak Dolloh muncul sambil membawa botol susu. Pokcik terkedu.

“Alah.. ye ke? Atuk salah dengar kut tadi…” jawab pokcik sambil tersengih melihat kakak Aleya yang masih tergelak-gelak menampakkan giginya yang hampir rongak.

“Patutlah, kau je asyik ketawa bila atuk panggil halia...,“

Kami sama-sama tergelak. Kali ini kekehan pokcik lebih kuat lagi.. dari kakak Aleya yang bulat montel tu.

Hik hik...

Wednesday, December 10, 2008

korban... (2)

Hirupan-hirupan sop ekor menjadi semakin pedih mencucuk di anak tekak, hingga tesedak-sedak pokcik jadinya. Diberitakan, dalam pada menyambut aidil adha yang penuh rahmat ini, ada manusia-manusia yang menjadi korban oleh bencana alam di satu kawasan bukit bertaraf antarabangsa.

Moga tuhan memberikan mereka kekuatan untuk menghadapinya...

korban...

Ah, kadang-kadang, keasyikan menghirup sup ekor, yang panas-panas, sedang orang lain kesibukan melapah daging korban, boleh membuatkan pokcik hampir-hampir lupa...

Selamat hari raya korban...

Wednesday, December 03, 2008

dua...


Suatu hari, 55 tahun dulu.

“Apalah mak ni masak. Nasiknya lembik-lembik la.” Rungut pokcik melihatkan nasi yang sudah jadi seperi bubur lenyek. Emak mendengus perlahan.


“Alah, terlebih air…” jawabnya menahan sabar akan karenah anak yang seorang ni.“Ini macam makanan atuk. Atuk tak de gigi.. sesuai la..” Pokcik mengomel lagi. Emak diam saja.


“Tengok, mers ada gigi lagi ni…” Seringai pokcik pada mak, menunjukkan gigi pokcik yang dua batang saja. Yang lain sudah hilang di makan bakteria.


Mak ketawa terkekeh-kekeh. Hilang terus marah dia.

Suatu hari , 5 minggu lalu.


“Apalah kau ni ni masak. Nasiknya lembik-lembik la.” Rungut pokcik melihatkan nasi yang sudah jadi seperi bubur lenyek. Tok Lipat menggeleng kepala.


“Alah, biasalah, periuk canggih. Pakai letrik lagi. Aku manalah tahu guna sangat…” jawabnya dengan panjang lebar. Memang dia buta teknologi domestik.


“Ini macam makanan Nek Salemah je. Oang tu tu tak de gigi dah. Ada tu pun gigi pelesuu.. sesuai la..” Pokcik mengomel lagi. Tok Lipat ketawa mengekeh.

“Tengok ni, aku ada gigi lagi laa..” Seringai pokcik pada Tok Lipat, menunjukkan gigi pokcik yang menjadi penambah seri muka tu.

“Uii, banyaknye gigi kau...“

Kami sama-sama tergelak besor.

Alahaiii...

Nota cagu : Keahlian seumur hidup OKG ( Orang Kurang Gigi )

Tuesday, December 02, 2008

cotimania...


i.
Pokcik sedang ngeteh-ngeteh di kedai kopi Ah Seng bila kebanyakan orang sibuk memperkatakan tentang ekonomi dunia yang semakim merudum sejak dua menjak ini. Walau pun negara kita dikatakan tidak menerima kesan yang besar, tetapi ramai yang merungut-rungut dan mula menyalahkan pihak-pihak lain ( selain diri masing-masing.)


“Tapi harga minyak dah turun ma,” Ah Seng pantas menjawab tanpa segan silu. Lagi pun dia dah untung besor. Minyak naik, kopi dia pun naik. Tapi bila minyak turun, kopi dia tak turun-turun.. Alahaii..


“Itu politik, jangan tak tahu,” seorang lagi menjawab, bagai tahu benar apa yang di cakapkannya.
Dan cerita jadi semakin hangat. Banyak isu diketengahkan termasuk yang remeh-remah juga. Cerita fasal parti pun turut di debatkan seolah-olah kedai kopi tersebut jadi mini parlimen kepada adun-adun sementara itu... Riuh rendah jadinya.

Ah Seng sengih sampai ke telinga. Masyuknya tetap lumayan.

Pokcik menumpang dengar.

Kadang angguk-angguk, kadang geleng-geleng.
Kadang tersengguk-sengguk, kadang-kadang hampir nak terguling. ( zzzzz )

Alahaii...

ii.
Pada anak-anak yang sedang bersukarama sempena coti sekolah ni, semoga anda akan sentiasa ceria dan riang ria ditaja ayah bonda. Berseronok-seronoklah hendaknya, berjalan ke sana kemari, menghilang stress belajor ( kekononnya ) , melawat tempat-tempat bersejarah dan peranginan yang cantik selain bermesra-mesraan bersama keluarga.

Jangan lupa juga jengok atuk dan nenek di kampung sana. Mereka pun perlukan kasih sayang anda semua. Tunjukkan kasih dan sayang sekali pada ayam, itik, angsa, arnab, kucing serta kambing belaan atuk juga. Jangan didera-dera binatang-binatang tersebut. Jangan dibuat main-main.

Satu lagi, pokcik nak pesan.

Kalau gii Zoo, jangan masuk ke dalam kandang harimau. Tengok dari luar saja.

Alahaii...

Friday, November 28, 2008

tungku...


Suatu hari pokcik terpandang sebiji batu, sebesar kelapa komeng di bawah dapur umah tok lipat. Sudah kelabu dah hitam benar warnya. Permukaannya juga kasap-kasap dan hampir berkarat.

“Itulah batu, buat bertungku.” Kata tok lipat pabila melihat pokcik ralit sangat memerhati.

“Ooo.. aku ingatkan batu apalah tadi.” Pokcik mengangguk-angguk.

“Dulu, masa arwah bini aku bersalin, batu itulah yang dibuat tungku. Sampai lima orang anak aku, banyak betul jasa batu tu.“ Terang tok lipat mengingati memori lama.

“Kau buat sendiri ke?” soal pokcik lagi.

“Yo la.. sapa lagi nak wat. Mak bidan pun buat 2,3 hari jek.. lepas-lepas tu pandai-pandai la kita menjaga. Kita kan lakinya.” Balas tok lipat.

Pokcik tersenyum saja. Memang tok lipat ni ciri-ciri lelaki mithali. Sewaktu bini dia dalam pantang, dialah yang uruskan semua. Dari pada memandikan, memakai bengkung, berpilis, mengurut hatta bertungku pun dia yang buat. Pendek kata macam raja bininya di jaga. Mak mertuanya datang pun rehat saja sambil tengok-tengokkan bayi.

“Orang sekarang ni, kalau bini bersalin, dalam kepala semua dah set. Pakat panggil mak datang jaga. Tak belajar jaga sendiri. Susah payahlah orang tua tu datang dari kampung. Mana nak melayan anaknya yang baru bersalin, layan cucu-cucunya dah riuh-rendah dan yang teruk lagi layan si suami pulak, kena masakkan makan minumnya.

Kalau ada oang gaji tu, sedaplah sikit. Kalau tak ada, semua kena buat sendiri.” Tok lipat tiba-tiba mengomel. Barangkali kebanyakannya orang sekarang memang begitu. Walaupun isteri yang bersalin lebih memerlukan ibunya untuk menjaga, tapi suamilah yang lebih afdal untuk menguruskan semua. Si ibu boleh datang sekadar melawat dan menjadi penasihat. Ini tidak, terbalik pula jadinya. Suami pula yang goyang kaki.

Sebab itu bila arwah bini tok lipat meninggal, dia turut sedih. Rasa macam belum banyak lagi kasih sayang serta kebajikan yang hendak diberikan padanya. Namun dia reda dalam pasrah. Tuhan lebih sayang padanya. Mujur anak-anaknya sudah besar. Sekarang ni, kasihnya tumpah pada anak-anak dan cucu-cucunya saja.

“Biasalah, kadang-kadang, insan-insan yang baik ni selalu dijemput awal.” Pokcik sekadar memujuk. Tok lipat mengangguk perlahan.

“Batu ni rasanya boleh guna lagi.” Tiba-tiba pokcik mendapat satu idea.

“Hah, nak buat apa?” soalnya pantas.

“Tuu... ,” pokcik memuncungkan mulut menunjuk ke perutnya yang sedikit boroi.

“Cet...! “ Kami sama-sama tergelak.

Alahaiii...

Monday, November 24, 2008

renyai...


Beberapa hari yang lepas, hujan agak merenyai hampir lewat pagi. Bumi jadi basah dek rintik-rintik yang melata membentuk takungan air yang berkocak-kocak dan beralun. Kadang-kadang jatuhnya menimpa daun lalu luruh mengalir turun ke tanah, meninggalkan bekas yang sejuk dan dingin.

Dalam masa yang sama, nun jauh di dalam dewan, atas bukit UiTm Shah Alam, ada air mata yang jatuh membasahi pipi tua ayah bonda. Datangnya mereka dari jauh dengan penuh semangat, Sanggup walau disuruh menapak-napak, naik turun bas berlama-lama, semata-mata kerana hendak melihat anaknya di atas pentas sana, berkonvokesyen penuh bergaya, menyalami yang dipertua untuk mengambil skrol menandakan sudah berjaya menamatkan pengajiannya.

Kepada graduan-graduan yang berjaya, tahniah si daun keladi pokcik ucapkan.

Semoga anda semua akan menjadi insan yang berperangai mulia, tinggi akhlak dan bersih jiwanya.


Thursday, November 20, 2008

Musim sama, cerita lain...


Musim coti sekolah sudah tiba. Seronok sakanlah budak-budak semua. Mengajak mak bapaknya berjalan ke merata tempat selain sekolah. Cuma jangan terlalu mengikut selera anak-anak zaman selepas merdeka ni. Nanti anda juga yang susah sendiri.

Juga bagi budak IPTA dan IPTS yang baru selesai menghadapai peperiksaan akhir, bolehlah menyambung sessi diskusi bersama pasangan anda dalam topik yang lain pula. Kalau tak ada pasangan, carilah satu musuim cuti ni. Mungkin anda kureng hensem atau buruk perangai atau tak pandai mengayat.

Yang hendak berkenduri kendara, pastikan baryani gamnnya sedap hingga meresap ke anak tekak para tetamu yang datang. Bior puas oang melantak-lantak. Dengan itu nasik baryani di majlis anda akan dikenang sampai bila-bila , walau tak kenal akan tukang masaknya.

Pada bakal ibu yang sedang menanti cahaya mata atau yang sudahpun bergelar ibu, selamat menjaga anak. Kenangilah ibu anda yang berada dalam keadaan begini sewaktu mengandung dan melahirkan anda dulu. Dari itu, anda akan tahu jerih perihkan keadaan itu. Jangan susah-susahkan mereka pula untuk menjaga anak anda. Jaga je sendiri atau upah bibik saja. Mak anda hendak berehat. Dia penat!

Pada budak-budak yang hendak masuk jawi pula, selamat bermain polis sentri. Cuma malangnya.. anda seorang saja jadi pencuri manakala sekelian oang kampung hatta oang tua anda akan jadi polisnya. Mana mau lari haa? Itu 'barang' musti kasi potong juga!

Yang sedang berada di tanah Mekah, semoga kesihatan anda baik-baik saja dan haji anda juga diterima.

Pada yang sedang main dam aji di warung pak Aji. Tunggu nanti kalau pokcik balik kampung, kita main sama-sama aa.. hik hik

Buat masa ni, pokcik pula… macam biasa la. lepak-lepak je.

Alahaii…

Sunday, November 16, 2008

Kita berkuiz-kuiz la pulak..

Selain dari jemputan kahwin, oang bersunat, oang pergi haji, atau sesaja makan-makan pree yang melanda musim sekolah ni, sekali sekala kita jawab kuiz la pulak. Mana tahu kut-kut menang duit ka, tak pun tiset. Bolehlah nanti gi melaram ke majlis makan-makan seperti yang disebutkan.. hik hik


KUIZ BERSAMA LIZA ZAHIRA


Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!

MENANGI HADIAH MENARIK
20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira



Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua: Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati:Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?


2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?

3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?


4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?

5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan)Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

Tag bergambar la pulak...

Kali ini pokcik kena tag dengan penulis Durrah Fatihah la pulak. Bukan sebarang tag ni. Tag bergambar lagi..

Oleh sebab pokcik ni kureng fotogenik hari ini, maka tak dapatlah kalian nak menatap wajah pokcik yang hensem-hensem kiut ni hik hik.

Tapi tak apalah, pokcik kasilah gambar terkini. Gambar pokcik sedang melawat oang yang bertanggungjawab melakar ilustrasi buku Dol Leman.
Dan khabarnya, dia sekarang sedang sibuk menyiapkan illustrasi untuk Dol leman 4.

Hah, Dol Leman 4? Uii.. Misteri apa pulak tu? Bila nak keluar? Tak sabo ni nak baca!

Entahlah, dia pun tak kata apa.. tunggu jek la..

Alahaii...

Friday, November 14, 2008

Hari Diabetes Sedunia.


Hari ini kalau tak silap pokcik merupakan Hari Diabetes Sedunia. Dalam bahasa sedapnya di sebut Hari Kencing Manis sedunia. Tengok tu, bersungguh-sungguh oang nak mengingatkan kita tentang penyakit ini walaupun satu hari. Bukan kita saja, malah seluruh dunia turut mengiktirafnya.

Apa-apa pun, mungkin pada kamu semua memang tak rasa apa-apa. Bagi pokcik yang terkenangkan Mat Boo, kawan pokcik di kampung yang meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit ini, memang terasa seriaunya. Ngeri pun ada.

Itulah, hidup di zaman sekarang ini, memang kita terlalu sibuk dah tak berapa nak kisah tentang kesihatan diri. Lebih-lebih lagi nak memantau penyakit yang ada atau bakal ada. Sedar-sedar saja dan terkena. Nak berundur pun tak sempat. Sebab tu oang selalu kata, mencegah lebih baik dari mengobat.

Sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis adalah penyakit tiga serangkai yang menjadi pembunuh nombor satu di negara kita malahan di Asia juga. Statistik ini sangat menakutkan kalau dilihat pada jangka masa panjang. Mudah betul kita ini terkena penyakit dan ianya tidak menyerang pada tempoh usia tertentu. Kecik besor, tua muda, miskin kaya, hensem hodoh, semua ada peluang masing-masing kalau tak jaga diri betul-betul.

Berapa ramai saudara mara atau kaum keluarga terdekat kamu yang menderita sakit kencing manis ini? Kadang-kadang sampai terpaksa dipotong kaki kan? Eee… tak sanggup pokcik membayangkannya. Belum lagi simptom sampingan, letih-letih badan, kabur pandangan, kerap kencing, skizofenzia, suka marah-marah dll. Itu semua kesan dari penyakit kencing manis tersebut.

Dari itu, pandai-pandailah kamu semua nak jaga diri. Jaga makan minum dari sekarang. Rajin-rajinlah exercise ( macam pokcik yang rajin menyangkul laman baru-baru ni hik hik ). Pantau kandungan gula dalam darah, dan juga teh tarik kamu.


Komdian, doalah banyak-banyak pada Tuhan supaya sentiasa sihat sejahtera. Mudah-mudah kamu akan panjang umur dan masih lagi mampu tersenyum manis.

Adehh.. pokcik penat dah menasihati. Nak minumlah pulak, haus tekak ni...

Alahaii...

( Sambil menghirup air masak kurang manis.. hik hik )

Thursday, November 13, 2008

kaget...


“Wah, seronok aa kau. Dah cuti sekolah ni, riun rendahlah umah kau. Anak cucu semua balik,” usik pokcik pada Tok Lipat yang turut ketawa di hujung talian.

“Alah, tak juga. Ada yang balik, ada yang tidak. Dowang semua rajin pergi makan angin, pergi jalan-jalan,” balas Tok Lipat.

“Apa lagi, ikutlah… rehat-rehatkan badan, seronok apa,” usul pokcik lagi.

“Ish, ish tak naklah aku. Dah tua-tua ni, malaslah aku nak berjalan-jalan. Duduk rumah lagi bagus. Lagi pun, kau tau je lah time-time cuti ni, sibuk oang nak buat majlis kahwin. Kenalah tolong sana sini. Belum lagi yang nak mengurut-ngurut,“ terang Tok Lipat. Pokcik mengangguk saja. Memang Tok Lipat selalunya sibuk dalam waktu-waktu cuti sekolah ni. Oang yang ajak dia rewang pun ramai.

Memang hakikatnya begitulah tatkala cuti sekolah menjelma. Kampung pokcik yang terkenal dengan sikap gotong royong dan ukhwah sesama penduduk ni memang meriah. Hinggakan ada oang yang memuji-muji kesepakatan kami yang sudah jarang-jarang dipraktikkan pada zaman sekarang ni. Semuanya bersatu hati dan tenaga kalau tiba bab-bab kerja kahwin ni, walau pun kebanyakannya hanyalah oang-oang tua gituu.

“Banyak ke oang buat kerja kahwin?“ Pokcik sekadar menanya.

“Hmm banyak jugaklah. Pak Dolloh pun nak kenduri menjemput menantu. Lebai Tamin pun nak nikahkan anaknya. Haji Kusam pun buat untuk majlis anaknya juga. Pendek kata ramailah. Kampung sebelah menyebelah pun ada menjemput juga. Mereka tanyakan kau. Ajak datang sekali.“ Panjang lebar Tok Lipat cuba mengingati senarai aktiviti majlis sewaktu cuti sekolah nanti.

“Mak oii.. banyaknya. Meriah ni. Kalau ada baryani gam... aku pergi.“ Pokcik terkekeh ketawa. Saja mengusik. Tapi kalau menunya baryani gam, memang terliur pokcik dibuatnya. Sampai makan dua tiga round.

“Ye lah tu. Eh, baliklah kampung.“ Ajak Tok Lipat.

“Tengoklah dulu,“ jawab pokcik perlahan. Dalam hati, teringin juga nak balik. Duduk sini pun boring juga. Kat kampung lagi meriah.

„“Aku dengar, janda tu dah nak bernikah juga cuti sekolah ni...“ Tok Lipat berkata lagi membuatkan jantung pokcik tiba-tiba berdegup kencang.

“Hah, dia nak bernikah?“

Entah kenapa, pokcik merasakan tiang telefon itu bagai nak rebah menimpa tubuh pokcik yang sudah menggeletar ni. Rasa terkejut, cemas dan kaget bersilih ganti bergolmal menjadi satu sebelum rasa kecewa tiba-tiba menjalar menghimpit perasaan yang halus mulus ini.

“Oh, tidak!“... Pokcik menjerit dalam hati. Tubuh terpaku.

Di hujung talian, masih kedengaran lagi bunyi helloo, helloo yang panjang..

Monday, November 10, 2008

berat...


Entah kenapa, pagi ini pokcik rasa tiba-tiba sahaja hendak membersihkan laman umah. Melihat rumput-rumput yang mula meliar di bawah pondok, terasa perlu juga menajak dan membuangnya. Bior bersih sikit laman pokcik ni. Senang orang nak datang bertandang. Maklomlah, pondok pokcik ni kan glamer.. hik hik.

Maka dengan segala kudrat yang ada, pokcik pun menghayunlah cangkul, memancah dan memuggar dengan semangat yang berkobar-kobar. Baru beberapa minit menghayun, peluh sudah mula berjuraian memenuhi badan pokcik.

Pokcik tabahkan juga hati walaupun terasa seperti cangkul itu yang menghayun pokcik hingga terhoyong-hayang tubuh ini dibuatnya. Degupan jantung sudah semakin laju rentaknya. Nafas sudah tercungap-cungap. Pandangan jadi berpinar. Rumput di laman, baru terpokah dua tiga jemput.

Alih-alih, tanpa disedari… pokcik sudah terduduk letih di atas tangga. Pinggang sudah rasa mencucuk-cucuk. Derap tulang berbunyi berkrup krap entah berapa kali kedengaran. Nafas yang dihela pun semakin kencang diselang seli bunyi mengaduh.

Setelah agak reda, pokcik menyapu peluh di dahi sambil merenung cangkul yang terlintang di atas tanah. Sesekali mata terpejam-pejam menahan bisa yang menjalar ke seluruh badan. Pokcik geleng kepala sambil mengeluh berat.

“Ish, ish, cangkul sekarang ni…. berat-berat belaka. Sampai tak larat pokcik nak menghayunnya...”

Alahaii…

Friday, November 07, 2008

hujan dan kisah-kisah lain...

i.
Beberapa hari yang lalu, hujan sudah mula mengubah masa turunnya dari pada petang/malam ke awal pagi dan sesekali membawa ke tengah hari. Itu yang pokcok peratilah. Sekali sekala pokcik suka juga jadi ahli kaji cuaca ( walau yang dikaji asyik hujan saja ) , maklomlah, tak ada apa nak dibuat gituu…


Walau bila dan di mana turunnya, pokcik memang sentiasa menganggap hujan sebagai rahmat dah kerap berdoa supaya turunnya hujan ini biorlah memberi manfaat kepada manusia dan juga bumi. Bayangkanlah, negara yang tandus dan kering, gersang bertahun-tahun. Nak dapat air pun susah, inikan pula negara kita yang mewah dan normal cuacanya. Walaupun, ada kejadian banjir serta tanah runtuh di sana sini, namun kebaikannya melebihi keburukan. Lagi pun, kejadian itu semua boleh di cari penyelesaiannya.

Hakikatnya, kita harus reda.

ii.
Kalau tak silap pokcik sekarang ni budak-budak Univ semua sedang dalam minggu periksa, termasuk jugalah budak-budak UiTM di sekitar kawasan pokcik ni. Sewaktu pokcik berjalan-jalan ke restoren mamak berdekatan, memang penuh dengan budak-budak yang tekun mengadap laptop sambil beriya-iya diskusi.

Cuma satu jelah yg pokcik tak faham, hampir setiap mereka berpasang-pasangan dalam suasan berdikusi yang meragukan. Entahlah, budak-budak zaman sekarang ni, kalau tak ber couple-couple masa study atau diskusi, memang tak masuk dalam kepala agaknya. Alahaiii..

iii.
Budak-budak sekolah rendah dan menengah pun tengah periksa juga. Ini bermakna, bila dah habis periksa maka dekat benorlah nak cuti sekolah ya. Seronoklah budak-budak tu semua. Mak bapak pun, mulalah garu kepala, nak melayan anak-anak yang bakal meriuhkan rumah. .

Kalau ada duit lebih, bolehlah bawa anak jalan-jalan, makan angin atau makan kat luar. Tidaklah mereka merasa boring nanti asyik terperuk kat umah menengok kartun atau main playstation. Lagi pun, ini cuti sekolah akhir tahun. Tentu lama. Apa-apa aktivitinya, semoga perancangannya berjalan lancar dan menyeronokkan.

Paling tidak pun, baliklah kampung jengok oang tua..

iv
Sejak seminggu yang lalu, pokcik perasan, rasa komedi pokcik semakin hilang.

Alahaiii...

Monday, November 03, 2008

sedih...

Menyedari bahawa bulan Syawal sudah pun berganti Zulkaedah, hati pokcik terasa sedikit sedih dan sebak gitu. Tak disangka, masa yang cepat berlari ini membawa sama segala keriangan raya yang bagaikan semalam datangnya.

Acara kunjung-kunjungan ke rumah ayah bonda dan saudara, keenakan ketupat, lemang, dodol serta juadah yang beraneka rasa, Kerlipan bunga api dan meriam buatan sendiri, duit raya yang melimpah-limpah serta segala kaitannya di Aidil fitri yang indah ini, akan mula dilupakan dengan perlahan-lahan.

Sepilah nanti malam-malam yang penuh dengan takbir dan tahmid memuji Ilahi, alunan marhaban di setiap rumah dan segala open-open house di kala hujung minggunya. Oh, benar-benar Syawal sudah pergi rupanya.

Setiap kali datangnya raya tentu ada nostalgianya yang tersendiri. Baik yang indah menggamit hati ataupun pahit bagai hempedu. Segalanya punyai rencah tersendiri saban tahun. Entah laratkan hati ini untuk menanti setahun lagi. Entah sampaikan usia ini mengulangi membayar zakat fitrah lagi. Apalah nasib kita nanti? Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur supaya dapat lagi merasai hari kemenangan tahun hadapan.

Oleh dengan sebab itu jugalah, entah kenapa, dengan tiba-tiba yang sangat tak disangka tiba-tibanya, segala ceria-cerita pokcik mengenai raya, jadi terpadam tiba-tiba, walau rasa macam ada banyak lagi yang tak habis nak cerita.

Alahaiii...

Friday, October 31, 2008

Drama fokus-fokus...


Beberapa petang yang santai dan lesu, tatkala puasa beraya dan melayan tetamu yang datang, Tok lipat dah pokcik selalu tersandar di kerusi depan TV. Memang raya-raya ni kadang amat meletihkan. Kalau raya pertama dan kedua, ada yang beraya sampai ke malam. Mungkin dowang ikut waktu Afrika kut. Tapi kami layan juga sebaik mungkin dan semesra alam.

Bila asyik mengadap tiwi ni, pokcik pun jadi boring. Apatah lagi bila menukar siaran dan kerap terlihat drama fokus-fokus. Oh, anda tak tahu drama apa itu? Alahh.. yang sinetron dari indon tu. Sekelian drama masyarakat yang penuh dengan konflik, tipu daya, kecurangan, sakit hati dan saling mendengki-mendengki. Siar saja apa dramanya pasti perkara-perkara ini sering menjadi intipatinya. Dan rasanya, ramai juga penonton yang minat jugak pada drama-drama ni.

Dan fokus-fokus pula? Kekekek.. korang perasan tak kalau ada adegan kejut-kejutan, suspen-suspenen ka, pasti kamera akan difokuskan pada wajah serta mimik muka yang penuh ekspresi itu. Nampak jelas raut wajah pelakon tu.

Tak cukup dengan itu, kamera difokusnya lagi ke depan, ke belakang, ke depan lagi supaya nampak real. Sampai naik berpinor mata pokcik. Terasa macam kena hipotesis pulak.

Itu yang buat pokcik jadi lesu yang teramat. Akhirnya kami buat drama sendiri.

Drama dengkur-dengkur..

Hik hik

Wednesday, October 29, 2008

baju raya...


Petang itu kami tidak dapat mengelak lagi. Beriya-iya anak cucu Tok Lipat mengajak kami beraya. Bersungguh mereka memaksa sampai nak merajuk-rajuk pun ada. Dan Tok Lipat yang perihatin pada keluarganya pun tak sampai hati. Hendak tak nak terpaksalah dia dan pokcik ikut juga serta beraya.

Itu pun pergi ke rumah saudara mara terdekat yang sama-sama tua cam kami. Maklomlah, nak pergi ke umah oang yang lebih tua memang susahlah. Semuanya dah arwah, kalau ada pun bukannya kenal sangat (sebab dah nyanyuk). Itulah dilema bagi kami oang-oang tua ni. Alahaiii...

“Seganlah nak pergi. Aku mana ada baju raya.“ Pokcik mula teringat. Sejak balik ke kampung, pokcik hanya membawa beberapa helai baju melayu yang dah lusuh serta kain-kain pelikat saja. Tulah saja yang pokcik ada.

“Alah kau ni. Toksah risau. Aku banyak baju. Anak-anak aku ada buatkan. Kau pakai sajalah mana yang ada tu.“ Cadang Tok Lipat. Lagi pun badan kami berdua lebih kurang je saiznya. Cuma perut Tok Lipat tu je beso sikit..

Nak tak nak, menyelongkar ler pokcik akan baju-baju yang sesuai dipakai. Akhirnya, setelah puas memilih, dapatlah sepasang baju yang elok sedikit. Warna Maroon lagi. Dan, yang lebih mengharukan ialah apabila disuruh pakai samping sekali. Iksh, iksh.. macam pengantin pulak rasanya.

Sebaik turun ke bawah, semua anak cucu memuji-muji. Tak tahu lah kut kalau-kalau ketawa-ketawa mereka tu tandanya memuji. Kami sengih saja. Dan yang terlebih-lebih dipuji tentulah kepada pokcik.

Biasalah, pokcik ni nampak lebih hensem kalau pakai baju pinjam... hik hik


Tuesday, October 28, 2008

lama...

Selesai bersalam-salam, bertangis-tangisan, bermakan-makanan dan bergaya-gayaan ( ambik gambar ), maka rombongan keluarga Tok Lipat pun keluarlah untuk beraya sakan.

“Korang pergilah dulu. Atuk raya petang nanti. Lagi pun tak dak siapa nak jaga umah ni… kalau oang datang,” Tok Lipat cepat-cepat bersuara. Takut diheret dek anak cucunya beraya merata, tumbang pulak oang tua tu nanti. Anak cucunya semua akur, walaupun sedikit terkilan tak dapat membawa oang tua itu bersama.

Setelah semua kenderaan hilang di halaman, Tok Lipat mengarahkan supaya pintu dan tingkap dan apa-apa jua yang terbuka, ditutup rapat.

“Wah, kau ni apo laa. Nak suo oang datang beraya, tapi tutup pintu tingkap pulak,“ bebel pokcik.


“Alah, kau tak penat ke, dari sejak malam tadi dok berjaga, masak ketupat , buat itu ini. Sekaranglah masanya untuk berehat-rehat.” Tok Lipat menarik kusyen kerusi sambil me landing kan tubuhnya yang gempal itu.

Pokcik pun terasa lesu di seluruh badan. Lantas mengikuti apa yang oang tua tu buat.

“Oh, nikmatnya... nikmatnya...” Pokcik tersengih. Sedap benor dapat berehat-rehat cam ni. Kalau dapat tidur seround dua pun bagus juga.

“Kau tahu tak?“ tiba-tiba Tok Lipat bersuara. Pokcik menoleh sambil menadah telinga. Barangkali dia ingin mengajak berborak.

“Tiap-tiap tahun, kita beraya tau. Dari kecik sampailah ke besor , tak pernah miss. Sampai dah tua-tua ni pun beraya-raya juga,” Entah kenapa Tok Lipat melontarkan luahan hatinya yang separa misteri. Mungkin juga ada soalan bersamanya.

Pokcik pun menggaru kepala sambil memikir-mikir. Dalam masa yang sama kepala otak ni mula mencongak-congak.

“Huyoooo… dah dekat 62 tahun kita beraya ek? 62 tahun oooo “ jerit pokcik tiba-tiba.

Memang lama 62 tahun tu. Apatah lagi, kalau yang sapa-sapa yang umurnya lebih dari itu , 70 ka, 80 ka, 90 ka atau 100 tahun ka.. Lagilah lama. Macam tak caya pulak ek beraya-raya mereka tu?

“Huyooo…. “ pokcik menjerit lagi. Seolah-olah tak percaya dalam teruja.

“Syhhhh… diam da, nanti oang datang…, “ Kali ini Tok Lipat pula menjerit. Tidak lama selepas itu, tanpa di sedari, kami sama-sama terlena di pagi raya yang hening itu...

Alahaii...



Nota : Syukur Tuhan masih panjangkan umur kita untuk merasai raya lagi



Thursday, October 23, 2008

duit raya... (2)

Dalam pada sesekali mengomel pasal duit yang mengalir laju dari kocek pokcik, sesekali jugalah pokcik akan tersengih lebar. Mana taknya, dalam pada asyik menghulur, ada juga oang yang sudi hendak menghulur juga pada pokcik ni. Bukan doplo sen aa, tapi lebih aaa sikit, kadang-kadang, sampai puluh-puluh ringgit ooo..

Waaaa, pokcik kayoo..! pokcik kayoo..!

Bukannya kita meminta, tapi oang dah nak beri gituu. Mungkin mereka kasihan pada pokcik ni. Ya lah, selain berasa ehsan pada kanak-kanak riang, oang tua pun apa kurangnya. Perlu diriang-riangkan juga.

Samalah jua seperti kamu-kamu semua yang sering menghulur duit atau buah tangan pada oang-oang tua kamu tatkala balik kampung.

Semoga rezeki kalian akan terus bertambah... Amin

Hik hik..

Wednesday, October 22, 2008

duit raya...

“Tok, selamat hari rayaaaa..” Nyaring dan bersemangat sekali budak itu mengucapkannya. Seumpama ada makna yang terselindung di sebaliknya. Maklom la, duduk beraya di kampung ni.. Memang dimeriahkan oleh kanak-kanak saja. Cucu Tok Lipat pun dah ramai. Yang datang berkerumun hari-hari, toksah cite la.

Pokcik menyeluk kocek baju lalu mengeluarkan duit doplo sen.

“Nah,” sua pokcik kepadanya. Budak yang songkoknya lebih besar dari kepala itu memandang wajah pokcik dengan sangat hairan.

“Aiks, doplo sen jek, tuk?“ Entah dari mana datangnya kekuatan dia untuk bertanya sedomkian.

Pokcik membeliakkan mata. “Yo la, kamu nak berapa?“

“Kasi la singgit ka, dua hinggit ka, baru sedap sikit“ jawabnya sambil tersengih-sengih. Cuba berkompromi dengan pokcik. Pokcik hanya menggeleng kepala.

“Ooo.. tak apa. Nanti tahun depan, datanglah lagi. Pokcik kasi lagi doplo sen. Cukup lima tahun, dapat la singgit,“ balas pokcik dengan selamba.

Kanak-kanak itu mencebik sambil berlalu. Terdengar dengusan tak puas hati dari. Barangkali katanya, oang tua ini kedekut ya amat.

Biasalah tu. Nak wat cam mana. Pokcik pun bukannya ada duit sangat. Budak-budak ni bukan tahu pun. Setidak-tidaknya pokcik cuba hendak mencerikan hari mereka, cuma tidak menepati citarasa masakini saja.

Biasalah, budak-budak zaman sekarang ni... begitu “demanding“ gutu.

Kita yang tua-tua ni, jadi “demam ding“ la pulak..

Alahaiii..

Tuesday, October 21, 2008

nam...

Pokcik dah abih puasa nam.

Sekarang, pokcik nak beraya nam plak..

Yihaa..

hik hik

Saturday, October 18, 2008

Tagged laa plak..


Alahaii.. musim-musim oang beraya ni, ada jugak yang sudi nak tagged pokcik ek? Terima kasihlah buat Hezzy Azra. Pokcik jawab la apa yang termampu…

Starting time: 4.37 pagi
Name : Pokcik
Sisters : NIL
Brothers : NIL
Shoe size : Kanan = 8 , kiri = 9 ( kes tersalah boli )
Height : Tinggi sikit dari ampai baju

Where do you live : Sebuah pondok di pinggiran Shah Alam
Have you ever been on a plane : Ya, kecik-kecik dulu masa kat fun-fair. Sekarang ni tengah kumpul duit nak gi haji. Kalau ada rezeki, dapatlah naik ketebang.. yihaaa
Swam in the ocean : Tak pernah, takut mati lemas,
Fallen asleep at school : Oh…tak perasan plak.. Biasanya lepas cikgu kejut baru pokcik tahu pokcik tertido, hik hik
Broken someone’s heart : Nak wat cam mana, dah oang glamer.. kacak plak tu. Ke mana pergi seme oang menjeling. Mana boleh nak melayan perasaan semua. Memberikan kasih-kasih segala, sedangkan hati ini cuma ada satu saja.. hu huu
Fell off your chair : Ada, jatuh di kerusi malas… hik hik

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Oh tidak, biasanya pokcik yg ke pondok telefon. Itu pun buat miscall2 jek.. hik hik
Saved e-mails :Entahlah, tak pandai.. buta IT gituu…
What is your room like : Bilik tidur, ruang tamu, dapur : Seme merujuk kepada tempat yang sama. Three in one gituuu , hik hik
What’s right beside you: Selimut kusam… nanti kalau tiba-tiba hujan turun, dan suasana jadi syok serta nyaman, senang pokcik nak mencapainya..
What is the last thing you ate : Sekut kering yang dah separa lemau.

Ever had...Chicken pox : Pernahlah sekali masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni jangan kata chicken pox , chicken chop pun tak pernah rasa.. alahaiii
Sore throat : Kureng aa.. sebab salu minum air masak kurang manis.
Stitches : Rasanya, tak ada apalah yg terkoyak pada tubuh badan pokcik ni. Tapi kalau kain pelikat tu selalu aa.. maklom la, kadang-kadang pokcik ni hyper sikit....
Broken nose : Hmm.. tak pernah. Tapi teringin nak nak mancungkannya macam hidung Michael Jackson tu.
Do you believe in love at first sight : Aisey men, ni yang buat pokcik rasa menggamit2 ni.. Tentulah ada… oh tak tergambar rasanya.. jatuh sinta masa sight-seeing hik hik
Like picnics : Ada makan-makan pree tak? Kalau ada, layannnn

Who was/were...
The last person you danced with : Err… err.. batang penyapu kut.. irama tango lagi hik hik
Last made you smile : Angkasawan Syed Muszapar! Pokcik terserempak dgn dia dekat2 kedai Ah Seng sana. Waaa… mana pokcik tahu itu cuma poster dia saja..
You last yelled at : Siapa lagi, kalau bukan Dol Leman. Pagi-pagi dah tercongok di pondok pokcik. Nak beraya katanya, entah kali yang ke berapa puluh kali la tu..


Today did you...
Talk to someone you like : Sesiapa saja yang sudi melayan.!
Kissed anyone : Err… err… ada lah, Cuma…sayangnya dalam mimpi je.. aduhaii
Get sick : Biasalah, ada juga sekali sekala, sakit-sakit oang tualah katakan.
Talk to an ex : Alahai… A, B , C pun tak ada lagi inikan pula yg ke X .
Miss someone : Arwah Bonda… .

Who do you really hate: Buat apalah nak benci2 ,tak baik. Tapi kalau benci pun, dalam hati sayang gitu.. ataupun benci tapi rinduu.. hu huu
Do you like your hand-writing : Oh, sudah tentu.. ada gaya-gaya tulisan doktor gitu.. Tapi jenis yang paling sudah dibaca laa..
Are your toe nails painted : Uii.. selisih malaikat 44. Selalu kena cagu nanti ooo..
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Tilam yang lori salu berjual tu, tilam.. tilamm.. tukattt baluuuu, tilam… tilamm… nampak cam best jek…
What color shirt are you wearing now : Putih separa kelabu dah hitam. Juga ada sedikit koyak di bawah ketiak. Trendy gituu…
Are you a friendly person : Entahlah, tapi oang kata pokcik ni masuk dalam kategori “Teman tapi mesra dan kawan-kawan yang kita suka”. Yihaaaa.
Do you have any pets : Hmm.. takat ni tak adalah, nak boli gajah pun duit tak cukup-cukup lagi..
Do you sleep with the TV on : Pondok pokcik tak de tiwi. Tapi, masa pokcik tidur , tiwi umah Pak Leman sebelah tu masih on lagi.

What are you doing right now : Sleep-writing!
Can you handle the truth : The truth is out there.. Nak handle , go “there” laa..
Are you closer to your mother or father : Rapat dengan sesiapa yang menyayangi diri ini , mak dah ayah pastinya.. Bila dah tua-tua ni.. ada juga rasa nak mendekat-dekatkan diri dengan oang lain. Tapi, siapalah yang sudi kat oang tua ni…Maklomlah, rupa ada, hensem plak tu.. hik hik Alahaiii.

Do you eat healthy : Makan sekadar mampu saja.
Do you still have pictures of you & your ex : Ada, tapi gambar kaki jek.. mengong betullah apek yang ambik gambar kita oang tu. hiyaaaaaa!
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Having bad day, aaa go to bed laa.. hik hik
Are you loud or quiet most of the time : Bising bila oang semua diam, dan diam bila oang semua bising..
Are you confident : Ooo.. very very confidential. hik hik

5 things I was doing 10 years ago
1) Usha umah oang2 tua.. sbb ingat nak dok sana. Tapi bila fikir2kan balik, daripada menyusahkan oang, balik berdikari duduk sendiri di pondok buruk ni..
2) Memikirkan apalah nasib pokcik 10 tahun akan datang. Sekarang pokcik dah tahu! yihaa
3) Masuk skim cepat kaya.. dan… alahaiii
4) Belajar membuat pondok. Kini baru pokcik tahu akan pekdoh nya..
5) Interview iklan ubat gigi, tapi di tolak kerana kurang gigi.. adehhh…

5 things I would do if I were a billionaire
1) Cari ubat sakit jantung dulu. Mana tahu kut-kut terkoma dan terkujat ke dapat duit banyok sebegitu, kang silap-silap terus gol pulak.. hik hik
2) Belajar mengira.. maklom la, selama ini takat kira duit ringgit2 jek.. Ni kalau dah billion2, jadi tak pandai pulak. Nanti bila pokcik dah pandai kira, bila duit tu kurang singgit ka, pokcik boleh tau... hu huu

3) Bersedekah dan buat amal jariah banyak-banyak ( dengan hati yang seikhlas mungkin).
4) Beli atap baru untuk pondok pokcik. Nanti hujan tak bocor. Laman bawah pun nk tambak batu-batu sikit supaya tak becak. Perigi kat belakang tu nak kepung, supaya bila pokcik bersiram tak dak oang yang mengintai2 hik hik.. Agak-agak kalau pokcik ganti dinding pondok ni dengan papan lapis cukup tak? Maklomlah pokcik mana tahu billion tu banyak mana? Takut tak cukup pulak. Hik hik
5) Tulis buku , “Tua, hensem dan bergaya”!

5 of my bad habits
1) Suka melipat kain pelikat hingga atas paras lutut.
2) Kalau pergi makan ke rumah suka cakap , “ Yang tak ada jangan keluarkan..”
3) Borak-borak sampai lupa nak berhenti. Maklom la, oang tua…
4)) Ngeteh berjam-jam, kadang-kadang sampai lupa balik umah.

5) Tidur berjam-jam , kadang-kadang sampai lupa bangun.. hik hik

5 places I've lived/living
1) Kampung Parit Sangap , umah Tok Lipat.
2) Sebuah pondok di pinggiran Shah Alam
3) Rumah oang2 tua “Sinar Murnii”
4) Rumah oang2 tua “Murni Pelangi”
5) Rumah oang2 tua “Pelangi Anganku Musnah” hik hik.

Tu je lah yang terdaya, maaf laa.. pokcik ni memang selamba.. hik hik

Thursday, October 16, 2008

goreng...


“Atuk, meh makan tuk.” Riuh saja cucu Tok Lipat mengajak atuknya menikmati sarapan pagi sebaik saja kami balik dari sembahyang raya.

“Yo la.. nanti atuk makan. Atok nak rehat dulu.” Balas Tok Lipat seraya mendapatkan pokcik yang sedang duduk bersila di kerusi dapur. Namun tak satupun makanan yang diatas meja di kuis pokcik, walaupun nampak seperti tak cukup meja.

“Napa tak makan?” soal Tok Lipat dengan hairan.
“Hmm.. kenyanglah. Dari semalam asyik makan-makan lauk ini je. Sebu perut aku ni.” Jawab pokcik. Semalam ramai oang mengunjung (menghantar makanan) , jadi jenuh la pokcik makan lauk-lauk yang sama dengan rasa yang sediit berlainan.

“Eh, ni lah makanan raya. Oang semua seronok sakan makan ketupat , rendang, lodeh, kuah kacang, serunding , ayam goreng dan macam-macam lagi, kau senak perut plak.” Ujar Tok Lipat sambil terkekek ketawa separuh memerli.

“ye lah tu. Habis, kenapa kau tak makan?” pokcik mencebik.

“Aku aa.. aa aa, alah kenyang jugak.” Tok Lipat sudah tersengih-sengih.

“Hah, kau pun muak jugak kan. Saja jek nak cakap orang. Hmm.. kalau ada menda lain kan best,” tukas pokcik membuatkan Tok Lipat ketawa mengekah. Kemudian dia terdiam sebelum bingkas bangun menyelongkar periuk-periuk di atas meja dapur.

“Hah, Ni ada nasi semalam... amacam?” soalnya dengan kening yang ternaik-naik.

“Set...!” pokcik angkat ibu jari tangan, mengharap Tok Lipat akan melakukan keajaiban pagi itu.

Setelah hampir setengah jam berusaha, akhirnya keajaiban telahpun terserlah.

Dan pagi itu, di saat oang lain mengadap ketupat , rendang, lodeh, kuah kacang, serunding , ayam goreng dan macam-macam lagi, pokcik dah Tok Lipat pula mengadap juadah yang paling sekali pernah dirasa sepanjang tahun-tahun raya sebelumnya.

Nasi goreng raya...

Alahaiii...

Wednesday, October 15, 2008

pusara...

Sembahyang raya sudah lama berlalu. Jemaah semakin beransur meninggalkan mesjid. Ada yang masih berbual-bual di luar, berangkali ketemu sahabat lama atau kawan sekampung yang sudah lama tak bersua. Maklomlah, sesekali berjumpa.

Pokcik duduk berteleku di kawasan perkuburan di sebelah Mesjid. Mencangkung di kuburan arwah bonda. Selesai membacakan Yaasin dan sedekah Fatihah, mata pokcik melilau melihat kuburan-kuburan lain yang bercerak. Ada yang masih baru nisannya. Ada yang sudah dinaikkan kapuk dan dicat kembali.

Perlahan-lahan air mata berlenangan di pipi kedut pokcik. Sebak melanda-landa pabila melihat kebanyakan tuan punya nisan yang ada disitu adalah mereka-mereka yang pokcik kenal sesangat. Ada di antara gemulah-gemulah ini merupakan teman sepermainan sejak kecil hatta sekolah sepondok lagi. Kini, apabila masa berganti masa dan usia menginjak tua, ke sini jugalah akhirnya destinasi mereka. Oh, cepat sungguh masa berlalu.

Kalau nak diziarahi setiap kuburan demi kuburan, memang pokcik tak berdaya. Dengan kudrat tenaga yang sebegini rapuh, boleh jadi terpeleot pinggang pokcik bangun dah duduk. Dan lagi, hakikatnya... mana mungkin hati pokcik dapat menahan gemuruh sendu. Melihat batu nisan mereka umpama melihat wajah mereka di depan mata. Entah apalah nasib mereka di alam sana?
Mudah-mudahan, roh mereka akan dicucuri rahmat dan diberikan kesenangan dalam menempuh alam kubur.

“Salam sejahtera aduhai kawan-kawan ku semua. Tidurlah kamu semua di sana. Nanti bangun lagi... “ Hati pokcik semakin sebak. Esak tangis mula bergema.

“Dahlah tu, mari kita pergi. Yang dok kat sini biorkan saja. Sudah sampai hayat mereka. Kita yang hidup ni perlu terus hidup.” Perlahan saja suara Tok Lipat menghampiri serta memujuk. Barangkali risau melihat pokcik berlama-lamaan di situ dengan wajah yang serba bergenang air mata.

Dalam masa bergerak perlahan meninggalkan kawasan tersebut, pokcik sempat menoleh lagi.

“Masa kamu semua dah sampai, Entah bilalah masa pokcik pula.. “

Alahaiii…

Monday, October 13, 2008

dah...


Takbir raya di Mesjid Kampung Sangap tidak banyak berubahnya sejak beberapa tahun lalu. Cuma tahun ini agak kurang sedikit umatnya. Barangkali ada yang tak dapat hadir dek kerana hujan lebat yang menimpa malam sebelum tu selain maslahatan lain yang timbul. Barangkali juga lebih syok tidur dibuai kedinginan pagi yang nyaman.

Seperti biasa, golongan tualah yang selalu memenuhi saf depan. Dan, Pak Dolloh selaku iman mesjid nampak khysuk melagukan gema takbir memuji-muji Tuhan yang maha esa di atas nikmat aidilfitri yang menjelang tiba. Komdian apabila nafasnya sudah tersemput-semput, mikropon pun disua ke sebelah, juga kepada oang-oang tua untuk menyambung takbir bagi memenuhi suasana hening pagi sebelum sembahyang sunat aidil fitri dimulakan.

Kadang-kadang pokcik rasa nak marah jek bila tengokkan hal ini. Kemanalah pergi segala pemudi pemudi atau remaja yang kuat-kuat suaranya dan panjang-panjang nafasnya. Kenapalah mereka tak duduk depan-depan? Patutnya, merakalah yang sesuai bertakbir, kerana lantangnya ton suara mereka dan semangat yang memuncak-muncak menyambut raya yang setahun sekali datangnya. Barulah takbir raya kedengaran happening!

Ini tidak, balik-balik oang tua-tua tu jek yang disuruh bertakbir. Suara mereka pun jadi tenggelam timbul, tergigil-gigil dan lebih banyak keluar angin dari bunyi ( kes gigi depan dah kurang ). Pitching toksah ceritalah, lari habis. Lontaran suara tersangat lemah. Nada pun jadi semakin perlahan dah lesu menyebabkan ada jemaah yang mengambil keputusan untuk menyambung tidur di situ.

Ish, kalau pokcik laa..

Malangnya.. tatkala baru pokcik nak mengomel-ngomel, mikropon sudah disuakan kepada pokcik. Maka, tanpa membuang masa pokcik pun bertakbirlah dengan penuh semangat...

Hinggalah tiba-tiba, Tok Lipat terpaksa merampas mikropon tersebut dari tangan pokcik, menyebabkan pokcik memandangnya dengan penuh hairan.

“Bagi la kat oang lain. Dari tadi aku dengar dok sebut, atas dah, bawah dah, berulang-ulang jek. Bila nak abis dahhh…?”

Pokcik terkedu… lalu perlahan-lahan tersengih.

“Alah, biasa la.. dah lama benor rasanya aku tak tertakbir.. “

Alahaiii…



Nota cagu :

Jangan lupa tertakbir setiap kalu menjelang raya. Nak takbir hari-hari pun tak apa. Jangan dah tua-tua baru nak mula.. nanti jadi macam oang tua tu pulak.. hik hik

Thursday, October 09, 2008

Cerita Pra Raya


Beberapa hari sebelum raya, pokcik telah selamat tiba di kampung Parit Sangap yang dirindui. Dan melalui hari-hari terakhir berpuasa di sana, sangatlah meletihkan dek kerana cuaca yang panas dan kering. Terasa macam berpuasa di negara Afrika pula.

“Dah lama hujan tak turun di kampung ni.” Domkian kata Tok Lipat dalam santai harian pokcik bersamanya. Tidak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Jadi kami hanya lepak-lepak, borak-borak, tido-tido saja. Malamya, seperti biasa... ngeteh-ngeteh.

Dan siapa sangka, setelah beberapa hari kering dan gersang, menjelang saja Syawal, pada paginya, sekitar jam 1.30 pagi, hujan telah turun dengan selebat-lebatnya dan panjang membawa ke awal subuh.

Pokcik dan Tok Lipat yang sedang sibuk menjaga periuk rebusan ketupat di bangsal dapur tergigil-gigil dek tempias hujan yang melanda. Dalam ribut hujan yang menggila tu, pokcik tetap tersenyum riang. Mungkin ini rahmat dari Tuhan agaknya. Turun bersama sinar Syawal yang ditunggu-tunggu.

Awal pagi itu, beberapa kawasan rumah di sekitar kampung turut digenangi air, namun tidaklah sampai mengundang banjir.

Dan pokcik sendiri, jadi keterlewatan pula hendak ke Mesjid. Maklomlah, kopi tongkat Ali dibancuh sampai had subuh jek. Lepas tu, hanyut…

Alahaiii…

Monday, October 06, 2008

Pokcik dah balikk...

Salamz semua,

Pokcik dah balik dah ni...

Adoii.. ponatnya.. tak terkiro gituu..

Cam mana sambutan raya kamu semua di kampung sana? Meriah tak? Wahh.. tentu seronok yang tak terhingga-hingga gitu.. kekekek . Biasalah tu, kadang-kadang kemeriahan yang sebegini memang sukar hendak ditinggal pergi. Apatah lagi bila sesekali pula datangnya. Alahaii...

Apa-apa pun, selamat kembali semula ke kota. Pada yang nak masuk kerja tu, selamat bertugas dengan penuh semangat.

Tapi masih boleh beraya lagi kan? lama raya ni... Sebulan ooo..

Hik hik

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidil Fitri dari pondok buruk...

Nampaknya Ramadan sudah mula merangkak pergi mengundang sinar Syawal yang ceroh memancar-mancar kemilaunya. Keriangan sudah mulai terasa di sana sini bersama dentam dentum bunga api dari sumber entah mana ( pasaran gelap). Dan keterujaan untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung sana semakin menggebu-gebu gitu. Dapat bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman tapi mesra , buah hati pengarang jantung serta dan kaum keluarga di hari indah yang penuh meriah ini sememangnya begitu amat ditunggu-tunggu.

Apa-apa pun, dikesempatan yang tak menyempat-nyempat ni, pokcik dengan rendah hati menghulurkan sembah salam, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap disepanjang anda semua mengenali diri ini. ( juga meminati diri ini hik hik ). Dan, disepanjang anda keluar masuk, naik turun ke pondok pokcik yang maha glamer ini kut-kut ada rasa yang tak puas dirasa ka, pokcik katakan sorry lah juga.

Maklomlah, kadang-kadang kita tak perasan gitu akan segala sikap dan sifat buruk yang terlindung. Manalah tahu, dalam pada mengomel-ngomel, bersembang-sembang, bertonyeh-tonyeh, berngigau-ngigau, ber tot tet tot tet dan segala macam ber ber lagi, ada timbul rasa yang kurang selesa di hati kalian. Ada rasa marah atau pun geram serta memendam perasaan.
Atau barangkali, pondok ini secara hakikatnya tidak dapat memberi segala kesenangan di hati kamu yang serba muda mudi dan penuh trendy. Apa nak buat? Inilah saja yang mampu pokcik adakan. Walau apa pun, percayalah, hati pokcik tetap baik dan ikhlass.. kekekek

Selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Hati-hatilah memandu di jalan raya. Ingat, jalan raya bukan tempat beraya. Walau kenderaan apa yang anda gunakan hatta Jengkauk dan jentolak sekalipun, jangan memandu terlalu laju. Kalau ngantuk mata dan letih tubuh badan, rehatlah dulu dan ngeteh-ngetehlah dengan penuh nikmat.

Pokcik harapkan lagi, semoga anda semua akan bergembira selalu di hari yang mulia ini. Kalau makan ketupat, rendang, lemang, kari, serunding hatta meggi mee sekalipun, janganlah lupakan pokcik yang hensem ini. Jangan pula kamu makan terlalu banyak, seolah-olah melepas geram puasa sebulan kerana nanti... kolesterol, gula , darah semua akan mencanak-canak naik. Silap-silap berat badan pun naik jugak. Justeru kelak, kamu akan menjadi kurang kacak dari pokcik.. Tentu kamu semua tak nak kan? hik hik

Sampaikan salam pada oang kampung semua. Mana-mana saudara mara yang dah tua atau sedang sakit, ziarahilah mereka dengan segera. Nanti kalau tahun depan, mereka pendek umur, baru korang nyesal tak terkira.

Semoga Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti untuk kalian.

Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya

Yihaaa…
Nota cagu :
Pokcik akan bercoti raya selama seminggu. Mungkin lebih kalau pokcik tak lupa diri aaa.. Parit Sangap telah lama menanti, aduhaii... Selamat merindui pokcik aa.. hik hik


Friday, September 26, 2008

kelu...


Pokcik tahu raya dah semakin hampir.

Tapi, pokcik jadi “kelu keles” ( clueless ) untuk menyatakan sesuatu..

Hmm.... nanti-nanti la ye..

Ahaks.. hik hik.

Thursday, September 25, 2008

teman...(2)


Petang ini
Aku ke bazar lagi
Mencari sesuatu yang baru

Barangkali
Hanya kamu saja
Yang terfikirkan tentang popia

Petang ini
Aku ke bazar lagi

Sekadar
Untuk membeli cinta
Buat teman
Di hari raya

Lagu raya (2)


Pabila dah semakin kerap mendengar lagu raya berkumandang di sana sini, pokcik mula berasa sedikit kecik hati gitu. Bukannya apa, kalau diperasan-perasankan, tak banyak lirik atau bait-bait katanya yang menyebut perihal pokcik. Balik-balik, dok sebut ayah bonda, sanak saudara, teman lama, teman tapi mesra, yang tercinta , anak dara dan lain-lain lagi. Wah, ini sudah tidak adil!

Kalau ada pun yang menyebutnya, hanya yang bernada sindiran gitu , seperti yang pokcik pernah perasan, ada satu lirik ni..

" Asyik bersembang, pokcik dan makcik hai duit raya lupa nak di beri…"

Betul kan? Bila time nak duit raya baru ingat pokcik mokcik. Alahaii...

Pokcik harap, lain tahun... adalah lagu-lagu raya yang mengidolakan kategori pokcik ini dalam suasana menyambut Syawal. Kami pun nak meriah-meriah juga. Kami pun ada perasaan juga.


Oleh kerana tiada lagu yang sesuai untuk pokcik layani.. Maka terpaksalah pokcik menyanyi sendiri lagu raya pokcik...

Selamat hari rayaa...
Hari untuk pokcik bersuko ria...
Setahun, ada tiga ratus namplo lima hariii...
Tapi hari raya cuma tiga plo hari saja..


Yihaa

Hik hik

Wednesday, September 24, 2008

mamai...


Kadang-kadang, puasa buat kita jadi mamai seketika…

1.

Pokcik tersedor setelah agak lama melelapkan mata. Sangkanya, bila pokcik terjaga azam maghrib sudah mula berkumandang, dan bolehlah pokcik mengadap apa-apa yang patut. Namun masanya belum tiba jua dan pokcik semakin jadi lesu akibat kekerapan tertidur dan terjaga.

Lantas pokcik pun bangun sambil terkebil-kebil melihat halaman yang penuh daun-daun kering. Timbul hasrat hendak membuat sedikit kebajikan. Daripada tak ada menda nak buat baiklah pokcik menyapu-nyapu sikit.

Dalam keadaan mamai itulah pokcik terbongkok-bongok menyapu. Bersungguh betul pokcik menyapu seperti hendak rasa hendak raya keesokan harinya.

Dan akhirnya pokcik jadi geram bila melihat banyak sampah terkumpul di halaman depan. Ish ish baru saja pokcik sapu. Dah ada sampah balik. Siapalah yang punya angkara ni? Hendak tak nak, pokcik pun sapulah lagi dengan bersungguh-sungguh..

Namun kali ini sampah-sampah itu pula berlonggok di halaman belakang pula..

Pokcik garu kepala patplo kali... sebelum tersengih sendiri..

Kadang-kadang, puasa buat kita jadi mamai seketika… hik hik


2.

“Atokkk , tengok apa Dol bawak ni?” Sapa si budak nakal itu tatkala pokcik sedang beradu di satu petang yang nyaman.

“Apa tu, Dol. Wahh macam sedap jek atok tengok.” Ujar pokcik separuh tersengih.

“Mak suruh kasi atok rasa. Dia buat sekut raya,” jawabnya penuh ceria seraya menghulurkan seberkas plastik kecik biskut raya warna coklat.

“Hmm... sedapnya. Apsal bagi rasa sikit sangat? Bagi la satu dua tong ka.” Pokcik mula mengomel. Dol hanya ketawa melekek-lekek.

Pokcik lantas membuka penutupnya, mengambil sketul dah memasukkan ke dalam mulut. Krup, krap, krup, krap pokcik kunyah dengan penuh nikmat.

“Haaa... atok tak puasaaaaaaaaaaaaaa…! “ jerit Dol separuh histeria sambil menunjuk ke arah mulut pokcik yang sedang mengunyah.

Pokcik tersedak.. uhuk! uhuks.. terus terbatuk-batuk.

Tui.. tuii.. dalam masa yang sama, pokcik memuntahkan segala serdak yang ada di dalam mulut.

Dol semakin kuat ketawa, melompat-lompat sebelum lari pulang ke rumah. Barangkali, gelihati melihat gelagat pokcik.

“Ish, budak Dol ni.. nak sound pun, tunggu la bila pokcik selesai minum air ka? Ini tidak. Tengah-tengah orang tersedap-sedap, termakan-makan, dia terjerit-jerit pulak.” Pokcik mengomel sambil meraup tekak yang semakin perit.

Biasalah , kadang-kadang, puasa buat kita jadi mamai seketika… Alahaii..

Thursday, September 18, 2008

lagu raya...


Petang yang hening, tidak redup, dan tidak panas, kira redup-redup panaslah, membuatkan pokcik rasa bersemangat hendak berjalan-jalan. Tentu Ah Seng tu dah rindu sesangat kat pokcik. Maklom la dah lama tak lepak-lepak di kedai kopinya. Maka, sayugialah pokcik mengikut saja langkah kaki menyusuri deratan kedai-kedai yang nampak meriah untuk menyambut Syawal yang mulia ini.

Sana sini penuh dengan jualan yang memberikan potongan yang murah-murah dan pilihan yang pelbagai. Seronok gitu melihatkan meriahnya suasana orang nak menyambut raya ni.

Tiba-tiba telinga pokcik menangkap lagu-lagu raya yang berkumandang di kedai berhampiran. Entah kenapa nadanya rayanya terasa begitu asing sekali. Walaupun disebut perkataan raya berulang kali, namun keasliannya tetap tak terserlah.

Lainlah kalau Amat Jais ka, A Ramlee ka, Saripah Aini ka, SM Salim , M Daud Kilau hatta P. Romlee yang nyanyi sekalipun, pokcik boleh jadi ralit gitu. Kadang-kadang terus masuk ke hati. Dengan syahdunya, dengan lenggoknya dan dengan alunannya, boleh membuat kenangan kembali bertandang. Apatah lagi bila menceritakan tentang kampung halaman. Rindu yang menggamit-gamit, sawah bendang, ayah bonda yang menunggu serta buah hati yang setia. Wahh… seronok gitu rasanya.

Tapi lagu yang ini, barangkali dinyanyikan oleh kumpulan anak-anak muda yang serba rock, nampak begitu kasap saja bunyinya. Hilang nilai seni dan semangat Aidilfitrinya. Suaranya beriya diteran-teran dan diserak-serakkan apabila mengalunkan lagu raya yang serba popular dan klasik itu.

Entahlah, pokcik tak tahu nak kata apa. Terkilan pun ada.

Dan, pokcik rasa, sang penyanyi itu seakan-akan tersiksa sangat nak menyanyikan lagu raya itu.

Alahaiii…

Tuesday, September 16, 2008

Pandaikuih...

Pokcik mengunyah kuih cucur badak dengan mata yg terkebil-kebil. Ini kuih dari gerai yg mana pokcik pun dah ingat-ingat lupa. Sejak beberapa hari bermulanya ramadan ni, pokcik rajin merayau-rayau ke serata gerai mencuba tiap kuih-kuih yang dijual. Bukannya apa, saja nak tukar-tukar selera.

Dan sejak berbuka tadi, mengunyah kuih itu, rasanya seperti mengunyah dodol yang terlebih santan kelapa tua. Rasanya sama saja macam yang pokcik beli beberapa hari dulu. Oh, jangan risau. Pokcik tidak tersilap gerai. Gerai yang ini, penjualnya adalah mak janda dan ada anak dara seorang, sampai pokcik tak sure nak mengurat yg mana dulu kekekekek..

Apalah dah terjadi dengan kuih-kuih ini semua? Adakah sudah hilang tradisionalnya atau sumbang inti hatta cara membuatnya? Atau peniaga yang saja buat asal boleh saja. Asal boleh jual dah ler.

Kualiti langsung tak diperihatini. Fikir untung semata-mata. Kena dengan oang-oang lama macam pokcik ni, yang lidahnya masih klasik dan menghargai sangat-sangat nilai sentimental pembuatan sesatu kuih itu, lagi lah terasa kecewa dan kesal. Nampaknya, kebanyakan kuih yang dijual.. hmm langsung tak ada markah. Pokcik cuma angkat ibu jari pada popia salut sambal je. Sebab tu favourite pokcik hik hik.

Oleh sebab itu, sejak akhir-akhir ini, pokcik dah semakin jadi malas hendak membeli kuih. Merajuk pun ya juga. Balik-balik rasanya itu juga. Dahlah saiz pun kecik, harga pun mencekik. Takkanlah kerana naiknya minyak, tak stabilnya ekonomi, karipap, cucur, cakoi, apam, pulut panggang, keria dan lain-lain kuih jadi mangsa.

Lepas tu, dah dekat-dekat nak berbuka barulah nak dilelong murah-murah. Manalah pokcik larat nak tunggu. Baik pokcik makan sekut kering... lagi bagus.

Namun, tidak dinafikan, ada jua kuih-kuih yang masih mengekalkan rasa dan ciri-ciri tradisinya. Seperti kuih tepung pelita, peneran, kuih cara, talam, onde-onde, buah melaka, yang masih sedap perisanya. Rasa pun manis, semanis senyuman penjual yang bertahi lalat ditepi bibir itu auww.

Barangkali peniaga-peniaga kuih yang sebegini sangat mementingkan rasa dan nilai murni dalam resipi kuih-kuih mereka. Syabas daun keladi pokcik ucapkan. Anda memang pandaikuih!

Agaknya begitulah hakikatnya alam ini yang sentisa berubah-ubah. Sedangkan air , api dan angin lagikan bermusim, Inikan pula selera dan hati manusia.

Domkianlah jua halnya dengan kad hari raya. Biasanya, tiap-tiap tahun, setengah bulan puasa jek, pondok pokcik ni dah penuh dua tiga guni.

Kali ni.. baru seguni jek.. alahaii..


hik hik

Monday, September 15, 2008

Taggy lagi..


Wah, bulan-bulan puasa ni.. ada juga oang yang sudi nak tagged pokcik. Mekasih la pada Kak Iris Ixora yang jauh nun di Isketambola ( istanbul ) tu..

Seperti biasa, pokcik jawab selamba je aa..

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH

1. Jatuh cinta pandang pertama dan menganggap sekolah adalah pusat jatuh cinta bagi pra remaja.. hiyaaaaa!
2. Suka pergi bilik air tiap kali boring dok dalam kelas.. dan akhirnya di denda jadi ahli jawatankuasa bilik air.. hik hik..
3. korek hidung, cium... korek hidung, ciumm… waa asyikkk hik hik

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??

1. Pendidikan Jasmani – Sebab boleh main bola. Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola ( ulang patplo kali )

2. Ilmu hisab – sebab Cikgu Patimah tu ada anak dara cun.. yihaaaa.

3. English – sebab boleh belajor cakap “ I lap u “ . nanti nak cakap kat anak cikgu Patimah tu laa.. hik hik


3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Pendidikan Jasmani – jadi tak suka bila Cikgu Sugulingam yang selalu suka main bola tu digantikan dengan Cikgu Bukhari.. yang asyik suo kita orang berlari jek setiap kali pelajaran PJ tu.. Penat ooo lari-lari di atas padang tanpa arah tujuan.

2. Ilmu hisab – Kerana Cikgu Patimah akhirnya cakap, dia suka budak yang pandai dan rajin belajar.. ceh ceh tak kasi pokcik syok kat anaknya la tu.. pehhh..

3. English – bila mak menghulurkan kain buat lap meja bila pokcik mula menyebut “ i lap u “ . Ditambah pula apabila Cikgu Patimah tunjuk penyapu apabila pokcik round depan umah dia dan sengih-sengih, kenyit-kenyit mata kat anak dia. Anak dia pun jelir lidah kat pokcik.. uii dia suka tu. Dia suka tuu.. hik hik...

MENARIK PADA KAMU...?
Apabila seseorang itu “menarik” duit dari poketnya dan menghulurkan kepada pokcik untuk wat boli-boli sekut ka, kopi ka.. Alahaii… rezeki gituu

KAMU PALING SUKA...?
Bila diri pokcik sendiri, disukai dan senangi oang.. kalau jumpa tu.. asyik nak belanja pokcik makan jek.. wah, meriah gituu.. hik hik

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
Kedua mak dan ayoh. Betul pe, kalau dowang tak adakan pokcik.. tentu pokcik tak de.. hik hik

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI...
Tak dak sapa-sapa.. baca doa tido dan terus terlelap. Kadang-kadang kalau ada masa dan rindu desa menggamit, pokcik miscall-miscall Tok Lipat, borak-borak sekejap. hik hik....

Wednesday, September 10, 2008

Sentuhan tak terasa...

Seakan berdenting
Musim bunga lalu
Membawa aku ke situ

Bersepi dalam hening
Kata hatiku mudah bergolak
Tatkala rindu berpencak

Masing-masing menyepi
Walau mata mengungkap kasih
Penuh cinta membakar di dada

Dan kita memesrai hubungan
Dalam silu paling terbatas
Penuh ghairah melepas rahi
Walau jasad tidak menyentuhi

Kita bercinta suci
Patuh pada yang memberi
Beradat pada yang pasti
Walau nafsu bagai berlari

Sayangku,
Hari esok tidaklah pasti
Mungkin nyawaku direntap pergi
Namun hari ini
Semalam, jua esok lusa

Sayang itu
Tetap tidak akan mati

Friday, September 05, 2008

Krup... krup...


Pokcik perasan, ramadan kali ini datang bersama musim gerimis yang turun hampir setiap hari. Tak kira siang, malam, waktu berbuka, sahur, imsyak atau subuh, pasti ia akan turun menyirami sekelian alam sekali sekala.

Hujan sememangnya membawa rahmat. Koman-koman pun sejuk sikit suasana puasa kali ini...

(Sambil mengusap perut yg berbunyi-bunyi.. krup.. krup... krup... )


Aiseyman.. cam bunyi sekut la plak.. hik hik

Alahaiii…

Thursday, September 04, 2008

Deras Ramadan...


Sedar tak sedar, puasa sudahpun masuk hari ke 4. Oh, begitu cepat sungguh masa berlalu, secepat habisnya sekut dalam tin di pondok pokcik ni hik hik. Maklomlah, masa berbuka pun makannya cepat-cepat saja.

Entah kenapa, tahun ini pokcik masih belom ketemu kuih semusim ramadan. Tak lain ialah popia yang bersalut sambal tu. Pencarian di bazar ramadhan yang berdekatan hanya menemukan kesesakan dan keletihan saja. Apa yang dapat dilihat hanyalah punggung-punggung manusia ( yang mengerumuni hampir kesemua gerai ) dan payung-payung tuan punya gerai.

Barangkali sebab kawasan tempat pokcik tinggal ni ada ramai pelajar-pelajar yang menghuni, yang turut sama ingin memeriahkan bazar tersebut tanpa mengambil kira keperluan si tua yang serba marhain ini.

Tapi, pokcik tak kisah.. kadang-adang apa yang dihajatkan tidak semestinya mendapat. Ghairah dan semangat mencari pun sudah mulai kendur. Duduk di pondoklah yang lebih elok sekali, sambil berbuka apa yang ditakdirkan pada setiap hari. Kalau Si Leman sebelah tu baik hati, disuruhnya Dol tu hantar kuih barang sepiring. Jadilah buat menukar tona rasa selain asyik rasa tawar semata-mata.

Tentunya disebabkan ekonomi dan isu-isu setempat yang melanda, suasana pun turut berubah. Tak tahulah kalau orang jadi semakin berjimat cermat. Namun rata-ratanya, daya membeli kita masih sama. Diharap kamu semua tidak terlalu membazir sesangat. Maklomlah, manusia ni kadang-kadang terlupa. Walau syaitan sudah dirantai , namun nafsu tetap ada dalam diri kita.

Akhir sekali, selagi yang namanya Bulan Ramadan yang datang menyapa, eloklah kita menyahutnya penuh rasa cinta. Menjalani ibadah puasa dengan rendah hati selain mencari pahala yang melimpah ruah.

Semoga kita kembali menjadi manusia yang suci.

Alahaii...

NOTA CAGU :

Pada sesiapa yang tertanya-tanya, ternanti-nanti dan teringin-ingin kan alamat pokcik, kerana hendak melayangkan kad raya kepada pada oang tua ini, yang sememengnya bercitarasa klasik nasional ni, sila la menggunakan alamat dibawah. Jangan malu-malu...

No. 4 , Jalan Kristal 7/68D ,
Seksyen 7 , 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Mekasihlah pada yg sudi, kalau tak sudi pun maka sudi-sudikanlah juga. Nanti dah dapat, pokcik balas laa... hik hik

suci...

Monday, September 01, 2008

puasa...

Entah kenapa, sejak beberapa hari ni.. pokcik asyik termimpi-mimpikan makanan yang satu ini saja.

Barangkali, sudah mau masuk bulan puasa agaknya..
Hik hik..

Merdekarama..



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 tahun.

Hendaknya...

Janganlah sampai,

Kemerdekaan ini hilang dari keringat, urat nadi, bahu, mata fikir

hatta...

hati kalian sendiri..



Alahaiiiii
(Seraya mengeluh berat... )

Wednesday, August 27, 2008

mendung...

Sejak beberapa hari ni, kerap benar gerimis melanda. Ia turun di kala pagi, tgh hari, ptg dan juga malam. Tak kira masa dan ketika.

Tatkala melihat awak berarak mendung dilangit, pokcik tersengih sendiri. Kalau hujan turun, tentu hawa akan berobah sejuk dan amatlah sesuai untuk berehat saja di pondok buruk pokcik ni.

Sambil-sambil tu, bancuhlah kopi barang seteko sambil mengeluarkan sekut kering dari tin. Kurang-kurang, santainya bermaknalah juga...

Oh, terima kasih daun keladi wahai hujan... esok-esok turunlah lagi.

hik hik

Sunday, August 24, 2008

layanan...

Balik kampung di musim cuti sememengnya tidak boleh lari dari dijemput makan kenduri. Dan seperti- selalunya, oang-oang yang berstatus warga emas macam pokcik ni memang sangat-sangat bertuah.

Apa tidaknya, melihat saja kelibat kita melangkah slow-slow dari jauh, tuan umah sudah mengangkat tangan tinggi-tinggi sambil berlari-lari mendekati. Lagaknya seperti ketemu menteri dalam negeri gitu. Diajaknya kita duduk dan dilayan sebaik mungkin.Tak payah susah-susah untuk bangun ambil nasik dan lauk. Semuanya diambil-ambilkan oleh gadis-gadis nan jelita menggoda atau mak janda yang nakal mata. Komdian, berkayuh la kita ( makan ) sambil berborak-borak dengan sesiapa yang duduk sebelah menyebelah, sama ada mengenali atau tidak. Namanya pun majlis ukhwah.

Agak-agak dah lenguh pinggang duduk di situ dan puas melihat suasana majlis yang gilang gemilang, kita menapak-napaklah ke belakang tempat bersanggahnya tukang masak. Duduk situ berjumpa para pekerja dapur yang juga merupakan teman lama. Kalau tidak dilawa makan maka akan dipaksalah juga kita makan. Kaki ini bagai digam-gam oleh si tukang masak baryani gam itu.

Hendak tak nak suaplah juga walau perut seperti dah naik tepu. Nasib baik nasinya sedap. Entah beberapa kalilah nasi milik tuan umah ini sudah masuk dalam perut.

Apabila sudah hendak pulang, kita bersalam keruk, alih-alih ditolak pula dengan keruk yang lain ditangan kita. Kita pula yang terkeruk-keruk kepala. Sedekah katanya… Rezeki – kata pokcik pula. Moga tuan rumah mendapat berkat dari Tuhan. Amin....

Memang menyeronokkan gitu kalau dikenang-kenang semula.

Tentu anda pun suka kan, mendapat layanan begitu rupa... hu huu

Alahaii...