Wednesday, October 22, 2008

duit raya...

“Tok, selamat hari rayaaaa..” Nyaring dan bersemangat sekali budak itu mengucapkannya. Seumpama ada makna yang terselindung di sebaliknya. Maklom la, duduk beraya di kampung ni.. Memang dimeriahkan oleh kanak-kanak saja. Cucu Tok Lipat pun dah ramai. Yang datang berkerumun hari-hari, toksah cite la.

Pokcik menyeluk kocek baju lalu mengeluarkan duit doplo sen.

“Nah,” sua pokcik kepadanya. Budak yang songkoknya lebih besar dari kepala itu memandang wajah pokcik dengan sangat hairan.

“Aiks, doplo sen jek, tuk?“ Entah dari mana datangnya kekuatan dia untuk bertanya sedomkian.

Pokcik membeliakkan mata. “Yo la, kamu nak berapa?“

“Kasi la singgit ka, dua hinggit ka, baru sedap sikit“ jawabnya sambil tersengih-sengih. Cuba berkompromi dengan pokcik. Pokcik hanya menggeleng kepala.

“Ooo.. tak apa. Nanti tahun depan, datanglah lagi. Pokcik kasi lagi doplo sen. Cukup lima tahun, dapat la singgit,“ balas pokcik dengan selamba.

Kanak-kanak itu mencebik sambil berlalu. Terdengar dengusan tak puas hati dari. Barangkali katanya, oang tua ini kedekut ya amat.

Biasalah tu. Nak wat cam mana. Pokcik pun bukannya ada duit sangat. Budak-budak ni bukan tahu pun. Setidak-tidaknya pokcik cuba hendak mencerikan hari mereka, cuma tidak menepati citarasa masakini saja.

Biasalah, budak-budak zaman sekarang ni... begitu “demanding“ gutu.

Kita yang tua-tua ni, jadi “demam ding“ la pulak..

Alahaiii..

5 comments:

Tie said...

Dulu masa kecik2 dapat 50sen dah sengih sampai ke telinga...hi hi..memang pokcik ni kuat naik kuda laa...(bunyinya ke de kut! ke de kut!!)


P/s: jangan marah...nanti kena jual!!

INTAN said...

kata kat diorg...2 posen tu batter dr x bg langsung...hahahah

Nek Cun said...

Pokcik cakap la kat depa tuh... budak-budak tak leh pegang duit banyak-banyak, nanti tak pandai nak kira... hehehe...

Mersik said...

tie - Waa.. bkn pokcik kedekut, tapi jimat cermat gitu. Lagi pun itu aja yg ada.. Dulu2 pokcik dapat 2 sen jek dah mcm raya cina, meriah gituu..


intan - kekek bley ke kata kat bebudak zaman skg ni? Kang abih dowang seme blacklist pokcik. kekekek


nek cun - Waa.. lagi aa byk nanti songehnya. Biasa la.. budak2 zaman siber.. tahunya nak cepat dan mudah. Alahaii...

masni qisrine said...

pokcik,
sy pun xdpt duit raya lg niiiiii
pokcik lupa kt sy keeeee

:(