Wednesday, October 29, 2008

baju raya...


Petang itu kami tidak dapat mengelak lagi. Beriya-iya anak cucu Tok Lipat mengajak kami beraya. Bersungguh mereka memaksa sampai nak merajuk-rajuk pun ada. Dan Tok Lipat yang perihatin pada keluarganya pun tak sampai hati. Hendak tak nak terpaksalah dia dan pokcik ikut juga serta beraya.

Itu pun pergi ke rumah saudara mara terdekat yang sama-sama tua cam kami. Maklomlah, nak pergi ke umah oang yang lebih tua memang susahlah. Semuanya dah arwah, kalau ada pun bukannya kenal sangat (sebab dah nyanyuk). Itulah dilema bagi kami oang-oang tua ni. Alahaiii...

“Seganlah nak pergi. Aku mana ada baju raya.“ Pokcik mula teringat. Sejak balik ke kampung, pokcik hanya membawa beberapa helai baju melayu yang dah lusuh serta kain-kain pelikat saja. Tulah saja yang pokcik ada.

“Alah kau ni. Toksah risau. Aku banyak baju. Anak-anak aku ada buatkan. Kau pakai sajalah mana yang ada tu.“ Cadang Tok Lipat. Lagi pun badan kami berdua lebih kurang je saiznya. Cuma perut Tok Lipat tu je beso sikit..

Nak tak nak, menyelongkar ler pokcik akan baju-baju yang sesuai dipakai. Akhirnya, setelah puas memilih, dapatlah sepasang baju yang elok sedikit. Warna Maroon lagi. Dan, yang lebih mengharukan ialah apabila disuruh pakai samping sekali. Iksh, iksh.. macam pengantin pulak rasanya.

Sebaik turun ke bawah, semua anak cucu memuji-muji. Tak tahu lah kut kalau-kalau ketawa-ketawa mereka tu tandanya memuji. Kami sengih saja. Dan yang terlebih-lebih dipuji tentulah kepada pokcik.

Biasalah, pokcik ni nampak lebih hensem kalau pakai baju pinjam... hik hik


5 comments:

masni qisrine said...

hihihi...baju pinjam ek?

kuIna Jentayutiara said...

lorrrrr.... sy nk pinjam gak la baju tu utk suami sy spaya lebih hensem.

Abang Long said...

Tersangat cemburunya dihati hamba mendengar kehenseman Tuan Pokcik. Tetapi adakah lengkap pakaian itu beserta butang baju melayunya ?

Rasha_rz said...

salam sehabis syawal pokcik... Sampai dah habis raya dah, tak jg pokcik mengajak mokcik ngeteh...

Mersik said...

masni qisrine - Hik hik nak wat cam mana, pokcik tak de baju hik hik..


Kuina jentayutiara - kekekek.. bley , no hal.. kalau suaminya kurus.. menggelebeh la. Tak pe, tak hensem. Janji hati baik... gegegege


abang long - Uii lengkap segala.. cuma keris jek tak de.. kekeke


rasha_rz - Alah, nk ajak cam mana.. oang tu beraya sampai lupa2 gitu kat oang tua ni.. hu huu sakan abih. Hiyaa.. bebila pun bley ngeteh.. sabut saja masa, tempat dan tarikh, pokcik akan segera hadir.. yihaaa hik hik