Wednesday, May 30, 2007

kampung...

Akibat desakan2 rindu yang menguntai tangkai hati pokcik, melamar2 mau mengajak kembali tubuh ini pulang ke kampung halaman, maka pokcik pun mengambil keputusan lah untuk berpergian2 balik ke kampung gitu.

Dari sejak semalam2 lagi, ingatannya sudah melayang jauh pada desa permai yang menghijau dengan daun nyiur yang melambai2 gitu. ( apsal ek?, bila cite pasal kampung jek, mesti oang sebut daun nyiur, macamlah takdak daun lain.. hik hik )

Ah! rindu benar pokcik pada suasana desa yang tercinta itu.

Sayugia juga diumunkan, sepanjang peninggalan pokcik, janganlah malu2 untuk ke mari, walau tuannya tak ada, tapi tulun2 lah menjaga, kemas2 apa2 yg patut.. bersihkan itu ini, dan harap dapatlah buat macam umah pokcik juga kekekeke

Kalau ada masa, pokcik tenet2 la dari kampung tu, itu pun kalau rumah Janipah Lopis ada line lagi. Kalau tak pun, pandai2 la pokcik cari sendiri.

Maklumlah, walau pun diri ini jauh di mata, namun jangan ler sampai jauh juga di hati anda seme..hik hik

Alahaii..

( Sambil tunggu bas sangkut2 tepi jalan.. )

Tuesday, May 29, 2007

Hujan lama...


Pagi tadi hujan begitu awal turunnya. Sangka pokcik hanya biasa2 sahaja. Maka pokcik pun buatlah sambungan tidur biasa2 hik hik. Namun apabila tiada matahari pagi yang mengejutkan lena pokcik, barulah pokcik tersedar, awan dilangit hanya sekadar mendung2an saja sejak pagi tadi, sejak2 lepas hujan bertukar gerimis. Tiada tanda2 akan menampakkan sinar matahari.

Dan waktu tengah harinya pula , hujan turun lagi menyebabkan suasana hari itu jadi muram keseluruhannya. Kalau di kampung pokcik Batu Pahat sana, dua tiga hari hujan yang sebegini, pasti akan mengundang banjir. Takut juga kalau ia betul2 terjadi. Ini bukannya pisang yang disukai penanamnya kalau ‘berbuah dua kali’.. hik hik..

Tak larat rasanya nak mengalami tragedi yang menyesakkan dada itu. Sayu hati bila mengenangkannya.

Ber bot kesana kemari, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, berkayuhanlah sang perahu dan tersangkut menunggu bantuan lalu.. hik hik

Lagi pun, baru terdetik di hati pokcik ini nak pulang menjengah kampung. Maklomlah, sudahlah lama lamanya tidak kesana. Apakah khabarnya orang2 semua. Rindu pulak rasa hati ini.. gegege

Alahaii..


Friday, May 25, 2007

Neuro mimpi...


Suatu tengah hari yang bening, pokcik termimpi akan satu hal yang maha menggelikan hati. Alkisah anime cerita2 kartun yang selalu di pot pet pot pet kan oleh Dol ditelinga pokcik akhirnya mengocak juga saraf tunjang yang bersalur simpang kepada saraf “neuro mimpi” hingga terpancar2 warnanya dalam kanvas minda waktu pokcik tengah berdengkur tengah hari itu. Diulangi, tengah hari yang bening.. hik hik

Pokcik bermimpi menjadi Pocigi, lagenda hero zaman jepun kuno yang gagah perkasa. Selain ilmu bela diri yang beraura sakti, senjata utamanya berupa pedang samurai berukiran kepala naga yang berderet2 loreknya, yang diberi nama Kopee Katali. Yang diperbuat dari besi waja berasal dari Batang Kali..


Musuhnya tentulah Dozomon.. penentang bertubuh kecil dan berkepala botak. Gemar menyerang hendap dan menggunakan taktik-taktik kotor serta senjata kecil2 yang berbahaya. Dendamnya pada pokcik entah dari mana puncanya, mungkin dari sejarah permusuhan para pejuang albaik menentang aljahat yang di warisi turun temurun hingga ke zaman pokcik ini. Pokcik pun tak mengerti..tahu2 sahaja sudah bersetentang mata hendak berlawan2 diatas sebuah gunung. Terpaksalah pokcik menurut sahaja kerana.. ini kan mimpi.. hik hik

Di suatu pagi yang cerah, diatas gunung Togalaga, sementara kabus masih beralun perlahan, maka bertempurlah kami dengan hebatnya hingga bersiponggang segala alam dan makhluk yang melata mendiami gunung tersebut, hingga tak diam duduk mereka dibuatnya.. hik hik

Pedang Kopee Katali dihayun menunju mangsa. Si Dozomun pantas menghilang. Lenyap bersama kabus2 halus. Sedar2 dia sudah berada dibelakang mengacu pisau dipinggang. Sepantas kilat pokcik memusing lalu menepis. Dozomon terkesima namun dia terus berpusing bak angin puting beliung, terus mengasak. Pokcik pula berpusing2 mengelak. Hampir2 nak pening kepala. Sungguh dasat pusing2 kami. Baru pusing2 je tu.. Belum gasak2 lagi..

Suatu ketika, akibat tersalah teknik pernafasan… Pedang Kopee Katali pokcik berjaya dikuis Dozomon, terpelanting entah kemana. Kini pokcik sudah tak bersenjata lagi. Dozomon ketawa halus dan mendalam, seperti Haji Bakhil yang kena puji. Namun kerana pokcik nih terer, maka tanpa 'dentang denting' pun pokcik masih boleh lagi 'gedebak gedebuk'. Pakai tangan jek laa…

Hiyahhh! Dozomon menerpa umpama gajah naik minyak. Tangannya menjurus hendak menghentam dada. Pokcik mengelak lalu menangkap pergelangan tangannya. Satu hentak siku dihala ke mukanya.

Dia terngadah, terhoyong hayang hampir tumbang. Namun bila pokcik hendak menghala kan penumbuk ke mukanya lagi, dia sudah menunduk dan merangkak seperti lipas kudung dicelah2 kelangkang pokcik lalu bangun seraya men'grip' leher pokcik. Satu gigitan singgah ditelinga.


“Aduhhhh.!.” pokcik menjerit panjang. Dalam masa yg sama cuba merungkai pautannya untuk lepaskan diri. Menyedari pautannya agak kuat ( sebab tangannya gempal dan gemuk ), pokcik lantas menarik rambutnya sekuat2 tenaga.

“Aduhhhhh! ” kami menjerit sama2. Mujur tiada siapa yang memerhati. Kalau tidak malu kami dibuatnya, gaduh main gigit2 , main tarik2 rambut, macam oang pompuan je.. kekekeke.


Dozomon lalu mengilas dan menghumban tubuh pokcik hingga tergolek2 macam bantal golek, sebelum terdampar lesu, macam bantal busuk.

“Oh! Main kasar ye? Nanti kau!,” Dozomon melangkah dengan penuh geram. Mungkin marah sebab pokcik tarik tocang dia. Pokcik pula, sudah tidak berdaya, abih sakit belakang dan pinggang dihumban cam guni padi. Tak ada hemah langsung. Alahaii..pagi ini seperti tidak direstui gitu harinya, ada chance nak kalah bertanding nih. Apa2 pun, pokcik reda.. Kegemilangan pahlawan Pocigi sudah mula hilang bisanya.

“Hiyahhh..! “ Dozomon melompat lalu mendarat dekat dengan kaki pokcik. Tanpa belas kasihan dicapaikan hujung kaki pokcik, dicabut kasut kulit dan..

“ gedik!.. gedik!.. gedik!… “ Dia mula menggeletek tapak kaki pokcik..

“ Aduuuuu.. hu huu hik hik gegegeg.. gegege huuu “ Pokcik terjerit2 dalam kesakitan yang bercampur dengan geli gelaman yang panjang. Sunguh tragik sekali apabila disiksa sebegitu rupa. Pokcik menjerit lagi dengan sekuat hati, tak tahan disakiti..

“ Ohh! “ hingga terbuka mata pokcik, tersedar dari mimpi itu.

“ Atuk.. sedap tidur , kejut2 tak sedor pun ,” ujar Dol yang tersengih2 di hujung kaki pokcik. Sah.. tentu dia yang geletek kaki pokcik.. iksh iksh iksh..

“ Dol, alahh.. apa buat datang sini? Kan atuk tengah tido nih ,” pokcik mengomel lagi sambil mengesat2 mata sebelum duduk bersila. Baru jek tadi rasanya tengah sarapan kopi tongkat Ali dan kopi, sebelum terlentuk2 dan jadi terlena. Tak sangka pula sampai termimpi2.

“ Alah, saja Dol datang nih.. nak cite2 ,” jawab budah bertuah itu.

“ Cite apa?”

“ Cite kartun laa tuk, kartun gasak2 ,” jawabnya pantas,

Pokcik terkedu. “ Karang ada yg kena gigit telinga nih kang,” bisik pokcik dalam hati sambil tersenyum kelat..

Alahaiii ..


Nota Cagu :

Selamat berhujung minggu. Selamat jalan2.. dan selamat cuti sekolah.. horayy..
Jangan lupa rindu2 kat pokcik aa.. hik hik

Thursday, May 24, 2007

Alahaii..

Hati pokcik rasa tersayat sangat bila baca entri Pn. Aina Emir , perihal " Si lelaki tua ".

Ada benarnya juga kisah itu, yang mana jarang oang nak sedari. Maklumlah, hanya oang tua sahaja yang memahami jiwa oang tua.

Alahaii..

Wednesday, May 23, 2007

kebun...


“Aku ingat nak balik kampunglah, nak berkebun ,” ujar Tok Siak pada suatu pagi yang bening diwarung kopi Ah Seng. Kebetulan pokcik terserempak dengannya disana.

Pokcik sedikit terkejut. Sama ada dia bangun disebelah katil yang salah, atau pun memang dia berniat sungguh2 hendak mengubah arah hidup.


Pokcik hanya mampu tersengih. Bukan niat untuk memperlekeh tapi memandangkan dia dan pokcik sudah kenal lama, maka kenyataannya itu rasanya agak bercanggah dengan kebiasaan hidup dan fikirannya selama ini.

Asal Tok Siak ialah bekas kakitangan kerajaan. Kerja di pejabat dengan aircond yang dingin setiap hari. Posisi terakhirnya agak bagus juga, lebih kepada kerja mengarah2 serta mengerah2. Sejak2 dia pencen lima tahun yang lalu, dia tak buat apa2 kerja selain dilantik menjadi AJK surau sini. Masa2 lapang dia lepak dikedai ngeteh2..

Memang dia ada beritahu pokcik juga akan hal kampung halamannya serta kebun2 yang ditinggalkan oleh arwah bapanya. Kebun pusaka gitu. Lagi pun anak2nya seme dah besor panjang. Dan pandai membalas budi dan boleh menjaga dirinya. Apatah lagi dua tiga orang darinya kerja kerajaan. Mahu bertambah “duit hulur” nya bila gaji naik sudah diisytihar naik beberapa hari lalu. Lagi pun dia ada pencen sendiri, tak hairan..

Dalam pada mengenalinya, tidak pula pokcik tahu dia tak berapa rajin nak berkebun. Ia jadi lebih terserlah bila dalam acara gotong royong bersihkan semak belakang surau bulan lepas, dia lebih banyak mengarah dari menebas. Adalah juga dia turun semak, terbongkok2 menghayun sabitnya merata-rata hingga lebih nampak kepada melayang2 dan terhoyong hayang gitu hik hik.Bila mengahnya naik ke dada, terus dia duduk2 saja berborak2 dengan seorang tua yang lagi satu tu.. hik hik ( gelak2 sambil tutup mulut gegegege)

Setahu pokciklah, untuk berkebun nih seseorang perlu ada jiwa tani dan sayangkan tanaman. Tidak semestinya perlu ada kebun berekar atau tanah serelung dua. Kalau dah hati minat bercucuk tanam, ada2 saja menda yang memenuhi laman umah walau serumpun dua serai sekalipun. Petang2 kalau tak ada kerja jenuh berulit dengan cilil sepokok, limau nipis sepasu, taugeh secawan atau ubi kayu sebaris dua. Itu baru dikatakan minat, walau bermula sebagai sambil2an saja.

Dan kalau oang yang tahu dia hendak pencen tak lama lagi, tentu dia dah merangka lama aktiviti kebunnya sejak lama dulu, supaya lepas pencen, terus boleh sambung keja lain. Bukannya ‘tiba-tiba’ saja rasa nak berkebun.

Mungkin lah kut dia terlihat kejayaan hasil2 kebun yang menguntungkan atau ternampak iklan2 menarik teknologi tanam tuai yang sangat cepat hingga tak sabo2 dia hendak menjejakkan kakinya bergelumang dengan tanah, pasir, lumpur dan duri. Bergasak saban hari memakmurkan bumi.

Daya sangat ke tenaga dia? Takut kalau2 dia pengsan jek sewaktu nampak kebunnya yang dah macam hutan lipur. Takut nanti urat sarafnya pula terkejut. Lagi naya dibuatnya.

Berkebun umpama berriadah, kalau dilakukan hari, lama2 barulah serasi. Selain dari dapat hasil cucuk tanam, kesihatan pun boleh terjaga. Lagi pun sekarang ini sektor asas tani semakin berkembang. Ramai yang dah mula tinggalkan bilik berhawa dingin dan kerja dibawah terik mentari.

Tapi, itu cerita orang muda yang berwawasan tinggi. Dan Tok Siak pula, lain kisahnya.

.
“Larat ke tok nak berkebun nih? Bangun pepagi, hayun cangkul hari2, menajak, menebas dibawah terik mentari ? ,” soal pokcik setelah agak lama bermenung dan memikir. Tak sampai hati nak membangkang tiba2. Saja nak tunjuk rasa perihatin, maklumlah.. kami kawan lama hik hik.

Tok Siak termenung lama. Berkerut dahinya memikirkan sesuati. Sesekali dia memasukkan tangannya dibawah ketayap lalu menggaru..

“Tahlah..” jawabnya pendek. Wajahnya nampak kosong.

Mungkin sebentar tadi dia telah memajangkan sedikit fikirannya dan barulah ter ”tahu” akan keupayaan sendiri.

Pokcik kembali tersengih, kerana sekurang2nya masih lagi mempunyai kawan se ngeteh yang selalu mem”percuma”kan teh pokcik hik hik..

Alahaii..

Tuesday, May 22, 2007

Wajah baru..

“ Seluas mata memandang..! “

Itulah saja yg pokcik leh komen pada pondok pokcik yang berlatar wajah baru nih. Walau pun ia bukan yg terbaik dan terindah, tapi bolehlah juga.


Sekurang2nya leborlah sikit kawasannya dan besor2 tulisannya. Taklah nanti terkebil2 mata memandang. Maklum lah, dua tua2 nih macam susah plak nak memandang mende yang kecik2. hik hik

Putih.. Hmm… itulah warna yg dipilih. Sesuai benarlah dengan jiwa pokcik, hati pokcik, gigi pokcik serta uban2 di kepala pokcik hik hik.

Atau pun saja nak mengingatkan pokcik kepada selimut putih, nisan putih atau kapok putih..Bior selalu sedor diri dan tak berlebih2 dalam glamer yang sedia ada.

Kalau tak berapa berkenan tuh, mintak maaf daun keladi la.. Memang cita rasa oang tua ini, kadang2 susah nak di ramalkan..

Alahaiiii


Monday, May 21, 2007

Seorang pokcik yang dahaga..

Hujung minggu yang berlalu. Panasnya membara2 dan memburu2.. hingga rasa kering lesu tubuh pokcik sehari2. Bagai terdampar ditengah2 gurun Kalahari.

Sepetangan pokcik menunggu sang hujan turun kerana dilangit sana ada tompok2 awan hitam yang berarak lalu, tentunya memberikan harapan untukku. Namun terlupa, bahawa ia tak turun selalu.

Malam2nya pula jadi resah tidurnya, sering terjaga2, berpeluh2 dan rasa dahaga yang teramat. Sampai berbotol2 pokcik menogok air hangat.

Hinggakan pokcik jadi konpius sendiri, adakah malamnya betul2 panas atau kencing manis pokcik sudah naik lagi, kerana simptom2nya.. lebih kurang sama gitu ( yakni berpeluh2 dan sering dahaga diwaktu malam )..

Alahaii..

Thursday, May 17, 2007

Dan mimpi pun bersatu..

Biasanya kalau pokcik tido, jarang pokcik terjaga malam, melainkan waktu bangun sahur sahaja atau nak buang air. Namun pada malam semalam, tah kenapa diawal2 pagi rasanya macam pondok2 pokcik dibaling2 bom sahaja.

Berdentam dentum sana sini, kuat dan bergema bunyi, bagai mau runtuh langitnya. Sampai terperanjat pokcik dibuatnya, takut kalau2 pokcik terbangun dizaman2 perang jepun ke, perang dunia kedua ke.. iksh iksh..rasa nak roboh pondok ini dibuatnya.

Berkali2 pokcik tersedar. Resah hati ini mengaru2 gitu, bagai kucing nak beranak. Guruh kali ini paling kuat sekali dirasakan. Pokcik pejam mata rapat2 dengan dada penuh gemuruh, namun kedengaran dentam dentumnya bersilih ganti hingga ke awal pagi. Kadang2 bunyi macam orang main mercun pun ada. Dalam hati tertanya2 juga.. mana hujannya ?

Dan yang turun selepas guruh berbunyai sebenar2nya lah yang sangat dinanti. Sebelum subuh hujan sudah mula menguasai alam Shah Alam kekeke.

Namun pokcik sedikit hairan gitu, Minggu lepas, di hari yang sama, diwaktu yang sama… hujan turun juga. Sedangkan pokcik tengah bercuti.. aduss.. geram pokcik dibuatnya.. merungut2 didalam hati ini..

Asal coti saja , hujann..
Asal coti saja , hujann..
Asal hujan saja, cotii…
Asal hujan saja, cotii.. kekekeke

Tapi, pokcik kembali tersedar.. manalah pokcik ada coti. Hari2 dok melepak jugak.. Cuma pagi ini pokcik makan sekut sikit jek, takut tengah makan2, pas tu tertidur plak ( sedang dalam mulut ada sekut ).. abih mimpi indah pokcik nanti terganggu dek kerana tersedak2 selalu kekekek.

Dan lagi , pokcik perasan.. apabila hujan turun jek, maka lajulah idea dalam kepala otak nih mengalir , cepat saja rasa nak nak menulis, seolah2 dipicu2 seperti air yang menuruni bumi deras2.. keletus ! keletus! keletus! bunyinya.. hik hik.

Mungkin, otak pokcik nih dah terlalu kering sangat kut. Bila kena hujan barulah dia cair..

Alahaii...

Monday, May 14, 2007

Engkaulah ratu hatiku..

Sempena menyambut Hari Ibu yang jatuh pada hari minggu ini , pokcik pun nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Ibu , pada ibu2 diluar sana, bakal2 ibu, ibu2 tunggal dan sapa2 saja yang berhak mendapat gelaran itu.

Sesungguh nya pengorbanan anda seme amatlah besar. Tiada anda seme, maka pupuslah manusia didunia ini tak bersambung zuriatnya. Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan, tidak akan dapat dibalas dengan kata2 dan harta dunia, Semoga Tuhan sahajalah yang membalasnya.

Seketika, teringkat plak pokck pada bonda yang sudah pergi. Ah, rasa mau menitik air mata ini. Hanya sajak karya Usman Awang nih sajalah yang dapat meluahkan perasaan ini.. alahaii

KE MAKAM BONDA

Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.

Usman Awang

Friday, May 11, 2007

Gerimis memanjang (2) - Tok Ayah

Berbalik pada cerita gerimis semalam tu. Ada cerita yang mengamit2 kenangan pokcik sewaktu kecik2 dahulu. Waku itu usia pokcik dalam lingkungan 8 tahun la. Waktu tak kesekolah, pokcik selalu berjalan2 dan tido diumah Tok Ayah.

Setiap pagi, tok ayah akan bangun awal , duduk dianjung dah mengasah pisau torehnya. Masa tu pokcik ikut terbangun, melangut bersamanya. Dengan susasana pagi yang sejuk amat, kadang2 pokcik menemaninya dengan selimut2 sekali. Tersengut2 , terlentok2 dan sesekali terngigau2 mintak popia sambal hik hik.

Tok ayah tak suruh bangun, tapi pokcik suka tenguk dia buat kerja. Kadang2 nenek buatkan kopi dan sedikit ubi rebus cicah ikan kering, paling tidak pun biskut kering. ( Sekarang anda seme tahu aa, dari mana pokcik mewarisi aktiviti minum kopi dan sekut ini. Hik hik )

Dan hujan semalam benar2 membawa pokcik balik bersamanya. Waktu itu hujan trun diawal pagi, seperti biasa kami duduk lepak2 dianjung. Tok ayah memang rajin kerja. Kebun getah seluas 7 ekar tu diusahakan soang2 jek. Itulah sahaja hartanya yang ada.

Ingin juga pokcik menolong, tapi dia tak bagi. Mungkin sebab kali terakhir dia bagi pisau toreh tu, bukan setakat getah yang pokcik ditoreh, habih seme pokok2 pisang, rambutan, manggis hatta kelapa pun pokcik toreh. Dia marah kut.. hik hik

Bila Tok ayah dah siap mengasah , lepas solat subuh dia pun turun ambik basikal bawah romah. Alatan seperti tong, topi, dan lampu diperiksa. Ulat nyamuk lingkar dipasang dilengan, ikat dengan wayar. Sebelum dia menolak, dia lambai2 kat pokcik. Kadang2 tak sempat lambai pokcik dah tergolek tido kat anjung.

Dekat2 tengah hari, baru dia balik. Itu pun selepas menyelesaikan segala kerja. Bukan setakat menoreh sahaja , dia juga meghantar susu getah ke bangsal, memproses, menggelek dan jemurkan getah2nya.

Kadang2 pokcik jadi simpati. Kerja sebelum subuh dah keluar. Dapat hasil sehari singgit pun dah cukup bagus, selalunya dalam 50 sen sahaja. Apa nak buat, Tok ayah tak sekolah pandai, malah tak pergi sekolah pun. Tapi kerjanya ini pun mengajor macam cikgu juga. Cuma muridnya adalah pokok-pokok getahlah. Dan yang diasah hari2 tu kira macam pensel la. Geli hati sungguh pokcik mendengar lawaknya.. hik hik

Dan biasanya , kalau hujan2 begini..dia akan tetap duduk dianjung mengasah pensel2nya , sesudah mengasah, dia akan terus bangun serta mengajak pokcik masuk kedalam umah..

“ Dah , jom kite tido balik.. “

“ Tok, hari nih tak mengajor ke? “ pokcik tertanya2 kehairanan.

“ Nak ngajor apa, tak nampak ke hujan tu?.. pokok seme basah “ jawabnya selamba..

Alahaii… hik hik


Nota Cagu :

Untuk semua, selamat bercuti berhujung minggu. rindu2kan lah pokcik selalu.. hik hik

Thursday, May 10, 2007

Gerimis memanjang..

Semalam Shah Alam diterpa gerimis mengundang. Sejak sesudah subuh hujannya sudah menderas. BIla langit hampir ceroh ia semakin " turun tempo " , jadi perlahan serta mengamit2 gitu.

Pokcik kebetulan sedang bercoti.. sebab ada banyak plan nak wat.. Entah kenapalah, plan nak buat hari itu, hari itulah pula hujan turun. Aduhhss.. Tapi pokcik tak panik.. pokcik tunggu juga, biasa ler.. lepas2 bersarapan lepak dianjung, minom2, makan, baca2 suatkabo bulan lepas.. dan sesekali me nostalgiakan diri mengingati kenangan lalu.

Masuk ke separa tgh hari, masih juga disitu turunnya.. perlahan dan sekata..tis.. tis.. tis.. turun airnya satu persatu, tus.. tus.. tuss.. menimpalah bumbung pondok ku. Tut.. tut.. tut… tah angin mana la yang keluar tu ? kekekekek

Kerana tiba2 gerimis mengundangnya dah menjadi gerimis memanjang. Tertunggu2 lah pokcik bilalah ia akan berakhir. Kadang2 sampai terlelap2 pokcik dibuatnya , maklom la dari sejak tadi2 lagi.. sejak2 bersarapan. Kadang2 tu tak perasan dengkurnya sedang biskut masih ditangan… kadang2 masih tergigit dimulut. Nak wat cam mana, dah nikmat “tertido” nak datang.. mana2 pun bley kekekek

Dalam pada itu menanti2lah pokcik walau terasa masanya sangat panjang. Cuaca mendung memuramkan segala2nya, baru saja hari ini pokcik bercadang nak berjalan2 di kedai2 depan tu. Lepak2 dikedai kopi Ah Seng ke, sambil borak dengan kawan2.. Tentu Ah Seng pun dah rindu sesangat kat pokcik kekeke..

Tengah hari tu barulah mula mereda.. pokcik pun.. hmm.. dah ber round2 dah lenanya..

Dan lagi, baru pokcik perasan.. memang hari2 pun pokcik coti.. kekekek . Tak apa, esok masih ada.. alahaii


Tuesday, May 08, 2007

Pesta buku... pokcik ingin kesana (4) ~ akhir

Lama sungguh pokcik tak menulis . Biasa ler, bila dah penat sesangat berjalan, kaki pun lenguh dan sakit2, ditambah pula dengan penyakit malas2 serta gangguan kesihatan yang lain , maka bertambah2 jauh ler fikiran ini melayang daripada hendak melayah mencoretkan sesuatu disini.

Itulah , pesta buku yg dah sudah selesai Ahad lepas seto’et sedikit membuat pokcik rasa sedih juga. Cepat sungguh ia berakhir. Rasa, bagai terdengar2 lagi hingar bingar oang ramai yang berpusu2 memenuhi setiap ruang, deretan dan timbunan buku2 dari penerbit2 yg beratus2 jumlahnya. Aktiviti2 diatas pentas serta ketemuan bersama insan2 yg tak disangka hadir..

Pokcik nak wat tribunal laa sikit2 pd sesapa yg sempat pokcik jumpa tu. Sapa2 yg mensudi2kan dirinya, sudi bersua pokcik yang serba tak bersubsidi ni. Terima kasih ler daun keladi.. banyak2 keladinya. Maklom la, bukan selalu oang nak berbual2 dengan oang tua ini.. Mungkin juga kerana malu dan juga terkejut . Barangkali juga ler , sebab.. ya lah, oang tak berapa nak glamer.. hmm barangkali juga lah tuh ( sambul urut2 dagu ) kekekeke…

Bior pokcik keruk kepala dulu.. kruk! krek! kruk! krek! .

Bukannya apa, nak mengingati sapa2 yg pokcik jumpa masa pesta buku yg lalu tuh..Ingatan ini bila dah ramai sangat wajah yg masuk , bertambah kucar kacir lah ia nak menafsir. Perlu diperhalusi urutan memorinya, ibarat mencari uban dalam tepung.. takut2 nanti uban tak dapat, muka pula penuh tepung kekekek.. alahaii..

Antaranya, yg paling terawal , iaitu ct dan mamajambu dari Singapura gitu. Punyalah lama merancang bertemu, mengalahkan oang nak menghantar tanda gitu kekeke.. mamajambu datang dgn anak2 jambunya. Begitu juga ct yg malu2. Sukanya hati pokcik tak terkira..sampai tak lelap tido pokcik dibuatnya siang2 buta kekekeke

Pas tu ada, err err Salmah dari singapura juga. Yg manis , lembut lemah dan peramah. Jenuh nak melayan kekeke. Sayang dia tak dapat nak berlama2.. Tulah , lain kali dtg ler sesudah subuh..gegege , leh lepak sampai turun embun jantan.

Jalan2 digerai lain pula, terutamanya booth yang ada sofa dan boleh santai2 tu (KarnaDya) tersua pula dengan Ruby Hazri, Pn Aina Emir, Fauziah Ansari, Rynsa, Noor Suraya serta penulis2 buku kanak KarnaDya yang popular tu. Tapi tak semuanya pokcik sapa.. sebab pokcik kan pemalu gitu kekeke..Lagi pun teringin nak tido kat sofa tu, penat badan nih aihs..

Rakan2 dari jauh juga spt Nina Suria serta Antubuku, terima kasih juga dipohonkan. Nieys Zahri, yang mengatakan pokcik nih malu2 gitu.. haa kabo dah! Kekek betul pe..? Pengulas buku Carrie Kirana kerana sudi berbual2 mesra serta abg long, oang kuat Alaf21 FC.. Ooo cam nih rupa abg long aaa.. gegegegege

Kumpulan ulat buku yang sporting, Kak Noor, Wan Amalyn, Ija, Lia, Wabbit dll

Digerai PTS pula ada Sarida Hamida, Ez Rahmanee , Sifu Pn Ainon, Pak Latip Talip dan beberapa penulis lain yang tak berapa nak ingat. Pun pokcik malu nak sapa2.. kekekek

Tak lupa juga para pengunjung maya dipondok pokcik nih.. spt ebriza , pu3 salju serta manjlara yang malu2 ayam bila bertemu. Mungkin mereka menyangka2 gitu. Apatah lagi ebriza tu.. pepagi lagi pokcik dah sergah dia kat booth Creative kekeke..

Walaupun pokcik byk berehat di tempat Karangkraf dan Alaf21, tapi selalu juga pokcik rayau2 merata.

Sebab itulah sedih bila mengenangkannya yg sudah berakhir. Entahkan ada ke idak hayat pokcik thn depan. Alahaii.. sekarang nih pun jalan dan memapah2..penat tak terkira.. akan datang, tentu mengempar2 . Iksh iksh tak tahu laa..

Dan pada novelis semua, pokcik senang hati gitu bertemu kalian seme.. memang ramai kalau nak disebutkan disini. Terutamanya penulis Alaf21 yg baik hati dan rajin berbual2 sambil mengusik2 pokcik. Hingga termalu2 ayam pokcik dibuatnya. Kekek

Begitu jua yang lain2nya. Memang pokcik dah agak dah, dipertemuan semusim ini, banyak ruhsia pokcik akan terbongkar2 juga. Oang akan tahu, cam mana pokcik nih sebenarnya, hensem ke? , glamer ke? berkain pelikat ke? Dan macam2 persoalannya yg separuh terjawab..

Tapi tak mengapalah..Kurang2nya yg tak jumpa tu pasti tak tertahan rasanya nak bertemu juga kekekek hu huuu

Itu sajalah yg pokcik ingat.. dah habih garu kepala dah nih, seme kutu dah jatuh mati..

Nanti cerita lagi.. alahaii

Monday, May 07, 2007

Adohh..

Adehhss.. adehhss

Hujung minggu yang teramat sibuk
Sakit pinggang dan lutut seme2
lemah longgar segala saraf

Ada manyak mende mau cerita..

tapi..

Pokcik penattss.. alahaii..

(Sambil kembali menyambung tido ... krohhs.. krohhs)

Friday, May 04, 2007

Pesta buku... pokcik ingin kesana (3)

Pagi ini pokcik melangut2 sahaja bermenung ditepi tangga bagai anak dara menanti sang teruna.. kekeke.. kepala masih pusing. Bukan kerana pening, tapi dek hidung yg berair diserang selsema semalam. Sot set, sot set.. sejak2 tadi.. Mujur kopinya agak tersedap hari ini dan biskutnya tetap nombor satu.. Kalau tidak tentu rasa keduanya serba tawar akibat lidah yang tak berapa menyerlahkan selera rasanya.

Sekejap sungguh dah hari Jumaat.. Baru jek jek macam sekejap Jumaat lepas berlalu, sekejap dengkur2an sewaktu Pak Iman baca khutbah gitu kekeke

Setiap kali menarik nafas kuat2, rasa macam hidung termasuk kedalam. Ngilu menangkap2 sampai ke ubun kepala. Aduhh.. hujan tidak, panas pun tidak sedar2 je dah mengalir air kut hidung, laju menitik2 ke lantai.. Pokcik ber sot set, sot set lagi..

Cadangnya esok nak gi pesta buku lagi. Maklom la, bila dah gi selalu nih rasa macam dah jadi “ pandai “ pula. Koman2 pun tahulah kalau oang kata mana buku kanak2, mana buku remaja, sastera, agama dan akedemik sepenuhnya. Harap2 kesihatan mengizinkan gitu. Kalau ditakdirkan deman.. maka pokcik pergi lah juga.

Apalah dikisah dugaan yang sedikit ini kalau imbuhannya lebih besar. Maih ler kite kesana untuk kesekian kalinya. Mana tahu , kali ini lebih indah pengalamannya dan lebih memberi erti gitu.
Seperti biasa, kalau jumpa pokcik tu..sapa2 la yek.. Maklomlah pokcik nih malu.. Apatah lagi kalau boleh pandang2, jeling2 dan senyum2 kekekek..

Dan lagi… jangan pandang bawah…

Alahaiii..

( Sambil mengusap2 kasut snickers , utk pakai esok..jenis yg ada angin tuu..chot! chot! Chot! , cehh.. try2 pam anginnya sekali.. hik hik )


Nota Cagu :

Selamat bercuti hujung minggu..salam sayang dan ceria2 selalu..

Wednesday, May 02, 2007

Mencari pandai...

Suatu ketika dulu, bonda pokcik pernah menasihati , rajin2 baca buku.. bior pandai. Tak lain ia bermaksud baca buku sekolah yg pokcik pikul hari2 ke sekolah pondok. Dengan menjinjing buku2 yg dimasukkan dalam plastik nipis bunga2, dia sentiasa menghantar dimuka pintu dengan senyuman manis..

Setiap buku pokcik dia jaga betul2, letas tempat tinggi atas para. Kadang2 dia membelek dengan wajah yang berkerut2. Kadang2 dia tersenyum, kadang2 dia nampak sedih, mungkin terkilan… kalaulah dulu dia dihantar kesekolah, tentu dia tidak buta huruf.


Kadang2 bersama lampu minyak tanah yang meliuk serba malap, dia duduk bersimpuh disebelah menemani, sambil sesekali tersenggut2 menahan mata yang ngantuk. Bila pokcik terjerit2 membaca, dia hanya senyum dan menangguk2 sahaja. Seolah2 olah tiap perkataan memberi nyawa padanya. Juga nyawa pada generasinya yang bakal berubah kepada lebih baik


Kini berpuluh2 tahun lamanya, apabila pokcik mengingatikannya kembali, ternyata nasihatnya tidak pernah lapuk dek zaman. Kalau kita tidak membaca, tentu kita tidak akan jadi cemerlang.
Percayalah, kerja kuat pun hanya sementara, apabila badan dah tak bertenaga dan sakit2 merata, maka hilanglah upaya kita untuk mencari rezeki. Tapi ilmu yang diserta dengan kerja kuat pula akan membawa kita lebih dari apa yang dibayangkan oleh akal fikiran.


Dan lagi pesan bonda, bergaul dengan kawan2 yg pandai, nanti kita jadi pandai. Dan untuk tidak dilihat “tak pandai”, pokcik gagahkan jugalah badan ini , berpayah2 melangkah ke pesta buku. Kerana oang2 yg nak pandai sahaja akan kesana. ( macam pokcik ler tuh ) Melihat-lihat buku yang memenuhi setiap galeri dan rak. Cuba mencari2 “ pandai “ dalam masa yang amat singkat itu.

Pokcik sangat suka hendak membaca. Namun pabila mata dah mulai kabur2, dan sumber bacaannya agak terbatas, kehendak yang satu ini jadi sedikit terhalang. Kepala pula sering pening2 dan begitu menganggu sekali tumpuan. Ditambah dengan minat yang mulai luntur dan hati jahat yang selalu tertanya2, untuk apa dah tua2 nih membaca? Haii.. kalaulah pokcik boleh jadi muda balik..


Agaknya, kalau membaca nih di klasifikasikan sebagai kerja, sudah tentu ramai oang yang berhenti dan hanya duduk membaca sahaja. Tapi oleh kerana ia sebagai satu pilihan, maka yang berkepentingan sahaja akan mencarinya. Budak2 sekolah, para siswazah, ahli fikir, para pengkaji serta mereka2 yang dahagakan ilmu. Yang lain hanya pandang sepi..


Orang2 yang suka membaca pula akan hidup lama, kerana otaknya sentiasa bekerja dan memikir, mencerna patah2 perkataan dan merumus bahan yang dibacanya. Selain mendengar dan melihat, membaca ialah salah satu dari terapinya.

Dalam keadaan dunia sekarang yang serba mencabar, menjadi pandai bukanlah satu pilihan.. tapi satu kemestian. Pergunakanlah asas ini dan kembangkan, supaya anda tidak ketinggalan dikemudian hari.

Sebagai mana pepatah, membaca jambatan ilmu.. itu memang tepat sekali. Kerana oang yg tiada ilmu akan sukar untuk membuat sebuah jambatan.

Err..maksud pokcik, jambatan yang benar2 kukuhlah, bukan goyang2 dan retak sana sini

Alahaii..