Wednesday, May 30, 2007

kampung...

Akibat desakan2 rindu yang menguntai tangkai hati pokcik, melamar2 mau mengajak kembali tubuh ini pulang ke kampung halaman, maka pokcik pun mengambil keputusan lah untuk berpergian2 balik ke kampung gitu.

Dari sejak semalam2 lagi, ingatannya sudah melayang jauh pada desa permai yang menghijau dengan daun nyiur yang melambai2 gitu. ( apsal ek?, bila cite pasal kampung jek, mesti oang sebut daun nyiur, macamlah takdak daun lain.. hik hik )

Ah! rindu benar pokcik pada suasana desa yang tercinta itu.

Sayugia juga diumunkan, sepanjang peninggalan pokcik, janganlah malu2 untuk ke mari, walau tuannya tak ada, tapi tulun2 lah menjaga, kemas2 apa2 yg patut.. bersihkan itu ini, dan harap dapatlah buat macam umah pokcik juga kekekeke

Kalau ada masa, pokcik tenet2 la dari kampung tu, itu pun kalau rumah Janipah Lopis ada line lagi. Kalau tak pun, pandai2 la pokcik cari sendiri.

Maklumlah, walau pun diri ini jauh di mata, namun jangan ler sampai jauh juga di hati anda seme..hik hik

Alahaii..

( Sambil tunggu bas sangkut2 tepi jalan.. )

6 comments:

sayda said...

nak balik kmpung gak
huh~

MINAH CELOTEH said...

uhuk uhuk...rindunya pd kampung Parit Rasipan. Apakan daya, masa dan keadaan belum mengizinkan utk pulang...uhuk uhuk

Abang Long said...

selamat pergi dan selamat kembali ... yang penting jangan lupa kat abang long .... kalau pokcik dah tak tertahan rindu pada abang long ... pokcik pakailah mobira yang ada pada pokcik ...

ayu_mkay said...

lambaian daun nyor begitu syahdu sekali :)

ku_zie2k said...

ooo..... slmt beristerirehat ya pakcik...moga lepas blk nnt lebih segar bugar..sihat minda dan fizikal

Mersik said...

sayda - Tak apa, kampung tak lari.. hik hik.. abih belajor.. balik ler.. alahaii gegege..

minah celoteh - Tak mengapa, nanti tibalah masa itu, baliklah kg melepas rindu.. hik hik. Sementara rindu masih mengamit2 tu.. layann jek laa. kekeke

abg long - Oooo itu sudah sumestinye... ( rindu ngeteh.. adehhhs )

ayu_mkay - daun nyior mmg sinonim dgn kg halaman.. apatah lagi ditepian pantai yg tenang dan nyaman.. asyikkkk... alahaii

ku_zie2k - Terima kasih daun keladi, harap2 oang kg tak "mengerjakan" pokcik. nanti baik2 nak berehat, badan plak sakit2 dok beraktiviti sana sini jek kekeke alahai