Tuesday, May 29, 2007

Hujan lama...


Pagi tadi hujan begitu awal turunnya. Sangka pokcik hanya biasa2 sahaja. Maka pokcik pun buatlah sambungan tidur biasa2 hik hik. Namun apabila tiada matahari pagi yang mengejutkan lena pokcik, barulah pokcik tersedar, awan dilangit hanya sekadar mendung2an saja sejak pagi tadi, sejak2 lepas hujan bertukar gerimis. Tiada tanda2 akan menampakkan sinar matahari.

Dan waktu tengah harinya pula , hujan turun lagi menyebabkan suasana hari itu jadi muram keseluruhannya. Kalau di kampung pokcik Batu Pahat sana, dua tiga hari hujan yang sebegini, pasti akan mengundang banjir. Takut juga kalau ia betul2 terjadi. Ini bukannya pisang yang disukai penanamnya kalau ‘berbuah dua kali’.. hik hik..

Tak larat rasanya nak mengalami tragedi yang menyesakkan dada itu. Sayu hati bila mengenangkannya.

Ber bot kesana kemari, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, berkayuhanlah sang perahu dan tersangkut menunggu bantuan lalu.. hik hik

Lagi pun, baru terdetik di hati pokcik ini nak pulang menjengah kampung. Maklomlah, sudahlah lama lamanya tidak kesana. Apakah khabarnya orang2 semua. Rindu pulak rasa hati ini.. gegege

Alahaii..


7 comments:

nor ash burn said...

alah.. rindu pd si anu tu.. mcm ler sy tak tau! berbot, berakit, berperahu, berpindah-randah, beralih dapur... oii makcik anu... pokcik merinduimuuuuuu!

MINAH CELOTEH said...

Minah pun ada jugak kampung kat Batu Pahat. Kampung bapak Minah, di Parit Rasipan...masih ada rumah dan kebun pusaka. Tapi dah lama jugak tak balik sana...Jom Balik Kampung...Oooo...balik kampung...

Mersik said...

nor ash burn - kekeke alahaii jgn ler menggossip2.. malu pokcik nanti kalau oang tahu.. hik hik si anu pun lama dah pokcik tak jumpa. hik hik...


minah celoteh - Ooo pokcik tahu kg tuh. Alahaii nape tak balik? iksh.. iksh... ciann kebun n rumah takdak oang jenguk2.. Meh aa balik, leh kite ngeteh2 sesama nnt.. hik hik alahaiii

blackpurple said...

Batu Pahat di mana tu agaknya? he he he.

Mersik said...

blackpurple - Uii menanya2 nih.. ada chance ka nak balik kg sesama? kekekek alahaii..

Dok aihs.. saja jek. BP tu kat kampung jek, Senggarang.. haa tahu tak? hik hik alahaii..

Purpleheart said...

Pakcik terasa rindu ya.. pergi la pakcik, masa senang elok la pegi, karang bila dah sibuk payah lak nak balik.

Mersik said...

purpleheart - Alah.. kadang bukan sebab sibuk.. tapi poketnye kempis gitu kekek alahaii..