Friday, July 30, 2010

Sakit... ( Bhgn 3 )

Adakalanya pokcik rasa seperti ingin merajuk saja pada sakit-sakit yang datang. Tak kiralah sakit kecil atau besar. Maksudnya, pokcik tak ingin berasa sakit sakit hatta sakit yang mudah-mudah sekalipun. Amat kecewa sungguh pokcik dalam menangani sakit yang datang apabila mengenangkan mutu perkhidmatan perubatan diklinik-klinik kesihatan kerajaan atau swasta di kebanyakan tempat yang sering pokcik kunjungi.

Rakyat-rakyat marhain macam pokcik ni manalah ada duit sangat hendak ke pusat perubatan yang besar dah gah-gah. Nak tak nak, terpaksalah beratur memanjang di hospital atau klinik kerajaan setiap kali diserang demam, selesama, lenguh-lenguh, bisa-bisa mahupun sakit yang biasa-biasa. Kalau tak pergi nanti jadi tertambah melarat. Maklonlah, orang tua. Antibodi dan lemah.

Tapi itulah, menanti untuk dirawat akan hanya membuatkan pokcik jadi nak marah saja. Perkhidmatan yang amat perlahan, sistem (manual) yang kucar kacir dan proses (mendaftar, jumpa foktor dan ambil ubat) yang tidak setempat dan agak jauh antara satu sama lain membuatkan pokcik terpaksa menapak ke sana ke mari. Kadang-kadang naik lenguh kaki dibuatnya.

Sejak dari dulu sampailah sekarang, macam ini je mutu perkhidmatannya. Tak berubah langsung. Agaknya kalau ada pesakit yang nak tumbang, koma atau mati memang mati kejung kat situlah jawabnya. Dah tak larat nak menahan sakitnya. Lagipun, ramai orang yang tak mampu hendak ke klinik swasta. Jadi, terpaksalah mereka-mereka ini mendapatkannya di situ walaupun mengambil masa yang lama. Sebab itu kena pergi pagi-pagi. Dapat nombor awal.Tapi, pagi-pagi pun penuh juga. Nasib-nasiblah,.

Mujurlah masa menunggu-nunggu tu ada yang sudi menyapa dan berbual-bual. Terisi juga masa untuk beramah mesra. Cerita dengan orang-orang yang sakit ni kadang-kadang boleh menaikkan kesedaran. Ya lah, sakit yang berbagai-bagai dengan orang-orang yang berlainan. Tentu ada banyak yang boleh dikongsikan. Apatah lagi bila sama-sama dah tua.

Namun, dalam pada hati ini hendak marah-marah dengan perkhidmatan yang lembap ni, pokcik ada rasa bersyukur juga. Kalau tengok di negara-negara lain, negara-negara membangun, kos perubatannya memang mahal. Tiada yang percuma. Kalau bekerja, mesti ada insurans perubatan. Kalau tak ada, susah. Kalau di negara-negara miskin, lagilah sedih kalau kita lihat. Nyawa seperti tiada makna gitu. Ini termasuklah negera-negara yang sedang berperang. Iran ka, Gaza, Palastin dsb.

Di Malaysia ini memang mewah. Mana-mana kerja, baik swasta atau kerajaan ada cover untuk perubatan. Koman-koman kalau bukan untuk satu keluarga, untuk diri sendiri pun jadilah.

Kalau tak mampu pergi Medical center, pergi sajalah ke klinik kerajaan.

Kat mana tempat kita boleh jumpa? Pergi klinik kerajaan hanya bayar seringgit je?

Itu pun mahu komplen ka? hik hik

Alahaii…

Monday, July 26, 2010

Sakit... ( Bhgn 2 )

Ya lahhh.. apabila sudah ditanya-tanya dan dirayu-rayu untuk mengupdatekan cerita di pondok ini, pokcik jadi tidak sampai hatilah pulak. Kadang-kadang terhambur rasa sedu sedan dalam dada dek kerana ada juga insan-insan di luar sana yang sering mengingati orang tua ini. Semoga kalian semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah gitu. Amin…

Selain dari batuk-batuk, perit-perit tekak dan hidung berakhir, ada lagi satu sakit pokcik yang agak rajin juga menyerang. Tak lain adalah sakit sendi. Dalam istilah orang putih ada banyak nama-nama yang seangkatan dengannya. Ada yang kata Rhumatisme, Atritis dan gout. Tapi yang paling popular menyerang pokcik adalah goutlah.

Hmm… ya lah, bagi orang-orang tua seusia pokcik dan ayah bonda kamu barangkali. Penyakit ini memang biasa bagi orang-orang tua. Mungkin kamu semua masih muda rumbia. Nanti-nanti bila dah tua, bila terasa bisa-bisa pada sendi-sendi yang kadang-kadang membengkak, maka sayugialah anda telah dihinggapi penyakit gout ini.

Apa ya penyakit gout ni?

Hah, kalau kamu semua hendak tahu, biarlah pokcik cerita dalam bahasa yang sangat mudah difahami. Manalah tahu, kut-kut ada orang-orang tua di kalangan kamu yang terkena penyakit ini. Maka melihatnya saja akan membuat kamu turut sama merasai (penderitaannya). Mudah-mudahan gitu.. hik hik.

Katakan... kamu mengambil semangkuk gula pasir. Kemudian kamu larutkan di dalam air suam. Kamu masukkan gula tersebut sedikit demi sedikit dan terus mengacau hingga habis semua gula di dalam mangkuk. Apabila sudah ada terlalu banyak gula, maka tahap ini dinamakan tahap tepu gula. Air gula yang teramat likat ini kalau letakkan seutas benang kasar di dalamnya dan kamu biarkan semalam, nescaya keesokan paginya larutan likat ini akan menjadi keras. Apabila kamu angkat benang tersebut maka, akan terbentuklah Kristal-kristal atau hablur-hablur gula melekat di benang tersebut.

Nahh… inilah perumpamannya pada bahan yang membantuk sakit gout itu. Cuma ianya bukan gula, tetapi di namakan uric asid. Sejenis asid yang terkandung dalam makanan-makanan laut seperti sotong, udang, kerang, organ-organ dalaman haiwan, limpa, hati dan sebagainya. Pengambilan yang terlalu banyak akan bahan-bahan ini akan mengakibatkan urid asid meningkat.
Dan seperti kenaikan gula yang membentuk Kristal-kristal, begitulah urid asid ini juga membentuk Kristal-kristal yang sama dan melekat di celah-celah sendi anggota badan kamu seperti tangan dan kaki. Lagi pun, kedua anggota tersebut mempunyai banyak sendi-sendi kecil. Maka apabila urid asik (dalam bentuk Kristal ) telah berkumpul di sana, ia akan menyebabkan sendi jadi radang dan seterusnya membengkak. Kemerah-merahan dan sangat sakit bila disentuh. Itu adalah tahap paling derita untuk pesakit gout. Sampaikan boleh meraung kalau bengkak tersebut hanya terkena sehelai kain. Kalau setakat bisa-bisa ini, boleh tahan lagi.

Sebab itulah kalau dalam suasana sejuk atau musim-musim hujan, kerap terasa bisa-bisa pada sendi-sendi tangan dan kaki. Ini menunjukkan pemendapan awal urid asid. Kalau tak dirawat, makan ubat atau kurangkan bengkak tersebut, memang akan melarat.

Sebab-sebab terjadinya penyakit Gout ini, hmm.. tentulah sebab makan. Terlalu banyak sangat makan unsur-unsur yang penuh dengan purin dan protein seperti yang pokcik sebut-sebutkan di atas. Sebab itulah kena jaga makan selalu. Lebih pun tak boleh.

Domkianlah ceritakan akan penyakit gout ini. Kadang-kadang kamu kena merasainya sendiri untuk mengenal penyakit ini. Tetapi tidak digalakkanlah. Kalau boleh kita kena menghindari.

Mahukan kamu dengar fasal penyakit jantung pula?

Eh, tak adalah.. saja je. Jangan pula kamu ingat pokcik ada sakit jantung. Setakat ini passed away je. No problem. Mudah-mudahan di jauhkan gitu.


Apa-apa pun, itu saja lah cerita pokcik .

Wah.. informatif sungguh pokcik kali ini.. hik hik.

Tuesday, July 20, 2010

Sakit...


Aduhai… lamanya pokcik tak mengemaskini pondok buruk pokcik ni. Pada yang ternanti-nanti dan terintai-intai akan kemunculan pokcik ni, terima kasih daun keladilah pokcik ucapkan kerana kesudian dan keperihatinan untuk menjenguk di pondok buruk ini walaupun tuan rumahnya tak nampak batang hidung.

Sayangnya, pokcik hanya ada sebab menyepi untuk 3 hari kebelakangan ini saja. Yang lama-lama tu tak tahu kenapa. Biasalah.. malas kut. Alahaii..

Sejak 3 hari lalu pokcik tak berapa sihat gitu. Batuk-batuk, demam dan selsema. Tekak ni perit dan gatal-gatal. Kejap-kejap koh sana, kejap-kejap koh sini, kejap-kejap Koh Samui.. ahaks!


Ginilah, bila dah tua. Di tambah dengan musim-musim oang deman dan sakit ni, pokcik pun terjangkitlah sama. Harap-harap kebahlah sehari dua lagi ni. Memang tak selesa sungguh.
Menggeletar je tubuh badan ni tiap-tiap malam, seram dan sejuk. Kadang-kadang, mengokol-ngokol dalam kedinginan pagi hu huu.


Alahaii.. dugaan sungguh gitu