Tuesday, July 20, 2010

Sakit...


Aduhai… lamanya pokcik tak mengemaskini pondok buruk pokcik ni. Pada yang ternanti-nanti dan terintai-intai akan kemunculan pokcik ni, terima kasih daun keladilah pokcik ucapkan kerana kesudian dan keperihatinan untuk menjenguk di pondok buruk ini walaupun tuan rumahnya tak nampak batang hidung.

Sayangnya, pokcik hanya ada sebab menyepi untuk 3 hari kebelakangan ini saja. Yang lama-lama tu tak tahu kenapa. Biasalah.. malas kut. Alahaii..

Sejak 3 hari lalu pokcik tak berapa sihat gitu. Batuk-batuk, demam dan selsema. Tekak ni perit dan gatal-gatal. Kejap-kejap koh sana, kejap-kejap koh sini, kejap-kejap Koh Samui.. ahaks!


Ginilah, bila dah tua. Di tambah dengan musim-musim oang deman dan sakit ni, pokcik pun terjangkitlah sama. Harap-harap kebahlah sehari dua lagi ni. Memang tak selesa sungguh.
Menggeletar je tubuh badan ni tiap-tiap malam, seram dan sejuk. Kadang-kadang, mengokol-ngokol dalam kedinginan pagi hu huu.


Alahaii.. dugaan sungguh gitu

4 comments:

Anonymous said...

Musim tengkujuh dah mula, bulan pose pun dah dekat, tu la ramai dah mula demam...

jgn demam denggi dah le pokcik..




mokcik kepohci

miloaiskurangmanis said...

salam pokcik...

kesiannya pokcik tak sihat
dah gi klinik ke????
jangan culas makan obat ye...

harap2 pokcik cepat sembuh

Purpleheart said...

alahai ciannya..jgn lupe makan ubat ye..kalo abis suh dol leman pi belikan..

haYaT said...

Puasa dah nak dekat nih...ada sakit2 perut ke?

apa2 pun...moga cepat sembuh!!!