Monday, June 04, 2007

Pokcik dah kembali...

Akhirnya setelah berlama2 pulang ke kampung tercinta, maka kembalilah jua pokcik ni ke pondok ini, tempat asal yang sudah agak rindu ditinggalkan sejak beberapa hari yang lalu.

Kalau nak diikutkan, penat berjalan masih lagi tak hilang2 lagi nih. Maklom la, berjalan jauh, meredah, gunung ganang, bukit bukau, hutan rimba, sawah ladang dan paritan yang luas gitu.

Syukur banyak2 kerana dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja sepanjang perjalanan dan semasa berada di kampung sana. Sesekali balik ke kampung, memanglah seronok. Sampai tak terasa akan cepatnya masa berlalu.

Ramailah juga yang pokcik dapat jumpa di sana, sahabat handai, sedara mara dan kaum keluarga yang sudah lama tak bertanyakan khabar berita.

Dan tak lupa, best pren… Tok Lipat, yang memang menanti2 akan kehadiran pokcik di sana. Banyak jugalah cerita yang kami bualkan. Nantilah pokcik cite satu persatu. Sekarang nih pun, badan masih lagi rasa sengal2, naik bas sangkut2, gedak geduk, gedak geduk… sampai berbunyi2 segala tulang temulang nih. Sehari dua nih, pokcik akan berehat jek la jawabnya.

Namun, bila dah kembali ke sini, rindu plak akan kampung sana tu. Berkeras2 jugalah oang kampung sana tu, tak kasi pokcik balik. Suruh duduk lama2. Tapi, nak wat cam mana? tempat pokcik di sini, bukannya disana..

Kalau di sana ramai yang merindu, Disini, uiii… lagilah ramai! hik hik ye ke?

Alahaii..

6 comments:

saridahamid said...

Assalamualaikum,

Pok Cik, takkan balik ke pondok sorang je kot. Balik kampung lama2, tak ke jeling2, pandang2 ke dengan minah senget...kekeke

Selamat kembali ke pondok...nasib baik tiada barang yang dirampok! hehehehe!

Ainin Naufal said...

Aiseh, pokcik... kiter pun dh balik ke KL semula ni. Macam berjanji-janji lak kiter nk balik kampung sesama ek, tapi kampung lain-lain. ehehehhe...

Kiter dh lama x nampak cbox pokcik laaaaa.... ilang sejak pokcik buat reno rumah baru ni. uhuk

Purpleheart said...

Selamat kembali pakcik.. selalu jengah umah pakcik, cuma duk kat luar ajela, jenguk dari luar bila la pakcik nak balik nie..

Mersik said...

Saridahamid - W'salam.. Balik soang jek. Amboi2 nak jeling kat sapa? Seme dah veteran2 gitu. Yg muda2 tak nak dah dok kg.. Seme nak bebas hijrah ke bandor. hik hik


Ainin Naufal - Alah tak apa, lagi pun skg nih tgh musim cuti2 sekolah.. bolehla balik selalu. Pokcik pun bkn apa, rindu sesangat pd kg halaman2 tu hik hik.. cam menggamit2 rasanya..

Eh, cbox pokcik ada ler.. cuma beso kan? Kalau nak tgk kena guna full screen.. kecik2 tak nmpk kekeke alahaiii


purpleheart - Mekasih ler krn sudi jengah2. Kalau tak de oang nenguk2 kan, susah jugak.. Kang ilang sekut pokcik atas para tu hik hik.

sayda said...

salam
balik dh pun pokcik
2 3 ari dtg sini xde tuan
hehe

rindu ur words~

Mersik said...

sayda - w'salam.. hik hik yo la.. kalu oang dah windu2, pokcik balik la.. hik hik