Wednesday, June 13, 2007

Demam...

Maaf kerna pokcik sudah lama tidak menulis. Arkian, sejak beberapa hari lalu, pokcik berasa tidak sihat sahaja rasanya. Ditambah pula dengan hujan2 yang gerimis sepanjang masa, sepanjang sepanjang petang, sepanjang malam dan sepanjang jalan kenangan hik hik. lagilah menyumbang kepada kelemahan tubuh badan pokcik ini

Maklom la, oang tua nih… kadang2 macam budak kecik juga, tak boleh kena hujan. Bila dan kena, alamat demamlah jawabnya. Walau pun pada pokcik hujan adalah inspirasi yg mencairkan idea didalam kepala otak, tapi 'bersentuhan' dengannya kadang2 boleh mematikan idea juga.

Itulah, sejak2 tak sedap badan ni, macam malas pula nak menuliskan sesuatu. Pokcik pikir, kena “mental block” , maklom la, jiwa penulis nih.. asal tak boleh menulis jek dok ingat mental block. Nasib baik tak 'mental illness' kekekeke aarrghhh uhuks.. uhukss.. ( cehhh.. batuk2 sikit..)

Rupa2nya badan tak berapa ceria gitu. Kadang2 rasa macam nak demam panas, jenuh laa nak minom kopi Tongkat Ali panas2 saban hari. Kadang2 rasa cam nak demam sejuk plak, jenuh la dok asyik menggigil2 dan menyelimutkan diri saban malam dan pagi. Ntahlah, kadang kata orang lain plak, harus juga pokcik nih kena demam urat.. Tah apa pesen la demam urat tu? Macam2 jenis demam ada. Hmmm.. agaknya la tuh, patut ler lenguh2 segala urat saraf hingga terlesu2 pokcik dibuatnya.

Tapi pokcik rasa macam kena “demam gigi” la.. sebabnya, dah lama pokcik hilang selera nak mengunyah2 sekut kering barang sekeping dua. Macam tak berseri gitu santapannya. Dah ler gigi tak berapa nak ada, demam2 lak tuh. Alahaii.. dulu Tok Ayah kata, kalau oang dah mula2 hilang selera tu tandanya nak pergi jauh.. uishh selisih jek. Tah2 pokcik nak tumbuh gigi tak? kekeke alahaiii

Mujurlah cuaca hujannya tak meribut sangat. Boleh la pokcik berehat2 dengan tenang.

Dan… mujur juga si Dol dah naik sekolah tadika.. alahaiii

9 comments:

Najwa Aiman said...

demam? bila kali terakhir bergaul dengan ayam atau burung yang ada selesema nih? pegi check cepat!

Masy said...

nk g jauh? london ke? nk ikot!~

©Opah De said...

Pokcik... ni mesti berjangkit ngan Opah De nih...sabo je aku. Tu lerr... sapa suruh baik ngan OD. Kan dah kena kongsi sakit... ahakz... Semoga sembuh Pokcik... Aminnnn...

Purpleheart said...

Pakcik, nak suruh belikan air badak ke, bior sejuk sikit badan tu.. nanti jangan lupa tuamkan air asam jawa kat ubun kepala tu, cepat baik.

saridahamid said...

Pok Cik, teman rasalah, demam pok cik ubatnya senang je...carilah teman hidup..yang boleh jadi misi forever..hehehe! fikir-fikirkanlah pok cik! demi masa depan yang cerah! eh melalut pula...selamat!!!!!!

sayda said...

sakit sket2 nk luruh dosa tu.tanda Allah syg kte.

:D
get well soon k

Mersik said...

najwa aiman - Yg tu.. uiii ngeri ooo.. harap2 tidaklah sampai kesitu hik hi.

Tak larat pokcik nnti kalau terpaksa "dihapuskan" , merana lah segala rakyat kesayangan hamba.. alahaii


masy - uishh ada ka london plak? Aaa... kira mcm london gak ler, tapi London 'bridge yg fallin down tu' , diulangi "falling downnn" gituu..hik hik


Opah De, hu huu alah, pokcik demam oang tua. In betol2 la, bukan cobaan kekeke. Opah De demam nak beranak kedua.. kekekek.. pepe pun tahniah daun keladi.. hu huu hiyahh!!


purpleheart - Aiseyy.. minom air tu ok la.. tang tuam2 ngan ais asam..iksh iksh cam nak buat pekasam jek kekekek abih ler rambut pokcik yg ala2 pesen D'Serenti tuu.. hik hik


SaridaHamid- alahaii terima kasih ler krn perihatin akan hal2 "dalaman" pokcik nih. Sejuk rasa hati nih, boleh kebah demam dibuatnya hik hik.

Tapi... sapalah yg sudi kat pokcik nih? hik hik


sayda - Alahaii.. seronok nye kalau Allah sayang.. kalau campur oang yg sayang2 uii lagi la seronok nyer kekekek alahaii..

dEW! Sukm@ said...

Itulah pokcik! puncanya.. main hujan, kan? so.. lain kali kalau nak main hujan tu.. panggillah kami ramai-ramai, boleh main cak-cak kat blkg pondok tu..

Pokcik b'siaplah apa yg patut, kejap lagi dewi dtg.. temankan pokcik jumpa pak tabib.

Mersik said...

deWi - eleh.. nak main hujan gak ler tuu! hu huu.. elok la, bior demam ramai2 kekeke..

Sementara nak dtg tu.. singgah2 ler boli pepe yg patut.. kuih popia salut sambal ka? kekeke alahaii