Sunday, June 17, 2007

Kisah di kg (2): Teman tidur...

60 tahun dulu.

Zaiton, Hasnah dan Dahlia adalah tiga sahabat yang amat karib sekali. Sejak dari sekolah tadika membawa ke sekolah pondok, mereka sering di lihat bersama. “ Lagi pun ayah dah ibu mereka memang kenal baik. Hinggakan sudah jadi seperti adik beradik pula. Kalau ada masa lapang, mereka kerap berkumpul bersama. Kadang2 di rumah Zaiton, kadang rumah hasnah, begitu juga rumah Dahlia. Lagi pun, rumah mereka dekat2 sahaja.

Dan perjumpaan mereka kadang2 membawa kepada tidur bersama. Selalu juga mereka ke rumah kawan2 mereka untuk bermalam. Mak ayah pun tak menghalang, lagi pun, ia lebih baik dari pada merayap tak tentu pasal. Maklumlah, kanak2… bila dah bersama2 sampai ke malam, tentu ada banyak cerita yang hendak dibualkan atau bermain2 apa saja. Janji mereka seronok.

Sehinggalah masa berubah..

Setelah masing2 meningkat remaja, haluan hidup pun berubah. Halimah mendapat suami yang bekerja dibandar, lalu kesana la dia dibawanya. Hasnah dapat laki sebelah kampung yang hanya seorang pekebun sawit. Memang jodoh dia nak dapat oang2 sini gak. Manakala Dahlia berlakikan pegawai kerajaan, menetap di pekan.

Setelah mempunyai keluarga masing2, hubungan mereka bertiga jadi renggang. Namun apabila sesekali mengunjungi rumah oang2 tua mereka dikala raya atau kenduri kendara, selalu mereka tidak melepaskan peluang untuk berjumpa. Bila dah bersua, tentulah riuh dengan cerita2 masing. Kadang2 anak2 pun dibawa bersama untuk dikenal2 dengan kawan2 mereka masa kecik dulu. Biasalah, sahabat yang sejati, memang sukar untuk dipisahkan.

Kini,

Setelah berpuluh2 tahun berlalu, banyak sungguh yang sudah berubah. Mak Ton, Mak Senah dan Mak Da, masing2 sudah kembali ke kampung ini setelah suami mereka meninggal dunia. Bukan mereka pinta untuk jadi janda, tapi tu la… sudah takdir. Dan secara kebetulan juga mereka membuat keputusan untuk balik ke kampung menjaga peninggalan rumah oang2 tua mereka dulu. Anak2 pun dah besar panjang, membawa haluan masing2.

Namun bersendirian dikampung dalam usia2 sebegini tidak pula membosankan. Walaupun anak2 puas mengajak untuk tinggal bersama2 mereka dibandar, mereka tetap tidak mahu. Biarlah mereka disini sahaja, katanya. Tak larat rasanya nak duduk dirumah batu, dikota yang hiruk pikuk dan merasa terkurung saban hari.

Sekurang2nya dikampung ini, mereka boleh melakukan aktiviti mereka dahulu, iaitu tidur di rumah kawan2 mereka. Dengan itu mereka akan kerap berjumpa dan berbual2 seperti dulu. Lagi pun, duduk sorang2 pun takut juga, apatah lagi bila dah tua2 begini.

Kadang2 tidur dirumah Mak Ton, kadang2 di rumah Mak Da, begitu juga rumah Mak Senah. Mereka boleh berbual panjang. Esok pagi2, lepas subuh, mereka pulang ler ke rumah masing. Kalau ada anak menantu atau cucu balik, kensel la plan mereka. Dan, kalau2 mereka “diculik” ke kota, pun tunda juga rancangannya.

Mak Ton yang dah semakin nyanyuk2 selalu mengulang2 cerita yang sama. Mak Nah yang sudah mulai kurang pendengaran hanya mengangguk2 sahaja, mengiyakan cerita. Dan kerana mereka2 ini dah tua benar, lebih 65 tahun, pandangan mata mereka pun sudah kurang awas, tak perasan bahawa Mak Da sudah berdengkur lebih awal, sebaik saja letak kepala.

Domkianlah rutin mereka saban hari. Mengingati zaman2 nostalgia mereka kecik2 dulu, walau pun tidak seperti dulu, tapi mereka tetap seronok.

Sahabat sejati, memang sukar untuk dipisahkan..
Ada lagi ke sekarang nih ?
Alahaii…

15 comments:

Anonymous said...

sahabat sejati...sukar untuk ditemui...

dEW! Sukm@ said...

Senario ini masih berlaku di sekitar kampung2 di Muar. Yg malangnya, ada plak golongan yg suka ambil kesempatan. Pantang nampak org pompuan duduk bersembang di anjung, mereka pun join sambil2 buka cerita pasal skim cepat kaya, pasal jual barang, entah mcm2 1001 pasal lagi!
Sudahlah tak brp nmpk, tak brp dengar, tahu2 dah kena tipu! Habis smua brg kemas dah kena sapu.. & menangis x b'lagu!

Mersik said...

deWi sukma - alahaii tu tragik tul tu. Jahat tul oang yg permainkan golongan tua tu. Tu laa, susah kalau dok soang2 nih..

Agak2 nya skg nih dah kena start booking umah oang tua2 aaa.. Takut dok soang2 masa dah tua nanti kekeke alahaii

sayda said...

pokcik. this is typical story ok.i like. ada lagi frenship gtu sekarang ni?

Mersik said...

Sayda - Ehh ada pe, tuu makcik2 bertiga tu.. kat kg pokcik la..

Cuma pokcik tak paham jek nape dia tak ajak pokcik join sekali kekekekek alahaiii..

Itu warisan persahabatan dulu2.. Sekarang nih tah ler..Kang tido2 jadi benda lain plak.. uishhh..

( Yg tido sendirian di pondok buruk.. kekekek )

Izz said...

Pokcik, pokcik ada sahabat karib???

Mersik said...

izz - Uiii soalan senang tapi payah tu. Hmm ader gak, semua dah jalan dulu.. nak wat cam mana pendek umur gitu.

Skg nih tak de la.. pokcik cuma ,

Sendiriiii..
menempuh hidupp..
Tiada berayah..tiada beribu..

Cehhhh lagu Jamal plak kekeke
alahaii

anak rimau said...

mersik...alahaii...teringat kat NekLang dan NekUteh di kg....windunya....adik beradik yg tinggal berdua sebumbung..saling bantu membantu...

aritu kena marah...sebab ari2 telpon tanya soalan yg sama...nenek sihat? dah mkn?

ko xde soalan lain ke nak tanya nekLang? tanyalah nekLang ngan nekUteh nak ikut pi shoping ke dak? ....alahaii nenek2 ku...

dEW! Sukm@ said...

eh anak rimau pandai gi shopping ke? sure bajunya sedondon persis pak belang.. hihihi.. jgn marah ya! gurau aje.. pokcik, daftarlah dulu rumah welfare tu kot2 penuh, x psl2 dihtr ke nurseri plak!

Mersik said...

anak rimau - Oooo ada lagi nenek2 nye.. hik hik nnt esok lusa call, kim salam byk2 aa gegegege

Ckp kata mereka, pokcik nak ajak ngeteh2 hu huuu kekekek

Mersik said...

deWi Sukma - Daftar ? Uii tak mampu la rasanya, koman2 pun kena ada $100,000.00. Manalah pokcik ada duit byk tu? Kalau patplo juta belas2 ribu ada la. Tu pun jumpa dlm mimpi jek kekekek

Tak apalah, bior ler pokcik begini, terasing dan sendiri , sunyi lagi sepi..lepak2 dianjung..
sambil tunggu sang posmen bwk buku "Cincin Delima" kekekek.. hu huuuu

dEW! Sukm@ said...

Senang aje pokcik.. dewi ada idea.. apa kata, pokcik dan mokcik2 tubuhkan kumpulan gangstarz.. manalah tahu.. ada rezeki bleh dpt US$100,000.00 lps tu convert ke RM, buat bayar duit pendaftaran.. camne?

Mersik said...

deWi sukma - Uii nih gangstarz yg mana plak la? kan dah abih.. hik hik Kalau pokcik masuk pun, siang2 dah kena reject.. sbb tak de gigi kekekek..

nurazzah8 said...

salam pokcik, lama tak bertandang...sibuk tul pokcik ye.. pokcik pun ada ke sahabat karib gitu...?.boleh buat teman pokcik tido? ...

Mersik said...

nurazzah8 - W'salam.. ui lama gak, bz ke? alahaii..

Uii pokcik ader.. tu Tok Lipat kat kg tuu.. kay sini tak de la yg baik sangat. Sekadar teman tapi mesra tu banyak ler kekek..

Dan pokcik biasanya sendiri jek.. alahaiii