Sunday, June 24, 2007

Kisah di kg (3): Sedu, sedak dan sembur...

“Tambahlah lagi, jangan malu2.. macam tak biasa pula korang berdua ni,” Makcik Salemah mempelawa dengan ramah. Kuat dan nyaring suaranya, sama seperti berpuluh tahun dulu. Pokcik dan Tok Lipat menyauk lagi nasi dengan senduk. Masuk yang ini adalah dekat 3 kali nasi di tambah. Kemudian cepat2 kami menceduk kuah asam pedas ikan merah yang merah menyala. Sesekali aromanya menusuk hidung, hampir2 lupa diri kami dibuatnya.

Entah apalah mimpi Makcik Salemah mengajak kami makan tengah hari di rumahnya. Macam tahu2 sahaja pokcik berada dikampung. Tapi kampung pun tak besor mana pun, setakat sini2, semua oang tahu. Nasib baik dia masak asam pedas. Asam pedas Makcik Salemah memang power.

Sambil2 makan tu, sempat jugalah pokcik membelek2 ruang dapur rumahnya yang nampak lain. Tentunya selepas dapurnya di hanyut banjir awal tahun dulu, dapur tersebut terpaksa di buat semula, atas pertolongan dan ikhsan anak2nya.

“Apa yang kau tenguk tu? Budak2 yang buatkan. Aku mana ada duit.. laki pun dah lama tak ada!” jawap Makcik Salemah, bagai tahu2 sahaja apa yng tersirat dibenak fikir pokcik.


“Alah, dulu tu masa kat pusat perpindahan, kata ada oang yang berkenan. Takkan tak ada apa2 kut?” Tok Lipat pula mencelah.

Makcik Salemeh..tersedu2 sekejap.. bergeruh2 bunyinya sambil dia mengurut2 pangkal leher, sebelum melemparkan kerlingan ngeri pada Tok Lipat. Kalau nak marah pun, bukan Tok Lipat tak biasa. Makcik Salemah kan kawan dia sejak dari kecik2 dulu, termasuklah pokcik nih. Kami bertiga memang kawan rapat.

Pokcik pula, terbeliak mata lebor2 , berharap2 agar kabo angin ini dijawab sendiri oleh Makcik Salemah. Sudah lama pokcik ternanti2..

“Alah.. memanglah oang suka. Tapi suka ada makna,” jawabnya mendatar.

“Apa yang ada maknanya? “ Soal Tok Lipat lagi, sambil menatap wajah pokcik.

“Aku nih umur dah dekat 63 tahun. Sapalah yang betul2 hendak. Badan pun dah gedempol macam tong beras. Kalau tengukkan kebun sawit dan kelapa aku tu, mungkin la juga,” terang Makcik Salemah membuatkan kami mengangguk faham. Memang nasib nye baik, ditinggalkan Tok Jenahak dengan harta yang melimpah ruah. Mujur ada anak duduk dekat2 sini yang menguruskan semua selain menjaga dirinya juga.

“Habis tu, tak jadi ler nak berlaki lagi?" usik Tok Lipa t sambil tersengih2.

“Huh tak kuasa aku! Baik duduk sendiri macam ini. Tak adalah aku terhegeh2 sangat nak berlaki Lipat oii.. ,’’ balas Makcik Salemah dengan tegas, setegas pendiriannya. Pokcik kembali mengaul nasi sambil menceduk asam pedas. Bior banyak, bior berladung.. supaya makannya ber sruup.. sruup ala2 Tom Yam gitu.

“Kau tu bila pulak? Takkan hari2 asyik nak melipat orang punya sahaja. Hari2 makan nasi bungkus di kedai, “ soal Makcik Salemah tiba2, menyebabkan Tok Lipat yang sedang asyik mengunyah jadi tersedak-sedak. Mengagau2 dia mencapai air masak lalu ditogok laju2. Setelah agak reda, dengan mata merah dia memaksa diri sendawa, membuang perit di tekak. Mak Cik salemeh tersengih saja, tahu sangatlah yang jeratnya sudah mengena.

“Betul tu Pat, sejak arwah bini kau mati lima enam tahun dulu, kau langsung tak nak mencari pengganti. Kalau orang lain, tentu dah tak kasi chance punya. Aku pun heran la Lipat,” omel pokcik pula macam oang tua yang membebalkan anak dara tuanya.

Lama juga Tok Lipat terdiam. Jauh dia memikir.

“Alah, nak buat apa? Aku nih dah tua. Tak larat nak mengulang balik zaman muda2 tu , nak menjaga bini macam dulu2. Sekarang nih pula walau pun sunyi tapi hati aku senang. Anak cucu boleh datang menjenguk bila2 mereka suka. Oang yang datang minta diurut pun ramai. Kadang2 oang jemput gi rewang atau tolong tebas2 kebun. Dapatlah duit sikit2 selain menghilangkan boring. Kalau tak pun, turun Shah Alam ke pondok kau Mers," jawabnya lancar.

"Kira kau nih setia pada yang satu le ek? Macam tak percaya je aku nih, Pat, ‘’ usik pokcik lagi. Makcik Salemah hampir2 sahaja mahu ketawa. Tapi memang dia tahu benar, kalau oang tua ni nak berbini, dah lama disuruhnya carikan. Tapi entah la, zaman sekarang nih... nak jumpa yang setia cam Tok Lipat mungkin susah.

“Tapi tak elok juga duduk soang2 Pat, kurang2 pun kalau ada bini, boleh jugak tulun jaga makan minum, picit2 kalau sakit demam. Tak nak cari yg muda, yang sedang2 pun apa salahnya. Buat teman2 gitu. “ Pokcik cuba mengayat balik, namun Tok Lipat buat selamba sahaja.

“Ha.. kau tu pandai jek cakapkan orang, diri sendiri pun dok membujang sampai ke tua. Merajuk konon! Apa kejadahnya? Buat apa dikenang mende lama tu?” tingkah Makcik Salemah. Pokcik hampir2 terngaga, tak mampu bersuara

“Dah tak payah susah2. Aku dah carikan kau bini. Tak payah banyak soal.. kalau kau hendak, cukup bulan ni boleh kahwin,” jerkah Makcik Salemah lagi. Tok Lipat yang mendengar hanya ketawa sinis.

Dan pada waktu itu juga, bermula dengan sedu yang menguntai anak tekak, di ikuti dengan sedak2 yang naik dari dasar perut dan akhirnya.. tersemburlah segala nasi bersama kuah asam pedas dari mulut pokcik.. bagai tidak dapat ditahan2 lagi..

Rasa macam mahu gugur tangkai jantung pokcik masa tu.

Alahaii…

11 comments:

Pawana Malam.. said...

siapakah perempuan makcik selemah yg berani nak menggugurkan jantung pokcik ku ini? meh sini, biar ct ganyang die cukup2..ekekkekkeke

makcik selemah, ampun ek..tumpg buat "scene" je ayat tuh..

buat pokcik...alaaaahaii..geggegeg

kidding! tata

zalisa_maz said...

Kahwin, kahwin jgn tidak2 :D

nor ash burn said...

alah... sy tak sukalah makcik salemah kenenkn pokcik mers dgn org lain. sy nk makcik salemah sndri tackle pokcik mers sampai dpt!.. tolong tukar jln citer, blh takkkk?!!*kerut kening smbl menggerutu dlm hati*

Mersik said...

ct pawana - Kekekeke ye lah tu.. macam tak berapa suka je pokcik nih dicarikan teman hidup. hik hik

Uii jangan.. jangann.. Katakanlah sebelum terlambat kekekeke hu huuuuuu...

(Nak cari "teman tapi mesra" )


zalisa_maz - Oh! mudahnya bila menyebut ek? gegegegege..

nor ash burn - Psstt.. Makcik Salemah nih kan dah tua. lebih tua dari pokcik. Lagi pun siang2 lagi dia dah tak sudi nak berlaki lagi.. Pokcik nak wat cam mana?

Atau.. haruskah pokcik menggoda? Erkss.. toin! toin! ( terkoma2 jap )..

Alahaii

anak rimau said...

err...pokcik...agak2nya, klu anak rimau suo atuk jaguar msk minang, makcik selemah terima tak? leh lah tulun jaga kebun sawit dia tu...kekek

ita... said...

asam pedas? cedapnya..... [tapi ita tak leh mkn arrr pokcik...]

abah suker asam pedas ikan terubuk... :-)

Mersik said...

anak rimau - Uikshhh.. kalau jaguar2 hok yg ganas2 nih mmg makcik Salemah tak berkenan langsung. Yang gentleman ( cam pokcik nih ) baru dia nak pandang..hik hik

Kalau jaguar betul2.. jaga kebun boleh la.. sapa ceroboh jek gigit kekeke alahaii.. Amboi2 kemain lagi dia mengenen2kan aaa


ita - Makan aa sikit2.. musti sedap. tapi reti masak kan? Haa buat ler, bior pokcik lak merasa.. hu huuu..

Jgn lupa kim salam abahnya. Bila nak ngeteh2 ? hik hik

nurazzah8 said...

alahai pokcik ....sian saya...sampai tersedak pokcik.... nasib baik tak terus ....*ooppppssss... silap cakap pulak...

baik2 makan tu...pokcik...sekarang ni kan ramai 'bunga' kat taman nun... petik je... apa yg pakcik terkenang orang yg dah tak ada...Hidup perlu diteruskan....

Mersik said...

nurazzah8 - Kekekek alahaii.. terperanjat campur terkedu2 gitu. hati jadi berbelah bagi dan keliru. Bukan senang nak memberi hati yg satu ni..

Entahlah, pokcik masih lagi terkelu2.. tak terkata gitu. alahaii

Anonymous said...

mak aiiiii sedapnye ikan masak asam pedas tu pokcik oiiii. terliur teman sekejap.

~ ayumkay ~

Mersik said...

ayumkay - kekekek uii terliur jgn tak terliur.. hik hik cepat2 gi cari aa..sedap hingga menjilat siku hu huuu