Tuesday, June 26, 2007

Kisah di kg(4) : Zapin yang tinggal


Sesekali pulang ke kampung, melawat ke rumah ayah yang masih ada, hati jadi sayu dan pilu. Terlalu jauh perjalanan ini hingga terlupa pada yang masih tertinggal (dan yang sudah meninggal)

Bagai diterjah rasa sesal yang panjang, tanpa disedari, mengalir juga air mata ini tanpa dipinta2, basah menuruni pipi.

Mendengar lagu ini, lagilah lebih menyayatkan...

(Sambil duduk di atas tunggul di bawah nyiur yang melambai )


ZAPIN YANG TINGGAL

Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu

13 comments:

AiRynnz said...

lagu yang menggamit memori

Merakemas said...

pokcik, lagu tu tak de dalam youtube ke? kalo ada kan elok upload...lagi germasik blog pokcik ni...kan...kan...kan....?

Mersik said...

airynnz - Oh memori.. tak dapat ku lupakan, mengingatkan kembali perasaan itu lalalala.. hik hik

Gamit.. jgn tak gamit.. hik hik


merakemas - Alah.. mana de, lagu zapin budak2 banyak ler..

Kalau ada pun, nanti tak lalu mkn plak pokcik asyik ternostalgia jek kekekek.. alahaii..

ita... said...

pokcik.... nak dengor sora merdu pokcik leh.... [kelip2 mata kat pokcik....]

Mersik said...

ita - uhuks.. uhuks.. alah berbatuk2 plak hr nih.. gegeg..

Uii jangan , nannti ada yg tak tidur malam.. suara pokcik nih oang kata sekali dengor cam buloh perindu, dua kali dengor cam buluh bambo kekekek alahaii..

(Sambil tutup mate.. maluuu hik hik)

sayda said...

pokcik. mana dpt lagu lama2 nih? alahai.sgt la menggamit n mendayu2.
pokcik ni wat org sedih lak.
lama x singgah sini kan.
rindu la kt pokcik.ngehe. :D

Mersik said...

Sayda - hu huu alah pokcik kan oang lama gitu hik hik. Saja nak wat oang tu menggamit2 , teringatkan kg halaman.. manalah tahu teringat pokcik sekali ke hu huu hik hik..

winduu? erks.. toin. toin.. ( koma jap kekeke )

Anonymous said...

nak duduk sama di atas tunggul di bawah nyiur yang melambai... ahhhh tenang lagi menyamankan..hehehe.

psst, kg kek mano tu pokcik oiii? cam best jer suasana tu.

~ ayumkay ~

Mersik said...

ayumkay - kekekek.. uii seronok gak ada kwn lepak2 nih.. kalau ader kopi tongkat Ali n sekut kering lagi best.. asyikkk..

Ooo kg aa? Nun di Batu Pahat, Johor sana tuu.. memnag best.. meh laa kesana kekeke. gegege

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Pokcik. Yan abar? (Yan abar merupakan bahasa Bajau Kota Belud yang bermaksud apa khabar). Hekhek. Pokcik dah sembuh ke dari batuk-batuk manja tu? Hekhek.

Mersik said...

Puteri Ezza - W'salam.. uii yan abar.. yan abar.. suat khabar.. kekeke lahaii..

Pokcik baik2 jek.. alah oang tua, mmg cam gini ler.. kdg2 teringin nak bermanja2 kekeke

Wat pe weekends..? bz ke? Alahaii pepe pun have fun aa..

ChikaDior said...

zapin yang tinggal... dah lama saya 'terlupa' lagu tu. Tadi puas paksa2 otak ingat balik macam mana lenggok lagu tu. Ahahha. akhirnya ingat jugak. suka nyanyi lagu tu masa sekolah-sekolah dulu...

Mersik said...

chikadior - Hik hik waaa tu maknanya kena dtg sini hari2 dengor.. hik hik saja mengembalikan nostalgia sekolah2 dulu aaa..

mekasih krn dtg. Cam lama jek tak jumpa.. hu huuu