Tuesday, December 02, 2008

cotimania...


i.
Pokcik sedang ngeteh-ngeteh di kedai kopi Ah Seng bila kebanyakan orang sibuk memperkatakan tentang ekonomi dunia yang semakim merudum sejak dua menjak ini. Walau pun negara kita dikatakan tidak menerima kesan yang besar, tetapi ramai yang merungut-rungut dan mula menyalahkan pihak-pihak lain ( selain diri masing-masing.)


“Tapi harga minyak dah turun ma,” Ah Seng pantas menjawab tanpa segan silu. Lagi pun dia dah untung besor. Minyak naik, kopi dia pun naik. Tapi bila minyak turun, kopi dia tak turun-turun.. Alahaii..


“Itu politik, jangan tak tahu,” seorang lagi menjawab, bagai tahu benar apa yang di cakapkannya.
Dan cerita jadi semakin hangat. Banyak isu diketengahkan termasuk yang remeh-remah juga. Cerita fasal parti pun turut di debatkan seolah-olah kedai kopi tersebut jadi mini parlimen kepada adun-adun sementara itu... Riuh rendah jadinya.

Ah Seng sengih sampai ke telinga. Masyuknya tetap lumayan.

Pokcik menumpang dengar.

Kadang angguk-angguk, kadang geleng-geleng.
Kadang tersengguk-sengguk, kadang-kadang hampir nak terguling. ( zzzzz )

Alahaii...

ii.
Pada anak-anak yang sedang bersukarama sempena coti sekolah ni, semoga anda akan sentiasa ceria dan riang ria ditaja ayah bonda. Berseronok-seronoklah hendaknya, berjalan ke sana kemari, menghilang stress belajor ( kekononnya ) , melawat tempat-tempat bersejarah dan peranginan yang cantik selain bermesra-mesraan bersama keluarga.

Jangan lupa juga jengok atuk dan nenek di kampung sana. Mereka pun perlukan kasih sayang anda semua. Tunjukkan kasih dan sayang sekali pada ayam, itik, angsa, arnab, kucing serta kambing belaan atuk juga. Jangan didera-dera binatang-binatang tersebut. Jangan dibuat main-main.

Satu lagi, pokcik nak pesan.

Kalau gii Zoo, jangan masuk ke dalam kandang harimau. Tengok dari luar saja.

Alahaii...

9 comments:

Aishah Jamal said...

Bila Cuti sekolah, Mak Bapak pun jadi lelah tengok anak-anak berbagai karenah.

Nek Cun said...

Cuti sekolah ni pokcik tak pi mana ke? Awat yang dok minum kat kedai Ah Seng, kedai pak Mat tempe kan ada!... kalo Ah Seng bancuh kopi tak baca Bismillah!...hehehe...

mizmia said...

betul2..byk karenah..t`masuk ler adinda2 beta di rumah tuh..

*terima kasih 2 mersik.

Anonymous said...

pokcik.. mcm mana klu harimau lambai2 kt suruh masuk jgk.. nk kt apakan hah?

-antuash-

Mersik said...

Aishah Jamal - Hik hik biasalah tu. Makanya.. kena ada aktiviti terancang, yihaa...


Nek Cun - Tu la.. pokcik ingat nak alik kg Pt Sangap tu. Tak sure lagi.. harap2 dapatlah.

Pat mat tempe accident! bawak teksi.. gadebang! terus masuk spital.. kekekek


miz mia - Musim umah riuh rendah, gitu laa.. sama2 hik hik *wink*


antuash - kalau macam tu katakan je , Cobaaaannnnnnnn! hik hik

Tie said...

Pokcik ooii! lama Tie dah singgah sini...he he...

Pokcik tak main air ke?? kat ganu ni dah naik air laa... Hujan tak mau henti. Berkendurilah kekatak kat sini..

Mersik said...

Tie - hu huu.. mmg pun, lama tak maih sinin. Ooo sibuk main air rupanya. Amboi.. baik2 Tie, jgn main air sesangat. Bahayoo..! Semoga segala bencana alam yang melanda akan segera pulih.

Selamat bercuti2 sekolah..

maza said...

Bab main binatang peliharaan nie memang satu hal!

Tapi mak kat kampung sana tak tercakap apa, hanya tersenyum mengulum gigi pelesu apabila itik dipanggil ayam, kambing dipanggil anjing, kerbau disangka lembu dan angsa dipanggil goose oleh cucunya...


Kekadang sebagai mak bapak kita pula malu dengan orang tua tu. "apa la ko nie cu. Ayah ko tak pernah ngajor ker?"

hahahahhaa

Mersik said...

maza - Biasalah tu, anak2 zaman skg.. mana pernah tgk binatang2 kat kg ni.. Makanya, selalu2 la.. balik kg.. hik hik