Wednesday, December 03, 2008

dua...


Suatu hari, 55 tahun dulu.

“Apalah mak ni masak. Nasiknya lembik-lembik la.” Rungut pokcik melihatkan nasi yang sudah jadi seperi bubur lenyek. Emak mendengus perlahan.


“Alah, terlebih air…” jawabnya menahan sabar akan karenah anak yang seorang ni.“Ini macam makanan atuk. Atuk tak de gigi.. sesuai la..” Pokcik mengomel lagi. Emak diam saja.


“Tengok, mers ada gigi lagi ni…” Seringai pokcik pada mak, menunjukkan gigi pokcik yang dua batang saja. Yang lain sudah hilang di makan bakteria.


Mak ketawa terkekeh-kekeh. Hilang terus marah dia.

Suatu hari , 5 minggu lalu.


“Apalah kau ni ni masak. Nasiknya lembik-lembik la.” Rungut pokcik melihatkan nasi yang sudah jadi seperi bubur lenyek. Tok Lipat menggeleng kepala.


“Alah, biasalah, periuk canggih. Pakai letrik lagi. Aku manalah tahu guna sangat…” jawabnya dengan panjang lebar. Memang dia buta teknologi domestik.


“Ini macam makanan Nek Salemah je. Oang tu tu tak de gigi dah. Ada tu pun gigi pelesuu.. sesuai la..” Pokcik mengomel lagi. Tok Lipat ketawa mengekeh.

“Tengok ni, aku ada gigi lagi laa..” Seringai pokcik pada Tok Lipat, menunjukkan gigi pokcik yang menjadi penambah seri muka tu.

“Uii, banyaknye gigi kau...“

Kami sama-sama tergelak besor.

Alahaiii...

Nota cagu : Keahlian seumur hidup OKG ( Orang Kurang Gigi )

5 comments:

kak ila said...

ala pokcik. terasa mokcik. mokcik pun tak do gigi. hari2 makan nasik lombik. konyang jo...

maza said...

aderkk......

dgn den sekali tercungap2 menarik nafas ketawa.....

ahahhahahaha


den sonang sekali kemari pok cik uiii....hehehe

zareda said...

pokcik

nasi lembik makan ngan telur asin pun sodap..

syukur pokcik masih banyak gigi, orang sebelah tu pakai gigi besi aje.. hehhehe

Abang Long said...

Laaaa .... ingatkan umur sudah 55 tahun, 1 hari, 23 jam 60 minit, 59 saat.

Mersik said...

kak ila - Kekekek.. tak baik skit la ek..lebi dari dua giginya.. gegegege.. Biasalah, kecik2 takdak gigi.. dah tua2 pun tak dak jugak hik hik


maza - Amboi.. bersungguh dia gelak-gelak. Hati2 aa.. kang jatuh plak gigi palsunya.. oops.. hik hik


zareda - janji boleh masuk mulut ek.. laju jek. Uii..gigi besi aa. tentu senyum pun bersinor-sinor gitu ekekekek...


Abang Long - lebih kurang la... hik hik