Thursday, September 18, 2008

lagu raya...


Petang yang hening, tidak redup, dan tidak panas, kira redup-redup panaslah, membuatkan pokcik rasa bersemangat hendak berjalan-jalan. Tentu Ah Seng tu dah rindu sesangat kat pokcik. Maklom la dah lama tak lepak-lepak di kedai kopinya. Maka, sayugialah pokcik mengikut saja langkah kaki menyusuri deratan kedai-kedai yang nampak meriah untuk menyambut Syawal yang mulia ini.

Sana sini penuh dengan jualan yang memberikan potongan yang murah-murah dan pilihan yang pelbagai. Seronok gitu melihatkan meriahnya suasana orang nak menyambut raya ni.

Tiba-tiba telinga pokcik menangkap lagu-lagu raya yang berkumandang di kedai berhampiran. Entah kenapa nadanya rayanya terasa begitu asing sekali. Walaupun disebut perkataan raya berulang kali, namun keasliannya tetap tak terserlah.

Lainlah kalau Amat Jais ka, A Ramlee ka, Saripah Aini ka, SM Salim , M Daud Kilau hatta P. Romlee yang nyanyi sekalipun, pokcik boleh jadi ralit gitu. Kadang-kadang terus masuk ke hati. Dengan syahdunya, dengan lenggoknya dan dengan alunannya, boleh membuat kenangan kembali bertandang. Apatah lagi bila menceritakan tentang kampung halaman. Rindu yang menggamit-gamit, sawah bendang, ayah bonda yang menunggu serta buah hati yang setia. Wahh… seronok gitu rasanya.

Tapi lagu yang ini, barangkali dinyanyikan oleh kumpulan anak-anak muda yang serba rock, nampak begitu kasap saja bunyinya. Hilang nilai seni dan semangat Aidilfitrinya. Suaranya beriya diteran-teran dan diserak-serakkan apabila mengalunkan lagu raya yang serba popular dan klasik itu.

Entahlah, pokcik tak tahu nak kata apa. Terkilan pun ada.

Dan, pokcik rasa, sang penyanyi itu seakan-akan tersiksa sangat nak menyanyikan lagu raya itu.

Alahaiii…

8 comments:

Tie said...

Tie ada lagu raya utk pokcik...mai laa singgah ke blog tie..he he..

Mersik said...

Tie - Uii ya ka? seronoknyer.. bolehlah pokcik selalu bertandang ke sana.. err ada makan2 sekali ka? kekekek

Puteri Ezza said...

Hikhik. Tahun lepas pokcik ada dapat CD raya daripada Ezza tak? Nanti bolehlah dengar lagu tu. Menggamit kenangan lama tu. Lalalala ;-)

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

tak ada lagu tak raya ek ;)

david santos said...

Great work!!!
Terima Hasih.

Mersik said...

Puteri ezza - Wahh.. kalau kalu dengar cd tu bukannya teringat nk raya. teringat kat ezza pulok dah.. auww auww tak rela u.. hik hik


zalisa maz - uii aderr.. lagunya. err err nangis anakku nangis.. kekeke jangan marah.. kekek yihaa

nurazzah8 said...

pokcik, terimakasih atas kiriman kad raya yg pokcik kongsi dengan abang long...hehehe....

nanti saya balas pakai kad online aje lah ya... kalau nak pos skrg pun dah tak sempat...posmen tak mau terima lagi...!!!

Mersik said...

Pn Nurazzah - Sama2 kasih gitu. Biasalah, kami oang2 tua ni.. mmg serba klasik dan mesrakertas.. sekadar mengingati dan menjalin ukwah gitu.

Eh, tak yah susah2 nak balas.. Bila time raya, ajak la saja kami ke umahnya gegegege hik hik