Tuesday, September 16, 2008

Pandaikuih...

Pokcik mengunyah kuih cucur badak dengan mata yg terkebil-kebil. Ini kuih dari gerai yg mana pokcik pun dah ingat-ingat lupa. Sejak beberapa hari bermulanya ramadan ni, pokcik rajin merayau-rayau ke serata gerai mencuba tiap kuih-kuih yang dijual. Bukannya apa, saja nak tukar-tukar selera.

Dan sejak berbuka tadi, mengunyah kuih itu, rasanya seperti mengunyah dodol yang terlebih santan kelapa tua. Rasanya sama saja macam yang pokcik beli beberapa hari dulu. Oh, jangan risau. Pokcik tidak tersilap gerai. Gerai yang ini, penjualnya adalah mak janda dan ada anak dara seorang, sampai pokcik tak sure nak mengurat yg mana dulu kekekekek..

Apalah dah terjadi dengan kuih-kuih ini semua? Adakah sudah hilang tradisionalnya atau sumbang inti hatta cara membuatnya? Atau peniaga yang saja buat asal boleh saja. Asal boleh jual dah ler.

Kualiti langsung tak diperihatini. Fikir untung semata-mata. Kena dengan oang-oang lama macam pokcik ni, yang lidahnya masih klasik dan menghargai sangat-sangat nilai sentimental pembuatan sesatu kuih itu, lagi lah terasa kecewa dan kesal. Nampaknya, kebanyakan kuih yang dijual.. hmm langsung tak ada markah. Pokcik cuma angkat ibu jari pada popia salut sambal je. Sebab tu favourite pokcik hik hik.

Oleh sebab itu, sejak akhir-akhir ini, pokcik dah semakin jadi malas hendak membeli kuih. Merajuk pun ya juga. Balik-balik rasanya itu juga. Dahlah saiz pun kecik, harga pun mencekik. Takkanlah kerana naiknya minyak, tak stabilnya ekonomi, karipap, cucur, cakoi, apam, pulut panggang, keria dan lain-lain kuih jadi mangsa.

Lepas tu, dah dekat-dekat nak berbuka barulah nak dilelong murah-murah. Manalah pokcik larat nak tunggu. Baik pokcik makan sekut kering... lagi bagus.

Namun, tidak dinafikan, ada jua kuih-kuih yang masih mengekalkan rasa dan ciri-ciri tradisinya. Seperti kuih tepung pelita, peneran, kuih cara, talam, onde-onde, buah melaka, yang masih sedap perisanya. Rasa pun manis, semanis senyuman penjual yang bertahi lalat ditepi bibir itu auww.

Barangkali peniaga-peniaga kuih yang sebegini sangat mementingkan rasa dan nilai murni dalam resipi kuih-kuih mereka. Syabas daun keladi pokcik ucapkan. Anda memang pandaikuih!

Agaknya begitulah hakikatnya alam ini yang sentisa berubah-ubah. Sedangkan air , api dan angin lagikan bermusim, Inikan pula selera dan hati manusia.

Domkianlah jua halnya dengan kad hari raya. Biasanya, tiap-tiap tahun, setengah bulan puasa jek, pondok pokcik ni dah penuh dua tiga guni.

Kali ni.. baru seguni jek.. alahaii..


hik hik

9 comments:

nora bahari said...

pokcik, baik buat cekodok pisang jew kat umah kan..
lalalala...

=)

Tie said...

Sekarang ni , sesetengah peniaga tak ikhlas laa pokcik, selain dari buat kuih untuk dijual(dan bukan untuk dimakan), mereka ni tak segan2 recycle...ayah tie pernah terbeli karipap basi..cian dia..dah la puasa..sampai hati peniaga tu..

Purpleheart said...

Kalo letih nak kunyah, apa kata makan bubur lambuk aje, suap telan, suap telan, telan suap.. hik hik hik..

dS said...

..cian pokcik! klau pondok pokcik dok kat sblh rmh, hari2 ds hulur kuih-muih sepiring dua.. hehe!

Ainin Naufal said...

popia SS Ali ada ka???

arsaili said...

salam pokcik...isk3 kurus pahala puasa tgk kuih tuh...nak skittttt

Cam ne persiapan raya? Gigi palsu dah tempah baru? ahaha

Mersik said...

nora bahari - Cekodok? kekekek.. yo la. nnt pokcik suo mak si Dol tu buat dan hantar kat pokcik je hik hik..


Tie - Alahaii siannya, tak elok peniaga cam tu. Mentang2 la bulan posa tak leh rasa2.. Lepas ni suruh ayah tie cari popia salut sambal jek la hik hik.


Purpleheart - Hik hik sekali2 bley aa.. tuka selera. Tapi pokcik masih ada citarasa nak makan itu ini ( walaupun gigi ada dua je ) hik hik..


DS - Alahaii terharunya..baik sungguh Ds kite ni.. Uii jgn la sepiring dua. hantar la patplo piring kekekek


Ainin naufal - Popia tu tarak! Dia meniaga kat Stadium Shah Alam tu.. hu huu


Arsaili - kekek nak wat cam mana, dugaan. hik hik. Persiapan raya cam biasa jek.. sempoi.. gigi palsu tak tempah, guna yg asli jek ni.. apa tu oang kata, penambah serii.. yihaa

koekoeh said...

Tampaknya lezat ^^!
Sungguh menggugah selera makan....

Mersik said...

koekoeh - Oh, memang lazat sekali.. tak apa, nnt masa berbuka gii aa cari kat bazar ya? hik hik