Wednesday, September 10, 2008

Sentuhan tak terasa...

Seakan berdenting
Musim bunga lalu
Membawa aku ke situ

Bersepi dalam hening
Kata hatiku mudah bergolak
Tatkala rindu berpencak

Masing-masing menyepi
Walau mata mengungkap kasih
Penuh cinta membakar di dada

Dan kita memesrai hubungan
Dalam silu paling terbatas
Penuh ghairah melepas rahi
Walau jasad tidak menyentuhi

Kita bercinta suci
Patuh pada yang memberi
Beradat pada yang pasti
Walau nafsu bagai berlari

Sayangku,
Hari esok tidaklah pasti
Mungkin nyawaku direntap pergi
Namun hari ini
Semalam, jua esok lusa

Sayang itu
Tetap tidak akan mati

8 comments:

Tie said...

Adoi...romantiklah pokcik pagi2 ni..dapat kad raya cinta ke? Org klasik pun boleh bercinta tau..hi hi..

Nek Cun said...

Pokcik... terusik rasa hati nekcun bila membaca puisi indah itu! Terkenang ketika manisnya bercinta dahulu... "cinta kita cinta suci, tidak meminta juga tidak memberi selagi ijab belum diucapi..."

nora bahari said...

wah.. wah.. wah..
kejiwangan gitue..
lalalala...

=)

Qasih said...

penuh makna..
menyentuh rasa..
merungkai jiwa..
menggamit redha..
bermunajat di hati..

Mersik said...

tie - Biasalah, pokcik ni kdg2 overdos sikit. Apatah lagi bila kenangan lama dtg menghantui.. haruu gitu hik hik. KAd raya? ni aa tgh tunggu dr pantai timur ni kekekek


nek cun - Amboi..terkenang2 plak nekcun kita ni. Tak apalah.. asalkan indah, suci dan bahagia hingga ke akhir hayat.. yihaaa..


nora bahari - Waa.. jgn la, malu gituu..


qasih - Aiks.. jiwang jugak nampak.. hik hik

koekoeh said...

Puisinya sungguh indah ^^!

Mersik said...

koekoeh - Indah ka? hik hik mekasih daun keladiii hu huuu

iris ixora said...

Tahniah atas ciptaan ayat2 yg puitis itu...itulah...kan jgn kata pandang pokcik dua belah mata, pandang sebelah mata pun dah cukup tau...yg pokcik tu berbakat besau orgnya...:)