Thursday, June 01, 2006

Erti Pertemuan ( Alaf21 dan Kelab Peminat Alaf21 )


( Berdiri dari kanan : En Feroz (Presiden Kelab), Pn Fifi (Setiausaha Kelab), En Nordin ( Pengurus Besar Alaf21 ), En Budi dan En Roslan (AJK Kelab)
( Duduk dari kanan : Pn Ruby (Editor/Web), Pn Liza (Naib Presiden Kelab ) dan Cik Molee (Grafik/Web).

Seperti yang telah dirancangkan sejak awal lagi , akhirnya pada hari Selasa 30 hb May yg lalu , dengan disertai oleh sebahagian wakilnya , Kelab peminat buku2 Alaf21 telah berjaya menjejakkan kaki ke Premis Alaf21 yang bertempat di Shah Alam , Selangor .

Adapun pertemuan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan serta diskusi diantara Kelab dengan Alaf21 berkenaan beberapa perkara .

Alaf21 yang diwakili oleh En Nordin sendiri ( Selaku Pengurus Besar ) bersama Kak Wan ( Editor ) , Pn Ruby (Editor ) serta cik Molee ( Grafik /Web ) , manakala Kelab pula diketuai oleh En Feroz selaku Presiden Kelab , Pn Liza ( Naib Presiden ) , Pn Fifi ( Setiausaha ) , En Budi dan En Roslan ( AJK ) .

En Mohd Feroz dalam mukadimahnya terlebih dulu memperkenalkan sebahagian dari ahli jawtankuasa yang ada ( daripada kesebelasan ahli2nya ). Selain dari itu dia juga banyak mengutarakan tentang harapan dan cadangan supaya antara Alaf21 dan Alaf21 FC dapat saling bekerjasama untuk beberapa aktiviti yang telah dikenal pasti , yang bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Sebagai sebuah kelab peminat buku2 Alaf21 , sudah tentulah banyak kelebihan bagi mereka yang menjadi ahli-ahlinya . Antara cadangannya yang dikemukakan ialah supaya diberikan diskaun ( menggunakan kad keahlian ) untuk pembelian buku2 dari Alaf21 selain dari aktiviti beramah mesra dan suai kenal bersama novelis kesayangan mereka. Ada banyak juga perkara-perkata yang masih perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi .

Selain dari itu juga beberapa komen dan cadangan dari wakil kelab turut diluahkan , dalam usaha untuk menjadikan produk Alaf 21 lebih baik , menonjol dan lain dari yang lain . Ini termasuk kualiti buku itu sendiri selain dari laman webnya yang sedia ada.

En Nordin selaku pengurus besar Alaf21 banyak juga melontarkan idea-idea serta pendangan2 positifnya mengenai penubuhan kelab Alaf21 . Selain itu dia juga menyentuh sedikit tentang misi Alaf21 dalam usaha hendak memberikan kepuasan pada minat masyarakat melalui pembacaan selain dari mengeluarkan produk2 yang berkualiti dan harga yang berpatutan .

Untuk Kelab Alaf21 , dia juga berharap agar Kelab dapat bergerak seiring dengan misi Alaf21 terutama dalam usaha untuk menjana minda , merangka dan melaksanakan perancangan yang strategik ke arah peningkatan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Dalam hal ini , pihak Alaf21 juga berbesar hati dan akan mencuba sedaya yang mampu untuk memberikan sokongan serta bimbingan .

Katanya lagi , penubuhan kelab adalah merupakan satu tanggung jawab yang besar . Banyak lagi cabaran yang bakal menanti dalam perjalanan untuk mengukukan lagi kelab ini . Namun begitu , asalkan " Nawaitu " atau asas2 nya kukuh , Kelab akan sentiasa berdiri teguh menempuh cabaran yang mendatang.

Segala kata-kata nasihat dan pandangannya kami terima dengan hati yang terbuka . Tentunya pertemuan ini amat bermakna dan meninggalkan kenangan yang manis buat kami. Segala sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan kalau boleh biarlah ia tidak terhenti disini saja .

Akhir sekali ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada pihak Alaf21 khususnya En Nordin , Kak Wan , Kak Ruby serta Cik Molee yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama berbincang tentang arah perjalanan Kelab peminat Alaf21 ini .

Semoga Kelab peminat Alaf21 akan lebih bersungguh2 lagi dalam melaksanakan visi dan misinya serta objektif terhadap masyarakat dan pencinta buku selain menyediakan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang dapat dinikmati oleh setiap ahli kelab.

Sekian , saya sudahi dengan serangkap pantun ;

Risalah tinta , Alaf ku usap
Dari mata terus ke hati
Tersalah kata maaf diucap
Semoga bersua dilain kali

9 comments:

dila said...

erk..hehe just nk tny,kalo beli buku alaf21 thru ulang tuh xyah bayaran pos kan?xde kemudahan beli gune kad kedit ke eh,xde akaun maybank2u..trpakse beli kt mph huhu tp kene bayar extra sket

novelman said...

Wahai mersik,
akhirnya dapat juga tengok muka barisan alaf21 fc, macam "familiar" je dengan lelaki yang berdiri di kiri sekali tuhhhh ..... naib presiden ngan naib setiausaha nampak berwibawa ... jangan marahhh ....anyway ....thanks a lot for the good job !

Mersik said...

Alahaii dila..macam mana pokcik nak jawab ek ? Pokcik ada kemudahan2 yg lain yg turut juga diberikan oleh Alaf21 .

Mungkin kena rujuk kpd pengurusan pihak Alaf21 ler..Tapi pihak kelab pun ada bagi cadangan ler untuk diskaun . Masih dlm perbincangan..

dila said...

hehe thanks pokcik..saje je nk sajeskan spy leh gune kad kedit,hny itu yg mampu sy lakukan,nk beli kt kedai xmampu..hny pokcik la tmpt mengadu aiceh huhu diskaun itu bagus =]

Anonymous said...

Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Suzuki ami gallery ann arbor club fitness dental plans in north carolina

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. paris hilton video