Sunday, June 11, 2006

Meredah lebat hujan demi Alaf21 Fan Club

Dengan semangat yg membara dan berkobar2 , tanpa dihiraukan terik mentari dan angin yg menerjah ganas. Penantian demi penantian , disusuli dengan masalah teknikal dan kesesatan yg tak dapat dielakkan , akhirnya pertemuan beberapa orang AJK Alaf21 FC pun terlaksanalah jua .

Bertempat disebuah "Bistro " diseksyen 7 Shah Alam , pertemuan hampir 3 jam itu memberikan satu keputusan yg amat drastik sekali dan tak boleh tidak musti juga dilaksankan.

Memandangan pengaruh yg amat besar umpama gelombang ditengah lautan , Alaf21 FC harus berdiri teguh , mengorak langkah kehadapan walau pun terpaksa berbantal lengan dan bertongkat paruh . Semuanya dilakukan demi peminat2 Alaf 21 yg tidak henti2 menyokong dan mendokong perjalanan kelab sejak dari mula lagi . Oleh itu tanpa ragu2 kami sedia berkorban masa dan tenaga demi anda semua.

Pertemuan yg didugai dengan lebat hujan yg mendesah lewat ptg itu tidak sekali2 pun mematah kan semangat kami untuk terus berdiskusi sambil berkali2 jugalah memesan teh ais , nescafe tarik dan juga teh tarik gelas besorr .

Begitulah semaraknya apabila janji sudah disatui , kata2 keramat sudah diucap dan tekad kekal semadi disanubari , tiadalah apa juga halangan atau " Fear Factor " yg kami gentari. Semuanya kami akan hadapai dengan segala upaya hingga ketitisan " teh tarik " yang terakhir.

Buat peminat2 Alaf21 sekalian . Masanya akan tiba untuk fasa pertama di lancarkan . Sementara itu biarlah keterujaannya sentiasa membadai dijiwa anda kerana tanpa anda semua , tiadalah Alaf21 FC.

Tungguuuuuuuuu !!..

2 comments:

Anonymous said...

Dasat? Benda apa yg dibincangkan tu?

Anonymous said...

What a great site » »