Entah kenapa malam ini , sejak setengah jam lalu aku asyik termanggu2 je dihadapan komputer. Sesekali ku putarkan lagu2 nostalgia , lagu2 lama , 60an , hindi dan juga pop rock . Tapi masih tak dapat menerbitkan sesuatu dalam mindaku untuk dituliskan malam ini..( oops lebih kepada pagi daa. ).
Sesuatu yg ku maksudkan ialah " Idea ! " laa haii idea , kenapalah kau tak datang memenuhi kotak fikiran ku malam ini , supaya senang jejari jemariku berlari2 di papan kekunci nih , mentamsilkan apa yg terbuku dihati dan akalku. Iksh iksh pasrah kasih betul lah. Mata pulak tu , sudah mula ralit2 dan kuyu2 , tapi masih lagi tak tahu nak tulis apa . Dok menegun jek la depan computer nih..ish iksh..cam tak percaya plak aku leh kekeringan idea pagi2 nih..
Namun aku sedar , sebagai manusia biasa , kadang2 kebejatan idea tuh memang tidak dapat dielakkan. Kalau boleh mahu sahaja aku ceritakan apa yg aku buat sepanjang hari ini. Tapi , oleh kerana semuanya berkisar perihal kerja , rasanya tak sesuai lah kut . Nanti boring pulak orang nak membaca. Kalau boleh aku mahukan sesuatu yang asli , cetusan pemikiran yg ada mesej dan boleh menyentuh jauh kedalam hati.
Dalam pada itu , aku pun merayap2 lah berjalan2 ke blog2 yg selalu kukunjungi. Mana2 yg ternampak kelibat aku diblognya mlm2 buta tu faham2 jek laa..kes rukun tetangga sesat gituu ahaks. Manalah tau kut2 dapat idea ke ? dapat lepak2 atau sahur2 sekali . Maklum ler , musim2 bola nih selalunya orang rajin tak tidur malam , berjaga sampai pagi..semata2 nak jerit “ goal ! ” jek iksh iksh..
Ok lah , itu sahaja yg dapat aku coretkan sekadar memenuhi entri pg ini. Maaf kalau ianya nampak kosong dan hambar . Hmmm, tak sabar rasanya nak tunggu cuti hujung minggu. Tentu banyak perkara yg hendak dilakukan , tentu banyak idea yg mendatang . Tentu banyak tempat yg hendak dikunjungi..dan tentu tentunya..badan pun penat.
Sekian sahaja , aku mintak diri dulu ..err..err tak pe , bior ler aku bawak diri aku sekali , masuk ke kamar tidur . Sambil berteman bantal bucuk dan harap2 idea akan datang menemai ku malam ini . ( Errks..tu bukan idea laa..tu mimpi..laa haii . Dan lagi rasanya , bukan idea yg datang , tapi " sidia " tu haa. Uii seronok nyer . Apa raa ahaks hik hik ) .. Alahaiii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Looking for information and found it at this great site... » »
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cannon printer scanner tamiflu swiss roch Latex allergic reaction
Post a Comment