Hari ini hari Jumaat . Sengaja aku memilih untuk pulang lewat sedikit. Lagi pun hujan turun juga hari ini. Sama seperti semalam2nya . Selepas maghrib , aku pun memulakan perjalanan meredah suasana yg sama dengan gerimis yg masih ada.
Cuma aku perasan selepas pukul 7 tuh keadaan trafik menjadi semakin sesak. Banyak berlaku jem sana sini. Keadaan malam hanya gelap yang ditemani sinar lampu2 kenderaan yang memantul ditempat2 yg basah , secara tak langsung menyilaukan pandangan mata , memaksa aku membuka cover halmet untuk melihat dengan lebih terang . Perjalanan kali ini agak perlahan dan berhati2 sekali.
Setelah empat kali berturut2 balik bertemankan hujan , akhirnya aku kalah . Aku jadi pasrah. Tak daya rasanya aku nak bertahan. Badan pun semakin lemah lesu , pening kepala makin menjadi2. Mood pun turut tak menentu.
Alahaii betapa kerdilnya aku apabila dibandingkan dengan suasana alam ini. Itu baru hujan , belum lagi yg lain2. Asalkan selamat sampai sudah , dah kira ok la tuh. Mujur esok lusa dah cuti , bolehlah merehat2kan badan sehari dua nih.
Ok semua , selamat cuti berhujung minggu aa..kalau nak berjalan2 ke rancang dahulu aktiviti2nya . Seelok2nya awal pagi , kang petang dah hujan plak..Dan jangan lupa , sediakan payung sebelum hujan aa..alahaii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
1 comment:
Very cool design! Useful information. Go on! » » »
Post a Comment