Friday, June 30, 2006

Seputih salju yang membeku

Tanah lapang hijau bumi
Mana2 pun sama
Aroma kayu oak , pine dan mulberry
Bersama harum pagi
Dan salji yang turun

Nafas menghela segar
Mentari kabur sinarnya
Berbalam bersama musim dingin
Di negeri ini
Yang banyak mengajarku

Sungai itu beku
Airnya mengalir lesu
Umpama danau rata
Yang memutih seri
Seluas mata memandang

Dedaun maple melayah turun
Menimbun bersama kenangan
Gemersiknya angin barat
Mengimbau saat remajaku
Nostalgia dirantauan

Ku lihat anak2 kecil berlarian
Bermain sambil menuntun ibu
Sesekali ketawa melekek
melempar ketulan salji
Musim ceria bertandang lagi

Pohon keras teguh berdiri
Ingatan melayang jauh
Sesak dada melayan rindu
Pada ayah bonda
Tanahair bumi melayu
Sidia tercinta
Yang jauh dimata

Sebuah memori lama
Satu perjalanan diri
Mencari jati dan semangat melayu
Kekal segar disanubari
Selama hayat ini


" Camp Samac " dalam kenangan
Oshawa , Ontario .
Winter 1993

Thursday, June 29, 2006

Blog O Rama

Beberapa minggu yang lalu aku tidak dapat mengelakkan diri dari selalu memikirkan pasal Blog sahaja. Yupp, a Blog . Blog , blog and nothing but da Blog. Rasa nak cenoneng pala aku ni bila terlaku asyikan memikirkannya.

Mana nak fikir pasal Blog pokcik tua nih , Blog satu lagi yg sedang dalam pembinaan , Blog Alaf21 FC yang tak kurang meriahnya dan patpo juta belas2 blog kawan2 yg lain. Ui ! ini macam kalu , mahu aku jadi “ Blogless ” nanti..

Semuanya perlukan perhatian. Semua perlukan kasih sayang , semua perlukan jiwa . Alahaii keliru aku dibuatnya. Bak kata oang , ditelan mati akal , diluah mati kutu gituu. Dengan keadaan diri ini yg satu , tenaga yg tak seberapa ( sebab lom minum Tongkat Ali lagi ) , mampukah aku membahagiakannya ? semua2 itu ? . Haruskan aku berkejaran kesana kemari. Mengejar pada sesuatu yang pasti atau tidak ? , realitu atau maya ? Oh ! kencing manis aku dibuatnya kekekek

Kira cam cinta tiga segi laa..disana menanti disini menunggu ala2 Ukays gitu. Tak pun macam madu tiga kekekek ( lagi haruu..). Walau bagaimana pun tak mengapalah. Diatas janji yang telah aku buat..insyaAllah sedaya upayanya , aku akan cuba memuaskan hati semua pihak. Niat aku ikhlas . Asalkan anda semua gembira dan ceria..aku akan sentiasa bersama , seperti kata Nurul dan Ajai serasi bersama gituu..

Tapi kadang2 pening pala jugak..adehhh..pening..pening

Tak apalah , layan lagu dulu . masih awal nih , baru pukul 1.00 pg ..eriks !.
Sat , ambik earphone ( bagak punya earphone aaa , serkup satu pala ) , cucuk kat radio , Bass level kasi tune kuat2 , maximun power .

Okeyy are u readyyy ??

Hit it mannn.. ! , yehhh yehh yehhhhh..

( Badan mula goyang2 , kiri kanan , kiri kanan..oo dah datang dah , dah dtg dah aura nya nih..yehh yehhh )

Oh mas ayu..
Fatimah nan Ayuuu
Parasnya indah
Suara merdu..
Senyum membawa hati rindu..
Buat jiwa..
Bimbang raguu..

Oh Fatimah , kekekek ( korang ingat lagu apa haa ? ) .

( Masih terus bergoyang.. ) . Alahaiii..

Wednesday, June 28, 2006

Rumahku syurgaku

Malam ini pokcik tak duduk kat anjung , tapi pokcik berdiri jauh dari anjung sambil memerhatikan pondok pokcik dari depan . Kadang2 pokcik lihat dengan sebelah mata tertutup , kadang2 pokcik lihat dgn ekor mata , kadang2 plak pokcik lihat dgn kedua2 mata tertutup .erks

Lepas tu pokcik tenguk dari sudut kanan dan kiri . Pokcik cangkung , pokcik berdiri dan akhirnya menonggeng ( lihat dari bawah kelengkang ) hik hik manalah tahu kut2 pondok pokcik nih tak jejak tanah ke , uushh ! selisih aaa , malam2 buta nih , meremang bulu hidung pokcik..

Dalam kesuraman malam , pokcik dapat lihat sebuah pondok yang buruk , sungguh2 buruknya . Dengan anjung yg kosong , tiang senget sana sini , atap bertampal2. dinding rebeh2 , uii hodoh sungguh aa..

Untuk seketika pokcik jadi lupa bahawa itu pondok pokcik . Serta merta terus sahaja pokcik berhajat2 nak buat umah baru. Rumah yang besar , luas dan cantil. Dibuat daripada batu , atap zink dan lain2 angan2 yg terlalu banyak lagii..

Dan , lepas tu , lama2 bila ditenung dan direnung balik , pokcik terfikir sendiri . Nak buat apa umah baru ? ini pun dah ok apa. Setakat pokcik duduk soang . Cuma perlu di touch up jek..sana skit , sini skit , atas sikit..bawah sikit ,

Hmmmm…ok lahh , Ok lah touch up banyak2 ..alahaii..

Tuesday, June 27, 2006

Kembali melepak ..

Alahaii ! , lama sungguh pokcik tak bersantaian lewat malam dianjung pondok buruk nih . Maklumler sejak beberapa minggu lalu keadaan tak berapa mengizinkan disamping keadaaan cuaca yg sering kelam lantas menyembunyikan sang rembulan ewahs. Aisey man , cantiknye bulan malam ini . Terang bercahaya walaupun separuh.

Hmmm..terlalu banyak yang hendak difikirkan tatkala mata sudah mula ralit2 mengantuk nih. Si kuning masih lagi memanjang berbaring , tidur gaknye . Lagipun jap lagi katanya ( dalam bentuk ngiaw2 ) nak gi warung mamak nenguk bola . Alahaii , peminat Brazil seekor nih , bersungguh benor sejak musim2 bola nih. Nasib baik bulu kaler kuning , senang tak payah kaler2 ahaks kekekek..

Seharian diumah , seharian berjalan , melayan tetamu , duduk2 dan lepak2 membuatkan pokcik jadi letih dan penat. Walau pun rasa2nya tak masuk akal langsung alasan pokcik nih , tapi itulah dia hakikatnya , pokcik penat tanpa sebab.

Agaknya kalau dulu pokcik masih muda, segor , kuat dah gagah , tentu tak seletih ini pokcik rasa. Namun apabila masa merangkak pergi , membawa sama kederat dan semangat , terasa akan lemah dan tuanya tubuh ini.

Domkian ler , putaran hidup ini. Oang lebih suka bersantai terlalu awal , sedangkan pada masa2 yg ditetapkan dalam hayat kita , ada masanya kena belajar , pas tu kerja kuat2 , berkeluarga , menyara , bersara dan akhir sekali tua dalam ceria.

Oang kite selalu malas ? iye ke ? Tah ler , malas pokcik nak komen , sebab pokcik pun hik hik kadang2 malas juga. Tapi pokcik oang tua pe , ada excuse skit..hik hik

Yang muda2 nih..elok laa rancang masa depan..jangan jadi macam pokcik..bila dah ganyut2 gini, tenguk balik muda mudi yg dah berjaya , tahu menggunakan masa dan cerah masa depan , pokcik jadi jeles pulak. Tapi tak leh nak salahkan sesiapa lah . Silap pokcik jugak. Apa yang berlaku akan datang adalah bertitik tolak dari tindakan kita hari ini. Walau pun oang kata “ Alaa muda lagi..banyak masa nya nih ” Tapi kena ingat , kadang2 masa tak pernah lupakan kita , sekarang nih masa berlalu..mak iii tersangat lah cepat..

Ok laa banyak plak pokcik nih merepek. Mungkin jauh diceruk dapo hati ini , pokcik agak terkilan dan kecewa dengan masa muda2 pokcik dulu. Masa2 waktu dapat peluang dan , tah ler..menghampakannya ( barangkali ). Dan skg terkenang semula dengan seribu kesal. Takperlulah pokcik cerita panjang..bior ler rahsia ini kekal bersama pokcik. Cuma apa yg boleh fikirkan , haii kalau lah pokcik dapat jadi muda semula..

Tapi masa itu . Ah ! tak mungkin akan kembali. Ia datang sekali . Kalau kita tak buat apa yg sepatutnya , kita akan menyesal . Dugaan yang banyak dengan nafsu yang terlalu perlu ditangani dengan bijak . Tak perlu rasa gusar , kita ada yang mendorong dah menasihati seperti ibu bapa , keluarga , sahabat handai dll . Tapi entah la..kadang2 kita tak mahu dengar . Last2 sendiri rasa ler . Hmmmm sayang sekali .

Oleh itu , sekelian yang dikasihi , jangan persiakan usia muda anda. Rancanglah sebaik mungkin supaya masa berjaya demi depan anda ..

Dengar lah nasihat pokcik ini , dengar lah..dengar lah..hmm hmmmzzsxxtt zzz zzzz kurr kurr krohh..kroihhss

( Aiks ! tidoo plak pokcik nih..laa haiii , penat sangat ler tuh ikh ikh ) . Alahaiii..

Sunday, June 25, 2006

Seri Mersik and de Satay Kajang Adventure

Hari minggu yang indah , suasana yang terang dan nyaman. Sinar pagi menyuluh alam maya yang dahaga sejak berkurun lama. Burung2 berkicauan dan lembu kerbau berterbangan erks...( ada plak terbang daa ) hik hik . laa haii , panas yang tidak berapa terik , hmm memang sesuai sungguh untuk berjalan2 makan angin..

So pokcik pun berjalan2 dengan hati yg girang gemirang dan seronok sekali . Akhir nye sampai jua lah kedestinasi yg pokcik dah idam2kan lama. Kemelut anak tekak yg tak kesampaian lama iaitu makan Satay Kajang . Kali nih pokcik pergi ke cawangan di Klang pula . Jalan pun tak jem..so makin gumbira jadi pokcik rasanya.

Uii sedap sungguh satay nih..Pandai botul Pak Hj Sahmuri mengasaskannya. Cam nih ler yg pokcik rasa sedap , sebab biasanye pokcik bawak oang pun , patpo juta belas2 kali dowang kata kat sini yg sedap..Tok lipat pun asyik dok call tanya bila nak bawak dia lagih.. ( ikh iksh nyesal sungguh bawak dia dulu kekekek.. )

Satay nih memang favourite pokcik..sejak dulu2 lagi , sejak zaman muda2 lagi. Sejak mula kenal lidi satay lagi , pokcik dah mula mensatay2 kan diri. Tapi masa tuh asyik tercari2 jek . Ye lah , nak satay yang sedap kenalah mencari kan ? Sekarang nih untung , tak yah susah , gi mana pun ada..Tapi nak cari err err apa tu oang kata , “ Rasa Satay Kajang yang sebenar " gituu. Sib baik leh gi Klang atau cawangan2nya dekat2 sini , kalau asyik ke Kajang jek , " kejong " plak nanti pokcik ahaks..

Pokcik dulu2 kan..kalu makan satay ( saiz M ) nih , uuii 60 cucuk leh habis..tang satay kajang nih ( Saiz XL ) rasa2 nya 20 cucuk pun dah mengah dah..( Hohhh ! doplo..banyaknye pokcik , alahaii ).

Satay kajang diKlang nih cantik skit tempatnya , maklum ler cawangan baru..ruang pun besor , ada replika barang2 antik . Waa ini macam kalu , boleh lah datang selalu..hik hik..

Tapi aaa..yg musykilnya , sedang pokcik duduk2 menanti satay , terpandang akan satu menu minuman nih ( tenguk sebelah )

Lerr apa kebenda ABC teringin tuu ? , tapi pokcik tak order aa ( sebab dah order air carrot susu ) , tapi masih lagi musykil..apa yg dimaksudkan dengan teringin tuu ? Teringat plak lagu tahun 80an dari Shima berjudul teringin , sesekali kurasa teringin , melewati hati mu yang dingin..ewahhh..jiwang plaks.

Last2 bila dah balik umah..masih tertanya2 lagih..dah tiba2 rasa " teringin " plak nak rasa..iksh iksh pasrah kasih tul aaa.. Nih musti specials nih sampai pokcik terkilan tak melempiaskan rasa " teringin " nak merasa " ABC teringin " tuh , iksh iksh pandai menu tuh main saikologi ngan pokcik , kena gii lagi nih ahaks..Apa2 pun..hari tuh kira meriah aaa..

Versi Seri Mersing ,

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu ..

Versi Seri Mersik ,

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang Satay Pak Hj Sahmuri masyuknya lajuuu
Ketupat , timun , Sambal dan kuah pokcik rembat
Sampai tersandar , nak bangun punnn tak laluu kekekekeke

Alahaii..

Pondok buruk pokcik..

Pondok buruk pokcik
Sayup2 mata memandang
Ramai tetamu sukalah bertandang
Berborak , berlepak dan bergendang2..alahaii

Pondok buruk pokcik
Beranjung luas tanpa hiasan
Buat melayan pilu merungkai keresahan
Namun selalunya , ditimpa dek perasaan kekeke

Pondok buruk pokcik
Makan apa yang termampu dibeli
Biskut kering dan kopi tongkat Ali
Saban hari , hingga jadi lali

Pondok buruk pokcik
Sekali sekala ditinggal pergi
Tak pernah berkunci atau bergari
Jangan pulak korang bawak lari..ahaks

Pondok buruk pokcik
Tidaklah cantik malah kusem
Kata orang , baunye pun ashem
Tak kisah ler , janji yg duduknya henseemmm..hik hik

Pondok buruk pokcik
Luas laman besor kandang
Tempat ternakan berduduk berdondang
Riuh rendah memokakkan gegendang iksh iksh ( bisingnya )

Pondok buruk pokcik
Dari kayu getah dan leban
Namun ia kuat menanggung beban
Lebih kuat dibandingkan dengan reban

Pondok buruk pokcik
Dan orang tua yang tak bernama
Tak perlu sok sek sini , sok sek saner
Doh tahu dah , pokcik nih memang glamerrr

Pondok buruk pokcik
Harta cuma sekangkang kuda
Jadilah.. untuk sisa hidup si tua
Selagi hayat masih ada

Alahaii pondok buruk pokcik..hik hik

So, apa lagi ? Marilah ke sini selalu ( cehhh promote nampak..ahaks ..hik hik )

Saturday, June 24, 2006

Analogi kesunyian hati

Mendung awal pagi
Perasaan digamit sunyi
Pada suatu detik
Yang jauh berlari
Satu tragedi

Dingin melamar sepi
Sepi mengasak rindu
Rindu mengulit kalbu
Kalbu meruntun hati
Hati melarakan jiwa
Jiwa menghangatkan gelora
Rindukan pertemuan

Andainya kau berpaling
Tidaklah aku sepasrah ini
Tunggu seminit lagi
Mungkin aku kan berubah

Analogi satu kesunyian
Berbaur seribu pilu
Hening dan syahdu
Irisan-irisan hati ini.
Perlukan sentuhan
Dan belaian

Moga dipertemu..

Friday, June 23, 2006

Diari Lencun ( Bahagian 4 )

Hari ini hari Jumaat . Sengaja aku memilih untuk pulang lewat sedikit. Lagi pun hujan turun juga hari ini. Sama seperti semalam2nya . Selepas maghrib , aku pun memulakan perjalanan meredah suasana yg sama dengan gerimis yg masih ada.

Cuma aku perasan selepas pukul 7 tuh keadaan trafik menjadi semakin sesak. Banyak berlaku jem sana sini. Keadaan malam hanya gelap yang ditemani sinar lampu2 kenderaan yang memantul ditempat2 yg basah , secara tak langsung menyilaukan pandangan mata , memaksa aku membuka cover halmet untuk melihat dengan lebih terang . Perjalanan kali ini agak perlahan dan berhati2 sekali.

Setelah empat kali berturut2 balik bertemankan hujan , akhirnya aku kalah . Aku jadi pasrah. Tak daya rasanya aku nak bertahan. Badan pun semakin lemah lesu , pening kepala makin menjadi2. Mood pun turut tak menentu.

Alahaii betapa kerdilnya aku apabila dibandingkan dengan suasana alam ini. Itu baru hujan , belum lagi yg lain2. Asalkan selamat sampai sudah , dah kira ok la tuh. Mujur esok lusa dah cuti , bolehlah merehat2kan badan sehari dua nih.

Ok semua , selamat cuti berhujung minggu aa..kalau nak berjalan2 ke rancang dahulu aktiviti2nya . Seelok2nya awal pagi , kang petang dah hujan plak..Dan jangan lupa , sediakan payung sebelum hujan aa..alahaii

Tetamu awal pagi..

Salam malekom..uii pokcik !..ada umah tak ?

Kom salam..opocots..kucing lagi..laa haiii..apa ko nak pepagi nih ? Iksh iksh..

La ahaii pokcik..saja jek..dtg2 , jalan2..alaa cam pokcik selalu buat tuu . Err tak de pepe ke..makan2 ke..? ikan2 ke ? cucur2 ke ? jajan2 ke ?

Uii..ko ingat umah aku nih welfare ke ? pokcik nih pun , makan solu miss tau.inikan pulak kau...iksh iksh..

Alaa pokcik nih . Tak baik tau ( buat wajah sedih ) . Lagi pun , nih hari Jumaat . Banyak pahala kalau buat baik..banyak berkat tuu..

Ulps ( sambil telan air liur ) Laa haii..iyo laa..masuk ler..cari le apa2 kat dapo tuu.. jangan berkecah dah ler..Pokcik nak sambung tidooo..cam nak deman jek nih..iksh iksh..

Horrayyy..yess..yess ..caya la pokcik...i lap u laa..* muahhhhs *

Kenapa lah banyak benor kucing kat pondok nih sejak dua menjak nih..? iksh iksh..alahaii..zzzzz

Diari Lencun.. ( Bahagian 3 )

Petang ini aku telah bersedia..Hujan yg menggila sejak pukul 4 ptg tadi ku pandang selamba jek tanpa gentar dihati. . Baju hujan sudah ku sarung , helmet telah ku cover , seluar sudah ku singsing tinggi2. Dari lebat , menjadi gerimis lalu merenyai , aku terus rasa tak sabar2 nak meredahnya..

Hujannnnn !! Kau tunguuuuuu ! Aku redahhhh kauuuuu ! yaaahhhh !!!

Maka bermulalah episod redah meredah macam selalu2 nye..yaahh ! yeahhhh..!
Bersama mesin buatan manusia yg bernama motosikal kapcai itu , aku terus kan juga mengharungi bermacam2 keadaan yg tak terluah dek mulut ( kerana ketaq2..gigil ooo ). Hanya bunyi motor sahaja yg mampu menafsirkannya..

Bek bek bek bek bek bek
( bunyi redah tahap biasa , konsisten , fokus dan bertenaga chewahh )

Krik..krikk..krikkk..krikk..eeeekkkk
( sesekali terbrek sambil meggelecah takungan air )

Ponn..ponnn...opocotss ! ..ooiiiiii !
( Honkan anak kucing yg dari mana tah sesat atas jalan..hiyaaa )

Ponnn..ponnnn yuu ! huuuuu !
( Honkan awek cun yg tengah tunggu bas...( uii sempat lagi tuhh ahaks ) . Awek tu pun senyum malu2..laa haiii..kekekek )

Buss..tuss..trisss..trisss..sssss.
( terlanggar lecak air yg tak sempat dielak ( sebab tenguk awek cun hik hik ) )

Burrr..buss bussss burrrr blub..blub..bubb..bubb...trrrrr..ngeekkkk..
( meredah air ( bawah kolong ) separas buku lali , dan akhirnya motor pun mati..alamakk !! )

Sreet..sreett..srett..kreok..kreok..kreok..cot cet cot cet cot cet..
( menolak motor keluar dari air ke tempat kering dengan bunyi kasut yg basah lagi kekekekek )

Bromm..broom..brooooomm !…
( yeahhhh motor boleh start lagi..dan perjalanan pun diteruskan..)

Hinggalah sampai dirumah..aku rasa lega dan bangga , kerana berjaya mengharungi satu lagi dugaan alam yg satu nih.. Aku ucapkan syukur dalam pasrah..Tapi pakaianku , hmm lencun macam selalu..

Berdasarkan bunyi kesan2 effect yg ada tu , korang tahu kan cam mana dugaannya..? Mujur tak de rasa nak demam..alahaiii…kekekekeke hik hik

Thursday, June 22, 2006

Diari Lencun ( Bahagian 2 )

Petang tadi , hujan turun lagi , lebat dah deras seperti pagi semalam. Sedari pukul 3.30 ptg ia sudah mula melimpah ruah. Aku terkebil2 dibalik cermin kaca memancang langit dengan airnya yg mencurah turun. " Harap2 lah ia teduh sebelum pukul 5.30 ptg " aku menaruh harapan.

Namun lebat yang bertukar perlahan masih juga merenyai hingga kesaat2 akhir kepulanganku. Kali ini aku terpaksa berhenti berharap . Dan aku tak berapa gusar kerana perjalanan adalah menghala ke rumah . Basah pun tak mengapalah . Sampai dirumah boleh terus mandi. Maka aku pun meredah lah , mengasak bersama kereta lori yang hingar bingar dan tersenggut2 jalannya. Sekali sekala aku boleh juga ketawa kerana perjalananku lebih lancar dari mereka , walau terpaksa mencilok sana sini. Baik punya cilok la tuu..

Aku seperti semalam2 juga , perlahan2 melungsuri laluan yg sesekali bertakung air nya , melewati kolong2 yg menjadi tempat singgah para2 penunggang motosikal yg tak mampu meneruskan perjalanan.

Aku pun pernah juga singgah dikolong itu suatu ketika dulu , beramai2 , beratur2 dan beriuh2 bagaikan pesta perkumpulan Mat Rempit je. Cuma masa tu semuanya memakai pakai yg sama , baju hujan kekekek. Semuanyanya berwajah muram , semuram langit yang memurungkan bumi. Ada yang seakan menanti2 , mungkin ingin cepat sampai atau ada hal yg perlu disegerakan. Tapi , apakan daya ,fenomena alam yg satu ini bukan boleh dihalang. Begitu lah masing2 dengan tafsiran masing2..memuji , merungut , mengutuk dan menikmati. Sememangnya , penantian tu satu penyiksaan..

Sampai sahaja dirumah , seperti semalam , lencun seluruh pakaian dibadan. Dan aku perasan badan pun dah mula rasa tak sedap . Kepala jangan cerita lah , berdengung jek , berpinar2 . Hidung yang menarik nafas pun bunyinya berdesot2 jek , macam tersumbat2 . Dasat betul lah penangan hujan nih..

Selepas mandi pun badan masih lagi rasa seram sejuk. Kepala masih terasa peningnya. Ada chance ler aku nak deman nih nampak gayanya..alahaii..

Wednesday, June 21, 2006

Serangan asyik dan rindu..

Hmmm..adehhhh...haaa alahaii..hmmm.iksh iksh perasaanku perasaanku arrgkhhss..hmmmmm


Aalahii..kucing kelabu nih pokcik jumpa tengah stone menegun lam parit..tah apsal ta ? cam mengong2 jek nampaknya , syok sendiri kut. Dan setelah pokcik siasat2 , tanya2 dan risik..rupa2nya barulah pokcik tahu..yg dia dah terkena jangkitan buatan oang..

Jangkitan " ditimpa perasaan " gituuu kekekekekeke.. Menjangkit dari sapa agaknye ek ?? alahaii

Diari Lencun..

Pagi itu entah bagaimana bila dan tanpa sebarang tanda , ia turun lagi. Aku yg sedari selepas subuh asyik terkebil2 melihat langit yg suram dengan hujan yg melebat. Dalam hati terharap2 supaya hujan tiba2 berhenti . Merayu2 supaya tidak berpanjangan titisannya , kerana sat lagi aku akan keluar bekerja.

Namun pabila masa merangkak laju tanpa tanda2 hujan akan berhenti , terpaksalah ku teruskan jua perjalanan ini. Berbekalkan T-Shirt basahan yg kusarung sementara , seluar yg ku lipat tinggi2 , segala baju kerja serta apa2 yg penting ku masukkan dalam plastik kalis air . Akhirnya , ku capai baju hujan dengan seluar hujan yg sah2 nanti akan kena hujan. Kesian betul aku aaa..

Baru mula berjalan seminit dua , mengiggil2 nye bagai berkurun lama . Motor yang kutunggang bergerak perlahan sahaja merentasi lampu , becak air dan hentian lampu isyarat . Sebab kalau laju2 nanti tak terkawal , tentu naya jadinya. Sekali sekali terkejut juga aku bila disimbah air yg dilanggar oleh kereta2 lori yg tiada perasaan . Aku sabarkan sahaja.

Dari Shah Alam , hujan masih tidak menunjukkan tanda2 akan berhenti. Inilah julung2 kalinya hujan agak luas kawasannya . Laa hii lemah sungguh aku kalau bertembung dengan hujan pagi2 nih. Rasanya ingin menunggu sahaja dia teduh dahulu . Tapi memikirkan ada perkara yg perlu diselesaikan , aku harungi juga segala rintik2 basahnya selain becak banjir dan angin yang mendesah..

Mujur laluan motor tidak digenangi air yang banyak. Kalau tidak tentu akan dilencongkan haluannya kejalan besar , bersama2 kenderaan yg sering mengacah2 dan menakut2kan sekali sekala. Memanglah motor nih kecil tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh dihormati. Boleh menghimpit dan memotong sesuka hati . Mentang2 lah mereka besar dan enak2 duduk bersejukan didalam kereta , kita pula berketap2 gigi menahan air hujan..ahh biarlah..

Setengah jam meredah hujan , akhirnya aku sampai jua kedestinasi . Segala apa yg melekap dibadan lencun semuanya . Dari baju , baju hujan , selipar , seluar ( termasuk yg dalam2nya ) segala2nya habis basah . Alahai tragis sungguh aaa..Maka jenuh la aku lepas tuh nak mengeringkan diri dengan segala daya yg ada . Orang masuk kerja dengan kasut kering , aku pulak dengan kasut yg berbunyi cot cet cot cet..kekekek..dengan baju seluar yang berbelang basah . Aduss..kesiankan aku nih..?

Namun aku redha jek laa..Hujan panas adalah lumrah . Sekali sekala Tuhan nak duga apa salahnya. Belum lagi ribut yg menggila . Aku sabarkan sahaja. Lagi pun ini bukannya yang pertama . Mungkin petang atau esok lusa sinar suria akan menjelma gituu..

Alahaii..

Monday, June 19, 2006

Hujan lewat sore dan irama piano yang mendayu


Sore itu hujan turun lagi
Membawa sama lara hatiku
Jauh merobos dunia kemanusia dalam kecintaan

Berteman irama piano yang mendayu
Terlahirlah rasa sayu yang mencengkam dada
Tangkai hatiku yg merindu

Hujan lewat sore dingin sekali turunnya
Nun ditepi jendela aku menanti
Sambil bermain titis-titis rintikmu
Sesekali menyapu sama titis air mataku

Hujan lewat sore
Membuat hati jadi gundah
Fikiran tandus tak bermaya..
Jiwa pasrah

Dan juga..
Pening kepala.. alahaii

Pelancaran Blog Kelab Peminat Alaf 21 ( Sempoi tapi meriah )

( Kelihatan tiga diantara orang kuat Alaf21 FC . Dari kanan , En Feroz ( Presiden Kelab ) , Pn Liza ( Naib Presiden ) dan ehem ehem , En Roslan aka ( er..er teka sendiri laa ) , yang sama2 memeriahkan pelancaran Blog kelab Peminat Alaf21. )

Tanpa potongan reben dan rimbunan bunga2 atau kertas berwarna , pelancaran Blog kelab Alaf21 telah selamat dilaksanakan pada hari sabtu 17 hb Jun bertempat di sebuah cybercafe di Yaohan Mall .

Setelah mengharungi berbagai2 rintangan dan dugaan , akhirnya berkat dari kesungguhan dan semangat yg tak pernah luntur dari sebahagian ahli yg komitted , maka inilah yang dapat dipersembahkan .

Walau blog ini nampak agak sempoi tapi kehadirannya sudah pasti dapat memberikan banyak informasi yang berguna untuk para ahli kelab Alaf21 sekalian . InsyaAllah , ia akan diperindahkan dari masa ke semasa supaya lebih mengancam dan " happening " lagi.

Oleh itu marilah kita sama2 menyokong dan memeriahkannya . Sila kunjungi ,

http://www.alaf21fc.blogdrive.com

Khabar2nya tak lama lagi kelab akan buat lawatan ? Hmm kemana tuu ek ?. Rasanya ke tempat paling best sekali..Rugi ooo tak ikut. Sapa lambat tak dapat laa..jom..jom maih kita kesanaaa untuk dapatkan maklumat lanjut.

Datang jangan tak datang , datang jangan tak datang..ewahhss..

Saturday, June 17, 2006

Hatiku di Ha"rojak"ku dan Saat "Cendol" bersemi..

Panas mentari masih membahang. Teriknya bagai menghanguskan kulit. Dalam terkelip2 mata menahan silau dan sinar , pokcik tertonggok ditepi bangunan itu sambil menunggu sesorang . Seseorang yg tak pasti.iksh.iksh kemanalah agaknya dia nih gii ? kenapa dia nih tak datang2 ? “ getus hati pokcik yg meletus2..

Dalam pada menunggu dan terus menunggu sambil tertanya2 , tak bisakah kau menunggu ku , hingga kini tetap menunggu..ahaks ( cehh ter Peter Pan plak dia hik hik ), maka terpandanglah pokcik akan satu van kuning nih , betul2 tidak jauh dari pandangan mata pokcik . Pabila diamati2 dengan teliti akan bentuk dan rupanya maka , kalau tak silap pokcik itu macam van jual rojak jek tu..la haii..

Serta merta pokcik teringat yg pokcik sebenornya tak menunggu sesiapa pun ( iksh iksh saje lah pokcik nih ). Lantas deras pokcik berjalan mengampiri van yang lengang itu . Lalu pokcik pun duduk betul2 dibawah payung melarikan diri dari terik yg tiada kunjung redup tu.. menebeng kan diri pada birai van yang dibuka merata tu.

" Rojaaakk satu " sapa pokcik pada si india yg kurus kering itu , yg terseyum ramah lagi . Bajunya putih berseri bagai baru lepas dicuci dengan fab buku. Topi putihnya pun kemas tercatuk diatas kepala.

" Ayaa..itu tauhu tak mouu aaa ? " ujar pokcik apabila teringatkan sesuatu. Bior dia tahu yg pokcik tak makan tauhu. Lalu dia pun mengucap “ ya “ walaupun kepala dia menggeleng sekali dua..hik hik.. Dalam pada menanti2 tu terpandang plak pokcik pula akan mesin pengisar ais yg nampak begitu menggoda sekali didepan mata..Terbayang satu lagi menĂș yg tidak boleh tidak mustii dilahapi juga.

“ Ayaa , bagi cendol satuu ” jerit pokcik lagi tanpa belas kasihan, tanpa ihsan dan tanpa kasi chance..hik hik hik

Dan pabila rojak dan cendol sudah berada dihadapan mata , maka ibarat orang lapar disuakan rojak dan cendol ( errkss ? ) , maka melahaplah pokcik dengan tanpa memperlawa oang dikanan dan kiri ( lagi pun memang tak de oang pun , pokcik soang jekk ) , pokcik berkayuh2an , bercedok2an , bercendol cendolan dan juga bersedak2an ( tersedak aa ) . Matahari yg tetap terik tidak pokcik hirau. Rasanya itulah makanan yang paling best sekali untuk dinikmati saat itu..pokcik tak menoleh lagi..( erks buat apa nak menoleh kalau makanan kat depan..laa haii hik hik )


Hinggalah akhirnya pokcik tersandar kerana diserang penghidratan yg berlebihan ( lebih air le maknanya tu ). Beberapa kali juga pokcik sendawa menandakan gabungan rojak dan cendol sedang terapung2 memenuhi perut pokcik. Aduhh kenyang sekali nih..

" Aya , sedap la rojak nih , awak buat ke ? " soal pokcik cuba berbasa basi , dengan wajah separuh basi , tanpa rasa malu2..sekadar memuji.

" Buat juga , suma2 , rojaa..cendol..suma buat " Aya itu menjawab dengan ramah sambil mula bercerita itu ini menyebabkan pokcik jadi menyesal pulak bertanya . Lalu dia pun duduk dan mula bercerita lagi dan lagi . Namun pokcik hanya mampu angguk2 jek , sesekali terlepas juga sendawa.. boring mula terasa.. Aya nih overdos plak..

Setelah agak lama bersekedudukan disitu ( pokcik dan dia ) , dan setelah membayar harga , pokcik pun mula mengatur langkah . Tiba2..

“ Pocii..lain kali datang lagi aa , hari2 pun boleh datang , saya sini juga adaa.. "Aya itu berkata lagi . Mungkin sebagai rangka promosinya .Pokcik menoleh , tersenyum dan angkat tangan ..menunjukkan tanda bagus. Dan sekali lagi aya itu menggeleng sekali dua .

Pokcik rasa dihargai . Nak tergelak pun ada dengan keramahannya..alahaii si penjual rojak .

Namun tiba2 hati ini bersuara " Iksh iksh..hari2 kalau makan sana , alamat kencing manis le pokcik nanti "

Pokcik makin lebar tersenyum , hati ini melekek lagi , kekekekeke hik hik..alahaii..

Friday, June 16, 2006

Selamat " Hari Pokcik " ..

Iksh iksh cam mana nih ?. Hairan sunggguh pokcik. Seme oang ada , apsal pokcik tak de plak ? Hari ibu ada , Hari bapa ada , Hari kekasih ada , Hari kanak2 ada , Hari tentera ada , Hari buruh ada , hari AIDS pun ada dan macam2 hari yg ada2nya..

Tapii..!! Apasal tak ada “ Hari Pokcik “ aa ?? Waaaa..tak adil ler cam nih..

Pokcik pun penting juga dalam hidup msyarakat nih..banyok jasa2nye pada generasi turun temurun kekeke. Pun menyumbang juga pada pembangunan Negara..iksh iksh . Laa haii tak de sapa2 nak iktiraf..bior pokcik jek laa yg istiharkan...bagi pihak diri pokcik serta pokcik2 yg lain ( walau dimana jua anda berada..ewahhs ) hik hik

Hari ini ialah " Hari Pokcikkk " kekekeke..

Mehh ler cepat2 ucapkan selamat..seme2..jangan ler malu2 kucing eleh leh leh..hik hik cepat lah , sebelum “ perasan ” yg menimpa pokcik nih hilang hik hik.. Macam ler korang tak tahu yg pokcik nih...

( Ramai2 jawab ) " Selaluuuuuu jee dii timpppaaaa perasaaannnnn…!!!!

Ekekeke..hik hik.laa haiii…

Mencari diri didalam diri..

Malam ini pokcik lagi sekali diserang kebejatan idea..alahaaii not tonight ..errghhh..grr grr geram pulak hati nih. Rasa macam nak jadi Hulk plak. Namun begitu dalam pada rasa marah2 , pokcik rasa malam nih agak sunyi sikit. Bukan kerana tiada berteman atau tetamu yg datang , tapi kerana jiwa pokcik benar2 sunyi. Dalam rengek cengkerik dan lara sang katak membuai suasana , pokcik tetap juga berasa sunyi , sesunyi lagu tanpa irama , sesunyi rumah yg tak berpenghuni dan sesunyi awan larat yang berlangitkan pilu..chewahhs

Kesyahduan malam ini tanpa bintang menyinari memaksa pokcik bermenung sendiri . Selalunya tiap2 mlm pokcik makin aktif dan bertenaga sekali. Selain dari menghabiskan masa dengan melayari blog2 individu yg berbagai ragam dan warna , pokcik juga suka mengunjungi blog2 individu yang begitu komitted dalam bidang penulisan dan perjuangan bahasa.

Bersama2 computer pokcik yg dah uzur syrie tuh , yg slow macam kereta lembu tu , pokcik cuba menyingkap setiap maksud yg terselindung disebalik ayat2 yg simbolik dan polemik . Kadang2 mereka bercerita pasal isu2 semasa , luahan perasaan , cetusan pemikiran serta beberapa bahan yg agak bagus isinya serta memotivasikan.

Dengan ini otak kita akan sentiasa berfikir akan setiap perkataan yg dibaca. Maklumat yg didapati juga amat berguna . Bayangkan lah kalau hari2 kita mendapat banyak maklumat ..Insyaallah fikiran kita akan tajam dan pengetahuan kita menjadi luas. Ibarat pepatah , jauh perjalanan luas pengetahuan gituu..

Selain dari itu , pelayaran pokcik sudah pastinya dtemani dengan lagu2 yg begitu mempersonakan serta membawa pokcik hanyut jauh merentasi masa melangkau imaginasi utk menjadi " seseorang " dalam dunia ini . Kadang2 lagu jiwang karat , kadang2 lagu syahdu tangkap leleh2 , kadang2 lagu jepun yg pokcik pun tak faham satu maknanya pun ( tapi melodinya mersik gituu )

Dan tak lupa lagu panel yg tak boleh tidak..iaitu lagu Hindustann...Ah sudah lama pokcik tidak berimiginasi begini sejak zaman kanak2 dulu. Realiti hidup yg amat nyata kekadang membuat perasaan ini jadi tak tenang selalu. Elok juga kalau sesekali kita lari dari alam yg nyata . Merobos diri pada cerita2 kayangan , cinderella moden , sang pari2 , sang para2 , sang puru2 yg sentiasa menghargai diri ini...kononnya lah tu..ahaks

Alahaii apalah pokcik merepek nih....

Nota : Horayyy..sudah Jumaat...esok lusa cotiiii..yess yess yess




Thursday, June 15, 2006

Idea Oh Idea..

Entah kenapa malam ini , sejak setengah jam lalu aku asyik termanggu2 je dihadapan komputer. Sesekali ku putarkan lagu2 nostalgia , lagu2 lama , 60an , hindi dan juga pop rock . Tapi masih tak dapat menerbitkan sesuatu dalam mindaku untuk dituliskan malam ini..( oops lebih kepada pagi daa. ).

Sesuatu yg ku maksudkan ialah " Idea ! " laa haii idea , kenapalah kau tak datang memenuhi kotak fikiran ku malam ini , supaya senang jejari jemariku berlari2 di papan kekunci nih , mentamsilkan apa yg terbuku dihati dan akalku. Iksh iksh pasrah kasih betul lah. Mata pulak tu , sudah mula ralit2 dan kuyu2 , tapi masih lagi tak tahu nak tulis apa . Dok menegun jek la depan computer nih..ish iksh..cam tak percaya plak aku leh kekeringan idea pagi2 nih..

Namun aku sedar , sebagai manusia biasa , kadang2 kebejatan idea tuh memang tidak dapat dielakkan. Kalau boleh mahu sahaja aku ceritakan apa yg aku buat sepanjang hari ini. Tapi , oleh kerana semuanya berkisar perihal kerja , rasanya tak sesuai lah kut . Nanti boring pulak orang nak membaca. Kalau boleh aku mahukan sesuatu yang asli , cetusan pemikiran yg ada mesej dan boleh menyentuh jauh kedalam hati.

Dalam pada itu , aku pun merayap2 lah berjalan2 ke blog2 yg selalu kukunjungi. Mana2 yg ternampak kelibat aku diblognya mlm2 buta tu faham2 jek laa..kes rukun tetangga sesat gituu ahaks. Manalah tau kut2 dapat idea ke ? dapat lepak2 atau sahur2 sekali . Maklum ler , musim2 bola nih selalunya orang rajin tak tidur malam , berjaga sampai pagi..semata2 nak jerit “ goal ! ” jek iksh iksh..

Ok lah , itu sahaja yg dapat aku coretkan sekadar memenuhi entri pg ini. Maaf kalau ianya nampak kosong dan hambar . Hmmm, tak sabar rasanya nak tunggu cuti hujung minggu. Tentu banyak perkara yg hendak dilakukan , tentu banyak idea yg mendatang . Tentu banyak tempat yg hendak dikunjungi..dan tentu tentunya..badan pun penat.

Sekian sahaja , aku mintak diri dulu ..err..err tak pe , bior ler aku bawak diri aku sekali , masuk ke kamar tidur . Sambil berteman bantal bucuk dan harap2 idea akan datang menemai ku malam ini . ( Errks..tu bukan idea laa..tu mimpi..laa haii . Dan lagi rasanya , bukan idea yg datang , tapi " sidia " tu haa. Uii seronok nyer . Apa raa ahaks hik hik ) .. Alahaiii

Wednesday, June 14, 2006

Beca Tok Midon

Kali terakhir aku melihat sebuah beca ialah beberapa bulan yg lalu sewaktu melintasi bandar Melaka dan Muar dalam perjalanan pulang ke Johor . Serta merta aku teringat pada beca seseorang yg pernah suatu ketika dulu menjadi kenderaan awal zaman persekolahanku. Ya , itulah dia beca Tok Midon .

Sedari aku mula mengenali tadika , beca itulah yg banyak berjasa. Walau pun tidak nampak baru , Namun “ tenaga ” nya masih ada dan mampu meredah dalam apa juga keadaan dan cuaca sekalipun. Tak lupa juga Tok Midon yg banyak berjasa . Semasa aku kecik2 dulu , beca itulah yg selalu aku naiki . Bersama2 beberpa orang rakan2 yg lain ( adalah dalam 5, 6 kanak2 ) yang mampu memenuhi beca itu.

Aku masih ingat lagi , becanya warna krom yg mirip warna tembaga yg sudah kusam sinarnya , dihadapannya ada jerigi corak bunga matahari . Kerusinya bersalut span dan keras , dan antara kerusi dan jerigi depan boleh diletakkan satu lagi palang untuk duduk . Tiga orang duduk diatas kerusi span , dua di palang dan satu mencangkung ditengah . Beg2 semua diletakkan dibelakang pada bumbung yg dikuncupkan ( dan dibaringkan kebelakang ) . Dan pada bahagian bawah ada satu ruang kecil ( compartment) buat isi2 ikan dan sayur kalau Tok Midon kepasar.

Dan Tok Midon juga , amat gigih dan bertenaga dalam melaksanakan tanggungjawabnya . Dalam keadaan penumpang yg agak ramai itu, dia tekun mengayuh saban pagi , tgh hari dan petang membawa kanak2 kesekolah . Dua tiga kali dia berulang ke sekolah saban hari . Kayuhannya tak laju tapi consisten . Kalau tersua cerun tinggi dia akan turun dan menolak perlahan , kalau cerun landai dia akan kawal brek dengan hati2.

Bagaimana kalau hujan ? Hmm jangan tak tahu apabila bumbungnya dinaikkan , ada satu lagi plastik yg dibuat penutup memenuhi keseluruhan tempat penumpang . Dan Tok Midon sendiri , pakai baju hujan serta mengembangkan payung yg dicacangkan kayu , diikat diantara palang kayuhannya. Masa tu memang best suasananya . Ada2 je terjulur tangan2 nakal keluar , menadah rintis2 hujan dan lepas tu terdengarlah jerit2 dalam bumbung plastik itu bila ada yang main percik2 air . Kami pun tak kisah kalau basah2 , sebab kami kan budak2..suka memanjang.

Adapun beca Tok Midon nih amat serbaguna sekali . Boleh bawa orang ke pasar, angkat perabut orang pindah randah , kayu2 , batu2 dan kadang2 tempat mandi orang mati pun boleh. Maklum ler sekitar awal 80an , beca kan kenderaan paling popular . Kalau dipekan2 tu memang beca sahaja lah rajanya , bersusun saja parkingnya dengan para pemilik yg sedang santai sambil borak2 . Topi koboi dan tuala " good morning " memang tak tinggal. Bunyi locengnya pun ada dimana2 sahaja . Selalu juga aku naik beca kalau nak kemana , hinggakan kadang2 aku berangan sendiri , bila dah ada duit , aku nak beli beca lagi bagus laa..kekekek.

Tok Midon nih ada pertalian saudara dengan keluarga aku ( cehh sebab tu aku selalu dapat duduk atas span , tapii sekali2 mencangkung juga hahaha ). Aku dah anggap dia macam atuk aku sendiri . Bila ada masa santai , lepas2 dia balik ke pasar ke atau waktu petang2 , dia selalu ajak aku , abang dan kakak jalan2 . Destinasinye , hmm ke taman ( yg ada jongkang jongket satu dan gelungsur satu..huhh ) , dan lepak2 dipinggir bandar dan kadang2 ke jeti melihat bot dan sungai . Aku tak kisah kemana pun dibawanya , janji aku boleh jalan2. Dan yang paling best sekali ialah apabila jalan2 disertai dengan makan2. tentulah diWarung mee Bandung Wak Aji kat pekan tuh . Paling kurang pun dibelikannya pisang goreng dan kami pun makan2lah di dalam “ caravan ” nya itu kekekek..seronok..

Kadang2 tu , kalau aku jalan2 kerumah dia , selalu juga aku kerjakan beca dia tuh . Berkayuh ( dengan payahnya ) sambil round2 setempat. Dia tak marah pun , mungkin sebab dia dah nampak penggantinya kut( kekekek ) . Tah ler. cuma katanya , jangan sampai rosak sudah lah .Tu beca cari makan tuh . Ada suatu ketika tuh , bila aku dah besar sedikit, disuruhnya aku bawak sambil dia duduk ditempat penumpang , dengan tangan memegang sebelah handle. Waktu itu gelabahnya , Tuhan sahaja yg tahu . Apabila aku asyik mengempor2 jek ( maklum ler , rodanya tiga , susah nak balance ) , itu yg dia pegang handle . Dan aku..kayuh ler sekuat tenaga , sambil berpeluh2 satu badan. Dalam hati terbetik juga , agaknya susah juga nak bawak beca nih. Penatnya , Uii toksah céritalah.

Agak lama juga aku membesar dengan beca dia . Hampir bertahun2 lamanya. Hinggalah kepenghujung 80an , bila perlahan2 beca semakin kurang ( dan pengayuhnya semakin tak bertenaga ) , demikian ler juganya yg terjadi pada beca Tok Midon . Selain beca , dia juga ada kereta wolkswagen biru utk ambil budak sekolah . Beca tu sekali2 digunakan untuk kepasar atau cari duit tepi. Bila keretanya pula bertukar ke van , becanya jadi semakin sepi.

Hinggalah bertahun2 lama dilupakan dan suatu ketika tidak lama dulu bila ku tanya kemana hilang becanya ? Katanya , ada ..kat belakang umah . Terperuk aje , itulah dia becanya . Bukan setakat beca, malah kenangan yg merentas bersama2 masa yg menggamit memori kanak2 suatu ketika dahulu . Kenangan yang sangat berharga . orang putih kata " unforgetable " dan Gollum ( watak jahat dalam cerita Lord of The Rings ) pula kata " My precioussss " ( sambil herot2 kan bibir ).. ..

Dan Tok Midon sekarang nih , semakin tua ditelan masa . Uzur dan tidak mampu membuat apa2 kerja . Badannya pun sering tak sihat ditambah pula dengan penyakit2 yg mendatang. Dia pun bukanlah senang sangat . Kalau dia kaya tentu beca dia tuh dah dijaga betul2 kerana jasanya amat besar . Apa nak buat ?, hidup perlu diteruskan walau apa juga taruhannya.

Walau bagaimana pun , dia selalu gembira bila aku mengunjungi. Walau pun ceritanya sering berulang akan benda yang sama , sekurang2 aku berasa seronok melihatkan dia begitu ceria sekali .

Apabila aku kebelakang rumah, ternyata beca itu masih ada disana . Setia menanti sejak dulu , sebagai teman manusia yg pernah berbakti suatu ketika dahulu . Sedang buruk sendirian menunggu masa untuk karat, rapuh dan akhirnya tumbang

Sekarang nih kalau nak lihat beca2 yg cantik2 pun boleh lah ke Melaka dimana beca2 tersebut dihias dengan kreatif sekali , dan diserikan dengan lampu2 yg bergemersepuluh ( pasal banyak2 lampu daa ). Bila malam ketika mereka bergerak seiring , nampak cantik sekali seperti keretapi yang panjang .

Sebelum terlupa , ada satu lagi replika beca yang amat besar sekali , setinggi 7 meter. Tempatnya , dalam 8 km dari Muar menghala ke Melaka , tempat rehat Taman Rekreasi Kesang ). Punyalah besar sampai nak naik pun bertangga , satu usaha yg baik dari Kerajaan Negeri untuk mengekalkan sebahagian dari warisan peninggalan zaman dulu2.

Namun walau cantik sekali pun , beca Tok Midon tetap tersemat dalam kenanganku kerana ia ada nilai2 nostalgianya yg tersendiri. ..


Alahaii beca Tok Midon

Tuesday, June 13, 2006

Pada lena yang panjang ( Fantasi musim cinta )

Cintaku ,
Pada dasarnya aku terlalu amat menyintaimu . Dalam ketenangan yg mengacah gelodak jiwa ini , ingin rasanya ku genggam awan2 yg kelabu dan ku gapai langit yang membiru . Agar arah cinta kita kian bersatu . Supaya sentiasa harum mewangi . Supaya dapat ditinggalkan lagu2 rindumu pada kisah pahit yg berlalu.

Sayangku ,
Langkah kita makin hampir menuju bahagia . Ku tahu kau menungguku . Kelak nanti , dihujung sana titik penantian kita akan berakhir . Kau nantilah aku di alam mimpi , antara lena dan jaga.

Rinduku ,

Maka bulan bintang dan juga sang suria , bagai menjadi saksi janji pada kita dalam meniti hari2 yg indah ini
Keranamu , gunung akan sanggup kudaki apatah lagi lautan kan ku renangi .
Demi memburu mimpi2 yg pasti . Aku sanggup lakukan apa saja.

Kasihku ,
Semoga pintu kasih kini telah terbuka , dan kita pun melangkah bersama . Waktu itu fantasi alam mimpi pun berakhir dan akhirnya cinta pun berpadu

Hari2 yg berlalu , biarlah menjelma indah2 nyata , bukanlah lagi suatu mimpi. Seumpama sungai dan sedih , biarlah ianya bergerak seiring , sehati dan sejiwa .


Hooh ! Erks ! ( pokcik terjaga tiba2..dengan wajah yg berpeluh2.) Alahai..jauh tul pokcik mengembara ke alam mimpi , meninggalkan sama berbelas2 tahun usia yg kebelakangan. Oh ! zaman yg indah itu , aduhaiii ..alahaii )

Inspirasi : Iwan ( Lagu Fantasi Musim Cinta )
Konsep & Naratif : Pokcik ler , sapa lagii..

Monday, June 12, 2006

Berbantal lengannnnnnnnnnn tidur ku..



Gelagat si kuning yg asyik ketiduran jek sejak dua tiga menjak nih..alahaiiii

Alahaiii pokcik dah cakap dah , jangan asyik berjaga malam jek..ko degil..nak jugak tenguk bola..iksh iksh..aah lantak laaa..

Sunday, June 11, 2006

Meredah lebat hujan demi Alaf21 Fan Club

Dengan semangat yg membara dan berkobar2 , tanpa dihiraukan terik mentari dan angin yg menerjah ganas. Penantian demi penantian , disusuli dengan masalah teknikal dan kesesatan yg tak dapat dielakkan , akhirnya pertemuan beberapa orang AJK Alaf21 FC pun terlaksanalah jua .

Bertempat disebuah "Bistro " diseksyen 7 Shah Alam , pertemuan hampir 3 jam itu memberikan satu keputusan yg amat drastik sekali dan tak boleh tidak musti juga dilaksankan.

Memandangan pengaruh yg amat besar umpama gelombang ditengah lautan , Alaf21 FC harus berdiri teguh , mengorak langkah kehadapan walau pun terpaksa berbantal lengan dan bertongkat paruh . Semuanya dilakukan demi peminat2 Alaf 21 yg tidak henti2 menyokong dan mendokong perjalanan kelab sejak dari mula lagi . Oleh itu tanpa ragu2 kami sedia berkorban masa dan tenaga demi anda semua.

Pertemuan yg didugai dengan lebat hujan yg mendesah lewat ptg itu tidak sekali2 pun mematah kan semangat kami untuk terus berdiskusi sambil berkali2 jugalah memesan teh ais , nescafe tarik dan juga teh tarik gelas besorr .

Begitulah semaraknya apabila janji sudah disatui , kata2 keramat sudah diucap dan tekad kekal semadi disanubari , tiadalah apa juga halangan atau " Fear Factor " yg kami gentari. Semuanya kami akan hadapai dengan segala upaya hingga ketitisan " teh tarik " yang terakhir.

Buat peminat2 Alaf21 sekalian . Masanya akan tiba untuk fasa pertama di lancarkan . Sementara itu biarlah keterujaannya sentiasa membadai dijiwa anda kerana tanpa anda semua , tiadalah Alaf21 FC.

Tungguuuuuuuuu !!..

Jalan-jalan yang " tersalah jalan "

Tengah hari tadi , setelah selesai urusan rumah tangga dipondok buruk ini , pokcik mengambil keputusan untuk keluar berjalan2. Lagi pun dah lama pokcik tak gi jalan2 cari umah atau ziarah mana2 kawan yg lama tidak diziarahi . Walau pun tahu yg ini hari minggu , tapi tak salah kan kalau nak mencuba.

Maka perjalanan pun bermulalah dari satu tempat kesatu tempat , melihat2 umah yg ada dan sesekali terlepak jap kalau2 ada sesuatu yg menarik. Dan tak lupa , pokcik musti tinggalkan jejak , cam jalan2 cari makan laa gitu..

Adapun pada suatu ketika tersinggah lah pokcik di sebuah umah nih yg agak sederhana dan juga nampak santai luarannya. Bila ditinjau didalam , pokcik pun tak perasan apa2 , tak ada beza dengan blog2 yg lain. Namun apabila mula meneliti setiap perkataan yang dituliskan serta beberap wajah2 yang meragukan. Tiba2 jek pokcik terkesima..sambil mengurut dada , pokcik beristifar berberapa kali..

Errks ! blog " hubungan sesama jenis ! " . Itu jek la yg terbetik dihati pokcik dikala itu. Memang pokcik tak tahu sebenarnya , tapi berpandukan cerita2 yag ditulis , dan tanpa segan silu menceritkan perihal anu , usap , pegang , ramas , jilat dan beberapa perkataan yang jelek2 lagi , membuatkan pokcik rasa macam nak muntah. Memang sah lah , blog itu .Kemudian bila lihat pautannya , terdapat banyak deretan nama2 blog yg yang agak pelik2 juga namanya. Lantas pokcik try bukak satu dua darinya . Perrgkhhss. !..pun sama gak , tanpa segan silu menceritkan tentang aktiviti2 malam mereka dan keluh kesahnya kalau tidak " mendapat " apa yg dihajatkan..

Dengan rasa dada yang berdebor2..dan kepala lutut yag mengigil2 ( nyaris2 berlaga sesama sendiri ) , pokcik pun apa lagi , angkat kain dan lari sekuat2 tenaga. Ini blog mana boleh tinggal jejak aa . Karang tak pasal2 pokcik plak jadi mangsa..waaaaa....

Tak tahu ler berapa punya laju dan berapa punya jauh pokcik lari. Kalau lumba dengan Ben Johnson sure pokcik kalah nih..( sebab pokcik pakai sampin pelikat aa ).

Sesampai jek diumah..terduduk pokcik dianjung dengan wajah pucat macat . Agak lama juga pokcik berada didalam keadaan " terperanjat " gitu . Nasib baik tak terkoma sekali..iksh iksh. Hmm ada juga blog2 begitu ek ?..di malaysia lagih nih ? dan yg lebih tragis lagi ianya dari kalangan2 oang kita plak..laa haii sedih sungguh sedih..

Kadang2 pokcik tertanya2 sendiri . Pokcik ke yg tersalah jalan ? Atau pokcik memang tak nampak jalan ? Tapi bila difikir2kan balik memang begitu lumrahnya . Benda2 macam nih memang tak mustahil ada dimana2..Cuma bergantung pada langkah kita jek la..nak kemana ? kalau dah agak sesat tu , baik ler ke pangkal jalan . Ini bukannya takdir tapi adalah satu pilihan . Dan pilihannya terletak ditangan kita sendiri.

Laa haii , terus habih mood pokcik nak jalan2 hari nih Jauh termenung pokcik memikirnya . Tentang generasi sekarang nih serta dugaan2 yang ada didepan mata . Mampu kah mereka sedar dan menghadapinya ? Apa agaknya yg nak jadi dimasa akan datang ?

Laa haii anak2 muda skg , kalau ciankan pokcik , mak bapak atau keluarga seme..eloklaa jaga diri baik2 skg nih..Dengor cakap mereka . Kadang kite tak perasan..tapi tu laa..kalau 10 thn lagi baru nak perasan dan rasa nyesal..tak de gunanye aihss..


Dan pokcik bukan khususkan pd aktiviti " itu " tapi apa juga aktiviti2 yg tak sihat dan membawa kepada gejala negatif.

Alahaii..

Saturday, June 10, 2006

Santai malam hujung minggu..

Malam ini santainya agak terganggu sedikit dengan jerit pekik yg kedengaran dari rumah2 terdekat dan blok2 yg berhampiran. Wah ! syoknye menonton perlawanan pembukaan Piala dunia tu. Sampai lupa dunia gitu . Tentu dowang rasa seolah2 sedang duduk dalam stadium tuh sekali ek..kemain jerit " gol ! " nya tuh..alahaii..teruja betul rasanya ek..

Pokcik duduk sendirian dianjung malam ini . Bulan ada dilangit sana tapi macam sayup2 jek sinarnya. Tak apa lah , bulan2 pun kadang2 nak bersendirian jugak. Tah apa pokcik nak berbicara mlm ini ek . Pasal bola ? entah lah..pokcik tak berapa minat sangat . Dulu masa kecik2 dan zaman sekolah2 , ada juga main tapi rasanya main gitu2 jek . Bila time sekolah adalah main betul2 , masa tuh barulah tahu yg pokcik nih sebenarnya tak reti main ( kaki bangku ) , laa haii..duduk atas bangku jek laa.

Pondok pokcik nih bukan ada TV pun. Ada radio pun tah apa2 siarannya yg dapat. Kejap bahasa tamil , kejap cakap cina dan kadang2 sampai ke Siam plak..laa haii..nampak nya bertemankan cengkerik2 jek la pokcik malam nih . Si kuning pokcik dah ban awal2 pasal kes malam semalam..iksh iksh...tah kemana dia menghilang . Merajuk kut..lantak laa..

Mujur esok lusa dah weekends..boleh la merehat2kan badan sikit . Kebetulan tak ada jemputan kenduri , adalah masa skit boleh la dok umah mengemas apa2 yg patut . Kadang2 tu berkobar2 rasa hatinya nak buat itu ini , tapi bila bangunnya agak kesiangan hari , rasa malas mula menerjah2 diri ini..akhirnya tak buat apa2 kerja pun satu hari..laa haii..

Minggu depan pun dah mula sekolah balik..laa haii sekejap nye..Kalau tanya tiap2 budak seme rasa tak puas . Tapi kalau dah terlalu lama cuti dan bermain , kang lupa plak pelajaran seme. Hidup ini ada waktu2 nya utk banyak kerja . Belajar , bermain , nenguk TV , tido dll..pandai2 ler bahagi2kan masa. Sebab tuh dari kecik dah elok diajar itu seme. Nanti senang dah dewasa penuh displin. Manusia yg berdisplin pula akan senang hidupnya. Lebih2 dalam cabaran masa kini yg kian mencabar .

Ah..merapu plak pokcik malam2 buta nih..Apa2 pun pokcik ucapkan Selamat cuti hujung minggu . Semoga kalian seme gembira selalu dan hari2nya penuh terisi engan aktivti2 yg berfaedah . Pada yg kaki2 bola tu , enjoy the game aa..jangan sampai lupa semua dah ler..

Friday, June 09, 2006

Menanti sang rembulan dimalam hari..

Malam ini tidak seperti malam2 yg lalu ,agak suram dan basah suasananya kerana baru saja disirami hujan petang membawa ke malam. Seperti biasa pokcik duduk beranjung anjungan bersama si kuning yg masih lena menguit2 tapak kaki..( oiii geli laa iksh iksh kucing nih..). Dan malam yg sesepi ini , semuram langit yg menghitam tentulah akan membuatkan hati pokcik lebih jadi terlara..memandang kan sejak akhir2 ini pokcik.. ( tahu dahh..sikkk ditimpa perasaan jek..alahaii ) hik hik tahu tak pe..

Nasib baik ler tiada lagu yg mengiringi kesantaian ini . Kalau tidak sudah tentu pokcik akan lebih feelings lagi dan hanyut dibuai rasa , silap2 boleh sampai merapu2 sekali..ahaks.

Sekali sekala kilat kelihatannya sambar menyambar membelah bumi . Nampaknya akan hujan lagi malam ini. Ah , elok juga..sekurang2nya sejuk sikit cuacanya , nyaman dan damai jiwa dibuatnya .

Pokcik teringatkan Tok Lipat yg lama tak berkunjung kemari . Sibuk ler agaknya tu. Musim2 kenduri kahwin ni , tentu banyak permintaannya . Nak mengurut bakal pengantin ler , lipat khemah ler , kejor lembu kambing ler , tolong rewang2 masak ler dll.

Sudah agak lama pokcik tak berjalan2 melawat kawan2 sekelian. Bukannya tak mahu tapi tak mampu . Ditambah pula dengan musim2 cuti sekolah nih , so jalannya asyik kesasar jek..Balik2 sik gi kenduri kendara . Mana larat pokcik ? . Maklum ler dengan kederat yg tak seberapa nih bukan boleh gii jauh2 jalannya.. Dah berbotol2 minyak urut yg menjadi mangsa..ahaks

Lagi pun skg nih banyak events tengah melanda .Nak2 bila tiba musim Bola Piala Dunia yg bakal bermula esok lusa . Seme oang lebih dok sayang TV dari menda2 lain . Kalau tak minat bola , tentu minat Akedemi Fantasia 4..iksh iksh..Awat lah depa seme tak ambik pokcik masa tu ? Bukan nak kata saringan , nak gi audition pun tak lepas iksh iksh diskriminasi tul aaa..

Malam ini nampaknya tiada2 tanda bintang akan timbul . Alahaii malam yg hitam pekat . Kemanakah sang rembulan kau sembunyikan ? Apakah kau ingin menangis lagi , melenakan tidur pokcik malam ini , sambil asyik ditemani sidia dalam mimpi2 indah ? Alahaii..

Dan tiba2 berdentumlah guruh yg kuat bunyinya bersama kilat yg memancar cerah mencecah bumi , menyebabkan pokcik tersentak . Hampir2 gugur jantung nih dibuatnya , kuss semamat ( sambil urut2 dada ). Dan lagi2 si kuning tu . Terperanjat gila jadinya. Entah bila tah , sedor2 jek dia dah bertenggek kat atas belakang pokcik dengan kuku2nya yg terpacak kukuh..

Adehhhhh....oiiii !.sakit laa.!!..turun kau ! turunnn. Ko ingat badan aku nih kayu ke ? Pasrah kasih nye kucing..iksh iksh adehhhhsss...( sambil sedaya upaya menariknya turun..iksh iksh )

Thursday, June 08, 2006

Alahai si kain buruk

Adapun dalam kehangatan pagi yg semakin menerik sinarnya , terkocoh2 ler pokcik mencangkung membasuh pakaian dibelakang pondok . Pokcik menyental sana sini , mengocak buih2 serta menjirus kain baju ini yg telah menimbun sejak dua hari lalu.

Sebelum tu pokcik sibuk mengemas dapur , membersihkan arang2 yg bersepah2 ( maklum ler , dapur kayu ) , jelaga2 yg bermaharaja lela di sana sini serta menyental si punggung kuali dah cerek yg dah hitam berkerak. Alahaii , banyak juga lah si kain2 buruk yg menjadi mangsa sentalan tanpa perasaan pokcik tuh yg akhirnya pokcik campakkan saja dilantai papan. Sekali sekala buat kesat kaki , sekali sekala buat lap kopi yg tertumpah . Akhirnya terceruk entah kemana.

Dalam pada menyambung2 kembali pembasuhan pokcik tuh , rasa penat mula menyelinap disegenap tubuh dan mata pun asyik berat untuk dibuka. Tulang belakang pun rasa kejang jek akibat terlalu lama membongkok mencangkung . Akhirnya tanpa disedari , lama kelamaan dari pada mencangkung , terus pokcik tertunggeng dalam keteralpaan yang diakhiri dengan dengkur2an gitu..Pokcik tertidoo..alahaii..

Maka dalam pada asyik terlelap itu , bermimpilah pokcik akan kehadiran ber helai2 kain berwarna warni yg bersinar2 cantik mengelilingi diri pokcik yg tak diketahuan berada entah dimana . Bagai di satu tempat yg indah gituu ( walau pun rasanya bukan di Pulau indah , klang ahaks )..

" Eh , macam kenal jek kau nih wahai kain kaler bunga matahari . Kalau tak silap macam kain lapik meja aku rupanya " sapa pokcik pd satu kain yg dekat menghampiri .

" Benar wahai pokcik . Aku lah kain bunga matahari buat pelapik meja mu itu "

" Eh..Kemana kau menghilang ? , puas pokcik cari..ko dah pindah meja ke ? "

Sambil wajahnya bertukar muram..dia berkata “ Aku ada , tapi sekarang aku tidak lagi cantik.aku sudah kotor..tarafku sudah jatuh sejak ditumpahi oleh kopi Tongkat Ali mu beberapa minggu dulu .

" Ooo betul aa , pokcik lupa lah , lepas tu pokcik tak sempat nak basuh ..pokcik campak kau err..err..bawah meja ..alahaii , err jaddiii kau ni.. "

" Iya pokcik , saya lah kain itu. Kain yg cantik suatu ketika dahulu . Kini saya sudah jadi buruk. Sudah jadi kain pengesat kotoran . Siapa pun tak mahu memandang atau perasan waima pokcik sekali pun.. "

Dengan pantas pokcik pun menjeling pd kain yg lain dan cuba mengingati .

" Eh kau nih kain alas pasu kaca atas TV tu kan ? , dan err nampaknya kau pun buruk juga . Aku terjatuhkan kau di dapur ke masa hari tu ? ..alahaii " pokcik menggaru2 kepala.

" Ini sudah suratan pokcik , kadang2 benda yg kecil ini tidak selalu diingat . Walau pun ku kecil tapi suatu ketika dulu jasa ku amat besar . Namun aku pasrah , aku tahu tiap2 yg baru akan jadi lama dan akhirnya buruk juga. "

Pokcik tersenyum kelat akibat dibahasakan sebegitu rupa. Terasa kecilnya diri pokcik dalam menilai benda2 yg kecil begini. Ye laa , sapa yg nak ingat pasal benda2 remeh macam nih..

" Ini lah sebenarnya hakikat hidup ini " balas si kain lapik meja lagi . Pabila kita baru dan bertenaga , orang akan memandang kita dengan kagum . Lama kelamaan apabila kita dah tua dan tak bermaya , kita akan dilupakan perlahan2. "

Entah kenapa sayu benar pokcik pada ayat2nya yg terakhir tu. Ye la..pokcik pun dah tua gak. . Suatu masa nanti pun akan dilupakan juga . " Sungguh benar katamu wahai si kain buruk ". Ya , pokcik memang selalu lupa..selalu lupa .

Entah bagaimana , akhirnya pokcik terjaga juga pabila merasakan hidung pokcik dipenuhi sabun. Dan terpandang sahaja akan beberapa helai kain buruk yg terceruk dipenjuru bilik air , serta merta pokcik teringat akan mimpi pokcik.

Rasa sedih dan sayu mula meresap dihati ini . Dada jadi sebak dan hampir2 sahaja pokcik menitiskan air mata . Namun akhirnya , dengan penuh yakin , pokcik tersenyum sediri..

Tak mengapalah , aku akan selalu membasuhmu wahai kain buruk . Walaupun kau buruk tapi kau telah banyak berjasa. Dan rasanya kau masih boleh lagi berjasa. Lepas ini pokcik akan selalu membersihkan kau dan menyidai tinggi2 sebagaimana layaknya kau disana.

Begitu juga dengan pokcik , selagi nyawa masih ada pokcik akan cuba jadi insan sebaik mungkin . Baik sesama manusia dan alam semulajadi . Itulah sebabnya kalau kita sentiasa merenung alam , banyak perkara dapat dipelajari selain menjadi inspirasi bagi mereka yg suka berfikir.

Demikianlah ada2nya..

Berapa lama , harus ku nanti.. ( Bahagian 3 )

Hari ini , 4.30 ptg .

" Err encik , kereta encik dah siap , dah boleh ambil "
" Iye ? Ok . So pomen yg MC tu dah datang aa , buat kereta saya tu "

" Oooo taklah , dia masih MC lagi . Orang lain yg buat , tapi yg lock system tuh tak dapat buat lah . Tak ade spare part , yg radiator tuh dah ok "

" Tak ada part kat situ ke ? , dah habis stok ? atau tak ada langsung ? "

" Entah lah , kereta model nih susah sikit aa . Boleh try tanya laa kat mana2 "

Alaa..lemah aku mendengarnya . " Ye lah , nanti ptg saya datang ambil sebelum pukul 6 ".

Dan ptg itu sambil meredah hujan yg merenyai , aku terus mendapatkannya.


Penantian adalah satu penyiksaan .
Penantian adalah sesuatu yg tak pasti .

Tapi kenapa manusia masih terus menanti ? Alahaii..

Wednesday, June 07, 2006

Merenung bulan dimalam tenang

Entah kenapa malam ini begitu tenang sekali. Pokcik duduk termenung dianjung bersama si kuning yg enak berlingkar dihujung kaki( sambil menguis2 ekornya kat tapak kaki pokcik , oiii geli laa..). Sudah agak lama malam tidak setenang ini . Memandangkan kebanyakkanya seringkali hujan , maka malam ini mungkin hadiah buat pokcik kut kerana setia menanti sang rambulan timbul ahaks..hik hik..

Tiba2 kedengaran sayup2nya bunyi lagu dari umah jiran sebelah . Alunan irama yg rasanya pokcik kenal benar iaitu lagu Pelangi Petang nyanyian Allaryarham Sudirman. Laa haii , lagu nih plak terpasang malam2 gini..buat pokcik ter feelings jap..hik hik maklum ler , sejak akhir2 ini , pokcik seringkali ditimpa perasaan . Kadang2 "perasan " nya tu mengalahkan " perasaan " nya gituu..ahaks. “

Lalu pokcik pun berfikir akan apa yang telah berlaku dalam hidup pokcik selama ini ? , terutamanya apabila mula berpondok2 disini. Adakah pondok buruk pokcik nih akan kekal lama ? Akan sentiasa dikunjungi ramai ? Ceria dan juga meriah bahagia ? Entahlah , kenapa rasa sayu sering menjeruk rasa. Lalu pokcik toleh kanan kiri mencari2 sesiapa yg membawa jeruk sewaktu datang sini , tapi entah ler . Hati tua nih kadang2 terlalu sensitif dirasakan..kadang2 sukar untuk dimengerti..

Lalu pokcik pun memejam mata , memasang telinga sambil menggelamun jauh .


Ku meniti awan yg kelabu
Ku tempuhi lorong yg berliku
Mencari sinaran menerangi kegelapanku


Hmm begitu lah diibarakan pokcik suatu ketika dahulu sewaktu mula berpondok2kan disini , Daripada berseorangan , pokcik kemudiannya merayau2 mencari sesiapa yg sudi untuk mendampingi diri ini , merasa perasaan yang ada , berbual bicara selain berkongsi suka duka dialam maya.

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yg mengunung bersamanya


Namun tanpa putus asa ( dan putus nyawa ) , akhirnya persahabatan dapat diraih dan diberi kepercayaan yang tinggi sekali . Ini membuatkan pokcik terharu dan sayu hati ( sambil menyapu si air mata..sob..sob ). Dan kehadiran kalian semua ( yg amat2 dinanti ) begitu menterujakan hingga membuatkan pokcik lupa pada kesedihan semalam..

Hmm..tak mengapalah , Chorus dan bait2 yg akhir nih pokcik nak suruh kalian seme nyanyi aa. Tapi pokcik ubah skit ayatnya , bior feelings tu lebey skit kat korang seme..ahaks ( Anggaplah yg pokcik nih ada didepan mata , Tapi jangan tenung lama2 tau , sebab hmm pokcik malu ah.. )

Pokcik tiba , bagaikan pelangi
Tak bercahya , namun pokcik berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini.

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yg berlalu
Bagai pelangi petang pokcik kan pasti
Tak pergi2 juaaaa...ahaks


Alahaii..kan dah kata tadi , sejak akhir2 ini pokcik selalu jek ditimpa perasaan gitu ahaks..

Tuesday, June 06, 2006

Pramoedya Ananta Toer , dalam kenanganku

Melungsuri rak2 buku di library baru2 nih hati aku jadi tersentuh melihat beberapa buah buku lama tulisan karya Allaryarham Pak Pramoedya Ananta Toer . Lantas tanpa disedari aku sudah duduk bersila sambil membelek2 buku2 yg kusut masai dan usang dirak paling bawah sekali.

" Ah , sayang sekali..dia sudah pergi beberapa bulan dulu ". Aku mengeluh sendiri . Memang selama ini buku2 tulisah Pak Pram ini jarang yg ku baca . Mungkin kerana bahasanya yang keindonesiaan atau ceritanya yg dibawa tidak langusng selari dengan jiwaku. Lantas kubiarkan sahaja dia dengan pemikiran dan ceritanya.

Sedangkan orang lain galak memuji dan masyarakat dunia mengangkat tinggi karya2nya , aku masih begitu2 jua.

"Pramoedya Ananta Toer adalah seorang Master cemerlang dalam mengisahkan liku-liku emosi , watak dan aneka motivasi yg serba rumit – NY Times ".

" Penulis ini berada sejauh separoh dunia dari kita , namun seni-budaya dan rasa kemanusiaannya sedemikian anggunnya menyebabkan kita langsung merasa seakan sudah lama mengenalnya dan dia pun sudah mengenal kita – sepanjang usia kita – USA Today. "

" Pramoedya Ananta Toer , selain seorang pembangkang paling masyhur adalah juga Albert Camus-nya Indonesia . Kesamaan terdapat disegala tingkat , belum lagi kemampuannya mengkonfrontasikan berbagai masalah monumental dengan kenyataan kesehari-harian yang paling sederhana – The San Fransisco Chronicle. "

Hinggalah saat dia tiada , barulah aku tersentak . "Ahh..kita memang benar2 telah kehilangan. " Memang benar cakap orang , kita selalu mengenang orang yang sudah tiada .

Walau bagaimana pun, ada juga hasil karyanya yang ditinggal dan dibaca.Buku2 usangnya , Bumi Manusia , Anak Semua bangsa , Rumah Kaca , Cerita dari Blora , Pemburuan , keluarga Gerilya serta Gadis pantai ku belek2 dengan rasa terharu . InsyaAllah , aku akan cuba menyelami hatinya dan pemikirannya , walau pun dia sudah tiada lagi..

Al Fatihah untuk Bapak Pram .

Berapa lama , harus ku nanti.. ( Bahagian 2 )

" Hello , saya nak tanya pasal kereta saya semalam tuh . Ada apa2 perkembangan ke ? , dah repair ke belum radiator dan lock system dia ? "

Kedengaran suara dihujung sana bagai disua2 dan disambung2 dengan sedikit riuh rendah kedengarannya. Tidak lama kemudian .

" Err Belum lagi encik . Orang yang nak repair tu masih lagi MC . Besok baru dia datang buat kereta encik tu . "

( Mengeluh ) Huhhh..hmmm , nampaknya , aku harus menanti lagi ...

Selangkah ke Alam ilmu

Sudah lama aku tidak mengunjungi library itu . Kerana kesibukan dan masa yang amat2 terhad , aku jadi lupa . Lupa pada minat aku yang satu ini , iaitu buku .

Oleh kerana aku datang sewaktu musim cuti sekolah . Maka agak ramailah jua pengunjung2 yang memenuhi setiap ruang . Yang paling ramai sekali tentulah budak2 sekolah atau U .

Suasana teramatlah meriah ( walaupun tidak sepatutnya begitu ). Bayangkan lah kalau dah terlalu ramai sangat kanak2 , hinggkan yang dibawah umur pun dibawa bersama. Tentunya kesempatan yg ada ini tidak akan di lepaskan begitu saja. Mereka berlari2 kesana kemari , menjerit2 sambil menyepah2kan buku. Sedangkan mak bapanya duduk2 sahaja , baca suratkhabar dan berbual2. Atau mungkin mereka tak ada .

Kadang2 aku pening sendiri melihat senario ini . Sepatutnya ibu bapa lah yang harus menjaga anak2 mereka , mengajar peraturan2 perpustakaan dan beri nasihat supaya tidak membuat bising . Entah lah..

Seorang staff yg aku sapa ( yg sedang memeriksa pulangan/pinjaman buku ) , tentang ramainya tetamu perpustakaan itu menoleh padaku dengan sangsi .

“ Awak jangan tak tahu , bila time cuti sekolah , library ni dah jadi macam tempat jagaan kanak2 dah . Mak bapak tinggalkan anak2 kat sini . Mereka hilang berjalan2 entah kemana. ”

Erks..kelu lidah ku. Aku menoleh semula melihat senario ini semula. Ada benarnya juga kata2nya. Mungkin staff itu dah terlalu lama memendam rasa. Aku tak salahkan dia pun.

Nun ditingkat bawah pula ramai remaja2 yg sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Namun keriuhannya dan gelak ketawa pula membuat aku jadi sangsi. Bila aku lalu disalah sebuah meja yg penuh..mereka pura2 diam dan memerhati..Mungkin tertanya2 “ Apa agaknya orang tua nih buat disini ? ” . Sekali lagi aku pening kepala.

Disudut sebelah sana pula , kelihatannya nampak berdua2an sahaja . Study group nampaknya. Namun pabila melihatkan sigadis bicara bagai mesra dan diteruna juga melayan manja , semakin la aku jadi pening kepala. Ah susah aku nak gambarkan group study yg sebegitu. Boleh ke concentrate kalau dah begitu ? Walau pun sesetangah orang kata boleh , tapi peratusannya tentu sedikit. Al maklum ler..bila dah bersama dia yg sangat2 kita suka..buku yang terbuka berselerak pun entah kemana. Aku tahu ini semua sebab aku pun pernah mengalami juga. Aku dah lebih dulu makan garam ( sebab tu ler aku ada darah tinggi..Sebab itu ler aku selalu pening kepala ). Tapi , siapalah aku untk bersuara .

Setelah hampir sejam didalam dan dapat apa yg aku kehendaki , aku pun melangkah keluar . Nun di pintu masuk library tersebut aku terpandangan satu slogan yg amat biasa ku lihat .

“ Selangkah ke Perpustakaan , Seribu Pengetahuan ”

Harap2 langkah ku tak sia2 sebagaimana langkah2 mereka yg ada didalamnya..

Berapa lama , harus ku nanti..

Kerosakan Radiador dan lock system pada kereta buruk aku tiba2 banyak mengajar aku tentang makna penantian yang sebenar2nya. Seawal pagi2 lagi aku sudah mula menanti..

Menanti workshop dibuka – 1 jam
Menanti check in dan kereta diambil – 1 jam
Menanti pomen memeriksa kereta – 3 jam..

Dan lepas tu , tiba2 sang pomen datang kepadaku , lalu berkata..

“ Encik , nampaknya ada wiring problem pada kereta encik nih , tapi orang yang yang buat wiring tak ada hari ini . Dia MC , besok baru dia ada. Kena tinggalkan kereta kat sini lah..”

Ahh ! Nampaknya aku harus menanti lagi..

Sunday, June 04, 2006

Kisah seekor lalat yang bijaksana.

Pada suatu zaman dahulu yang tidak berapa dahulu lamanya , tersebut lah kisah sebuah kawasan di belakang sebuah dapur, jauh dikampung sebuah negeri yang aman sentosa kononnya. Kawasan separa semak samun tersebut dihuni oleh bermacam2 serangga yang hidup aman damai . Ada serangga yang merangkak , serangga yg melompat dan juga yang terbang . Adapun cerita yang bakal dijuruskan ini berkisahlah juga tentang sebuah kumpulan lalat2 yang turut bermastautin di situ . Maka , dalam kumpulan lalat2 ini , terbahagilah pula suku2 kaumnya kepada beberapa kasta yang telah di keturunankan sejak tahun bertahun salasiahnya.

Kasta pertama dinamakan kasta “ Lalat Taik ”. Oleh kerana perkataan " Taik " itu sendiri tidak berapa molek untuk disebutkan dalam kisah2 sebegini , maka nama tersebut diglamerkanlah lagi menjadi " lalat T " dan dimanja2kan lagi sehingga akhirnya menjadi " lalaty " juga adanya . Kasta kedua pula terdiri dari lalat2 yg kecil2 saiznya dinamakan " lalat kecil " atau nama lainnya " lalachi " . Walau bagaimana pun , ketua atau Tok penggawa bagi sekelian kumpulan lalat2 ini bernama Tok Elat jua . Menurut cerita2 yang didengar dari serangga dikawasan tersebut , Tok Elat dipilih diatas kelebihannya dapat memahami bahasa manusia . Dan dia juga pernah berkomunikasi dengan manusia tanpa melayangkan nyawanya. Ini memang jarang sekali terjadi. Alkamklum ler , bangsa2 lalat ini pada manusia memang tidak lebih dari makhluk perosak dan menganggu.

Pada suatu ketika timbullah konflik yg menggemparlah akan kisah pertelingkahan kedua2 lalat jantan dari kedua2 perkumpulan tersebut. Don lalaty memusuhi Reed lalachi kerana berebutkan anak gadis Tok Elat yang bernama Latishi ( perhatian , nama nih tak de kena mengena dengan novelis Shanika Latisha ye ).

Sebelum diteruskan lagi eloklah disingkap dahulu akan latarbelakang kedua2 ekor lalat jantan yang bakal menjadi cerita utama kisah ini. Don lalaty , merupakan pewaris kumpulan lalaty yg mana ayahndanya mangkat beberapa minggu lalu akibat dipijak sewaktu sedang menghurungi majlis kenduri . Maka Don lalaty lah yg terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan. Ia seekor lalat yang bengis , panas baran , tidak sabar2 dan keras kepala . Selalu berbangga dengan kekuatannya . Oleh itu tidak beranilah kaum lalaty yg lain hendak melebihinya . Kalau tidak tentu habis nyawa masing2 dikerjakannya.

Reed lalachi pula terlalu lembut dan bersopan santun . Hobinya merayau2 , mencari ilmu dan juga membaca. Pada waktu senggang atau terluang , sukalah ia berterbangan kedalam dapur rumah memerhatikan apa2 juga yg boleh dibaca , seperti kandungan tin2 makanan , serpihan suratkhabar , dan kalau hari2 tertentu dapatlah ia membaca majalan2 seperti mingguan wanita atau majalah Hai atau mangga disitu..

Pertelingkahan yg berlarutan ini memaksa Tok Elat membuat satu keputusan. Apatah lagi ia melibatkan anaknya sendiri. Maka , dipanggillah sekelian menteri2 kebinet dan seluruh warga lalat2 yg ada untuk sama2 mendengar akan masalah ini. Satu keputusan harus dibuat untuk memilih satu calon sahaja yang sesuai dengan anaknya Latishi , yg akan jadi pemenang ( serta anak menantunya juga ).

“ Kita beradu kekuatan je Tok ! ” jerit Don lalaty dalam nada yang cukup kuat dan berkeyakinan sekali. Semua lalat2 memandang kearahnya , mendengar dengan tekun tanpa berkelip delapan mata . Cadangannya disokong penuh oleh kaum2 lalatynya serta rakyat2 serangga yg takut padanya . Juga yg telah dirasuahnya atau pun yg dikecualikan dari pungutan duit perlindungan bulan ini.

“ Pilih saja tempat dan masa , saya pasti akan datang dan menghancurkannya ” bentaknya lagi sambil mengerling tajam pd Reed lalachi yg duduk tenang . Penumbuknya juga diawang2kan dan dikepal2kan . Untuk menghancurkan lalat cinonet itu , tentu tak ada masalah. Sekali hentak saja tentu penyek , luahnya dalam nada bongkak.

Tok Elat serta jemaah menterinya yg lain memandang sesama sendiri seraya mengangguk2 . Dalam masa yang sama dia juga tertunggu2 akan cadangan2 yang lain.

“ Saya rasa elok diadakan satu lagi pertandingan lagi Tok ” tiba2 Reed lalachi bangun setelah agak lama berdiam diri .

“ Huh nak bertanding apa lagi ? beradu kekuatan tak cukup ke ? atauu kau nih jenis pengecut . " tingkah Don lalaty sambil dimeriahkan dengan hilai ketawa pengikut2 nya yg fanatik itu.

“ Bukan begitu Don , Tok Elat serta sekelian yg hadir. Saya rasa kalau beradu kekuatan tentulah siang2 lagi saya dah kalah , lihat sahajalan badan Don lalaty yang besar tu " ucap Reed lalachimerendah diri menyebabkan Don lalaty kembang punggungnya . " Tapi kalau yang lain tu , belum tentu lagi. ” balasnya lagi perlahan2 menyebabkan Tok Elat dan sekelian yg lain mengangguk faham.

“ lalu apa yang terpisang difikiran kau wahai reed lalaci ? " soal Tok Elat lagi.

“ Apa kata kita beradu kekuatan minda pula. Siapa yang dapat membaca buku atau mencari muka surat yg paling besar sekali dialah yg menang " usul Reed lalachi . Ini menyebabkan hadirin semakin riuh berbising sesama sendiri laksana lalat yg menghurung sampah ada2nya ( erks ! )

Setela diputuskan dengan seadil2 nya oleh sekelian jemaah dan nampaknya masing2 ada peluang memilih pertandingannya masing2 , maka pertandingan pun ditetapkan lah seminggu lagi bermula dengan pertandangan minda dahulu.

Adapun dihurungan Don lalaty , ia serta beberapa pengikutnya telah berperah otak , merangka strategi supaya dapat memewaskan Reed lalaci dalam kedua2 pertandingan . walau pun dia tidak berapa gemar dalam hal2 baca membaca tetapi dia tetap mahu menang juga.

“ Jangan risau Don , itu bisa diatur ” bisik pengikut setianya yg bernama Gulaty ( yg nih pula tak de kena mengena dengan Gulati silk Store aa ) sewaktu resah melihat ketuanya mundar mandir tanpa arah dan tujuan .

“ Apa yang bisa diatur tu ? Apa cadangan kau ? " soal Don lalaty tidak sabar2.
“ Gini Don , khabarnya didalam dapur sana , ada sebuah muka surat yang sangat besar , terletak diatas meja , dimana banyak lalat2 dari pelusuk daerah datang situ hari2 untuk membaca . Dan kawan aku pun katanya hendak kesana juga , dan sampai sekarang pun masih tak balik2 lagi . Mungkin tengah kusyuk membaca agaknya " kata Gulaty . Don lalaty tersenyum2 lalat sambil wajahnya bertukar ceria , terbayang2 pula akan saat2 harinya bersandingannya dengan si Latishi yg cantil menawan itu..Oh sunguh indah sekali..

“ Lagi pun apa yang kau susahkan ?, kalau kau kalah peringkat pertama pun , bahagian kedua sudah tentu kau akan tamatkan riwayatnya bukan ? Mana2 pertandingan pun , akhirnya kau akan menang juga..” cucuk Gulati lagi . Ini membuatkan Don lalaty makin tersenyum lebar. Dia semakin yakin sekarang.

Maka setelah tamat tempoh seminggu , pada satu pagi yang hening , pabila matahari tegak segalah , berbondang2 lah warga2 serangga semua berkumpul untuk menyaksikan pertandingan diantara Don lalaty dengan Reed lalachi itu . Sorak sorai kedengaran merata2 laksana menyaksikan bola sepak piala dunia riuhnya ahaks.

Tepat jam 10 pagi , maka trumpet daun pisang pun berbunyilah menandakan pertandingan telah pun bermula. Tanpa menunggu walau sesaat , maka terbang lah Don lalaty kedalam dapur mencari2 akan muka surat besar yang disebut2kan oleh kawannya si Gulati beberapa hari dulu . Dan Reed lalachi juga mengikut dengan tenang , masuk lalu berehat sebentar di atas rak makanan2 didalam tin sambil meninjau2 keadaan. Lagi pun tempat itu ibarat tempat mainannya .

Tatkala itu , ternampaklah ia akan sebuah helaian kertas berwarna coklat yang agak besar dimana banyak lalat berkumpul untuk membaca hingga hampir penuh helaiannya dikerumuni lalat2 sekelian . Namun Reed lalachi tidak gelojoh malahan tersenyum sahaja melihat dari atas.

Dan dengan tidak semena mena terdengarlah bunyi deras laksana terjahan maut gegarnya. Datangnya tidak lain dari Don lalaty sendiri yg sudah tidak sabar hendak sampai dahulu , tidak sabar2 hendak membaca konon2nya.

Namun apabila Don lalaty hampir sampai kepermukaan helaian tersebut , secara tiba2 ia terpampan. Tetapi akan kerana brek “ anginnya ” yg kurang berfungsi , akhirnya terhampok jugalah ia disitu , kepermukaan helaian yg dirasakan lembab dan melekit2 . Dengan mukanya yg tersembam , dirasakan kaki dan tubuhnya juga terlekat kuat hingga sukar hendak ditarik2. Dengan rasa gubra dan takut yang teramat sangat , maka menjerit2 Don lalaty mencari pertolongan . Namun yang lebih mengharukan lagi , dilihatnya ramai juga lalat2 sepertinya yg menjerit2 sama. Secara tak langsung , sedarlah ia bahawa ini adalah satu perangkap..bukan nya helaian atau pun buku.. " Cis , celaka kau Gulaty ! " dengusnya lagi. Akhirnya matilah dia disitu tatkala tuan rumah melipat perangkap lalat tersebut dan menghumbannya kedalam tong sampah .

Setelah kematian Don lalaty yang angkuh itu , maka Reed lalachi diisytiharkan pemenangnya . Tercapailah juga hasratnya untuk memiliki sicantik Latishi serta tercapilah juga hasrat Tok Elat hendak mendapat menantu .

Pabila ditanya ramai , apakah rahsia kemenangannya , maka segera lah reed lalachi menunjukkan kepalanya serta beberapa helaian kertas yang banyak perkataan2 diatasnya..Masing2 pun mengangguk faham. Walau pun tak berapa pasti apakah kaitan kertas2 tersebut dengan kepalanya..alahaii..

Domkian ler secebis cerita ..

Nota : Adapun Tol Elat nih sebenarnya mmg ler pengelat..Segala cerita2 mengenai kelebihannya itu bukanlah benar belaka. Yg sebenarnya , dia telah berbual2 dengan " tahi lalat " yg disangkanya seekor lalat. Dia yg pening2 lalat akibat menghirup lelehan air dari botol todi dibelakang barek pekerja2 ladang india , terus2an menganggu orang2 yg sedang berbicara ( yg empunya tahi lalat tersebut , dibawah bibir..cam aisya sofea lah tuu ahaks ). Cuma nasib baik dia tidak dipukul dengan pemukul lalat jek..gitu ler ada2nya ahaks..

Moral Of da Story :

Jadikan lah membaca amalam hidup anda supaya cergas fikiran , berkeyakinan , berpengetahuan tinggi dan ceria.

Manalah tahu kalau2 anda dapat kahwin dengan oang yg cantik dan intelektual lagih..ahaks

Musim orang berkenduri kendara..

Alahaii sejak beberapa minggu yg lepas , banyak sungguh jemputan kenduri kendara yg pokcik dapat . Rasa cam tak menang kaki nak melayananya. Ada yg wat majlis kahwin ler , anak nak kahwin , bapak nak kahwin , nenek nak kahwin , opah nak kahwin dll , alahaii . Lain dari tu , ada majlis berkhatan ler , majlis bertunang , kenduri tahlil , doa selamat atau arwah dan sebagainya . Iksh iksh macam2 majlis dok ada. Hmm mentang2 ler time budak2 sekolah seme dah cuti , dan student2 U seme cuti gak, tentu nya inilah masanya yg sesuai untuk buat majlis se " happening " gitu..ahaks

Tapi yg paling popular ialah majlis kahwin ler , kadang2 tiap2 hujung minggu hari Sabtu dan Ahad asyik fullhouse jek , sampaikan pagi petang siang malam ada jek oang2 yg menjemput , sampai tak merasa pokcik makan jemput2 pepagi lagi . Hinggakan terbau2 Baryani Gam ( ayam tanam lagih ), yg melekat disegenap pelusuk pondok pokcik nih , mengharum mengalahkan Ambi Pure gituu..alahaii..

Letih juga ler nak berjalan2 gi kenduri kendara nih . Tapi mengenangkan oang kahwin nih sekali jek ( harap2 gitu ler ahaks ) , pokcik gii ler gak memeriahkan majlis , menepung tawar sambil main salam2 keruk lagih hik hik. Selain sedara mara yg menjemput , ada juga majlis kawan2 . Karang tak pergi , nanti masa pokcik kahwin dowang tak datang plak..( errks ! pokcik kahwin ? hik hik )

Apa2 pun , nampaknya kat bawah umah pun sibuk jugak . Kucing2 dok berkeliaran , berduaekor2an , mengiaw2 tak kira siang malam..Sapa lagi kalau tak Piah ekor kontot tuh dengan tompok hidung belang..iksh ksh..( alaa dowang pun ada majlis jugak aa ) . Si kuning ( kucing pokcik tu ) , pokcik suo dok umah jek , tak yah keluar , kecik lagi , jangan nak menggatal2..ahaks.

Alaa !..syohh ! syohh..! iksh kucing2 nih , memang dah tak de nilai " malu2 kucing " lagi ler tu. Nih nak buat majlis pun , gii aa jauh2 sana ..bising jek kat pondok pokcik nih. Pokcik nak tido sambil mimpi2kan si dia ( ehem ..ehem ) pun tak senang laa...alahaii ahaks.

Saturday, June 03, 2006

mamajambu : tertarik , menarik kau memang da "blog"

Semalam2 , pokcik selalu asyik bertandang ke satu blog baru nih..Alaa tak tahu ke ?..Alaa si “ mamajambu “ tuh , yg selalu menyerikan hari2 anda diumah. Nah , kabo2 nyer skg nih dia dah ada blog sendiri..Tuh yg pokcik seronok selalu gii nih..siang malam pagi ptg..open 24 jam..cehh cam Bistro plak ahaks

Tapi yg terlebih seronoknya tentu lah yg empunya diri tuh..Alaa mcm kalian seme jugak baru2 buat blog..( sebenor nye nak cakap pasal pokcik hik hik ) . Nahh..itu macam kalu , keseronokannya haruslah dikongsi ramai..So..apa kata kite gii jln2 ke blog dia..kite penuhkan taggy dia hik hik , bior dia tak menang tangan hik hik.. Err Apa ? Kat mana ? haa jeng jeng jeng

http://www.mamajambu.blogspot.com

Tak rugi kalau kite berjalan2 di blog oang lama2 nih ahaks..apatah lagi yg kita salu panggil mama..tentu banyak hal atau pengalaman hidup yg boleh dipelajari selain dari cerita2 yg ada. Okey bebehhh !..lets go..zoooss..

( Suka dengar lagu." ibarat air didaun keladi " dalam blog tuh , secara tak langsung mengingatkan pokcik zaman muda2 dulu , ahaks ..alahaii air , alahai daun keladi..alahaii miang2 keladi hik hik hik )

Friday, June 02, 2006

Pokcik dah tahu dah..

Semalam , sedang pokcik duduk termenung dianjung umah menggelamun jauh sambil sesekali memerhatikan langit hitam yg agak segan nak hujan , tiba2 terpandang le akan " Hit counter " umah pokcik yg begitu mendadak naiknya sejak akhir2 ini.

Sewaktu ketika dulu , waktu pondok buruk pokcik nih mula2 dibina , tertanya2 juga dihati tua ini , adakah ramai oang yg akan dtg ? selalu ke mereka dtg ? 24 jam ke datangnya ? dan macam hal lagi yg mendatang2..ahaks..Lantas pokcik pun berkira2 lah akan sifir2nya..

Kalau counter tu mencecah 50 , maka kira ok laa pondok nih..at least ada juga oang jeling2 , intai2 walau pun dari jauh.

Kalau counter tu mencecah 100 ~ 500 , Maka agaknya jiran tetangga disinin2 sudah mula menerima kehadiran pokcik. Kira hati mula rasa suka la tu.

Kalau counter tu mencecah 500 ~ 1000 . Maka nampak nye stretegi pokcik utk berjalan2 dan beramah mesra sesama dah membuahkan hasil gitu.. Bak kata oang , jalan2 cari makan gituu ahaks..

Kalau counter tu mencecah 1000 ~ 1500 . Maka sudah ler mesra bagai dikata , salam sudah dihulur . Senyum sudah bertukar , makan sudah sama dilahap . Kira tak sia2lah pokcik berjalan2 menziarahi kesana kemari saban hari .

Dan bila counter tu mencecah 2000 keatas , tanpa henti bahkan semakin laju naiknya . Umah nih baru jek hampir sebulan dan sejak2 nih kerana kesibukan yg tetiba menghurung , membuatkan pokcik pula semakin kurengg berjalan2..

Akhirnya baru lah pokcik sedar yang ..., Pokcik nih memang glamerr gituu !!

elehhh..leh leh ahaks..hik hik. kekeke..hehehhee.. huhu hak hak hak hek hek hek kui kui kui kui.
Hah hah hah hah hoh hoh hoh hoh ! ( Yg hujung2 nih dah ketawa stail lupa diri..ahaks )..

Alahiiii..

Thursday, June 01, 2006

Erti Pertemuan ( Alaf21 dan Kelab Peminat Alaf21 )


( Berdiri dari kanan : En Feroz (Presiden Kelab), Pn Fifi (Setiausaha Kelab), En Nordin ( Pengurus Besar Alaf21 ), En Budi dan En Roslan (AJK Kelab)
( Duduk dari kanan : Pn Ruby (Editor/Web), Pn Liza (Naib Presiden Kelab ) dan Cik Molee (Grafik/Web).

Seperti yang telah dirancangkan sejak awal lagi , akhirnya pada hari Selasa 30 hb May yg lalu , dengan disertai oleh sebahagian wakilnya , Kelab peminat buku2 Alaf21 telah berjaya menjejakkan kaki ke Premis Alaf21 yang bertempat di Shah Alam , Selangor .

Adapun pertemuan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan serta diskusi diantara Kelab dengan Alaf21 berkenaan beberapa perkara .

Alaf21 yang diwakili oleh En Nordin sendiri ( Selaku Pengurus Besar ) bersama Kak Wan ( Editor ) , Pn Ruby (Editor ) serta cik Molee ( Grafik /Web ) , manakala Kelab pula diketuai oleh En Feroz selaku Presiden Kelab , Pn Liza ( Naib Presiden ) , Pn Fifi ( Setiausaha ) , En Budi dan En Roslan ( AJK ) .

En Mohd Feroz dalam mukadimahnya terlebih dulu memperkenalkan sebahagian dari ahli jawtankuasa yang ada ( daripada kesebelasan ahli2nya ). Selain dari itu dia juga banyak mengutarakan tentang harapan dan cadangan supaya antara Alaf21 dan Alaf21 FC dapat saling bekerjasama untuk beberapa aktiviti yang telah dikenal pasti , yang bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Sebagai sebuah kelab peminat buku2 Alaf21 , sudah tentulah banyak kelebihan bagi mereka yang menjadi ahli-ahlinya . Antara cadangannya yang dikemukakan ialah supaya diberikan diskaun ( menggunakan kad keahlian ) untuk pembelian buku2 dari Alaf21 selain dari aktiviti beramah mesra dan suai kenal bersama novelis kesayangan mereka. Ada banyak juga perkara-perkata yang masih perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi .

Selain dari itu juga beberapa komen dan cadangan dari wakil kelab turut diluahkan , dalam usaha untuk menjadikan produk Alaf 21 lebih baik , menonjol dan lain dari yang lain . Ini termasuk kualiti buku itu sendiri selain dari laman webnya yang sedia ada.

En Nordin selaku pengurus besar Alaf21 banyak juga melontarkan idea-idea serta pendangan2 positifnya mengenai penubuhan kelab Alaf21 . Selain itu dia juga menyentuh sedikit tentang misi Alaf21 dalam usaha hendak memberikan kepuasan pada minat masyarakat melalui pembacaan selain dari mengeluarkan produk2 yang berkualiti dan harga yang berpatutan .

Untuk Kelab Alaf21 , dia juga berharap agar Kelab dapat bergerak seiring dengan misi Alaf21 terutama dalam usaha untuk menjana minda , merangka dan melaksanakan perancangan yang strategik ke arah peningkatan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Dalam hal ini , pihak Alaf21 juga berbesar hati dan akan mencuba sedaya yang mampu untuk memberikan sokongan serta bimbingan .

Katanya lagi , penubuhan kelab adalah merupakan satu tanggung jawab yang besar . Banyak lagi cabaran yang bakal menanti dalam perjalanan untuk mengukukan lagi kelab ini . Namun begitu , asalkan " Nawaitu " atau asas2 nya kukuh , Kelab akan sentiasa berdiri teguh menempuh cabaran yang mendatang.

Segala kata-kata nasihat dan pandangannya kami terima dengan hati yang terbuka . Tentunya pertemuan ini amat bermakna dan meninggalkan kenangan yang manis buat kami. Segala sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan kalau boleh biarlah ia tidak terhenti disini saja .

Akhir sekali ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada pihak Alaf21 khususnya En Nordin , Kak Wan , Kak Ruby serta Cik Molee yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama berbincang tentang arah perjalanan Kelab peminat Alaf21 ini .

Semoga Kelab peminat Alaf21 akan lebih bersungguh2 lagi dalam melaksanakan visi dan misinya serta objektif terhadap masyarakat dan pencinta buku selain menyediakan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang dapat dinikmati oleh setiap ahli kelab.

Sekian , saya sudahi dengan serangkap pantun ;

Risalah tinta , Alaf ku usap
Dari mata terus ke hati
Tersalah kata maaf diucap
Semoga bersua dilain kali