Sempena hari ibu yang jatuh pd hari ini ( 14/5/06 )..Aku nak mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada para wanita istimewa yang bergelar ibu. Actually aku ucapkan pada tiap2 wanita dimuka bumi ini kerana insan2 ini lah yang akan mewarisi gelaran ibu.
Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu mmg tidak dapat dibalas dengan harta benda . Bayangkanlah sedari kecil hingga dewasa sampailah kita sudah berdikari dan berkeluarga , ibulah yg sering berada disisi , membelai dan memberikan kata2 nasihat bersilih ganti tanpa jemu.
Pada mereka yg akan kurang menjenguk dan bertanya kabo ..pandai2 ler berubah. Cuba bahagikan masa utk mereka . Kadang2 nih mereka bukan nak duit kita , tapi saja nak kita datang menjenguk dan melayan mereka berbual2 . Pd yg mempunyai ibu2 yg banyak karenah tu..sabo jek laa..sok2 kita pun lebih kurang macam tu juga..Belum lagi menjaga ibu yg kurang sihat dan sakit..eloklah dijaga hatinya sebaik mungkin..Ingatkah bahawa syurga dibawah telapak kaki ibu.
Pada mereka2 yang tidak mempunyai ibu ( ibu yg sudah meninggal dunia ) , janganlah melupakan mereka..sebaliknya kirimkanlah sebanyak2 Fatihah dan Yassin semoga roh ibu tenang dah dirahmati disana . Kalau ada duit lebih skit , boleh buatkan Tahlil dan kenduri .
Akhir sekali pada ibu2 disana tu , ibu2 muda tua , ibu2 tunggal , sesiapa yang bakal bergelar ibu , sesiapa yg berangan nak jadi ibu..sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari ibu.
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
1 comment:
That's a great story. Waiting for more. » »
Post a Comment