Sunday, May 07, 2006

Seorang kawan lama dan sebuah memori..

Beberapa minggu lalu aku terrserempak dengan sorang kawan lama..Begitu lama hingga hampir sedekad kurasa tidak berjumpanya.. Dialah kawan yang kukenali sejak dari zaman universiti dulu . Dan selepas itu hilang membawa haluan dan cita2 masing..

Bila lama tidak tersua maka rancaklah kami bercerita.. Cerita tentang kisah masing2 , keluarga masing2 dan juga aktiviti masing2 jua..Sungguh seronok sekali aku rasa . Terasa bagai zaman ria berulang dimata..Zaman2 belajar dan bersengkang lewat malam bersama2..study sama2 , makan sama2 , gi soppin2 sama..bermain salji dan pergi laundry bersama. Pendeknya sentiasalah bersama2..kerana tiadalah orang lain di bumi sejuk itu melainkan kami yang seberapa kerat itu sahaja .

Walau bagaimana pun semuanya nampak sudah jauh berubah , termasuklah sahabat aku yang seorang ni..Sesekali aku mengerling kekepalanya , terlihat beberapa helai rambutnya yg sudah bertukar putih..Sesekali dia tergelak , nampak sebatang dua gigi yang sudah hilang dari tempatnya..Sesekali dia menggapai tangan , nampak juga tubuh badannya yg agak susut dimamah usia

Selepas beberapa ketika , kerancakannya bercerita menular kepada business separuh masanya..Terlalu ghairah dia mempromosikan akan kebaikan produk baru ini terhadapku. Cuma dalam pada berkata2 itu terlalu kerap dia menyebut tentang ibuku. Katanya produk ini bagus untuk orang2 tua..so kalau macam ibu aku ada sakit2 sendi , insyaAllah boleh baik kalau mengamalkannya.

Aku tak pasti berapa kali disebut perihal ibuku tapi dari segi gayanya nampaknya dia yakin benar akan adanya ibuku dengan kebarangkalian sakit2 yg sebegitu. Aku hanya tersenyum tawar sahaja.

Sejam kemudian kami berpisah . Aku kembali ke tempat kerja dan dia pun sama. Hatiku rasa sungguh gembira dan puas namun ada terselit sedikit rasa terkilan .

Terkilan kerana dia tidak menyedari akan ketiadaan ibuku . Tidakkah dia sedar , ibuku sudah lama pergi menemui ilahi . Dan hilangnya orang yg tersayang ini adalah disaat2 aku jauh diseberang laut sana. Dimana aku tidak mempu utk kembali. Aku hanya merintih sendiri mengenangkan kehilangan yg tak disangka2. Kawan2 ini lah yang turut sama merasai kesedihanku dan bersama2 merawat lukaku disamping mengajar aku bersabar serta redha dalam menerima ketentuan Ilahi.

Dibumi yg terasing itu kami ibarat adik beradik . Segala kisah gembira suka duka dikongsi bersama. Dalam kepayahan belajar kami survive sendiri sebagai satu kumpulan . Hinggalah suatu ketika entah bila tanpa sedar masa begitu deras berlalu . Kini , segala2nya tinggal kenangan.

Well , setelah hampir sepuluh tahun . Aku rasa dia pun mungkin sudah terlupa. Lebih2 lagi dengan perkara2 lain yang lebih penting untuk diteruskan dalam kehiudpannya. Aku tak marah..Cuma..ntah lah..

Last sekali . Andai bersua kawan baru , janganlah lupa kawan yang lama..andainya anda baruuu tersua kawan lama , jangan lah lupa kisah lamanya ..