Wednesday, May 10, 2006

AKU , PWTC Dan BUKU2 - Uncut Version Part II

Assalamualaikum..w.b.t

Atas permintaan aku sendiri yg tak mahu membuat anda semua ternanti2..maka dipersembahkan lah sambungan kedua kisah pengalaman ku di PWTC dulu tu ( uii lamanyaa ) Oops ada yg dah lupa ke ?.Apa susah2 , mari ke bayangkan sahaja suasana disana..

Okey kita cerita lagii..

6. Ramli Awang Murshid memang world . Aku suka penulis ni dengan cerita2 suspen serta imaginasinya yg jauh melangkau. Tidak hairanlah dia menjadi novelis thriller no 1 di M’sia . Ada seorang peminat dia ( bersama isteri ) yg berdiri di hadapan aku turut sama berterima kasih padanya kerana membuatkan dia jadi suka dengan buku novel. Actually isterinya lah yang banyak mendorong . Pertemuannya dengan penulis Ramli Awang Murshid mungkin akan lebih menyemarakankan lagi minatnya utk terus membaca.

7. Aku hampir tidak dapat membezakan antara penulis Durra Fatiha dan Aleya Anessa . Sebabnya , aku fikir sebaliknya..Durrah mungkin lebih muda dan err cun..Manakala Aleya pulak , mungkin baya2 Mazia Haris gitu ahaks... Bila aku tenguk balik gambar dari blog2 lain ternyata fikiranku jauh meleset sama sekali . Nasib baik ler aku tak menyerbu mereka dengan buku yg bukan miliknya..Kalau tak tentu jadi “ Hatiku di HaruBiru ” plak ..Skg aku dah tahuu..Aleya Anessa tu , hmm..yg pipi dia chubby2 skit...and Durra tu..yg nampak agak matang , cam cikgu2 sekolah agama gitu..ahaks. Namun aku tak juga sempat utk meminta autograph mereka..Faham2 jek laa , masa tu bajet pun terhad.. Duit agak kurengg..Kalau aku banyak duit..jangan kata buku2..satu booth Alaf21 aku nak angkut . Letak depan umah aku..hihihi..Tak apalah..lain kali aku akan minta auto graph mereka..


8. Selain dari Cik Molee yg kepanasan , ramai lagi kawan2 dia yg juga merasa bahang yg sama . Sewaktu keluar berjalan dikoridor , aku lihat beberapa petugas turut duduk di bangku yg ada sambil menyuakan diri mereka pd kipas yang berhampuran wap2 sejuk tu..cehh..tentu rasa cam dok kat Salem Cool Planet kan..dingin sekali..Sayang sekali aku tak dapat join mereka..sebab aku nak balikkkk..tak tahann..berasap dah kepala nih


9. Pada hari terakhir , terdapat deretan penulis novel yg agak ramai memenuhi meja..Benar2 membuat aku rasa sangat2 gembira. Ada Damya Hanna , Aleya Anessa , Durra fatiha , Aisya Sofea , Hasreeyati Ramli dll. Tapi biasalah, bila dah duduk ramai2 tu , ramai juga yang menyerbu..Sampai aku nak tangkap gambar pun tak dapat..Ramai juga yg nak bergambar dengan idola2 serta mentor2 mereka..bergambar sambil peluk2 pinggang..peluk2 bahu..laga2 pipi..laga2 hidung , laga2 telinga..iksh iksh laa haii awek2 nih..seronok sakan nampak..( Hmmm teringin aku nak gambo ngan Ramli Awang Murshid sambil berlaga pipi..tapi takut misai dia tercucuk pipi aku , dan kut2 misai aku termasuk dalam lubang hidung dia plak..Uiii tak rela i auwwww..ahaks..hahahahaha )

10. Seperti yg aku tuliskan dulu . Pengurus besar Alaf21 En Nordin memang Superb..Sentiasa membantu walau dalam keadaan apa sekali pun. Cuma dia terlalu sibuk hingga berlaga bahu dengan ku pun dia tak perasan. Actually mmg pun dia tak perasan , sebab aku memerasankan diriku kepadanya , aku tak sapa dan kenalkan diri. Laa haii..lagi satu , haa kan aku ada cite pasal dia tolong bukakkan sampul plastik buku peminat yg berdiri depan aku tu.Tentu korang nak tahu dia guna apa . “ Guna jariiii pun bolehhhhh ” , cehh macam iklan syampo Rejoice plak.. Sebenarnya dia guna ibu jari , dituil2 pd plastik tu , macam orang pegang kad main terup..wahh kira expert la tuu...walau bagaimana pun memang En Nordin ni boleh jadi contoh tauladan yg
baik pada staf2nya..semoga Alaf21 akan terus berjaya dimasa2 akan datang.

Well itu lah sahaja yang dapat aku ingat dan tuliskan. Semoga kalian semua akan seronok berkongsi kenangan manis itu bersamaku ( walaupun dah lama berlalu ) . Ampun dan maaf kalau tulisan ku ini ada mengguris perasan anda. Almaklum ler , bila keseronokan terlalu melampau , apa yang terbetik nak ditulis dipermulaan , tapi tangannya dah sampai kehujung..Gitu le dasatnya Aura Buku ni.

Mana2 novelis yg selalu diusik2 tu kita taup sepuluh jari sambil mengangkat tinggi2..minta ampun banyak2..ada pun kata oang usik mengusik bawa bahagia..tah lerr..

Walau pun agak terkilan kerana tak dapat berjumpa dengan novelis2 yg lain seperti Anis Ayuni , Norzailina , Bikash , Hasreeyati , Aida Adraini , Dr Tuah dll , tapi mana yg ada itu pun dah kira membahagiakan. Mungkin dilain masa barangkali..

Bagi pihak penerbitan Alaf21 khususnya , terima kasih diucapkan banyak2. Dan tentunya ramai peminat2 diluar sana akan sentiasa menyokong Alaf21 dalam memberikan bahan2 bacaan yang segar dan berinfomasi . Semoga Alaf21 akan terus Cemerlang , Gemilang dan Terbilang

1 comment:

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »