Biarlah Rahsia…
Semalam , sewaktu aku sedang mengadap komputer, tiba2 bagai terngiang2 ditelinga aku akan satu lagu yang mersik bunyinya hingga menepuk tawar kolam fikiranku. Sayup2 bunyinya dari kejauhan . Mungkin dari umah budak2 bujang yg atas2 tuu , yg belum tidur ( kekononnnya study nak exams..padahal memekak..hmm iya la tu ). Alkisah lagu yang dimaksud kan itu tak lain dari penyanyi yang tersohor diserata M’sia dan Asia , yg bertahi lalat dibawah bibir iaitu Siti Nurhaliza. Lagu bertajuk Biarlah rahsia itu terlalu mendalam tafsirannya hingga rasa mencarik2 jiwa aku yang tak berapa dalam nih ahaks..
Entah lah , sebagai manusia biasa . Pabila dugaan yg datang menjadi terlalu berat utk ditanggung maka segala2nya perlu diluahkan termasuk juga didalam lagu. Dari bait2 syahdu yang di iramakan , aku dapat menangkap perasaannya yang agak terluka sejak beberapa waktu yang lama. Iye lah , dia pun manusia biasa juga . Punyai hati dan perasaan . Cuma apa yang diluahkan itu hanya dapat didengar , diangguk2 serta digeleng2 namun utk bersama2 memahami gelodak jiwanya yang pasrah , hanya segelintir sahaja insan yg tahu. Malah , lebih ramai yang berkata2 sebaliknya..seolah2 perasaan sang penyanyi itu bagaikan satu publisiti untuk kepentingan diri..
Hmm ..aku pun tumpang merasa apa yg dirasa . Walau pun tidak sepenuhnya tapi sebagai manusia biasa ( yg tak punya cinta luar biasa ) , yang hidup sederhana , menaiki motor ketempat kerja dan tidur lena , aku juga tahuu..Apakan daya dunia antara aku dan dia berbeza..Dia seorang sang selebriti sedangkan aku sang selebet2 saja.. Tapi untuk kesekian kalinya..Terharu jugalah aku mendengar luahan rasa dalam lagunya yang kudengar berkali2..walaupun ramai yang terlibat dalam albun Transkripsi ini , Namun lagu tersebut khususnya telah dimelodikan oleh Melly goeslow , tapi liriknya adalah dari hasil tangan siti sendiri. Tentunya dia lebih memahami.
Alahai..apa2 yg Siti rasa , aku pun tumpang simpati aa.. Bersabar jek laa wahai Siti..kadang2 orang suka hendak menggembar gemburkan kisah peribadi awak tu. Banyak sosek2 nya sana sini. Kenen sana sini..Hinggakan kadang2 lemas dibuatnya..Tidak dinafikan , menjadi artis nih ramai orang suka , tapi ada juga yang tak berapa suka , sakit hati serta dengki . Manusia lah katakan.
Tak apalah , esok lusa nanti kita boli aa album baru Siti tuu...Sebagai peminat , sekurang2nya kita menyokong perjuangannya.
Actually mmg aku tak pernah miss beli album baru Siti nih..Sebabnya aku sekeluarga mmg minat sangat sama dia , especially anak tu , peminat no 1 aaa..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
No comments:
Post a Comment