Tuesday, May 23, 2006

Sejuk itu seni...

Assalamualaiakum..w.b.t

Entah kenapa..petang semalam tiba2 sahaja hujan turun . Tiada tanda2 awan hitam atau langit mendung , ia terus " turun " sahaja . Setelah beberapa hari tak hujan petang2 , maka semalam sewaktu pokcik dalam perjalanan balik menunggang motosikal..bermulalah rintik2 hujan yg makin lama makin merenyai dan akhirnya sedar2 jek pokcik sudah kebasahan apabila sampai ke pondok..

Namun ia tidak terhenti disitu sahaja. Selepas maghrib..renyainya semakin melebat dan tiada tanda2 akan reda malah semakin rancak. Maka tiadalah apa yg boleh pokcik lakukan selain dari berpaut pd sekeping bantal busuk yg satu itu. Dibuai2 , digiggit2 , diulit2..dikeroh2..hingga akhirnya pokcik hanyut dibawa kedinginan malam yg terlalu awal gitunya.. Sedor2 jek dah awal pagi rupanya..

Maka kedinginan pagi yg begitu awal ini pula masih lagi dingin dan hening. Pokcik duduk di birai tingkap nih aa sambil sesekali memicing bunyi menangkap segala yg berbunyi2 ini. Sesekali lalu bunyi kereta yg sayup2 sesatnya..Kadang2 bunyi lori oang gi kerja awal pagi..Ye lah , bila keadaan menjadi semakin bening..kita akan punyai banyak masa utk memikir atau melahirkan idea. Agaknya ini lah yg dipraktikkan oleh kebanyakan oang2 seni , suka berkarya lewat mlm atau awal2 pagi .

Nasib baik ler pokcik tak berapa boring sangat . Cuba bayangkan , Kalaulah skg nih pokcik berada disebuah hospital , ditingkat paling atas , dikatil paling tepi dgn tingkap , ditepi sebuah jalan..yg terjaga diawal pagi..dah tak mampu berbuat apa2 ( maklum ler oang sakit )..melainkan hanya memandang jauh keadaan alam yg sunyi sepi. Hanya terlantar sahaja , tak mampu bergerak. Alahai , alangkah bosannya hidup yg sebegini rupa. Awal2 pagi pun dah mula merasa bosan.

So , nasib baikler kita ditempat sendiri. Bangun awal2 nih banyak perkara leh dilakukan..yg pastinya ahaks ahaks boleh kemas umah ( cehh tak habis2 ngan kemas umah )..study sebab nak exams , baca2 buku atau nenguk Astro .

Cuma tak leh gi jalan2 jek..Hiyaa kang ada yg pengsan atau terkejut beruk nenguk pokcik bertandang pepagi buta nih..Apa dah buang tabiat ke oang tua nih ahaks..

Apa2 pun suasana pagi yg hening itu..banyak mengajar kita apatah lagi kalau dinikmati sepenuhnya . Dulu oang2 tua selalu kata..bangun pagi , murah rezeki..dan err jgn lupa gosok gigi..Jgn takut mandi pagi..walau pun sejuk hinga ke tulang hitam.. ( err ada ke tulang hitam..)

Suatu ketika dulu , ada seorang Professor nih pernah mengatakan kpd pokcik bahawa “ Sejuk itu adalah seni ” . Huh ! sampai sekarang pokcik masih dok terfikir2 apa maknanya perkataan itu . Dalam sungguh ayatnya . Mungkin secara terperincinya..setelah berbelas2 tahun lamanya2 barulah pokcik mengerti sedikit. Itulah yg apa yg pokcik tulis nih..iaitu berseni2 dikedingian pagi yg bening ini. Khususnya untuk pencinta seni dan ahli2 yg halus jiwanya..Alahaii..

Ok laa..itu jek pagi2 nih..oops silap..subuh2 nih..

( Suka melihat fajar pagi yg bermula dgn sejalur cahaya dan perlahan2 naik menyerlahkan sinar pagi yang cantik warnanya )

6 comments:

Faridt said...

Mersik, utk rasa best lagi, cuba bagun jam 3 pagi, cuba jengok dan rasailah suasana diluar saat dan ketika itu.
Cuba cerita apa yg dirasai/nikmati.

nile said...

tak suka sejuk.. sejuk yg buat sayer selalu selsema... hehehehe.. tapi kat syurga sejuk... :-)

Zura@Kak Long said...

suka gak duk melangut merenung pagi di mana mentari masih muda dan bukit bukau yang berselindung di balik kabus yg memutih dari jendela bilik

Mersik said...

faridt - Uii bangun kul 3 pg takut aa pokcik..umah pokcik mlm2 banyak anjing liar berkeliaran..kang kena kerkoh plak..nikmatnya..uii faham2 jek la ek..ahaks

nile - yo lah kdg2 ada oang alah waktu sejuk ( suka minum air sejuk air batu ahaks )

zura - err anak dara wat pe temenung papagi2..lain ler oang tua cam pokcik nih..tapi tak kisah ler..cantik kan pg2 tuh ahaks *wink*

zura said...

ehehehe ..pokcik! dah solat subuh...sebelum buat keje ..tinjau2 la jap kat tingkap..tgk kut2 ada yg perati kita pulak...ahaks

Mersik said...

Hmmm perati zura ke ? subuh2 ? waaaa..takuttt..antuuu...!