Assalamualaikum..
Alhamdulillah , sejak 36 jam yang lalu , ada juga insan2 yg sudi utk datang melawat blog ku ini. Walau pun separuh dari jumlah visitor tu aku punya ( cehhh apa kena tuan rumah lawat umah sendiri nih ahaks ) . Ye lah rumah pun tak berapa cantik dan tak siap sepenuhnya..Ada dinding , belum dicat , ada bumbung belum di pasang , ada lantai belum dipulang ( sebab lantai tu T.Pinkie pinjam buat pementasan teaternya..ahaks ) dan barang2 dapur belum dibeli lagi..( Utk buat kopi meraikan tetamu ). Tapi sungguh terharu aku akan sesiapa sahaja yang sudi bertandang..Aku sangat2 menghargai anda semua..
Walau daun pun pintu telah ku buka luas2 , namun ada juga yg singgah jenguk ditingkap , menebeng didapur , terintai2 di pintu belakang atau sekadar lalu2 jek..sebab tu kadang2 aku tak perasan ada orang datang..
So , kalau sudi..tinggalkan lah pesan seadanya..supaya tuan umah ini tahu akan kehadiran anda..corat coretkan lah sedikit kata walau sekadar Hi Hi Bye Bye sekalipun..
Akhir sekali lagi terima kasih kerana sudi membaca . Semoga serba sedikit kisah2 ini akan menjadi inspirasi atau sekurang2nya menggamit emosi anda semua untuk jadi lebih memahami akan realiti kehidupan hidup ini.
Terima kasih daun keladi..kalo ada masa datanglah lagi..
Ikhlas..Tuan Rumah
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
1 comment:
saya datang! saya datang! emmmm cantik umahnya... ijauuuuu, sejuk mata memandang, tenang jiwa yg bertandang..
*pssttt sebenornya baru plan nak dtg umah (lps p umah anininaufal semalam) tapi awak dah dtg umah saya dulu, mekasih ekkk.
Post a Comment