Tuesday, May 16, 2006

Pokcik Kembali lagi...

Assalamualaikum..w.b.t

Yuu Huu ! apa kabo seme ? iksh iksh..seronok tull pokcik dapat kembali semula ke blog pokcik nih setelah beberapa hari membalikkan diri ke kampong..Ooopp ! Ooopp ! jangan serbu..jangan serbu..Jangan gomol2 pokcik..waa..jangan tarik2..Yg pentingg! Kain pokcik tuuu !..Jangan tarik2 oii..Alahaii korang nih..winduu sesangat ler tuh..

Alamakk..ayam itik plak datang..syohh !..syohh ! halaukan..halaukan..kalau tak rimau buaya pun nak datang sama..alahaii..Uii.nampak gayanya cam meriah jek , sentiasa ada oang yg datang bertandang , kunjung mengunjung walau pun hari2 cuti sekali pun. Ini yg buat pokcik terharu nih..waaa..sebak dada pokcik dibuatnya , rasa cam nak kena barah buah dada jek.... Pada mereka2 yg sudi singgah dan menjaga kediaman pokcik yg tak seberapa nih ..terima kasih daun keladi ler pokcik ucapkan..Mana2 yg sudi berdatang kemari saban hari siang malam..Yang menganggap blog nih sebagai “ blog angkat “ mereka ..( erks nih cam verb baru jek..hahaha lantak laa labuu ) , pokcik rasa sungguh berbesar hati.

Adapun pemergian pokcik balik ke kg adalah diatas rasa perihatin dan sempena hari cuti yg kebetulan membuatkan pokcik teringat kepada kg laman , daun nyiur melambai serta angin laut cina selatan yg mendesir halus..Almaklum ler , bila dah lama dok dipinggiran kota..walaupun memiliki umah pondok2 nih , tapi tak sama dgn kg yg sememangnya asli dan tenang sekali.

Nanti kalau ada masa lapang pokcik ceritalah serba sedikit kenangan2 semasa berada di kg tuh..Yo lah..sepatah kata oang , tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula longkang tempat pokcik jatuh masa mula2 belajor naik beskal kecik2 dulu..ahaks alahaii

Sengaja pokcik balik semalam..sebabnya kalau balik hari minggu alamat sampai ke kg lain ler jawabnya.. tentu kenderaan dijalanan bersesak2 hingga boleh tidoo sambil menungu kenderaan bergerak..Tapi tak pa lah , itu kira lumrah . Pada hari2 perayaan atau cuti panjang sebegini , mende2 nih tak dapat dielakkan..

Alhamdulillah , kesihatan pockik pun dah semakin baik walau pun beberapa hari ada rasa kering tekak dan selsema burung sikit .Ushh ! semamatt..ada plak selsema burung..selsema oang ler..iksh iksh..lebih2 lagi bila seluruh tubuh badan pokcik nih dah diurut oleh Tok Lipat..Skg nih..pokcik bukan setakat berdaya jalan..berlari dan melenting2 pun boleh..iksh iksh mujarab sungguh urutan Tok lipat ni..bagai ada spring plak rasa dalam badan nih ahaks..Dengan itu boleh lah pokcik berjalan2 lagi melawat kawan2 , handai taulan yg lama tak dikunjungi dek kerana kesibukan semasa..

Pada yg sedang bekerja atau belajar tu , selamat melakukan aktiviti anda aaa..jangan monyok2 . Senyum2 lah selalu..

Okeyy , blogger..bloggi seme..tungguuu.!..Pokcikk datangg nihh..toing ! toing ! toing ! wooosshhhh..!!!

1 comment:

Bunga said...

wah..pokcik hbs pulang kampong ya?
aku nak ole2nya tuh..
waduh tp knp aku dihalau pokcik nih? *sambil liat ke belakang, rupanya aku salah queue dg ayam itik* :-D