Tuesday, May 09, 2006

Singgah Menyinggah Datang Bertandang

Assalamualaikum..

Semalam , hampir sepanjang hari aku berjalan melewati mana2 blog yg ada . Sengaja aku redah meredah , terjah menterjah , terjun menterjun dan singgah menyinggah..Aku bukan buat apa2..sekadar membawa salam..Salam oang berdagang gituu..salam perkenalan..Yg ku sempat singgah , aku singgah ler , lepak2 jap..duduk2 ambik angin . Kalau blog yg meriah atau kaler2 cantik tu , aku dok le lama skit , belek2 sambil melilau..iksh iksh budak2 skg nih , pandai2 belaka menghias laman..canggih2 , cantik sungguh..anggun lagih..

Kemudian aku tinggalkan lah sepatah dua kata tanda aku sudah sampai disana ( cehh cam gantung plague jalan2 cari makan plak heheh ) . Iyo laa..nanti tuan umah tak tahu plak siapa yg datang..Walau pun datang tanpa dijemput , aku buat selamba jek..seolah2 aku datang nak mkn jemput2..ahaks Elehh takkan tuan umah nak marah . Apatah lagi bila nenguk oang tua nih jalan slow2 , renggeh2 , sakit lutut dan sendi . Mesti dia kasi lepak umah dia jap kan..?..hihihh sekadar memancing simpati..

And tak lama lepas tu..aku pun balik dok umah..meninjau2 apa2 yg patut ku buat..Tapi sayang tak dapat buat apa2..sebab aku tak tahu buat..iksh iksh.. Dan aku rasa oang yg datang tu pun tak kisah sangat..yg penting ikhlas . ini membuatkan aku rasa suka sangat2 ( hampir2 mengalir air mataku ). Alahai..sesungguhnya keihklasan tuh tidak akan sesekali menghampakan.. Semalm juga hit counter blog aku menunjukkan ramai pengunjung baru. Jadi ler..bagi seorang tua yg duduk dipondok usang nih.

Sayang aku tak tak dapat kenal kalian semua..Walau bagaimana pun terima kasih ler..Maaf ler kalau tak sempat jamah air atau makan apa2 . Dan , jangan serik nak datang lagi..

Kalau tetiba jek pokcik mersik nih tersembul jek di blog anda , jangan marah aa...kadang berkali2 plak tuh iksh iksh oang tua nih…tak de keja lain gak nya..alahaii . Ada oang kata pokcik nih asyik tersesat kat mana2 jek..Gii mana2 ada pokcik..Alahaii..nampak benor ler “ jauhhh ” benor pokcik tersesat..hik hik..kui..kuii

Mana2 yg sudi bertandang tu . Marilah datang lagi..Namun hingga kini aku masih lagi berbesar hati dan berbesar pintu menanti kedatangan anda semua.. Tak kiralah siang malam pagi ptg..umah pokcik sentiasa terbuka..

Sambil pakai baju melayu , sampin semutar paras lutut , ikat belah kiri , songkok tinggi yg senget , aku duduklah dianjung umah sambil bersila panggung , menanti anda semua berkunjung ..Sesekali hujung kaki ini tergedik2 juga berayun mengkut lagu yg syahdu..alahaiii..

Hai.. bersahut sahut laguku..
Sambut cintaku berlagu rindu..
Halwa mendengar alah syahdu nan lagu..

Hai bersahut sahut sahutan ..
Sambut cintaku berlagu rindu..
Alahai tuan berlagu nan syahdu ..

( Andy Flop Poppy & To’ki – Dendang bersahut.. )

Alahaiiii....

5 comments:

ruby said...

salam buat mersik...terjumpa alamat ni kat rumah adik PenutupOren...tiap hari ada entry baru ye. Teruja betul baca kisah mersik entertain bloggers...syabas utk semangat mersik.

Mersik said...

Terima kasih daun keladi..kalau sudi baca lagii..

Zareda said...

salam par mersik. salam perkenalan jua..

lynn said...

SALAM KENALAN DARI JAUH....

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »