Monday, May 29, 2006

Kisah Seekor semut yang degil...

Alkisah pada suatu masa yg sengaja dilampau2kan ( supaya nampak lebih klasik sedikit ), tersebutlah suatu ceritera lama perihal seekor semut yg diam berduduk diam didalam sebuah koloni yg sederhana besarnya , membusut dibawah sepohon pokok jati yg tegak meninggi, disebuah hutan hujan tropika pada negeri yg tidak diwartakan DUN dan Parlimen nya.

Adapun didalam ribu2an semut dalam koloni tersebut , ada terdapat seekor semut ini yg bernama Mut Tar , mempunyai keperangaian yg pelik dan jauh berbeza dengan kaum2nya yg lain. Mut Tar suka mengasingkan diri , tidak suka bekerja ( walau tarafnya adalah semut pekerja ) , tidak suka bergaul dan suka buat hal2 sendiri. Maka hal ini sudah menjadi teramat maklum dalam komunitinya serta semut2 tua yg terlebih dahulu makan gula darinya. Tinggalnya Mut Tar ini jauh dari koloni yg ada , dihujung busut nun rumahnya.

Pada suatu pagi tatkala Mut Tar sedang berjalan2 di pinggir busut seekor diri , maka tiba2 terdengar lah ia akan suara halus yg menguit2 , memersik2 laksana suara binatang kecil adanya juga. Dengan rasa hati yg sedikit terkejut bercampur teruja maka bergegaslah Mut Tar ini kesana kemari , mencari2 akan arah datangnya suara halus tersebut.

Apabila ia sampai disebuah longgokan daun yg tebal menimbun , maka ternampaklah ia akan sebuah kepompong yg sudah pecah sarungnya dan disebelahnya , seekor semut yang lebih kecil sedang menguik2 dalam keadaan tidak berdaya .

“ Eh..anak semut ? “ bisiknya dalam hati . Lantas dia melilau2 melihat sekeliling mencari2 kalau2 keluarganya ada berdekatan . Dalam masa yg sama timbul pula rasa simpati dan kesihan terhadap anak semut yg terbiar keseekoran itu. Akhirnya dengan rasa kesemutan yg tinggi , lantas dipungutnya anak semut itu lalu dibawa pulang.

“ Mungkin anak semut ini boleh menjadi kawan2 ku yg paling baik sekali “ fikir nya sendiran . Memandangkan dia pun bakal menjadi bujang terlajak ( kerana tiada semut2 betina yg sudi ) dan sepsen pula perangainya , sudah tentulah nanti bila ada teman dia tak akan kesunyian lagi. Walau pun teman tapi mesra..alahaii..

Maka gemparlah koloni semut tersebut bila mengetahui akan kehadiran semut baru dalam hidup Mut Tar itu. Sejak dari itu sentiasalah Mut Tar dilihat sering bersama anak semut angkatnya yg dinamakan Mut Tan itu ( sebab dia jumpa dlm hutan ) kesana kemari dengan riang rianya..seolah2 cuti sekolah sudahpun bermula . Meraka berlari2 , berkejar2 an , ber tok ketampi2an , main ram2 rip , bang selebu kuali sawa , bermain polis entri , menziarahi blog pokcik mersik dan tak lupe juga bermain enjit2 semut sekali..ahaks

Saat berganti saat , jam berganti jam , hari berganti waktu , maka besarlah anak semut itu saban hari dengan rupa dan bentuk yg seakan2 serangga tapi jauh bezanya dengan si Mut Tar itu. Namun Mut Tar tidak kisah kerana itulah sahaja seekor2 sahabatnya dikoloni tersebut.

Maka akan hal ini menimbulkan keraguan munsabah ler juga pada seekor semut tua yg agak veteran diperdareahan itu . Dia yg di gelar semut ramai sebagai Tok Mut ( Adalah menjadi undang2 , kalau yg tua namanya di letakkan didepan selepas perkataan Mut , contoh Nyai Mut , Lebai Mut..Pak Mut , Mar Mut , Toker Mut , Torken tut dll ) sudah lama memerhatikan Mut Tar bersama teman barunya itu dengan rasa sangsi yg meninggi hari.

“ Mut Tar , kau tahu dengan siapa kau bersahabat selama ini ? " soal Tok Mut pada suatu petang tatkala terserempak dengan Mut Tar dibawah tempat lepak2 biasanya , Busut Barr & Grill . Mut Tar memandang penuh tanda tanya..

" Menda tu bahaya " ujar Tok Mut lagi sambil mengetuk2 kaki2 tuanya yg sudah berasa semut2 itu . kencing manis yang dideritanya sekian lama semakin menyiksa hidupnya , seperti pepatah yang mengatakan " mati semut kerana gula " Alahaii..

Ada pun perkataan yang diucapkan tadi , apabila terdengar sahaja oleh Mut Tar, serta merta hatinya menjadi jengkel.

“ Kenapa Tok cakap macam tu ? Apa salah saya ? Apa salah dia ? Bukan kami apa2 kan koloni nih ? kami kawan baik selama ini " tingkah Mut Tar cuba membela. Tentunya ramai diantara semut2 disini yg jaki dengan perhubungan akrab mereka berdua , termasuk juga si tua Tok Mut ini.

Tok Mut yg menyedari perkataan agak kasar cuba mencari helah lain dengan lebih diplomasi. Kalau boleh biarlah dia faham sendiri akan hal ini. Segala kemungkinan dan buruk baiknya.

" Jangan ler marah Mut Tar , Tok cuma bagi nasihat sahaja. Pada firasat Tok , kawan kamu Mut Tan nih banyak bahayanya dari kebaikannya "

" Alaa tok sakit hati ! . Semua semut2 disini sakit hati ! . Sengaja dowang seme nak cari jalan utk menyakitkan hati saya , ’ bentak Mut Tar dengan marah .

" Ooo mentang2 ler Mut Tan tu tak banyak bercakap..tapi dia kawan saya..walaupun hanya berdengung2 sahaja suaranya tapi dia baik , dan saya suka dia. Dan saya rasa dia pun begitu juga. Jangan ler tok kacau kami lagi. ‚’’ balas Mut Tar lagi , menoktahkan pendiriannya.

Begitu lah setiap kali Tok Mut membuka suara menasihat , setiap itulah Mut Tar akan membidas dan menemplak yg bukan2 , seolah2 dia sahaja yg betul dan pandangan lain tidak perlu diambik kira langusng. Tok Mut hanya mampu menggeleng2kan kepala sambil mengurut dada..seolah2 dia sudah tahu akan bahaya yang menimpa.

Apabila sampai hari yg ke 30 maka tiba2 sahaja Mut Tan hilang dari kediaman Mut Tar . Dengan rasa risau dan bimbang ragu , mencarilah dia disegenap busut dan ceruk merata diseluruh pohon jati tersebut. Namun tidak bersua..

Akhirnya dengan rasa marah yg meluap2 , panas hati yang tak henti2 , bersegeralah dia menuju ke rumah Tok Mut sambil memekik2 laksana semut yang hilang akal. Dalam hal ini tidak ada orang lain yg harus dipersalahkan kecuali si Tua kutuk ini. Tentu dia telah menculik atau menyembunyikan Mut Tan nya.

Setelah pintu umah diterjah , Tok Mut diheret keluar dan dijerkah kuat2 . Dia juga dihamun dengan sepuas hati . Namun semut tua itu diam sahaja sambil menggeleng2 kepala..

“ Mana Mut Tan ?. cepat cakap ! Pulangkan ! ( yg ini ikut stail dialog Pontianak harum Sundal malam aa ) , Mana dia !! " torchure Mut Tar lagi dengan angin yg tak terkawal itu . Semut2 yg lain hanya mampu memerhati sahaja akan Mut Tar yg naik hantu itu..Mereka semua tergamam.

Dan dalam pada keadaan yang maha tegang itu , tiba2..seluruh suasana busut bergema , langit menjadi gelap gelita..awan yg tadinya cerah , gelap dilitupi sesuatu yg begitu dahsyat dengungnya. Gegak gempita bergema diseluruh alam . Maka dengan rasa panik yg menerpa , bertempiaran ler sekelian koloni semut itu melarikan diri . Namun dengan sekelip mata sahaja semuanya hancur berkecai diserang oleh makhluk terbang yg besar dan ramai itu..Tubuh mereka di carik2 dan kepala mereka di penggal satu persatu . Sungguh tragis untuk diceritakan.

Dan tatkala Mut Tar terpegun melihat apa yg berlalu , Mat Tan telahpun muncul dihadapannya membuatkan Mut Tar terkesima dan sebak dada..

" Oh Mut Tan kawan ku . " ujarnya dalam derai tawa..dengan mata lapan yg bulat bercaya..cerah..Sangkanya tentu Mut Tan datang untuk menyelamatkannya. Namun perlahan2 terbeliak kaku tubuh dan matanya apabila satu tusukan mengenai perutnya serta menceraikan kepala otaknya jua.. Matilah ia distu . Mati bersama beribu2 koloni yg menjadi keluarganya selama ini. Dan yg lebih tragis , mati diatas tangan sahabatnya sendiri..

Dan dibawah timbunan bangkai2 semut yg terkorban itu.. kelihatan kepala Tok Mut masih terkuit2 mencari sisa2 nafas terakhirnya . Badan , kaki dan tangannya hilang entah kemana..

Akhirnya , dengan geroh yg panjang dan sayuu..dia pun bertempik..

" Ciss ! celaka kau Mut Tar , sudah ku kabo kan ! , Jangan dibela anak tebuan tuu !..Kau belaa jugakk..Deeggiillll kau nii..Aaarrggkkhhhsss... “ Inalillah..

Domkian ler pengakhiran sebuah cerita..

Moral Of da Story :

Kenali diri anda , kenali kawan dan persekitaran anda . ketahui musuh anda dan cuba hindarinya. Dengar nasihat oang tua2 atau yg lebih arif pengalamannya . Bersosiallah secara positif . Jangan buat hal sendiri..dan yg PENTING lagi..jangan menyusahkan orang lain..

Seperti motto 3R , RESPECT diri anda , ambil masa untuk RILEKS dan RESPOND pd persekitaran anda...taraa !

6 comments:

dyheayusof said...

mati semut kerana gula, mati jiwa tanpa agama... pasti berakhir apa yang bermula... jadikan pedoman kita bersama... timacih!!

Anonymous said...

Really amazing! Useful information. All the best.
»

Anonymous said...

Very best site. Keep working. Will return in the near future.
»

Anonymous said...

Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Robotics 56k fax viagra