Sewaktu aku melintasi sebuah restoren ala2 Jepun ditingkat atas Jaya Jusco , tiba2 sahaja aku terpandangkan sebuah pangkin kecil dipenjuru restoren tersebut , dimana para pengunjung bersila diatasnya sambil menikmati makanan. Secara tak langsung ia mengingatkan aku kepada sebuah pangkin yang pernah aku duduk2 sewaktu ketika , semasa aku kecil2 dahulu.
Tiga puluh tahun dulu , itulah dia pangkinnya . Sesetangah orang memanggilnya Ambin. Besarnya , seluas meja ping pong yang diletakkan didapur rumah papan keluargaku. Pangkin yg tingginya separas lutut itu diletakkan dipenjuru dinding , disebelahnya ada tingkap dan berhampiran dengan dapur tempat memasak. Diatasnya pula sebahagian besar diletakkan periuk2 besar serta barang2 dapur berserta tin2 biskut dan juga bakul2 mengkuang. Maklumlah rumah keluarga aku dulu tak ada kicthen kabinet atau rak. Rumah kg biasa jek..dapurnya separuh batu . Semua barang2 penting diletakkan setempat , termasuklah diatas pangkin tersebut.
Aku tidak tahu dari mana asalnya pangkin itu . Ia telah ada sejak aku lahir lagi malah aku diletakkan disitu sejak bayi lagi , supaya senang ibu menjagaku sambil membuat kerja2 dapurnya. Ia seolah2 sudah menjadi sebahagian dari ahli keluargaku sejak dulu2. kayu2nya juga kukuh dan empat tiang penjurunya keras2 belaka.
Bila aku hendak buat kerja sekolah , aku akan menjadikannya sebagai meja dan tin2 susu bulat yg kosong kujadikan alas tempat duduk . Kadang2 berderet2 aku dengan kakak dan abg aku duduk bersama2. Namun aku tidak sekali2 pun merungut apatah lagi mengeluh. Mmg pangkin tersebut banyak jasanya. Selain belajar , disitulahh juga tempat aku bersantai , mengunyah biskut kering , tempat makan keluarga dan juga berbaring2 .
Sewaktu aku mula belajar ditadika , ibuku selalu membelikan nasi lemak sebelum kesekolah . Sambil ibu memasak atau mengemas , aku duduk diatas pangkin menikmati nasi lemakku sambil sesekali melihat2 daun pisang yg melambai2 diluar tingkap sana. Kalau waktu hujan lebat turun , dari atas pangkin itu juga aku , abg dan kakak duduk menebeng melihat pokok2 pisang dan manggis bergoyang2 diterjah angin. Tidak termasuk sesekali katak2 melompat menyelamatkan diri dan siput2 yang tercatuk tergigil2 diperdu pohon kenanga yg berbunga lebat. Kenangan itu mmg sentiasa aku ingat selalu. Kadang2 apabila penat bermain , aku akan tertidur disitu .
Apabila hari lewat malam , kami adik beradik akan duduk bersila menunggu ibu buatkan susu..kemudian barulah kami berbaring2 dan akhirnya tertidur. Setelah itu ayah pula akan mengambil alih mengangkat kami ke tempat tidur masing2.
Oleh kerana ruang dapur umah aku besar dan lapang . Kebanyakan masa kami akan dihabiskan disitu sahaja. Hinggakan TV hitam putih 16 inci yang atuk beri pun diletakkan didapur. Dan dari pangkin itu lah kami duduk tekun mengadap , menikmati cerita2 P.Ramle dan lain2 cerita yang barangkali aku pun sudah lupa.
Apabila kami berpindah , pangkin itu diambil atuk ku dan diletakkan diluar rumahnya , dibawah pohon mempelammnya yg rendang. Dan ketika kami menziarahinya..pangkin itu masih berada disitu . namun agak uzur dimamah hujan dan matahari..lantainya pun sudah robek2 dan kakinya sudah rapuh dimakan anai2..setelah beberapa lama ia mulai renggeh dah akhirnya roboh jua menyembah bumi.
Kini pangkin telah mengalami revolusi baru selaras dengan perkembangan hiasan dalaman , dekorasi ruang serta seni hiasan laman. Macam2 bentuk pangkin dapat dilihat dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Tidak termasuk bahan2nya yang diperbuat dari batu atau kayu2 yang tinggi mutunya. Cantiknya , hmm tak usah cerita lah..
Tapi pangkin lama dan kenangan yg aku ada , mmg tetap tak ternilai harganya. Suatu hari nanti , kalau aku berpeluang memiliki rumah yang luas . Akan kubuatkan satu pangkin yang cantik dan berbumbung supaya senang utk aku sekeluarga duduk2 santai , minum2 petang sambil mengimbau kenangan dulu2.
Kadang2 , barang2 lama ini akan membuatkan kita jadi lebih menghargai selain mengingati dari mana asal usul kita. Demikianlah sebuah cerita..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
kenangan dan sesuatu...walala, mmg sgt indah bila dikenang...walau sering selalu kerapkali diingat...takkan pernah lapuk..
indah kan...peaCE 8p
...awak bawa saya pulang ke alam kanak2 yang sentiasa aman dan gembira...rindulah....
Post a Comment