Tuesday, May 23, 2006

Dengung Berdengung..

Alkisah semalam sewaktu pokcik hampir sampai ke umah , dari kejauhan terdengar bunyi dengungan yang agak sayup2 dan pecah2 macam ekzos pecah . Beberapa buah blok berdekatan kelihatan penuh dengan asap putih tebal yg tinggi kepulannya , seolah2 sedang terbakar jua lagaknya. Namun tiada pula pokcik dengar oang jerit2 atau lari2..iksh iksh..Namun hidung pokcik sudah mula terasa sesak dengan bau yg hangit2 dan pahit2.

Dan apabila kian hampir , sedor ler pokcik bahawa bunyi tersebut datang dari mesin penyembur. Operasi penyemburan nyamuk sedang di jalankan. Tapi..kalau tak silap pokcik , err minggu lepas tuh dah sembur jugak..Iksh iksh berapa kali nak sembur daa..

Gitu ler keadaan kawasan umah pokcik sejak 6 bulan lalu..hampir saban bulan dan minggu ada2 jek tetamu yg dtg nih..baik kerajaan atau swasta..baik yg menyembur berjalan bawak " bazooka " atau sembur guna meriam dlm van . Semenya asyik hendak menyembur saja. Ada juga sesekali pokcik tanyakan kakitangan penyemburan tu , katanya kawasan ini mmg sarang nyammuk membiak..Selalu ada kes2 denggi disini. Sebab itu lah kementerian kesihatan pantau habis kawasan ini. Oooo patut ler..

Memang sewaktu ketika dulu , telah diwartakan dalam media masa dan cetak bahawa kawasan area ni termasuk diantara kawasan yg tinggi kes2 dengginya. Banyak projek2 perumahan sedang galak dilaksakan disekirarnya. So kalau kawasan2 tersbeut tak dijaga kebersihannya , tentulah banyak nyamuk boleh membiak..iksh iksh..

Nyamuk aedes skg pun dah pandai2 dan canggih2..tak main le gigit oang bawah2 nih..dia boleh terbang apa gigit oang yg dok flat lagih..iksh iksh...gulam kastam betul lah nyamuk2 nih..

Maka utk tidak makin merumitkan keadaan..pokcik pun mula lah membersihkan kawasan sekitaran pondok pokcik nih . Mana2 botol atau tin kosong tu , pokcik buangkan airnya dan penuhkan balik , lepas tu bubuh racun siap2 ( cehh nyamuk2 tu tak tau..ssyyyttt jgan cakapp..ahaks ) . Mana2 bekas tayar kosong atau pasu2 pecah tuh..pokcik bubuh tanda siap2 “ PERHATIAN !! Nyamuk Aedes ! , anda dilarang sama sekali bertelur disini " , err harap2 dowang baca ler..hik hik ).

Dan yg lebih trill lagi..pokcik pun turut perasapkan apa2 yg patut . Dari atas umah sampai ler ke bawah umah , pokcik sembur ngan asap yg tak kurang hebatnya. Hinggakan ayam itik pokcik terbatuk2 juga adanya . Lembu , kerbau , rimau buaya seme pun hampir tertunggeng dek kerana tak tahan menghidu asap tu. Habih kawasan umah pokcik nih penuh ngan asap2 ..macam di alam fana cintalah kiranya tuh ahaks..

Aktiviti ini terhenti tiba2 apabila oang sebelah umah pokcik dengan terbatuk2 dan terkokoh2 nya menjerit “ Hoii ! Pokcik..awat bakar kemenyan beriya2 benor nih ?.. malam nih bukan malam jumaat laa..uhuks..uhuks..sesak nafas la oiii..! ’’

Errks kemenyan ??..iye ke ? Astagaaa...alaaahaiii.. hik hik

5 comments:

Semut Api said...

Salam Pokcik...

rasa-rasanya sesuai kalau pokcik bakar sabut kelapa..sy jamin gerenti nyamuk bukan saja batuk tapi bole kiok!

tapi awas, jgn sampai JAS tau, nnt kena saman..buat pembakaran terbuka :D

Wirawan Terulung said...

kalo pakcik nak tau, nyamuk aedes srkang ni mmg dah bijak2 belaka. Bukan stakat masuk skolah, siap masuk unibersiti lagi...
hahahahaha :p

Mersik said...

deanz - jangan buat hal..kang tak pasal2 pokcik masuk jel..plak..silap2 satu kg leh terbakar hiyaaa...

wirawan - iye ke..uishh..itu amik course apa ek..entemologi ke..atau BSc in mosquitoring gituu hahahaha..

Faridt said...

Utk makluman, kawasan Bangi,Putrajaya dan kawasan2 sewaktu dgnnya memang sarang nyamuk aedes.
Sebab kawasan2 ini adalah kawasan pembangunan baru.
Rakan-rakan kerja saya dah ramai kena denggi dlm tempoh separuh tahun ini.
Berhati-hatilah bila berada dikawasan tersebut terutamanya waktu awal pagi dan senja sebab
masa tu aedes tengah kebulur :)

Anonymous said...

best regards, nice info 15 inch lcd display stand Jeep crank angle sensor Buy dream pharmaceuticals from online protonix mcse brain dump rhinoplasty email results Cpi corp.