Friday, May 19, 2006

Aahh..bukan salah pokcik.. ( Bahagian 2 )

Adapun lama kelamaan2 barulah pokcik menyedari akan kepelikan umah pokcik yg satu ini..kisahnye bermula pd suatu pagi pabila pokcik membuka blog dan mendapati jam dinding pokcik hilang..waa kelam kebut pokcik dibuatnya..puas pokcik mancari diserata dinding termasuk dinding umah sebolah..namun tak dijumpai . Pagi itu begitu hilang arah pokcik dibuatnya tanpa mengetahui masa yg berlalu..Hinggalah pd sebelah tengah harinya pabila pokcik membuka lagi ..baru lah jam tu ada balik..uii pelik sungguh..seram bulu romeo pokcik..meremang janggut pokcik dibuatnya..sampai tegak2 bulu ketiak pokcik ada2nya..ahaks

Nasib baik ler ptg tu juga Tok Lipat datang. Sibuk ler pokcik suo dia tenguk2 kan apa2 yg patut dan serapah2 kan apa2 yg tak patut..jenuh ler oang tua tu berpawang..memeriksa setiap inci dan sentimeter umah pokcik , setiap dinding serta tiang2 seri termasuk juga tiang2 lampu , tiang2 telefon serta tiang reban kat belakang tu. Kadang2 pokcik lihat Tok Lipat nih menunggeng2 , sambil melihat umah pokcik dari sudut celah kelengkangnya..konon2 kalau tiang tak jejak tanah , maka umah pokcik nih ada ha ha haaaaaa…haa chummm !! ( alhamdulillah..bersin sat ) .

Bersungguh benor dia menunggeng dari setiap arah sampai tertidur2 dia dalam keadaan menunggeng jua. Nasib baik pokcik kuit2 punggung dia sampai dia terlompat2 keterperanjatan.

Ramai juga yang mengadu yg tag board anjung bawah umah pokcik nih panjang sangat..Jenuh oang nak menulih. Dalam hal ini seteleh ditelek dan dikaji2 oleh Tok Lipat , katanya umah pokcik nih “ keras ” , seluruh umah termasuklah lantai serta tiang2nya sekali . Bila pokcik fikir2 ada betulnya jugak..sebab dua hari lepas..si Dol , anak jiran sebelah tu main lari2 kat sini . Tah cam mana terhantuk kat tiang nih..benjol dahi nya. Agaknye betul la tuh..kalau tiang tu tak keras takkan dahi dia benjol ek..hmm..

Tok Lipat kata kena perasap rumah tujuh keliling..bior segala mambang2 yg tak berkenaan akan pergi jauh..Iyo la tuh tokk.. Namun akhirnya , hanya sekali sahaja yg sempat . Sebabnya setiap kali gi belakang tu..dia geli gelaman, sebabnya ada banyak pacat. Bila pacat melompat kekaki pokcik..Tok lipat plak yg melompat bergayut kat pokcik..iksh iksh buat malu kaum jek..

Apa2 pun Tok Lipat kata..tak ada masalah besor..Cuma biasalah..benda gitu2 ( sambil tangan wat patuk2 ) nih..serah kan ler pada yg pakar..Bila pokcik tanya siapa ? Perlahan2 dia toleh kiri kanan , mengesot2 dan mendekatkan mulut dia ketelinga pokcik . “ pakar IT ” katanya separuh berbisik..

Huh..agok dahh..