Monday, January 29, 2007

Sesuci embun pagi..

Hari ini pokcik bangun dengan senyuman yang mekar berbunga. Terasa dingin dan nyaman sekali dipagi hari ini. Burung2 berkicauan memuji2 langit kirmizi yang beransur cerah. Seketika jaluran fajar pagi pun melimpah bersama segala pintu2 rezeki yang terbuka luas untuk para makhluk yang melata dibumi. Sungguh indahnya suasana pagi di sana sini.

Begitulah sinarnya turut menerangi pondok pokcik yg sunyi sepi saban hari. Tatkala matahari semakin naik separuh galah, kedengaran pula riuh rendah bunyi ayam itik keluar keluar dari reban mula mencari rezeki. Cik Tom pula..sudah lincah berlari mengaktifkan badannya.. ( utk tido semula , kan dia malam berjaga ), manakala bunyi kenderaan pula sayup2 riuh di jalan besar sana.

Sesekali merenung langit, hati pokcik jadi insaf. Begitulah cantiknya alam ciptaan Tuhan ini. Segala2nya bukan semata-mata untuk dinikmati malah difahami sekali..bagi mereka2 yang tahu

Pokcik berjalan lesu menghala ke perigi belakang berkelubung kain pelikat. Sambil tuh merasa2 akan air tempayannya yang sejuk serta menggetarkan tulang hitam. Air dari sumber alam tidak pernah jemu untuk memberi nikmat kepada manusia.. Sudah sepatutnya manusia ini bersyukur banyak2 kepada Penciptanya. Pokcik bermusahabah lagi, memejam mata sambil mencangkung kukuh penuh tafakur.

“ Atukk!…apa wat tu tak mandi lagi? Aiii takkan takut mandi air sejuk kut.. “

Suara Dol tiba2 menjerkah. Pokcik tercelik mata lalu menoleh. Dia yg sudah siap berpakai cantik tersengih2 sebelum dipimpin Mak Limah untuk ke sekolah tadika. Sempat juga dia melambai2 pada pokcik.

"Uishh..Dol nih , tak boleh oang nak melayan perasaan langsung…kacau laa.. " pokcik mengomel sendiri, sambil mencelup air didalam tempayan dengan jari. Ooooo.. oooo... sejuk nye..
sambil terus2an mengigil.. gegegegege

Alahaiii...

4 comments:

Anonymous said...

Menarik cara u menulis kali ini. Bila lagi nak hantar manuskrip novel?

~zalisa maz~

Anonymous said...

Dol... oh Dol... lama Opah De tak dengor Dol menegur Pokcik... aduhh... aduhh... ahakz..sabo je aku. Tu ler Pokcik, bangkit lambat. Kan dah kena sengih ngan Dol... Dol sihat ke Pokcik? OPah De rindu lak kat dia... ahakz..sabo sabo... Sabo Pokcik! Huhu...

Abang Long said...

hari ini abang long mandi pakai air panas .... sebab demam .... eh banglo pokcik tak ada water heater ke ?

Mersik said...

zalisa maz - Terima kasih kerana menyedari. Alahaii.. sekarang nih tengah bertatih2 berlatih. Niat dihati ada juga nak menulis.. nak berdiri sama tinggi gitu.. kekekek


Opah De - Amboi2 asyik tanya si Dol jek.. Mentang2 la dia dah sekolah tadika dan pokcik tidak..huu jelesnya..kekekeke

abg long - sini mana ada water heater. Kalau nak moh kite ke khulafa bistro.. yg pastinya, nescafe tarik dan tehnya panas2 gituu kekekek