Wednesday, January 31, 2007

Cium..

Pokcik sedang duduk menegun diatas tangga bila terlihatkan si Dol yang mencium tangan Mak Limah sebelum naik motor ayahnya utk ke tadika. Kadang2 kalau Leman sibuk Mak Limah yg menghantarkannya. Sengaja mereka tidak mahu membiarkannya pergi sendiri, sebab nanti akan melencong ke tempat lain plak.. mengagau bermain2 diparit. Kadang2 pokcik pun diajaknya sekali iksh iksh budak2 zaman skg..hik hik

Dalam pada tuh pokcik berasa sangat bangga sebab tiap2 pagi dia selalu cium tangan mak dan ayah dia. Walau pun Dol nih nakal, pokcik rasa dia akan berjaya dan jadi seorang yg berguna di masa depan. Cium tangan ibu bapa tiap2 pagi banyak membawa berkat .

Sebut pasal cium nih pokcik rasa nak tergelak sendiri.

Semasa kita bayi, ciuman adalah murah dan mewah. Sentiasa mendapatnya hari2 hatta sedang tido pun sekalipun. Ye lah, baby kiut la katakan..

Ciuman bagi remaja pula. Ohhh.. sangat terlarang gitu.. “ Eiii mana boleh , kita belum kahwin lagi tau.. mana boleh cium2 .. berdosa “ iye lah tuu.. dah harap2 begitu..

Ciuman bagi seorang tua cam pokcik nih.. Hmmm.. terpaksa pula dibeli2 gituu..

" Dol..meh sini cium atuk nak? Meh laa.. atuk bagi 20 sen.. meh laa.. "

" Ooo tak moh laa..atuk busuk, bau kopi lagi.. kalau nak suo cium gak, bagi singgit.. "

Alahaiii…

Nota : Kepada rakan pokcik sipembawa lori, Cenna Mari , yg terkenal dengan "sini mari" , " datang mari" , "sana mari" dan segala2 mari2nya. Selamat menyambut Thaipusam.. Agaknya tahun nih dia "angkat mari" itu kavadi kut.


Dan yg lain2 plak..Selamat bercuti..

11 comments:

Abang Long said...

Pokcik tak pergi Batu Gua ka ? eh ... pokcik tak ber coti ka esok ?

Mersik said...

Abg long - Uishh nak gi sana wat pe? gi Batu Pahat jek dah ler..leh balik kg sekali kekekeke

©Nur Raina said...

Pokcik, pekabo? Laaa... ish, minta Dol cium itu la jadinya. Cuba mintak Marpunah yang cium, mesti pree je... ahakz... Opah De nak ucapkan terima kasih (kalau cakap kat orang hindustan ini, teri ma kaise bermaksud, emak kau apa kabar? ahakz...)... Okay, kan dah melalut. Opah De nak ucapkan terima kasih sebab memberi sokongan dan semangat kepada Opah De di kala hati dirundung hiba.. uwaaa... tapi dah tak nangis dah.. Dah okay dah... ahakz.. Jadi ke balik kampung?

Mersik said...

Opah De - Uii kalau mintak Marpunah ciuom dah kira bahaya dan skandalism paling besor abad ini kekekeke..

Alah, tak apa..kita kan selalu ada bila opah de dalam kepanasan.. Tukang kipas2 gitu hik hik. alahaii..

Tak jadi balik kg aa.. tunggu cuti yg panjang2..cam raya cina ke..hik hik

©Nur Raina said...

Oooo... terima kasih daun keladi. Lain kali kipas ler lagi... ahakz... hmm... bila raya cina nih? Sabo je aku. Macam ler nak sambut.Kot ler dapat angpau kat nyonya kat sebelah rumah... ahakz... dia dari mesia. Org KL tapi dah lama dok kat sini. Bila cakap, minah saleh habih tapi sekali sekala tersasul gak 'lah' dia tu... agaknya berkenan kat pak lah kot.. ahakz...
Balik kampung nanti ajak Dol tak? huhu...

Mersik said...

Opah De - Uii tak sana tak byk masyarakat cina ek? laa haii ciannya. Gii aa ke Chinatown nenguk tarian singa dan rasai keriuhan main mercun dan bunga api..

Raya Cina jatuh pd 17,18 Feb. Dan jgn tanya pokcik tahun nih tahun apa? kekekekek

©Nur Raina said...

Keh keh keh... Opah De tahu. Tahun ni tahun ba alif ba ya... ahakz.. pada sesiapa yang tak tau ngeja jawi tu baik ler gi mendaftar kat pokcik.. sebulan sepuluh ringgit Pokcik kenakan bayaran. Bayar kat Dol.. huhu..sabo je aku. Dol mesti mintak komisyen punya... huhu...

18hb Pokcik... aiii... semakin naik usia Opah De... huhu... nak buat apa yek tahun nih?

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Anonymous said...

[url=http://www.bettybrigade.com/contact/news-professional.php]Viagra professional[/url]

Anonymous said...

Helo ! Forex - Работа на дому чашкой чая получать удовлетворение от работы стала независимой, достаточно зарегистрироваться forex [url=http://foxfox.ifxworld.com/]forex[/url]