Tuesday, January 23, 2007

Banjir melagi lagi...

Malam ini pokcik maleh nak mengingati tentang banjir. Bukan kerana mengalami trauma kejap2 diatas kejadian yg menenggelamkan kampung (tanpa) halaman pokcik tuh, tapi kerana kekerapan mengingatinya boleh menyebabkan pokcik jadi tak senang hati.

Sudahlah pilu ini makin menyayat2 hati, ditambah pula dengan rasa resah yang melipat2 tangkai kalbu. Boleh jadi kacau jiwa pokcik dibuatnya. Makan pun jadi tak lalu, hatta memakan roti canai berkuah “banjir” diwarung mamak sekali pun tiada berselera jua.

Segala2nya biarlah pokcik serahkan pada Tuhan yang satu. DIA lebih mengetahui. Semoga sedara mara pokcik dikg sana tuh sihat2 sejahtera dan selamat2 hendaknya. Tak kisah ler duduk beramai2, bersesak2 serta ber riuh2 sekalipun, janji makan pakainya cukup kerana bantuan datang serba melimpah2 selimpah air yang bertandang dari muara empangan Sembrong dan Bekok.

Semoga Tuhan sajalah yg membalas jasa2 para penyelamat serta anggota unit bantuan rela. Tak kiralah sama ada mereka rela atau tanpa rela. Tanpa mereka semua, kemanalah agaknya nyawa ini kan bu bawa? ( Sambil mengesat2 air mata yang mula menitis.. dan mula nak terisak2)

Namun sedikit rasa marah mula merapi dalam hati pokcik nih bila mengenangkan di masa2 darurat begini pun, ada pula insan yg mengambil kesempatan, memecah masuk rumah serta mencuri harta benda oang lain. Iksh iksh tak ada kerja sungguh manusia2 durjana ni. Tak bermoral langsung aktivitinya. Sudahlah oang derita dilanda musibah banjir, dia lagi makin nak menyusahkan.

Itu belum masuk kes penyelamat yg mencabul. Huh! Lagi laa pokcik rasa bertambah2 marah. Oang macam nih harus diketuk jek kepala nya patplo juta belas2 kali, kemudian dicampakkan ke sangkar buaya yg banyak kat daerah Muo sana tuh kerana antara makhluk berdua tuh tak ada bezanya gitu.

Oh! Maafkan pokcik kerana menuliskan kisah banjir lagi..

Hati ini terasa sukar dihalang2 gitu… Alahaiii…

6 comments:

farah said...

saya pun sedih setiap kali baca suratkhabar & tengok berita. meleleh airmata. saya ni mmg cengeng sket....hehehe...ini adalah ujian dari Allah. semoga mereka yg mengalamainya akan tabah hadapi dugaan ini. setiap org ujiannya berlainan.

nor ash burn said...

oi, pokcik. tak guna marah merapi tu. tunjuk gentleman. turun padang. ketuk semua kepala si pencabul tu dh tu lontarkn kat buaya2 yg tngh lapar. jd hero, blh gak dpt pingat seketul dua.

sharifah said...

assalamualaikum...

kepada penduduk johor bersabarlah dengan ujian Allah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian malah saya rasa penduduk johor sangat bertuah kerana liputan banjir disiarkan dengan lebih terperinci dan bantuan datang tak henti-henti....tidak seperti sewaktu terengganu dan kelantan banjir...bukan tak seteruk itu malah ada yang lebih teruk...tapi mungkin kami dah biasa dengan keadaan macam ni...sebab itulah setiap kali musim hujan kami dah siap-siap letakkan kereta atau apa sahaja dalam keadaan yang lebih tinggi malah setiap kali hujan turun setiap kali itulah hati kami tidak tenang....begitulah yang berlaku setiap tahun...dan kami sendiri hairan tahun ini keadaan sangat berbeza...walaupun kami dah bersedia seperti tahun-tahun sebelumnya...

moga kita sentiasa dalam lindungannya

wassalam

Mersik said...

farah - Tak mengapalah, dugaan thn ini berat sungguh bagi daerah2 sebelah sana tuh. Sama2lah kite mendoakannya..

nor ash burn - Oooo abih tuh cam mana? pokcik tak sini..kalau kesana pun tak sampai nye.. jalan dah putus. Kalau ada masa tuh..uii dah lama pokcik hempok ngan bot oang2 yg jahat tu..huhh! (sambil cekak pinggang dan nafas turun naik) gegegege.

(Nor ash , terima kasih kerana menganggap pokcik nih gentleman.. hik hik *wink* patplo kali huu huu )

sharifah - Alahaii agaknya Tuhan nak tunjukkan bahawa kebiasaan tu tak mustahil berubah.. Kalau nak jadi, maka jadi lah..

So, anggap jek la sebagai dugaan dan pengajaran (barangkali) pd setiap insan..

Terima kasih kerana turut merasai penderitaan kami yakni oang2 kg pokcik tuh..Senang2 maih ler kesana ( bila air dah surut aa ) alahaiii

Anonymous said...

Assalamualaikum Pokcik... sabo pokcik sabo... memang sakit hati bila membaca citer-citer macam tu tapi kalau kita ikut rasa hati, kita yang sakit balik,kan tak guna. Baik kita gunakan suara kita untuk melaung-laungkan jihad (erm... he he he.. memandai je aku). Yalah, kita kena bagi kesedaran kepada orang-orang yang tak sedar itu supaya sedar diri kerana kalau bukan kita yang cuba menyedarkan mereka, sampai bila-bila pun mereka tak sedar... erm.. huhu... baca tak berita ttg peragut di china yang kembalikan beg tangan yang diragutnya selepas wanita mangsa ragut itu menghantar sms 21 kali kepadanya (melalui hp wanita itu lerrr yang ada dalam handbag yang diragut). Wanita itu menasihat dan memaafkan lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu bertaubat dan serahkan balik beg tangan wanita itu... sabar je aku.. huhu.. kiranya, di sudut hati orang yang jahat, ada juga secebis kebaikan. Cuma kita perlu mencari jalan untuk menolak kebaikan itu mengharungi kehitaman hatinya supaya dia sedar dan insaf... huhu.. amboi, cam ustazah lak. Ustazah Opah De... ahakz... Sihat hari ni Pokcik?

Mersik said...

Opah De - Huu huu..pokcik sihat. Sehari dua nih nampak gayanya banjir cam dah kurang. tapi oang dok sibuk pasal gembombang ke 3, aduss lagi la pokcik tak senang duduk..