Uii seronok betul pokcik bila diumumkan tahun 2007 nih adalah tahun melawat Malaysia. Meriah jek nampak peresmiannya malami tuh, dengan pertunjukan bunga api, nyanyian, acara kebudayaan, zapin dan ada buaian roda yg besor sikit dari yg pokcik naik kat funfair zaman dulu2 tuh.
Menarik sungguh nih... Dah lama pokcik tak berjalan2 makan angin melawat2 Malaysia. Maklom la duduk dipondok buruk nih, jarang dapat kemana2. Dok ambik angin2 malam jek. Tuh yg masuk angin kekeke. Manalah nak tahu pasal perkembangan semasa apatah lagi yang berlaku dalam Negara.
Negara kita pun banyak tempat2 yg menarik dan senang nak pergi. Kos pun murah. Pengangkutan senang. So, boleh la kumpul2 duit dan merancang untuk melancong didalam Negara Malaysia yang tercinta nih dalam setahun nih. Negara kita pun kaya dengan panorama hutan2 , pantai2 yg cantik, tempat2 bersejarah dan tempat2 pelancongan yang kelas2 gitu. Tentu ada tempat2 yg menarik yang anda seme tak lagi kunjungi, mana tahu anda dapat belajar sesuatu darinya.
Apa2 pun, pagi nih lepas gi kedai boli biskut dan kopi tongkat Ali, pokcik ingat nak melawat umah Leman sebelah nih laa..
Lagi pun umah dia pun kat Malaysia jugak hik hik kekeke..alahaii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Pokcik, Pak Lah rasmikan tak? Kat sini bulan entah bila, patplo bulan lepas kot, dia rasmikan kedai nasi kandaq adik ke abang dia yang nama Ibrahim tu kat Perth. Kat Victoria Park tempat Opah De selalu melepak... ahakzz (nak tulis melepas lak... sabo je aku). Nama restoran dia tu Puteri Nasi Kandar. Sabo je aku. Belum pergi lagi, tengok-tengok je masa lalu tadi.. huhu... eh, lari dari tajuk daaa... berapa banyak punya daaaa...
Opah De - Uii apa2 juga yg melambangkan M'sia, kita harus bangga gitu. Walau pun berada nun jauh disana..
Kurang2 nya nak cari makanan halal nanti tak susah oo..uii nasi kandar lagih..aduss hik hik
Post a Comment