Saturday, January 06, 2007

Dan pokcik pun ber RESOLUSI lahh..

Adapun setelah agak lama memendam rasa, mencari2 masa dan makna sebuah resolusi pada tahun baru 2007 nih, akhirnya pokcik ketemu juga kesimpulannya. Rasa2nya juga, pokcik terpaksa akur dengan kemampuan diri. Kalau nak diikutkan memang banyak nak dilakukan dan dicapai tahun ini.

Walaupun usia sudah meningkat tua, namun semangat pokcik tetap semarak dengan perkara2 yg perlu dilakukan dan sasaran yang ingin dikecapi, walaupun tertangguh2 dan berkumpul2an dari resolusi2 yg berpuluh2 tahundulu tertunda2 atau tak tercapai kekekeke..

Maka dengan rendah diri dan senang hati, inilah saja yg pokcik harap dapat buat tahun ini.. Dan kenapa pokcik memilih hanya tiga sahaja..

Mendekatkan diri kepada TUHAN dan melebihkan amal ibadat .


Walau pun sudah sedia maklum dan wajib buat akan rukun2 ini, tapi untuk melebihkan nya barang sedikit demi sedikit tiap2 tahun juga amatlah digalakkan. Maklom la, usia semakin menuju imsak dan amal belum lagi sesak2. Balik2 terpana dengan warna2 dunia yg kadang2 mematikan saraf2 keinsafan pokcik. Membuat pokcik terbuai dan jauh dari mengenal diri. Oh! Sastera sungguh bahasa pokcik nih hik hik


Menjadi SIHAT :


Siapa kata jadi tua itu menyusahkan dan menyiksakan? Tentu sekali tidak, kalau anda adalah seoang tua yg sihat gitu.. Dgn sebab inilah pokcik nak jadi sihat dan bertenaga. Setakat kopi tongkat Ali pun tak membawa pokcik kemana2 ( setakat duduk bawah pokok pelam dan anjung lepak2 serta menggelamun jauh saja).

Oang2 tua nih kadang2 kalau tak dijaga akal dan tubuhnya, nanti akan jadi seperti budak2 balik. Mudah kena penyakit, mudah berubah emosi dan tentunya menyusahkan sesiapa saja. Memandangkan pokcik hanya sebatang oang, maka perlu lah pokcik menjaga diri sendiri sebaik mungkin.


Ingin lebih MEMBUAT BAKTI.


Seperti lagu P.Romlee tuh, tiada kata secantik bahasa, maka dengan berbahasa cantik lah pokcik akan lebih dihargai dan hormati. Ini merangkumi kata2 nasihat, motivasi, lawak2 bermesej dan ngobrol penuh isi. Walau pun kadang2 pokcik nih tersyok sendiri dan ternyanyuk tanpa disedari, tapi sedaya upaya pokcik akan cuba jadi lebih menasihati gitu.

Lebih2 lagi dalam menceritakan perihal diri ini, harap2 dalam terhibur ketawa tuh ada sesuatu yg dapat disemat diminda. Tak mahu lagi terhanyut dalam “glamerism” dan “skandalism”.. Uii bahayo tuu seme2..gegege


Nampak nye itu sajakah yg dapat pokcik fikirkan dan muktamad untuk resolusi tahun nih. Lain2 tu rasanya tak tercapai dek tangan dan takut kalau2 tak kesampaian hayatnya gitu. Kadang2 pokcik keliru antara keinginan dan keperluan. Namun syukur otak yang dikurniakan Tuhan nih masih boleh digunakan lagi dengan waras dan bijaksana. Dan tidalah yg lebih membahagiakan pokcik selain dari membuat perkara2 perlu yg tiga itu.

Biarlah oang kata pokcik terlalu dangkal dan sempit fikir. Ini resolusi pokcik. Seorang tua yg sudah lama “makan garam” dan melihat dunia. Tak dapat dibayangkan cam mana dunia tanpa garam. Kekeke..alahaii . Namun terlalu banyak makan garam pun akan memudaratkan. Percayalah.. pokcik tak tipu..

kalau anda sekelian oang muda dan berjiwa besar tentunya resolusi anda lebih mencabar dan berstrategi. Ini memang perlu dan patut buat. Jangan muda2 lagi dah malas dan asyik mengeluh itu ini. Bagi otak dan jiwa ni makan banyak2 ( membaca buku dan beramal ). Sudah pasti anda seme akan berjaya didunia dan juga akhirat.

Semoga pokcik dan anda seme akan berjaya. Kuatkan azam, kuatkan usaha, tanamkan semangat dan, mudah2an cita2 atau impian anda akan tercapai.
.
(Psst.. nih ada satu ruhsia.. kalau korang seme nak tahu, “ masa” sangat cepat berlalu, sangat2 cepat.. alahaiii )

5 comments:

nor ash burn said...

mmg masa cepat berlalu. pokcik x terdesak ke nk cepat2 mengakhiri zaman bujang pokcik? cepatlah kahwin, pokcik. cepatlah....

Mersik said...

nor ash - uii tang itu enggak boleh cepat2 dong. Bahayoo.. sbb nye mau cari yg sejati hingga ke akhir hayat, yg faham akan diri dan rela sehidup selama tak mati2 hik hik gegege..

Tidaklah juga terdesak sangat. Cuma belum ketemu gitu. Amboi2 nak tulun carikan ke? hik hik alahaii..

nor ash burn said...

tolong carikn, tak pandai. tp tolong doakn agar ketemui yg bersesuaian di hati, blh la.

tpkan, pokcik... nk cari teman hidup nie, jgnlah terlalu pentingkan kesempurnaan pd dirinya. sebaliknya pokcik kena jgk belajar menerima kekurangan yg ada. dh tu pokcik kenalah bijak memainkn peranan sebagai seorg pemimpin. apa2 pun, selalu yakin bahawa Tuhan Maha Adil. LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YG BAIK. PEREMPUAN YG BAIK UTK LELAKI YG BAIK.

salmah said...

mudah2an segala resolusi dapat dilaksanakan dengan azam yang jitu...
mersik boleh!

Mersik said...

nor ash burn - Amboi2..panjang sungguh khutbahnye, buat pokcik jadi takut2 mahu gitu kekekek.
Terima kasih sidaun keladi la ye..hik hik.

Kadang2 pokcik konpius gitu, kenapalah awak sentiasa perihatin pada pokcik yg sering "keseorangan2" nih gegege hik hik alahaii..

Salmah - Itulah, harap2 dikuatkan hati dan semangat gitu. Mudah2an akan dipermudahkan..hik hik