Sunday, February 04, 2007

Selamat akhirnya..

Lega sungguh hati pokcik hari nih. Lega selega2nya.. Tidalah yg lega melainkan lega2 belaka.

Alkisah telah diberitakan seantera Malaya bahawa kg pokcik yakni Batu Pahat itu telah bebas dari banjir sepenuhnya dan semua tempat pemindahan telahpun ditutup. Bermakna, yaa.. gitulah.. seme boleh pulanggg..

Iksh iksh tentu banyak cerita2 gembira yang beriuhan disana sini. Tak lupa jua disulam dengan sedikit kecewa dan sedih pabila melihat rumah2 yg terpaksa ditinggalkan menjadi buruk dan bersepah2. Perabut2, barang2 letrik, tilam dapur seme hilang tah kemana. Belum lagi termasuk ayam itik, lembu kerbau yang sah2 payah nak mencari jalan pulang.

Kebun2 kepala sawit, nenas, pisang ubi seme musnah terendam dek air lama2. Tuan puan punya ladang terpaksa berendam air mata. Tapi itu bukanlah penghabis segala hal didunia, insyaAllah ia boleh dipulihkan semula walau terpaksa mengambil sedikit masa. Sabar, itu seme ujian Tuhan.

Tok lipat berkabo2 ceria sejak pagi semalam. Ubat2an nya tak hilang, rupa2nya telah disimpan diatas loteng. Maka bolehlah dia berniagakan kemahirannya semula. Cuma buat masa nih dia banyak kerja dirumah, terpaksa dilipat2 dulu kain bajunya yng bertaburan.

Dan Makcik Salemah ? Hmm...

Seminggu sebelum banjir pulih dia telah diambil oleh anaknya yang tingal dikg berdekatan. Sementara anak2nya yg lain berpakat2 hendak membetulkan bahagian dapur rumahnya yg hilang entah kemana. Hasil dari gotong royong ala kadar tersebut, maka tersergamlah semula dapur Makcik Salemah tuh walaupun tidak semuanya baru.

Dan tatkala kembali semalam, riuh mulut makcik tua tuh bertanyakan itu ini dan kenapa umahnya dibega2 kan segala. Jenuhlah anak2nya nak menjawab. Ibarat menjawab pada sang Hakim gitu. Maklom lah oang ta nih kan taksub pada umahnya yg menyimpan segala macam nostalgia selain memori yg indah2 bersama suami tersayang.

"Alah... mak, cantik la tuh, tingkap dapurnya alih tempat lain pulak, tukar selera, " jawab si anak yg tua bila ditanya kenapa tingkap nye tak ngadap kebelakang sebaliknya mengadap umah tok lipat dan umah Mak Bibah sebelah menyebelah.

"Dapur tuh kan dah lama. Nanti kita tukar lah. Letakkan kabinet baru.. " jawab anak yang tengah bila ditanya kemana hilang dapurnya dan kenapa jadi tonggang langgang kuali, periuk belanga semua.

Semua geleng2 kepala, malas nak layan bebelan maknya, terutama hal2 dapurnya.. Oang tua nih, oang dah tolong baikkan dapur, dia marah2 pulak. Tapi dek kerana dia itu "emak", maka masing2 senyap jek.. layannn..

" Alah mak, bior lah serba baru. Nanti senang sikit nak buat kenduri kendara, manalah tahu mak mak dapat menantu ke atau... mak sendiri yang nak kahwin ke... “ jawab anak perempuannya yang paling bongsu, yang sudah tak tahu nak kata apa lagi.

Mendengar hal itu, Mak Salemah langsung tak terkata malah bebelannya terhenti tiba2. Dia naik ke atas rumah tersipu2 dan asyik tersenyum simpul. Sungguh hairan gitu..

Agaknya.. ada lah sesapa yg dijumpainya tu masa ditempat pemindahan dulu. Uii... ada hati sudah terusik nampak.. kekekeke alahaiiii Mak Salemah nih..

6 comments:

©Nur Raina said...

Assalamualaikum wbh Pokciks.... syukur kan, banjir tu dah surut. Memang ler... lepas surut ayo bah tu bukannya mangsa-mangsa banjir tu leh balik ke rumah depa macam sebelum jadinya bah... sian Opah De dibuatnya. Sabar sabar... nasib baik ler boleh menghulur bantuan melalui saluran yang dikhaskan. Kalau idak, hiba rasa hati.
Orang tua cam gitu ler... dapur tu macam balairong seri kalo Pokciks nak tahu... cam masa kami nak beli umah dulu, Opah De menonong je tengok dapurnya dulu... ahakz.. kalo tak elok, tak rasa auranya..cewah... tak ndak Opah De rumah tu... Kan tempat orang pompuan tu di ceruk dapur. Tapi dapur yang vogue lerr... ada telivisyen, ada itu ada ini.. keh keh keh... sabo sabo

Mersik said...

Opah De - kekeke uii.. botul tuh, syukur byk2.. nnt2 pokcik pun nak alik kg aa. nenguk2 suasana selepas banjir.. alahaii..

(Suka dapur yg ada tukang masaknya sekali..kekekek huu huu sabi jek aku ahaks )

nor ash burn said...

sy terhidu sesuatu yg menarik tntg citer pokcik nie. Makcik Salemah tu girlfriend lama pokcik ek? uiii menarik!
teruskn citer. tak sabar nk tahu kisah selanjutnya. apakh pokcik balik jgk ke kampung dn menjenguk Makcik Salemah? benarkah Makcik Salemah sdng ditimpa perasaan? apakh pokcik akan meluahkn perasaan pokcik kpdnya? apakah Makcik Salemah akan menerima? apakah kesudahan kisah cinta 2 warga tua nie.... ahak teruja sesangat nk tahu!

Mersik said...

Nor ash burn - Ahaa..itu bermakna anda sangat peka. Tapi kan..utk pengetahuan seme, pokcik tiada bersama2nya berpindah atau mengharungi banjir. Hanya mender cerita dari Tok Lipat sahaja. So, sah2 ler bkn pokcik yg ditemui sepanjang pelariannya..

Dulu, mmg kami teman tp mesra. Taklah tersampai girlfriend boyfriend gitu.

InsyaAllah, kalau balik nnt akan pokcik ziarahinya.. mungkin nak mengorek2 rahsianya..hik hik alahaii..

Sekian..

Amboi2 nape awak suka dgn kisah2 cinta warga2 tuh nih ye? hik hik adakah kerana penuh rahsia atau sedap bunyinya..kekekekek

nor ash burn said...

pokcik perli sy ek? sy tahu ler pokcik x mengharungi banjir bersama makcik tu. dn sy akur dulu2 pokcik x sampai berboyfriend girlfriend ngan dia. tp jika takdir menghendaki, siapa tahu esok2 pokcik balik ziarahi dia, tercetus pula perasaan yg x ada tu menjd ada. lgpun sy berminat ngan kisah cinta org tua2 nie,sbb kisah mereka selalu agak luar biasa. x mcm org skrg bercinta, satu dunia dh tahu sebelum mak bapak mereka sendiri tahu. so, jgn perli sy. pergi merisik apa2 yg patut. dh tu khabarkn jgk apa yg tersembunyi dlm hati tu. rahsia di hati hanya pokcik yg tahu! *tahan2 gelak*

Mersik said...

nor ash burn - Oohh begitukah? Takdir dah waktu? Amboi2 gubranya pokcik.. Alah, jgn ler mengkenen2kan pokcik ngan makcik Salemah tu.. waaa.. biarlah zaman2 dulu berlalu bagai angin lalu.. oops silap, bagai rinduku diangin lalu kekekekek..

Menziarahinya juga perlu sbg seorang kawan lama.Tentu byk perkara nak diborak2kan.. Uii tak sanggup rasanya nak merungkai hatinya.. kang tak pasal2 tertimpa perasaan pokcik dibuatnye kekekek

Tak ada nye yg luarbiasa pasal cinta oang2 tua nih.. cuma usia nye jek yg dah melanjut..Maklom la hati makin lama makin muda hik hik

Uii pokcik rasa cam diinterview2 gitu hik hik ( gelak malu2 ayam) huu huu