Tuesday, February 06, 2007

Gunting rambut..

Ringan sungguh kepala otak pokcik hari nih. Ringan seringan2nya.. Tidalah yg ringan melainkan ringan2 belaka. ( ceh cam pernah dengar jek ayat nih hik hik)

Ooops.. lupalah nak kasi tahu, pokcik baru sahaja bergunting rambut. Hmm.. biasa ler, bila rambut dah macam gipsi atau ngerbang2 ala Man Kidal nih, mulah jadi tak selesa.. hik hik.. bertocang salah, bertoncet salah, bersanggul pun salah. Baik pokcik gunting.

Namun hati ini rasa sedikit panas aa ( walaupun kedainya ada aircond).. Mahal sungguh! sampai $8 gitu sekali gunting. Pulak tuh kat sini2 seme kedai2nya di dominasi oleh oang2 india. Rasa2nya kat tempat lain pun sama.. hmm hairannya.

“ Apsal mahal sangat nih?” soal pokcik selepas bergunting. Dua tiga pekerja kedai gunting yg lain turut tertoleh2.

“ Ooo pocii.. ini import punya tukang gunting “ jawab salah soang darinya . Pokcik melihat si tukang gunting tersebut dengan penuh hairan. Apa yg import nye? Sama je rupa dengan yang lain2 tuh.

“ India mari.. “ tiba2 tukang gunting tuh menjawab pelat2 sambil menggeleng2 kepala sungguh2.. Pokcik jadi terkedu.. Dalam hati, hmm.. patut laa..


“Dol, cantik tak rambut atuk , “ sapa pokcik pada Dol yg baru jek balik dari tadika. Dia berdiri sebentar memerhatikan rambut pokcik.

“ Ooo.. cantiklah tuk , nampak muda dua jam gitu “

“ Hah ! dua jam jek? “ pokcik mula menggaru2 kepala lagi sedang Dol pula melekek2 ketawa berlari naik ke umah.

Alahaii.. Dol nih.. saja ler tuh nak menyakat..


NOTA : Pokcik masih lagi berberat2an nak menukar lagu latar (Lagu Hindi , Chand Sifarish , dari filem Fanaa) kat pondok pokcik nih. Tah ler, makin lama didengar, makin mengamit2 gitu rasa hatinya.


Adakah anda juga berasa begitu? Hik hik

6 comments:

Abang Long said...

pokcik ... masukkan ler gambar pokcik yang dah bergunting rambut dan kelihatan muda dua jam tu .... kitorang seme nak tengok ... sape setuju ngan cadangan saya ... tolong angkat dua tangan ....

Nziela said...

sib baik cucu pokcik tu kata muda dua jam jer.. kalo muda 2 minit.. nangis tak berlagu pokcik... keh keh keh!

Mersik said...

Abg long - Uii toksah ler, kang nanti pokcik jadi lebih glamer dari biasa. Takut2 lupa diri dan jadi tanggang gitu.. hik hik

nziela - Hik hik Si Dol tuh bkn cucu pokcik aa. Dia anak Si Leman dan limah jiran sebelah pondok pokcik nih yg salu sangat menyakat2 pokcik..hik hik..

Dan pokcik pula disini masih lagi.. ehem.. ehemm.. *wink* patplo kali gegegeg

©Nur Raina said...

Saya angkat tangan dua-dua belah.. huhu... Dol, Opah De nak berkenalan boleh? Huhu...

Mersik said...

Opah De - Uishh tak abih2 ngan Dol.. hik hik dia tuh masih dibawah umur gitu.. hik hik tak leh diexpose sesangat, nanti lebih glamer plak dari pokcik plak.. huu huu alahaii.. gegege

Lagi satu.. dia suka sakat pokcik.. iksh iksh

©Nur Raina said...

Kui kui kui... Pokcik, takkan jeles kott... ish, tak koser ler nak ngurat Dol. Buang masa je.. ahakz..sabo sabo... bukannya dia boleh masak pun... ahakz... karang, tak pasal-pasal Opah De masuk jel.. huhu... Pokcik, dah baca emel ke? Baca le lekas... ish.