Seorang teman(tapi mesra) pokcik mengatakan, sejak akhir2 ini pokcik jadi begitu sensitif sekali. Mendengarnya, maka berderai2lah tawa pokcik bagai tak tertahan2 lagi akan geli ketiaknyanya. Melekek2lah pokcik sekuat2 hati patplo juta belas2 kali.
Namun apabila hampir tersedak air liur sendiri, barulah pokcik tersentak bagai dihempuk baldi. Terkebil2 biji mata menjana minda, seperti rasa2nya mau berfikir gitu.
Eh.. Betul ke pokcik semakin sensitif sekarang nih?
Maklom la, akan hal yg sebegitu2 halus dan tersembunyi nih, tiadalah yg empunya tubuh badan menyedari sangat2 . Bahkan sama ada perasan atau perasaan, tidaklah juga diketahui. Hanya oang lain yang menjadi cermin bagi diri, yang menyedari bahawa hati tua ini agak mudah terluka. Pokcik pun tak tahu nak kata apa..
Tapi tuh la, menjadi oang tua nih kadang2 tak de beza dengan menjadi budak2 semula. Walau sedaya upaya cuba untuk mendewasakan fikiran serta pandangan, tapi sedetik2 hati dek kerana sesuatu perkara pasti akan mengundang rasa sedih dan terasa2. Alahaii..
Kadang2 menjadi tua secara keseorangan terlalu amat mengerikan gitu. Kalau ada anak isteri hatta cucu2 sekalipun, bolehlah juga menumpang kasih dan manja. Membelai dan dibelai. Meraih dan diraih. Sekadar teman tapi mesra pun tak sampai kemana.
Untuk mencari pula, sudah terlalu kabur mata ini. Apatah lagi dalam menilai kedalam diri seseorang. Oh.. tragik sungguh kehidupan ini..
NOTA : Pokcik bukannnya mengeluh atau berkecil hati, cuma terasa2 jek nak berfikir sebegitu, fikir tentang nasib diri. Tentang masa depan dan kehidupan sekeliling. Bukan juga sebab sensitif, tapii.. err.. err.. ye ke sensitif ? hik hik alahaii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
No comments:
Post a Comment