Malam ini nampak tenang dengan angin lembut beralun2 membuai nyaman anjung yg satu ini. Oh! sudah lama pokcik tidak duduk berselesa2an sebegini. Selalunya akan ada fikir2 yg mengerikan dan membuat pokcik jadi takut utk mengharungi hari2 esok. Maka malam nih, sengaja pokcik kosongkan fikiran dan ingin bersantai2 sahaja.
Oh, biskut Hup Seng pun ada. Baru jek beli petang tadi. Nampak menarik dan ceria macam selalu2nya. Lantas pokcik soyat plastiknya. Sebelum tuh, air kopi tongkat Ali nya sudah lama tersedia, dengan asap2 nipis meliuk lentuk melayang ke udara dan hilang dibawa arus udara yang sedap2 tiupnya.. hik hik
Kadang2 kalau tak de biskut Hup Seng nih, pokcik boli biskut cap ping pong. Kadang2 juga Hwa Tai jadi pilihan. Alahaii..apalah nasib kilang Hwa Tai kat Tongkang Pecah, Batu Pahat tu. Selamat kah dia dari banjir yg melanda ?. Harap2 gitu lah..hik hik..
Pokcik ambik sekeping. Terasa ringan dan padat. Lantas di patah dua. Itu yg lazimnya pokcik buat. Kalau tidak, pokcik gigit saja bucu2nya sampai ketengah. Sisa2nya bertaburan jatuh kebawah, kadang mengenai kain pelikat dan tubuh badan pokcik. lalu pokcik kibas2. namun yang selalu2nya ia akan dicicahkan pada kopi Tongkat Ali panas yg telah menanti lama. Jalinan keduanyalah yg membuat malam2 pokcik berlepakan dianjung nampak hidup dan asyik.
Biskut yg dipatah dua, dicicah pelan2 kedalam kopi. Cicah separuh, lepas tuh makan yg separuh cicah tuh. Barulah rasa lemak2 pahit bercampur menyegarkan akak tekak dan perut yang separa kosong. Manjalar2 rasa suamnya sampai ke saraf otak, membuatkan rasa khayal dan nyata bercampur gaul dan membuka ruang fikiran untuk bekerja selain membuai perasaan. Yg separuh lagi tu boleh terus dicicah, kalau tidak pun, terus makan sekali. Itu akan lebih melemakkan rasanya.
Selalunya pokcik akan berselang seli, mengacah2 cecah hingga kadang2 habis sampai berbelas2 keping. Dalam pada itu sesekali kopinya perlu dihirup juga. Gelap warna dengan rasanya yang pahit tuh akan jadi berkurangan bila acapkali dicicah biskut. Oh, dramatik sungguh penerangan jalinan biskut dan kopi ini.
Apa nak buat, tanpa biskut dan kopi, ibarat tidur tutup sebelah mata. Domikianlah sebagaimana malam pokcik dihabiskan selain menggelamun sendiri. Kopi dan biskut inilah yang menjadi teman sejati.
Kadang2 terhanyut jugak pokcik sampai ke dinihari..hik hik..alahaii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
5 comments:
hai, boleh tidur ke minum kopi tongkat ali malam-malam?? kalau win ler minum kopi, sampai ke pagi ler mata terkebil-kebil.. iskkkk..
Assalamualaikum wbh Pokcik Mersik yang dihormati. Adalah amalan meminum kopi amat bagus bagi mereka yang hendak berjaga malam bagaikan pungguk merindukan bulan. Malam bulan dipagar bintang... silalah Pokcik Mersik sambung sendiri lagu P. Ramlee dan Saloma itu seandainya Pokcik Mersik tahu.
Saya meminta supaya Pokcik Mersik tidak mengacah-acah biskut Hup Seng itu. Fahamilah hati dan perasaannya. Seandainya biskut itu mengacah Pokcik Mersik sebagaimana yang Pokcik Mersik lakukan terhadapnya, bagaimanakah perasaan Pokcik Mersik ketika itu? Jadi, harapan saya, sebelum Pokcik Mersik hendak mengacah-acah biskut itu, acah-acahlah diri Pokcik Mersik dulu. Bayangkan biskut itu sebagai diri Pokcik sendiri. Bak kata orang, marilah beramai-ramai mencubit peha kanan. Itu sahajalah kata orang.
Assalamualaikum wbh.
winterbride - Hmm sy tak pernah nmpk awak sebelum nih. Pepe pun terimas kasih daun keladi krn mengunjingi.
Uishh nih bkn sebarang kopi. Kopi tongkat Ali lagih, kurang kefein tapi lebih herba2 dan memberikan tenaga gitu..hik hik..
Opah De - Oooo..hik hik amboi2 nih kump pejuang sekut Hup Seng la ek? gegege amboi2..alahaii bkn maksud mangacah memain gitu, mungkin pokcik patut letak ayat berselang seli mencicah git..
Kekeke..nnt aa pokcik berkomuniskasi ngn sekut tuh melalui aura Hup Seng kekeke..alahaii Opah De nih memacam laa..
(Skg nih ngah try cubit paha kiri..aduhhh..aduhhh..hik hik gegegege )
pokcik : sedapnyaaaa cicah beskot dgn air kopi.. tapi sy tak suka kopi pahit hehehe camner eh?
Ayu - Oh tak suka kopi pahit..iksh iksh..letak aa gula ka, susu ka atau boli kacip patimah terus..kekeke..
Amboi2.. pas leh la kite minum2 bersama ek..gegege *wink* patplo kali..hik hik
Post a Comment