Tuesday, January 09, 2007

Di telan pahit, dibuang sayang.. alahaii

"Berapa tahun umur dia?" soal pokcik dengan sungguh2.

"Err.. err 71 tahun “ jawab Leman dengan rasa sangsi2 yang menggunung. Mana tak sangsi, pabila tetiba jek pokcik bertanyakan umur mak dia.

Namun pokcik tersenyum sompek ambil angguk2. Sejak seminggu lalu pokcik ada terperasankan seorang perempuan tua tinggal diumah sebelah nih. Namun tidaklah sampai tertimpa perasaan hik hik. Sebelum2 nih tak nampak pun. Itu yg pokcik menanya tuh. Kini, memang sahlah, itu mak dia.

“ Sihat lagi nampak oang tua tu “ ujar pokcik lagi, membuatkan Leman jadi semakin suspens.

"Tak juga.. dia dah tak berapa kuat nak jalan. Makan pun ketar2, mata dahlah tak nampak. Kadang2 kencing pun tak sedar.." jawab Leman sejelas mungkin. Kerana mungkin juga bermaksud2 supaya pokcik tak cuba menggoda2 mak dia tuh. Aduss..ada plak..sabo jek pokcik hik hik

"Habih tuh, Limah jagalah ek? Adik beradik kau yg lain tak jaga ke?" tetiba2 pokcik jadi lebih perihatin plak. Biasa ler, dah jadi oang tua nih tentu rasa tersentuh bila melihat oang2 yg sebaya dah makin tak terdaya gitu. Makin perlu dijaga jagi.

"Jaga jugak, gilir2 lah. Nih akak aku nak gi Haji, aku tolong2lah jagakan kejap. Kalau dia tuh jaga senang sikit. Dia pun kerja misi. Tak susah jaga oang sakit nih.." Leman menerangkan lagi perihal keadaan mak dia.

Memang oang tua tu patut dijaga. Nampak jalannya pun terketar2 gitu. Bila pokcik lalu lalang depan pintu, ada dia kata “ Napa lampu tu tak tutup? “ iksh iksh cam ler kelibat2 pokcik nih ibarat lampu yg bermentol rosak. Uii sah ler oang tua nih dah kelabu mata.

“Habih makannya cam mana, selera lagi ke?” pokcik beralih topic pula. Itu pun sebab mengenangkan yg seusia pokcik nih, makan nya tolak batu dan kayu jek. Masih laju.. Cuma tuh la..duit tak berapa banyak, makan jek la apa yg ada. Lain ler kalau mak si Leman nih. Anak2 seme dah ada kerja gaji besor2. Takat mak dia, apalah sangat makan. Nak makan apa pun mereka boleh beri.

“ Banyak juga makannya, kadang2 habis sepinggan. Semua dia sapu. Lepas tuh tak de keja lain, makan tidur, makan tidur jek “ Leman separuh mengomel manakala pokcik tergelak2 kejap.

“ Elok lah tuh, sementara badan sihat. Nanti kalau dah sakit2 lain pulak ceritanya” Pokcik sekadar mengiyakan.

“ Tak de sakit apa? Macam2 sakit ada.. Kencing manis, darah tinggi, sakit lutut, sendi dan macam2 lagi “ pintas Leman.

Mendengar je kata2 itu, pokcik nyaris2 terjelepuk jatuh. Uishh.. Biar betul si Leman nih.

"Habis tuh ubatnya ada makan tak?" kali ini pokcik jadi lebih perihatin plak. Sementara Leman menggaru2 kepala.

"Alah, makan juga.. kadang lupa2 gitu. Banyak betul ubatnya tuh. Tak larat nak makan. "

"Habis kau atau Limah tak jaga ke ubat yang dia makan tuh ?"

"Alahh susah lah pokcik, oang tua nih, kadang2 cerewet. Makan ubat tak sedap katanya. Kadang2 kalau kita paksa2 dia marah. Kadang2 kita pun terlupa. Alah.. biar jek la.. asal dia nak makan sudah. Kakak saya pun suo layan cam tuh. Sementara dia masih hidup nih, biarlah dia nak makan apa pun. " jawab Leman serba selamba.

Pokcik menggeleng2 kepala patplo kali. Kesal dihati semakin menjadi2. Rasa nak marah pun ada. Ya lah, Apa yang Leman tahu?, dia bukannya oang tua. Walau pun jaga mak dia tak begitu susah tapi untuk jangka panjangnya akan lebih menyusahkan lagi.

Pokcik kenal oang tua yg cam tuh. Nun duduk dikg pokcik sana. Mewah betul dengan jagaan2 yang semacam ini. Makan apa saja, tak perlu dijaga (maksudnya hentam apa saja), ubat2 diremeh2kan dan dibiarkan hanya makan tidur, makan tidur sahaja. (Tidak dibawa jalan dekat2, exercise keliling umah gitu).

Tak lama lepas tuh keadaannya semakin menyusahkan. Tak kenal oang, merapu2 kenyanyukan. Buat2 perangai dan membebel2 selalu. Tak lama lepas tuh perlahan2 makin tak berdaya dan akhirnya meninggal dunia.

Tuh la gara2 makan tak terjaga. Garam gula bubuh semua. Itu yg kencing manis menjadi2. Mata cepat buta. Badan cepat lemah dan sering kali letih nak tidur. Lama2 jadi tak stabil dan asyik marah2. Itu pun susah nak bawak jumpa doktor untuk check apa2 atau pantau paras gula. Last2 kena sakit urat, otot dan terus stroke.

Pokcik terus berlalu pabila Leman nampaknya tak senang hati pokcik menyibuk2 di rumahnya bertanyakan akan hal mak dia. Namun dalam masa melangkah balik, otak pokcik sarat dengan fikir dan akhirnya membuat satu kesimpulan.

"Sayang sungguh adik beradik Leman nih pada mak dia tuu.."

Namun pada pendapat pokcik, kesayangan yg semacam ini kadang2 terlalu mengerikan gitu.
Selain sayang, pokcik lebih suka kepada perkataan "mengambil berat" .

Oh! emosi sungguh pokcik hari nih.. alahaii

3 comments:

Anonymous said...

Pokcik... ada ati ke ngan mak si Leman tu? Tak pun Leman takut Pokcik ngorat Limah tak... ahahahahahahaaha..sabo je aku... tak apa Pokcik, kita orang tua-tua ni je yang faham masalah orang tua-tua..orang muda-muda buat-buat faham tapi sebenonya tak faham.. huhu... entah laa.. merepek je Opah De malam nih.

Mersik said...

Opah De - Uii skandal tuu..hik hik kekeke..aduhaii.. lagi mau lari, lagi terkena2..uishh sabo jek pokcik huu..

Iyo laa Opah De, sama2 ler kita saling mengambil berat pd oang2 tua gitu.. Kit apun lambat laun akan tua gak..

(Nanti tua2 nak tanam keladi..takot jadi tua2 keladi plak..kekeke )

Anonymous said...

sememangnya tidak mudah menjaga dan mengambil berat akan ayah/ibu yg harus dipantau makanan dan ubat2annya. seringkali jika tidak berhati2 berkata2 waktu memujuk suruh mkn ubat, jawabnya hadap lah rajuknya...arwah ayah salmah selalu protes waktu makan...ayat yg paling digemari...sampai hati ke tengok ayah kempunan? kalau ayah tidur lepas ni terus tak bangun lg mcm mana? tak menyesal?....adush!!!! kenalah berkompromi....iyalah sebelum kita rasa makanan2 yg enak2 tu....depa dah dulu rasa....