Sunday, March 04, 2007

Kenduri Nasi Ambeng..

Seronok betul bila Tok Siak menjemput makan kenduri dirumahnya malam minggu yang lalu. Entah apa tah mimpinya dan apa tujuannya, pokcik pun tak berapa pasti. Mungkin dia tak melihat ramai lagi oang2 tua yg sesuai untuk acara ini selain pokcik yg agak veteran dan glamer nih hik hik..

Walau bagaimana pun tentulah kenduri tuh untuk tujuan yang baik2 saja. Lagi pun lama sunguh tak dijemput makan kenduri nih sejak oang sibuk berparti2 , berbuffet2 dan berdiner2. Amalan tradisional ini lambat laun pun akan hapus dek zaman. Maklomlah, oang2 tua pun makin lama makin kurang..

Majlis bacaan yaasin dan tahlil berjalan dengan lancar, selancar dengkuran pokcik dan ralit2 penuh khusyuk. Sedar2 jek dah nak acara makan2 gitu. "Huii cepatnya abih, iksh iksh oang nih seme.. membaca ke tido? hik hik .." detik hati pokcik kehairanan dalam kesukaan.
Lebih mengecurkan lagi ialah jamuannya iaitu nasi Ambeng. Uish pandai betul la Tok siak nih pilih menu. Hidangan nih popular kat belah2 johor bagi masyarakat jawa. Tapi Tok Siak nih bukan oang jawa.. Bini nye pun bukan keturunan jawa.. iksh iskh banyak plak songel pokcik nih.. gegegege

Bersama lebih kurang 18 oang tetamu yang lain, setelah dipersila oleh tuan umah, pokcik pun mengatur sila lah mengadap nasik ambang yg nampak sedap jek. Ada ikan goreng, sambal goreng, serunding kelapa dan ikan kering. Pulak tuh ditambah lagi dengan begedil, papadom, rendang dan hati. Aduss.. sedapnya..

" Hah.. makan betul2 la.. makan betul2.. " pelawa Tok Siak

Pokcik pun tak toleh kanan kiri. Berkayuh2 dengan sesegara mungkin. Banyak tul nasiknya. Tapi makannya dalam 4 oang jek. Kiri kanan pokcik seme oang2 tua tak de gigi, slow and steady. Sure tak larat punya manakala pokcik slow dan nak lagi.. hik hik..

"Makan.. makan.. pokcik., makan betul2 laa.. makan betul2 laa “ sapa Tok Siak lagi..

Sedap sungguh dapat makan makanan tradisi nih sekali sekala. Sapalah yg pandai membuatnya. Pokcik terjengh2 juga kedapur kut2 ada anak2 dara atau mak janda yg mempunyai bakat tersembunyi. Boleh gak pokcik mengusha2. Kurang2 pun terjaga makan minum pokcik nanti huu huu..

"Makan betul2 laa.. makan betul2 laaa.."“ kedengaran lagi kata2 Tok Siak.

Kali nih pokcik rasa sedikit jengkel, rasa2 cam nak gigit jek telinga oang tua tuh. Oang dah beriya2 makan nih, hampir2 kebuntang nih apa plak makan tak betul nye.. Rosak tul lah Tok Siak nih..

Erks.. Alhamdulillah…alahaiii

7 comments:

Anonymous said...

cara tok siak tu menunjukkn ramah dn ikhlasnya boleh jgk diterima. pengalaman sy pula lain. ada pulak si anak dara nie dtg dgn bekas mencuci tangan lalu berulang kali tanya kat sy, "nak cuci tangan? nak cuci tangan?" isy! bengang betul kepala. takkan dia tak nampak sy lg tengah makan?

Purpleheart said...

Bestnya nasi ambeng.. lama tak makan.. kecur air liur tengok gambar..

Mersik said...

nor ash burn - Itu mcm kalu, lain kali pokcik mencadangkan supaya awak gigit jek tangan dia kekekek.. alahaii..

purpleheart - Uii berapa lama tuh tak mkn? Haa pas nih kena cari cepat2 tuh.. kang kempuanan plak.. Dan lagi kalau dah jumpe, jgn lupa plak ajak pokcik nih huu huu hik hik

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

ambboii, sedapnya nasi ambeng tuh!
ngeh ngeh ngeh

p(^_^)q

Anonymous said...

tak tergamak rasa hati hendak menggigit tangan yg halus mulus tu!*nyum2 penuh makna kat pokcik mersik*

Mersik said...

puteh seroja - Uii tgk jek dah nmpk sedap, apatah lagi kalu dpt mkn.. hik hik hik.. alahaii

nor ash burn - Ooo , makanya kalau tak sampai hati mengigit tangan halus mulus, gigit sajalah makanan yang ada. pedulikan dia.. kekekeke

ayu_mkay said...

mak aiiii sedap nyer nasi ambang.. lama dah tak makan.

nak usha anak dara ke pokcik..? hamboiiiii kan main lagik.